Tepat jam 12 malam tadi, kru 666 bersama kru MagSeven, NTV7 melangkah masuk ke kawasan perumahan, lokasi 48 nyawa terkorban pada tahun 1993, Highland Towers, apabila Blok A runtuh menyembah bumi.
Jalan atau lebih layak digelar denai, menuju ke 2 lagi blok masih berdiri, gelap, sekaligus menuntut kami melangkah secara lebih berhati-hati. Pada masa sama kami bergerak senyap, enggan mengganggu ketenteraman penduduk di sekitar, barangkali sedang cuba melelapkan mata dalam keadaan tenang.
Jam 2.54 pagi, dengan wajah kehairanan, Rahmat Mokhtar mengajukan soalan membuatkan semua kru 666 terpinga-pinga.
"Eh! Ini rambut siapa? Blonde dan panjang, tersangkut di kepala saya"
Teruskan membaca ...
11 minit sejurus tengah malam, saya rakamkan gambar berikut di ruang hadapan bangunan.
"Ini mesti ada orang buat upacara bagi makan, macam-macam jenis hidangan ada," telah Rahmat.
Untuk rekod, Rahmat, berketurunan Cina dari Melaka.
Jam 12 tengah hari tadi, saya menghubungi rakan berbangsa Cina, Stephen Fah untuk mendapatkan kepastian.
"Penganut Taoism percaya, kalau ada orang mati dalam keadaan mengejut, macam di Highland Towers, roh dia is not in peace, tidak tenteram dan tidak berpuas hati so sebab itu kena bagi makan sikitlah, biar roh itu tenang. Kalau tidak, takut nanti dia kacau orang," ujarnya fasih berbahasa Melayu.
Tanpa berlengah, didahului Ashraff Zainon, membawa makanan dan minuman ditaja kenalan saya, Azhari Jemaon, pemilik Supremo Donuts & Coffee, kami melangkah perlahan ke ruang di bawah blok.
Setelah 4 walkie-talkie dipastikan berfungsi, kru mula begerak menaiki tangga. Sebelum ini kami pernah meninjau blok bersebelahan, klik di sini dan ahli kumpulan Pengembaraan Alam Ghaib, PAG, Azree Ja'afar, berjaya merakamkan gambar entiti ganjil, baca di sini.
Hampir setiap pergerakan kami malam tadi, dirakamkan kru syarikat penyiaran NTV7.
Berikut gambar ruangan lif, ditinggalkan 18 tahun, dirakamkan dari tingkat 1, bangunan 12 tingkat itu.
Melihat kembali gambar di atas, teringat saya usikan Mohd Zaki Mohd sewaktu kami turun dari puncak bangunan menggunakan tangga pada jam 2.48 pagi.
"Kalau kita naik lif, cepat sampai bang," ujarnya.
"Ya, sampai di bawah, badan hancur," balas saya.
Sewaktu dalam perjalanan ke tingkat ke puncak bangunan, banyak gambar saya rakamkan..
"Tadi saya ternampak kelibat budak perempuan di tepi pintu masuk ke rumah. Kecil dan dia mengintai saya, macam ini, sebelum hilang," dakwa Alfee Ja'afar cemas.
Waktu itu saya berada di tingkat 2, di ruang berbeza.
Jam 12.51 malam, kru kami tiba di tangga naik ke bumbung dan mendapati ruang terbabit ditutup. Mujur kami berpeluang menyelinap masuk melalui sedikit bukaan dan tiba secara selamat di bumbung blok.
Rakaman temubual bersama kru 666 dan visual dirakamkan awal pagi tadi, InsyaAllah akan disiarkan di NTV7 pada petang Ahad, 14 Ogos 2011.
Jam 2.48 pagi kami bergerak turun dari tingkat 12 selepas ahli PAG mempamerkan kebolehan mereka memfokuskan tenaga di sekitar ke tubuh Azree.
Tiba-tiba Azree bergerak seperti orang tua, mendengus kuat dan kemudian terpaksa ditenteramkan 7 kru lain.
