Khamis, Mac 03, 2011

Tak Nak Masuk TV! Tak Nak Masuk TV! Tak Nak Masuk TV!


Gambar di atas tiada hubungkait dengan kandungan sebenar tampalan ini. Sewaktu saya dan kru berkunjung ke pantai di Esplanade, Miri, Sarawak kami bertemu 3 gadis  tidak diketahui  identiti. Saya cuma meminta mereka melompat dan merakamkan gambar pada jam 4.30 petang menggunakan kamera Canon G12. Siapapun mereka, terima kasih.

"Bang, di mana?,"  soal Inspektor Mohd Halid Satiman.

"Esplanade, kenapa Tuan?," balas saya.

"Kita ada 'projek', nanti abang datang ke balai ya," ujarnya penuh sopan.

Inspektor Halid, anak kelahiran Melaka, lulusan Universiti Teknologi Malaysia, pegawai polis agak pendiam tetapi amat komited melaksanakan tugasnya.


Kira-kira sejam kemudian, saya dan jurukamera berada di dalam van bersama pasukan Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah,  IPD Miri. Inspektor Halid menaiki kenderaan lain.


Hampir 2 jam saya tidur lena di dalam van sentiasa bergerak mencari sasaran. Sasaran? Remaja berusia 18 tahun, 'runner', penghantar bekalan dadah kecil-kecilan kepada pelanggan.

Jam 6.20 petang kami tiba di lokasi di Mos Jaya ini.


Kami menunggu dengan sabar sambil Inspektor Halid menerima maklumat berhubung  waktu  ketibaan suspek.

"Dia akan datang naik motosikal," ujarnya kepada saya.


16 minit kemudian suspek dinanti muncul ... saya rakamkan gambarnya.


Inspektor Halid dan anggota bergerak ke arah suspek.


"Tongkat moto, buka helmet!," arah Inspektor Halid. 


Suspek kemudian diperiksa secara teliti.


Seperti dijangka sejak awal, sejumlah dadah dipercayai syabu dibungkus menggunakan pembalut chewing gum ditemui.


Dia kemudian digari.


Jam 6.43 petang kami bergerak ke Kampung Riam Jaya.


Berikut gambar rumah, lokasi suspek kerap berkumpul bersama ahli kumpulannya.


"Kawan-kawan dia baru habis packing (dadah), tengok alat digunakan," ujar Inspektor Halid.


Hampir jam 7 malam, telefon bimbit suspek berdering lalu dia diarah menjawab panggilan terbabit. Sukar saya memahami loghat percakapan anak campuran Melayu-Kayan  itu  tetapi jelas kedengaran dia dimarahi rakan kerana gagal menghantar bekalan dadah dirampas kepada pelanggan.


"Style (modus operandi) dia orang sekarang, pembeli akan mengikut motosikal runner (suspek) dari belakang. Bila tiba di lokasi runner akan campakkan bungkusan dadah ke tanah, kita panggil perbuatan tu,  'tikam'. Bila dah pasti keadaan clear, pembeli akan ambil dadah tu. Tadi pembeli nampak kita tangkap budak ni, jadi dia orang dah tahu dia kantoi," jelas Inspektor Halid. 

Jam 7.06 malam kami tiba di rumah suspek. Saya menunggu di dalam kenderaan manakala pasukan polis keluar menemui jiran suspek.


Sewaktu saya keluar dari kenderaan, adik suspek berusia 16 tahun kelihatan riang melihat kehadiran saya, begitu juga beberapa jirannya.

"Mazidul Akmal Sidik, sembilan, sembilan, sembilan," ujar gadis itu.

Cuma ketika itu, dia tidak menyedari, abangnya berada di dalam van dengan tangan bergari. Adik suspek berusia 10 tahun juga berada di lokasi manakala  kedua ibu bapa suspek tiada di rumah, belum pulang bekerja.

Sebaik dimaklumkan berhubung penahanan suspek, kedua adiknya bergerak ke pintu van untuk bertemu abang mereka.


