Ketua Umum Parti Kadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil, BERSIH 2.0 akan dihadiri 300,000 penyokong.
Turut berada di sidang media sama, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Mereka secara terbuka menyokong perhimpunan BERSIH 2.0 dijadualkan berlangsung esok pada jam 2 petang. Tujuan perhimpunan, untuk menyerahkan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Streenevasan dan 2 wakil dilaporkan bertemu Tuanku Mizan Selasa lalu tetapi peliknya mereka tidak menyerahkan memorandum terbabit kerana dikatakan ingin berhimpun terlebih dahulu.
Terkini, 91 individu daripada tiga kumpulan, BERSIH, PERKASA dan Pemuda UMNO dilarang berada atau mengambil bahagian dalam perhimpunan di semua lokasi panas di ibu kota di antara jam 8 pagi dan 6 petang, esok.
Arahan itu dikeluarkan Polis Kuala Lumpur selepas mendapat perintah mengikut Seksyen 98 Kanun Acara Jenayah, dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam.
Satu tindakan bijak dilaksanakan polis bertujuan untuk mencegah sekaligus melemahkan koordinasi perhimpunan.
Antara nama tersenarai, Datuk S. Ambiga, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang, Khairy Jamaluddin dan Datuk Ibrahim Ali. Enam puluh enam daripada mereka, ahli BERSIH, 14 PERKASA dan 11 Pemuda UMNO. Jika mereka mengengkari perintah mahkamah, mereka boleh ditangkap.
Beberapa nama lain dicatatkan secara lebih terperinci di blog rakan saya, Bujai Just Read dan di sini.
Saya percaya, tanpa permit polis, lokasi berhimpun dan majoriti ketua, rancangan dirangka 3 kumpulan terbabit bakal lumpuh.
Saya difahamkam, ketika tampalan ini ditulis, polis mula berkumpul di Dataran Merdeka. Pada masa sama, sekatan jalanraya juga diadakan di banyak lokasi terutama di Kuala Lumpur.
Manakala blogger The Unspinners melaporkan, PAS bakal membawa Unit Amal dari seluruh negara untuk bertugas sewaktu perhimpunan berlangsung.
'Salam Tuan. Saya doakan Tuan, pegawai dan anggota bersabar dan selamat jika BERSIH dilangsungkan. Bertindaklah secara bijak kerana pasti banyak mata memerhati'
Itu kandungan pesanan ringkas, saya hantarkan kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, ACP Zulkarnain Abdul Rahman pada jam 10.26 pagi tadi.
Negara barat, antara pemerhati terbabit seperti dicatatkan di sini.
Jika selama ini, pelbagai pihak mendakwa perhimpunan dirancang secara aman bakal menjadi kucar-kacir andai diprovokasi pihak berkuasa, saya percaya sebaliknya. Polis hanya melaksanakan tugas mereka, bukan memprovokasi. Mereka juga enggan terbabit dalam kes membabitkan kekasaran.Tetapi bayangkan, jika benar dakwaan Datuk Seri Anwar berhubung statistik penyokong akan berhimpun (jika perhimpunan BERSIH diteruskan), 300,000, waima apa sahaja tindakan polis untuk menyuraikan perhimpunan pasti akan dianggap provokasi.
Melarang secara verbal, provokasi. Menghalang pergerakan penyokong secara fizikal, provokasi. Menangkap penyokong? Juga provokasi sekaligus membuka ruang untuk berlakunya pertempuran dan huru-hara.
Ringkasnya, jika tujuan sebenar BERSIH 2.0 untuk menyerahkan memorandum ketidakpuasan hati berhubung perlaksanaan pilihan raya, sebilangan wakil mereka boleh menyerahkannya terus kepada Tuanku Mizan. Apa perlunya menghimpunkan 300,000 penyokong?
Setelah blog walking, saya terjumpa klip video, rakaman ucapan berkobar-kobar untuk menjatuhkan kerajaan samada melalui pilihan raya atau 'jalanraya' (demonstrasi).
Tonton di sini, supaya kita semua lebih faham tujuan sebenar perhimpunan BERSIH 2.0.
Saya difahamkan polis akan mula melaksanakan Ops Padam pada jam 4 pagi ini, bertujuan mengawal pergerakan keluar masuk orang ramai ke KL.
Pengguna pengangkutan awam, LRT juga tidak akan terkecuali diperiksa esok.
Peringatan saya, jika tidak mempunyai tujuan penting, pembaca tidak perlu untuk berada di sekitar Kuala Lumpur bermula malam ini sehingga Isnin.
Kemas Kini
Saya difahamkan polis akan mula melaksanakan Ops Padam pada jam 4 pagi ini, bertujuan mengawal pergerakan keluar masuk orang ramai ke KL.
Pengguna pengangkutan awam, LRT juga tidak akan terkecuali diperiksa esok.
