Isnin, Mac 21, 2011

Video Lucah

Hari ini tersebar kisah berhubung video lucah pemimpin parti politik di Malaysia, you know who.

Ramai mengatakan video terbabit satu fitnah.

Ramai juga mengatakan, kandungan video itu asli sekaligus meminta polis membuat siasatan secara telus.

Lalu berlaga pendapat 2 kumpulan terbabit.

Persoalannya, berapa ramaikah antara kita berpeluang menonton video itu? Bukankah dengan kemajuan dunia teknologi, keaslian video terbabit boleh disahkan?

Jika rakaman televisyen litar tertutup suspek membunuh Nurin Jazlin Jazimin boleh dihantar ke Amerika Syarikat untuk dianalisa, mengapa tidak video sedang hangat diperkatakan?

Seperkara lagi, sepak terajang, karate, kung fu dan taekwando dalam arena politik di Malaysia, acap kali menjatuhkan sesama Melayu.

Bangsa lain barangkali tertawa melihat gelagat ahli politik terbabit.

Apapun, saya percaya, kisah video lucah ini akan terus diperkatakan samada di media elektronik, cetak mahupun media alternatif, blog.

49 ulasan:

  1. bro..kalau tngk kt buletin utama tadi, ramai ahli parlimen yg dh tonton..eh tonton video lucah x menyalahi undang2 kah

    BalasPadam
  2. Jeram, kita usah hipokrit, ramai sebenarnya pernah menonton filem lucah.

    Sebilangan terbabit sebagai pelakon dan tidak semestinya ahli politik sahaja.

    BalasPadam
  3. lepas satu satu hal yang berlaku dalam dunia politik ni..biar masa yang menentukan.Jika orang yang terlibat dalam video tu rasa tak bersalah atau teraniaya sila2lah tampilkan diri...pendapat je ni..tiada maksud menyokong mana mana pihak.

    BalasPadam
  4. Ramai yang tercari-cari. Mungkin link diblog saya ni mampu buatkan yang mencari-cari akan puashati dengan pencarian mereka . Jom terjah azwandengkil.blogspot.com

    BalasPadam
  5. yang saya tak faham kalau "hamba Allah " ni buat semuanya dikatakan fitnah..
    dia manusia juga kan..yang tak terlepas dari buat salah..bukannya nabi..

    BalasPadam
  6. Roslaini, itu peliknya. Saya percaya, kebenaran will be revealed very soon.

    BalasPadam
  7. heheh..selaku blogger baru saya bangga gak la bila bro mazidul reply komen sy

    BalasPadam
  8. Tanpa Hipokrit...
    Demokrasi ialah tentang kuasa pengaruh dan sokongan...bukannya tentang kebenaran atau perjuangan..

    Salam Hormat...

    BalasPadam
  9. yang batil pasti jatuh. kita tunggu saja

    BalasPadam
  10. tak kisah la samada dia tu pembangkang atau yang memerintah, sekiranya attitude x elok, mmg x patut d sokong...

    BalasPadam
  11. Kebenaran akan terserlah. Kalau ada report, dah tentu polis akan melakukan siasatan.

    BalasPadam
  12. Marau, 'bukannya tentang kebenaran dan perjuangan'?

    Tertakluk anda berada di pihak mana.

    Saya percaya, sebilangan pengamal demokrasi memperjuangkan kebenaran sekaligus BUKAN semua.

    BalasPadam
  13. Assalam Encik Mazidul,

    Tadi saya tgk berita tapi separuh cerita je. Kalau encik mazidul perasan, setiap kali nak menjatuhkan mana2 individu politik, mesti melibatkan video seumpama ini.

    Hebat benar kuasa video lucah.. at last, individu disuruh tarik diri@ letak jwtn. Kenapakah?

    Kalau tak buat, kenapa mesti buat keputusan mcm tu? berani kerana benar ^_^

    Sungguh, saya tak tau citer n individu berkenaan. Sejak dah keje ni, buta akhbar plak heheheh

    BalasPadam
  14. Khairunnisa, 'setiap kali'? Ya ke? Tidak fikir begitu.