Rahmat menundukkan kepala hampir dengan Azree tetapi ditolak secara kasar. Rakaman video kejadian terbabit berada di tangan saya. Jika difikirkan sesuai, akan saya kongsikan bersama pembaca kemudian.
Sebaik tiba di tingkat bawah, tiba-tiba Rahmat bersuara.
"Masa saya tanggalkan, head lamp tadi, terasa ada rambut tersangkut. Tengok, panjang, perang," ujarnya.
Untuk rekod, lampu terbabit dan bekasnya dibeli oleh Rahmat semalam sebelum berkunjung ke Highland Towers.
"Awak pergi date dengan perempuan mana sebelum datang ke sini Rahmat? Cuba cakap betul-betul," usik saya.
Dia kelihatan tergamam.
"Tak ada bang. Petang tadi, dari rumah saya dan Zaki datang ke rumah abang. Rambut emak saya bukan blonde, hitam," jelasnya bersungguh-sungguh.
Biarpun sebelum ini Rahmat kerap bergurau tetapi saya dapat merasakan dia sendiri berasa hairan melihat seutus rambut panjang itu.
Misteri belum terungkai.
Sila klik 'Like' di Fan Page 666, JIKA pembaca menyokong usaha kru kami selama ini cuba berkongsi maklumat berhubung dunia paranormal bersama masyarakat.
Terima kasih.
Kami amat menghargai sokongan jika ada pihak berkemampuan sudi menaja sebahagian kos tinjauan kami di masa akan datang..
adeh seramnya..tapi best kan dapt pnglmn mcm ni abg mazidul..nice sharing..:)
BalasPadamGempak : 300 Ekar Ladang Ganja Ditemui Di Mexico ( 10 Gambar )
[ Lawak ] Syarikat Majalah Rugi Kerana Justin Bieber
menakutkan
BalasPadamhuhuhuhu... serammmm...
BalasPadamLATEST ENTRIES
1. SEGMEN MARI KUMPUL FOLLOWER
2. Istana Negara... Kau ingat senang nak masuk sini?!
3. Antara waktu mustajab berdoa.
4. Padang sikit punya luas... Tang tu jugak dia nak main!
5. Kurang ajar punya PEREMPUAN!!!
nasib baik baca di petang hari...
BalasPadamhuhuhu
sangat misteriiiii
smti....errrr....
BalasPadamsmti..
BalasPadamdah like... suka baca cerita camni..
BalasPadamantu rambot pnjg dah minat kat kru 666 .....ngeeeeeee ~ :p
BalasPadamsmti..
BalasPadammujur baca waktu petang..
Mungkin boleh buat ujian DNA terhadap rambut untuk tentukan sumbernya dari manusia?
BalasPadamsmti
BalasPadamsalam. tengah hari tadi saya berkesempatan bertemu buat kali kedua dengan saudara pengarah urusan Azaxzaxa, Ashraaf. syarikat beliau mengedar barangan makanan dan minuman serta produk bio bermutu seperti kopi berjenama Cafe 99 - 5 dalam 1 tongkat ali Macca. insyallah beliau boleh menaja aktiviti ini. encik ashraaf boleh dihubungi menerusi telefon bimbit 016-9746307 atau emelkan kepada beliau johnnyashraf@yahoo.co.uk
BalasPadamselamat berusaha dan berjaya.
SMTI.. tu la..ramai sgt yg hensem2 dlm group 666 ni.. kan dah ader yg berkenan...:))
BalasPadamSMTI.
BalasPadamGood work bro, keep it up.
Anything, you know who to call! :P
Terima kasih sebab bagi peluang untuk jadi "contributor"... :)
upload video tu.teringin nak tengok.
BalasPadamSMTI. tahniah semua!
BalasPadambtw, saya setuju dgn aQueen. hihi~
BalasPadamSalam Bang, SMTI.
BalasPadamSMTI
BalasPadamsmti
BalasPadamsupport it.
BalasPadamsmti
Smti :)
BalasPadam