Peringatan saya, jika tidak mempunyai tujuan penting, pembaca tidak perlu untuk berada di sekitar Kuala Lumpur bermula malam ini sehingga Isnin.
Hahaha.. Biasalah, orang yang sokong BERSIH semua tak fikir panjang!!! Memang elok tujuan sebenar tapi di sebalik perhimpunan itu serta dalang2 dia..??? Huhh.. Tengok jelah ape yang akan jadi.. Harap polis dan FRU boleh mengawal keadaan.. Malu kalau orang luarvtengok kelemahan negara kita..
BalasPadamEntry Terbaru 1 : 2 Video Pekerja KFC--Ayam Disapu Pada Tapak Kasut Dan Perahan Kain Kotor Dalam Periuk Ayam Spicy
Entry Terbaru 2 : Facebook Anwar Ibrahim Kena Hack ; Hackers Sekarang Pun Fokus Bab Politik
ini memang cara Anwar Ibrahim. dari dulu lagi hobinya memporak perandakan negara.
BalasPadamsmti...
BalasPadammereka menyusahkan semua orang
BalasPadamterutamanya para peniaga
jangan musnahkan periuk nasi mereka
hanya kerana nk bagi memorandum
setuju dgn kenyataan mazidul
bagi je la kan
xperlu nk buat perhimunan bagai
sebab yg ramai2 tu nak dok situ wat apa
tolonglah kembalikan negara MALAYSIA yg dulu..... peace no WAR
semoga polis dapat kawal keadaan esok...risau...
BalasPadamsmti
BalasPadamsmri...seriau bila pikirkan keselamatan yg bertugas menjaga keselamatan negara...saya dpt tau dari kwn saya yg askar pun..diorg ngan stand by neh..perghhh..BERSIH nih bebetul MENYUSAHKAN..!!
BalasPadamSMTI~
BalasPadamsaya dah luahkan perasaan saya terhadap benda-benda bodoh ni dalam entri terbaru~
seperti GadisBunga..saya pun dah tulis entri luahan terhadap perhimpunan bodoh ini..uhuhu..
BalasPadamTak faham la dengan org2 yg suka berhimpun berpanas, berganas, bercampur jantina pelbagai bangsa. seronok ke berhimpit2, menjerit2, dan saya pasti kebanyakan yg dtg tu bukan la ada matlamat betul pun, sekadar ikut kwn2. saya tabik la kpd petugas2 yg ada tugas hakiki di tempat2 mcm ni. susah wo... tempat sempit, org ramai, sesak, cuaca panas... tekanan mesti tinggi... sure highly flammable...
BalasPadammmg x setuju perhimpunan BERSIH nie...menyusahkan rakyat jer. Anuar Ibrahim mmg suka memporak perandakan keamanan negara..itulah cara dia membuat publisiti murahan nyer...semoga pihak polis dpt mengawal keadaan nnt.
BalasPadameee...benci btl dgn mereka yang suka buat choas nie....x reti nak bersyukur ke dah tggl dlm negara yg aman damai nie...bodoh betul tindakan Anuar Ibrahim krn dari sni kita boleh mengukur betapa cetek nya pemikiran dia...
BalasPadameee...benci btl dgn mereka yang suka buat choas nie....x reti nak bersyukur ke dah tggl dlm negara yg aman damai nie...bodoh betul tindakan Anuar Ibrahim krn dari sni kita boleh mengukur betapa cetek nya pemikiran dia...
BalasPadamSMTI
BalasPadamSMTI.
BalasPadamPelik. Naik hairan sy bila benda2 mcm ni berlaku. Lagi pelik bila bangsa sama sy paling ghairah untuk menyertai perhimpunan ni.
Tp yang pasti, kaum cina duduk diam dirumah bertepuk tgn melihat kebodohan dua bangsa lain ni sanggup berpanas , bertindak ganas, membuang masa.
Moga pihak berwajib dpt menjalankan tanggungjawab mereka dgn penuh kesabaran esok.
Bro Dol
BalasPadamDiaorang ni tak rasa macam mana duduk kat negara komunis@junta, cuba suruh duduk kat Burma, silap silap baru 2 hari dah sibuk nak balik Malaysia. Tak bersyukur punya golongan.
P/s beberapa tahun di negara junta, RR jadi insaf dan cinta mendalam kepada Malaysia. Tiba tiba ada pulak golonban macam ni. Tak guna betul mereka ni.