    Bukan setiap kali.

    Ramai ahli politik lain mengundurkan diri bukan disebabkan terbabit dalam pembikinan video lucah.

    Selagi kita bergelar manusia, selagi itu kita tidak dapat lari daripada membuat kesilapan.

    Manusia tidak bersifat maksum, pastinya.

    BalasPadam
  15. Salam..
    Tidak berpihak...Cuma saya ialah seorang rakyat malaysia yang bosan dengan kerenah dan kelakuan ahli politik dari kedua pihak yang galak menelanjangkan kesilapan dan kesalahan pihak lawan. Rakus mengaut kekayaan negara tanpa memikirkan kebajikan rakyat jelata. perjuangan yang ada hanyalah untuk memperolehi kuasa yang digunakan untuk menimbun harta. Disokong pula oleh pengikut yang taat membabi buta demi untuk laba yang tidak seberapa. Di mana perjuangan untuk rakyat yang miskin?
    Kebenaran????
    Kemenangan dalam demokrasi adalah majoriti. Yang menang akan berkuasa . Yang berkuasa akan sentiasa menang walaupun tidak benar.

    Maaf kalau ada yang terasa..

    Salam Hormat..

    BalasPadam
  16. yang paling merisaukan berita-berita tentang seks ini bukan sahaja dibaca,dilihat dan didengar oleh orang dewasa, anak-anak kecil juga berminat. naik segan juga meninton berita mcm ni dengan budak2 kecil. berita juga perlu ditapis.

    BalasPadam
  17. bro di negara ni, apa2 saja yg berkaitan dgn politik, yg tak boleh jadi boleh yg boleh jadi tak boleh.politik lucah terhasil dari lambakkan DVD lucah di negara ini

    BalasPadam
  18. starting cerita ni simple sangat dan boleh dipertikaikan. siapa datuk T sebenarnya.
    cuba hampa pikir sat kemusykilan aku ni,
    1. layakkah org yg berstatus datuk tu jadi balaci kutip barang tertinggal?
    2. cctv dipasang belakang meja solek.. eerrrmm hampa paham dak konsep cctv tu macamana? hampa pi search kat google tgk betoi2 mcmana org pasang cctv, semua part termasuk recorder, monitor longgok sekali kat belakang meja tu ka?
    pikir 2 ni dulu.. selamat beramal

    BalasPadam
  19. Saya pun tak fahamlah dah berapa banyak kali scandal ahli2 politik kat malaysia ni terkantoi dengan video seks. Tapi yang heran tu, takde pulak kena apa2 tindakan. Paling kuat pun letak jawatan, diberi cuti dan sebagainya.

    Anyway, please have a read on my take on this issue. Nota: bahasa dalam post ni agak kelucahan dan terlampau sikit, so read at your discretion.

    http://mohdshaza.blogspot.com/2011/03/porn-litics.html

    BalasPadam
  20. Hakikat realiti kehidupan politik kini amat menjengkilkan sehingga kita lupa yang kita akan mati esoknya. Janganlah dibunuh Hang Nadim atas kebijaksanaannya. Ramai yang belajar sejarah tetapi hakikatnya tidak pernah belajar apa-apa dari sejarah. Janganlah nyawa dah sampai kat halkum, baru nak insaf... dah terlambat.

    BalasPadam
  21. sekiranya betul video ni... hamba Allah ni memang tak boleh jadi pemimpin.. terutamanya pemimpin sebuah negara Islam... walau apapun alasan yang diberikan....

    BalasPadam
  22. hheheheheh remember?"he look like me, face like me, but he's not me" (lebey kurang gitu la) hehehehehhe
    nanti ada je yang salahkan SB pulis ^_^ kalau video ni betul la....

    BalasPadam
  23. Nak jadi Pemimpin bkn senang.