"Abang, dah bagi tahu banyak kali, kenapa buat juga? Kenapa? Kenapa?," teriak adik suspek. 


Airmata berjujuran mengalir, tangisannya semakin kuat kedengaran. Abangnya hanya membisu, menundukkan muka.

Dia kemudian menghubungi ibu menggunakan telefon bimbit.

"Makkkkkkkkk ... abang kena tangkap," katanya sambil teresak-esak menangis.

Pada masa sama, adik kecil suspek juga turut meraung.

"Tak nak masuk TV! Tak nak masuk TV!," jeritnya.

Pantas saya menghampiri anak kecil itu lalu memeluknya.

"Anak pak cik sama umur dengan kamu. Jangan nangis, pak cik janji tak masukkan gambar kamu dalam TV. Janji," saya berusaha memujuknya.

Namun dia terus menangis teresak-esak.

"Tak nak masuk TV! Tak nak masuk TV! Tak nak masuk TV!," jeritnya.

Saya memeluk lebih erat anak kecil itu dan berkata ...

"Kalau pak cik kata gambar kamu tak masuk TV, takkan masuk TV, pak cik janji ok," pujuk saya lagi.

Dia kemudian berhenti menangis. Barangkali hatinya sayu melihat abang diberkas polis biarpun saya percaya dia tidak memahami sepenuhnya kejadian berlaku.

"Ini bukan kali pertama, jangan nangis lagi," ujar jiran suspek.


Suspek kemudian dibawa ke IPD Miri.


Setelah menjalani ujian saringan air kencing, anak ke 3 daripada 6 beradik ini didapati positif dadah jenis syabu.

"Sejak bila ambil dadah?," soal saya kepadanya.

"Setahun lebih dah," jawabnya.

Dia berhenti sekolah sewaktu berusia 12 tahun dan mendakwa membantu ayahnya bekerja sebagai buruh binaan.

"Mak kerja apa?," tanya saya lagi.

"Cleaner," jawabnya ringkas.

"Tengok lengan kamu ni, kamu inject (dadah) siapa tolong?," tanya anggota polis.

"Kawan," katanya.


"Berapa upah jadi runner?," tanya saya.

"Satu tiub RM10 tetapi kadang-kadang dapat duit beli makan saja," jawabnya.

Sewaktu poket seluarnya diperiksa, polis menemui wang tunai RM3.

Dia disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki sejumlah dadah dan akan didakwa di mahkamah kerana memasukkan dadah ke dalam badan mengikut Seksyen 15(a)(1) akta sama.


"Sebelum ni saya pernah tangkap dia di rumah kita pergi tadi. Masa saya ketuk pintu, dia buka, lepas tu selamba berjalan sebab dia ingat saya pun kawan kepada kawan dia, semua lalok. Masa tu kita orang pergi 4 orang, dapat tangkap 6 orang," bisik Inspektor Halid.

Sebelum ini pelbagai operasi pihak berkuasa saya sertai. Kali ini saya kongsikan  rentetan pengalaman lebih terperinci bersama pembaca kerana saya ingin anda tahu sesungguhnya bukan mudah untuk menghasilkan paparan kira-kira 6 minit bakal disiarkan di 999 pada 10 Mac akan datang.

Apapun, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada pegawai dan anggota IPD Miri kerana banyak membantu menjayakan semua operasi sewaktu kru kami berada di Miri selama 5 hari.


Inspektor Halid, thanks for the kek lapis!

33 ulasan:

  1. Memang suka sangat kalau usaha menganyang penyangak dadah ini di perhebatkan..terbaik Bro Mazidul dengan berita2 terkini yang menarik..

    BalasPadam
  2. Yer lah dlam situasi tak elok semua tak nak dipromosikan...

    Terima kasih dgn paparan ini, bnyk pengetahuan dan pengejaran kita dapati di sini.