Orang lain semua willing to die to come to Malaysia.
to Mrs Zambri -
BalasPadamsaya tak rase dgn berjalannya perhimpunan bersih ini merosakkan periuk nasi peniaga2 di KL
jika betul 300 ribu org hadir, bukan kah lg bagus utk peniaga2 di sekitar KL?
yg berhimpun ni manusia, mestilah lapar,nak makan dgn minum
salam
baru dapat tahu bang BerSHIT berkumpul DI batu caves kul 8 pagi besok maklumat dari pihak keselamatan
BalasPadamentah apa2 lah dorg tu kan. suami saya pun serba salah nak cuti tapi sebab hal famili so dia kena ambik gak cuti esok ahad. makluman, suami saya senior officer kat ipk phg jadi kitorg yang nak pergi kl ahad ni pun macam2 dia pesan.
BalasPadammerosakkan planning bagi kitaorang yang berasal dari penang (sempena cuti hari gabenor) untuk pergi bercuti ke arah KL.:-(..bohsan betul..kena duduk rumah je lah nampaknya...
BalasPadamIBUNDA DELIGHTS
cilaka je semua menda ni...meyusahkan org yg berkerja..pagi² dah jam nk g kerja..balik pown jam sbb roadblock..ape dah xda kerja laen ke nk buat....bodoh punye manusia..huh..geram
BalasPadamSMTI!
BalasPadamkebanyakan org2 awam yg nk join ni bkn apa pn.saje nk brseronok,happening smpai pening lg2 remaja.ramai jenis x brsyukur dgn apa yg ada.inilah jadi bila dh obses.
Memang sgt ketara, motif utama bukannya nak tuntut apa sgt. Motif utama nak rampas kuasa la konon mcm yg terjadi kat Mesir tu.
BalasPadamAnwar tu kan memang dari dulu gila nak jadi PM. Dari dulu gila nak duk kat putrajaya yg dia jugak kutuk dulu.
Manusia gila kuasa punya pasal, org lain yg taknak terlibat plak yg jadi mangsa. Percayalah, yang tak suka lebih ramai drpd yg suka.
Anwar Ibrahim, kau memang memalukan kaum dan agama la.
Perahu untuk saya berdayung ke tempat kerja esok pagi, hampir siap. Itu sahaja saya nak bagitau...
BalasPadamIsa H Hassan
BalasPadamOh yeke tak rosak periuk nasi?ape jadi masa bersih 2007 dulu?lg banyak peniaga yang rugi adela.
bukan makan minum je orang berniaga kt kl..mcm2 lagi org berniaga...takkan time berdemo tu 300k pon sibuk nk check tudung dengan kasut?
Wah! Semua komen kat sini pakat sokong tuan blog je, yg bangkang tak masuk sini ke? Atau tuan blog ni dah moderate komen?
BalasPadamKat tempat aku ni ramai tgh dok tunggu bas rombongan utk turun KL. Entah selamat tidak sampai sana...
smti
BalasPadamMerah, semua orang kena setuju dengan awak ke?
BalasPadamUntuk terlihat dipandangan umum bahawa semua orang bersetuju dgn kita, maka kita kawal kotak komen kita, ini samalah sebagaimana kita mahukan semua orang bersetuju dgn kita, kan gitu en. Mazidul? Hahahaaa!
BalasPadamMaaflah ya, sy sekadar bercanda aje.. Terpulang pada siempunya blog untuk buat apa saja yg disukainya dikotak komennya sendiri.
Untuk pengentahuan en. Mazidul, saya tak kisah orang tak setuju dgn saya malah saya suka jika hujah orang yg bersetuju itu lebih kukuh dari hujah saya sendiri.. Tak percaya? Terpulanglah... maka kita kawal kotak komen kita, ini samalah sebagaimana kita mahukan semua orang bersetuju dgn kita, kan gitu en. Mazidul? Hahahaaa!
Maaflah ya, sy sekadar bercanda aje.. Terpulang pada siempunya blog untuk buat apa saja yg disukainya dikotak komennya sendiri.
Untuk pengentahuan en. Mazidul, saya tak kisah orang tak setuju dgn saya malah saya suka jika hujah orang yg bersetuju itu lebih kukuh dari hujah saya sendiri.. Tak percaya? Terpulanglah...
Merah, jika saya hanya membenarkan komen mereka bersetuju dengan saya sahaja dimuatkan di sini, mengapa perlu saya turut memaparkan komen awak.
BalasPadamApapun lebih baik kiranya awak berhujah di sini, bukan sekadar melontarkan hanya tanggapan.
Mereka bermain dengan tanggapan untuk memuaskan hati sendiri tanpa mencatatkan pandangan, tak ubah seperti orang tewas sebelum dia berjuang.
... sekadar bercanda juga :)
Ok la bro, say mohon maaf atas keterlanjuran kata2 dlm komen pertama saya disini. Harap tiada sengketa antara kita seterusnya. Semoga Allah SWT memberikan HikmahNya atas kita semua.
BalasPadamUntuk pengentahuan bro, saya salah seorang pembaca blog ini sejak sekian lama namun sekadar pembaca senyap aje.
Tapi rasanya dulu pernah mengomen juga.. Hehee..