    BalasPadam
  3. klau budak tu sebaya anak mazidul mean sebaya dgn anak saya...sebak dada pepagi hari ini..desakan hidupkan buatkan they all jadi mcm ni

    BalasPadam
  4. desakan hidup membuat mereka memilih jalan yang salah sedih..msih ramai lagi diluar sana yang sebegini..

    BalasPadam
  5. saya memahami apa yang dirasakan oleh kanak2 berusia 10 tahun itu..apabila melihat orang yang kita sayang digari depan mata...semoga roh arwah dicucuri rahmat olehNya...Amin

    BalasPadam
  6. yang kena cekup ni ikan bilis..'jaws' masih bebas, mesti kaya, hidup senang lenang dengan hasil memusnahkan anak bangsa..
    apapun, tahniah saydara MAS

    BalasPadam
  7. urmm
    masalah besarr
    kesempitan idup bukan alasan tuk dye edar dadah kowt
    bek dye jadi cleaner cm mak dye
    ad gaji yg tetap
    tok sah susah-susah huhuhuh

    BalasPadam
  8. Satu tiup RM10..x 10 tiup = RM100 sehari. Agak lumayan jika hendak dibandingkan dengan bekerja secara halal. Kerja mudah sebagai runner tapi risiko yg bakal ditanggung tidak setimpal langsung! Mohon share artikel ini dalam blog saya.

    All the best En. Mazidul.

    BalasPadam
  9. Zakiyah, bukan mudah memberkas taukeh besar namun kejayaan tetap dicipta pihak polis.

    Green, silakan.

    Nikki, siapa mati?

    BalasPadam
  10. Sungguh kasihan kpd si anak kecil, sebak dibuatnya...

    Sifat malu itu adalah baik kerana sifat malu itu menjadi benteng buatnya drp melakukan perkara2 yg memalukan di kemudian hari. Sifat malu inilah yg semakin berkurangan di dlm jiwa remaja masa kini.

    Mudah-mudahan kesilapan Si Abang menjadi pengajaran berguna buat Adik-adiknya.

    Membasmi dadah biarlah dari akar umbinya - punca bekalan, runner, si pembeli.

    Pihak berwajib patut membuat satu pelan tindakan 'prevent better than cure'. MENCEGAH adalah perkara yg lebih penting - Bukannya hanya tangkap & pulih. Pasti tdk akan berkesudahan.

    Pelan tindakan 'di luar kotak' pemikiran amatlah diperlukan...

    BalasPadam
  11. salam...
    sesungguhnya paparan ini membuat saya menitiskan airmata....

    saya amat terharu mengenangkan
    1. suspek masih budak-budak
    2. tidak berpelajaran,berhenti
    sekolah di usia 12 tahun
    3. berhenti sekolah bantu bapa sebagai buruh binaan (kerja yg mulia)
    4. ibunya bekerja sebagai pencuci
    5. duit di sakunya cuma RM 3

    Saya amat simpati....
    Suspek tetap bersalah dengan bukti

    Soal membenteras jenayah adalah tugas dan tanggungjawab namun membasmi kemiskinan jangan diringankan dan tidak harus dikesampingkan... jangan pilihanraya baru nak hulur beras sekampit, gula sekilo dsb.

    Kemiskinan tidak selesai dengan sumbangan barang...fikirkanlah.

    Inilah tahap kemiskinan yang menjadi titik bengit tercetus pergolakkan di Tunisa dan Mesir.

    Mudah2 kita semua sentiasa di bawah perlindungan dan rahmat Allah SWT.

    BalasPadam
  12. byk perubahan berlaku slpas 2tahun sy tgalkn miri...morsjaya pule tmpt sy tuisyen sblum ni...mmg byk sbnrnye kes2 mcm ni...blum lg pljr skolah yg ambl pil palang dn pergi ke sekolah spt biasa wpn muke nampak sgt lalok...

    Alhamdulillah, sy xpnah t'jebak dn xpnah kenal dgn sesiapa yg m'ambil dadah ni...bg remaja2 Semenanjung, terutamanya, mmg 1 dugaan bile berada di Miri...dugaan menahan nafsu dr melakukn perkara x b'moral...

    BalasPadam
  13. sayu rasanya bila si kecil meraung taknak masuk tv :(

    BalasPadam
  14. kenapa airmata saya pula yang berjuraian membaca cerita si adik tu?

    BalasPadam
  15. alaa... kalo sempat tgk pembeli g beli tuh pegi dekat suspek, kan dapat berkas semua skali.. isk isk isk... kesian kat adik2 suspek..

    P/S: jiran ckp ini bukan kali pertama.... hurmmm, x serik2.. sian!!

    BalasPadam
  16. Kejadian sebegitu adakala mencabar emosi dan perikemanusiaan..

    sebagai petugas, kerja harus dijalankan dgn telus dan tepat.

    sebagai manusia, tergugat juga melihat airmata dan tangisan insan yang dilibatkan secara tidak langsung.

    Kehidupan realiti...

    BalasPadam
  17. Bro dul, sayu bila baca budak tu menangis pasal abang dia.


    P/s inspektor tu nama sama lah dgn kawan kita tu. Anak Jawa Johor juga kot?

    BalasPadam
  18. Runner untung RM10.tapi Tauke besar dia untung berapa..yang kena tangkap runner yang untung kecil ni..tapi tauke besar yang untung ribuan ringit masih bebas..itulah nasib...

    BalasPadam
  19. Seronok membaca,cara penceritaan yang menarik.

    BalasPadam
  20. kenapa tangkap ikan kecik saja?tangkap la ikan besar...yg mengedar dadah tue...ini belum lagi ko jalan gi Pub yg dikontrol oleh gangster2 Miri..yg jual/ambik dadah kat Balcony/Infinity Club...umah sundal 100m dari balai polis..tempat jual rokok/arak smuggle..

    BalasPadam
  21. Kasihan tengok 'drama swasta' yang sebenar dalam entry Mazidul kali ini.

    Ini hakikat dalam masyarakat Melayu- akibat dari tersilap pilih kawan, banyak juga 'kawan' yang 'menolong' kita bila berlaku 'kesusahan' contohnya ; bila susah nak masukkan dadah dalam tubuh kita, bila kita nak bergaduh 'kawan' boleh tolong 'settle', 'kawan' juga boleh tolong bila kita nak mencuri, merogol dan lain-lain lagi biar sama-sama kita masuk lokap...ha ha ha...

    BalasPadam
  22. Sedih baca entry ni... harap2 family dia ambk iktibar. dan utk si Abang, belum terlambat nak bertaubat.

    BalasPadam
  23. buat penerbit2 drama tv cuba banyak kan menerbit cerita2 begini yg mendedahkan realiti kehidupan mayarakat kita hari ini...bukan cerita hantu dan cintan2 yg tak berkesudahan....

    BalasPadam
  24. nak menitik air mata kisah adiknya tak nak masuk TV. adik pun tahu malu..padahal adik tak buat salah pun.

    BalasPadam
  25. kesiannye..kecik2 da benti skolah..tersalah pilih kawan..pasti dia yg sepatutnye anak lelaki yg gantikan ayah utk jaga keluarga kan..huhuh..

    BalasPadam
  26. Best Investigative Reporter of our beloved nation, Malaysia!

    Mahaguru58 dulu pernah tegor Mazidul di kawasan Tanjong Lumpur, Kuantan tetapi 'time' tu dia tak kenal Tok Mamu ni, maka respons nya nggak berapa mesra! :P

    Mamu tak ambil hati sebab bab bab nak friendly ni tengok 'mood' seseorang apatah lagi bagi seorang 'celebrity' macam Tuan Mazidul. :)

    No worries. Teringin juga nak ikut Tuan Mazidul gi'ghost hunting' jika ada kelapangan. :)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.