    Kena pimpin NAFSU 'atas & bawah' dulu,
    Kena pimpin ISTERI & KELUARGA dulu,
    Kena pimpin RUMAHTANGGA dulu.

    Sesudah semuanya sudah TERPIMPIN dan masih punyai daya utk MEMIMPIN di dalam skala yg lebih besar, maka barulah jadi seorang PEMIMPIN.

    Jika tdk PIMPINlah igauan di siang hari itu menjadi impian di malam hari. Teruslah bermimpi...

    BalasPadam
  24. Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa satu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu ~ Al-hujuraat-11~

    BalasPadam
  25. Kita ada akta, undang2 dan sebagainya adakah mereka tidak membacanya kesalahan dibawah akta tersebut bukan sekadar disebelah pihak.

    Moralnya, bosan jika di hidangkan dgn perkara sedemikian.

    New Entry "Tidak salah nikah di masjid - Jamil Khir"

    BalasPadam
  26. I hate politic....and I hate those involve in politic...

    BalasPadam
  27. benda-benda macam ni yang buat saya makin meluat dengan politik.

    BalasPadam
  28. Ya Allah Ya Tuhan Kami. Engkaulah Penguasa Yg paling Agung dan yg Paling Berkuasa. Kami hamba2 Mu memohon perlindungan dari segala fitnah dan kezaliman oleh golongan yg sesat ini. Berilah kami Ketenangan dan Istiqamah bermunajat kepada Mu dalam menghadapi dugaan Mu ini Ya Allah. Sesungguhnya hanya dengan izin Mu Ya Allah segala fitnah dan kezaliman ini terjadi. Oleh itu Kami memohon agar kami dan keluarga kami diselamatkan dari segala bala ini.

    Kembalikanlah segala fitnah dan kejahatan ini kepada mereka yg bertanggungjawab dan yg terlibat melakukannya agar menjadi pengajaran supaya mereka tidak kembali kepada Mu dengan dosa besar ini. AMIN YA RABBAL ALAMIN..

    BalasPadam
  29. saya setuju dengan me, myself..

    apa2 pun, isu ini akan digunakan dalam kempen piliharaya sarawak nanti. janganlah kita sama-sama terikut dalam penyebaran citer yang tak tentu betul lagi.
    jika ianya betul, kita juga dilarang untuk menceritakan/menghebahkannya.
    cukuplah kita sekadar tau untuk kita jadikan pengajaraan

    BalasPadam
  30. kenapa melayu suka bertelagah. bangsa lain hanya tersenyum melihat gelagat kaum melayu kita ni.
    bukti, ada jalan pasar, pudu. masyarakat cina berniaga barang2 yang sama di setiap deretan kedai, tetapi, cuba kaum melayu berniaga barang2 yang sama seperti kaum cina berniaga, habes di bomoh2 di santau2 peniaga2 di sekeliling yang ada. ITULAH ORANG MELAYU.

    BalasPadam
  31. otak lunyai : aminnnn...

    report saja pada polis dan Jabatan Agama Islam (kalau pelakunya orang Islam), tak sepatutnya dipertontonkan pada orang lain...
    tindakan ini memang menunjukkan betapa bodohnya bangsa Melayu dan Malaysia..niat menjatuhkan orang tapi tak sedar ianya menjatuhkan maruah sendiri..
    satu jari menunding kepada orang, kita tak sedar 4 jari lagi menunding ke arah kita..
    Wallahu'alam...

    BalasPadam
  32. Ada gosip malam ini ada tayangan X xY free. . Makan minum free..

    BalasPadam
  33. sungguh sy sokong comment marau yang kedua...
    kalau kita semua perasan... ekonomi msia naik mendadak.. keadaan pasaran yang melambung tinggi menyebabkan para pengguna berfikir 10 kali malah lebih untuk teruskan kehidupan seharian...

    kenapa? belum habis reaksi pengguna diteroka mengenai kenaikan harga barang tiba2 muncul lah satu lagi propaganda yang terus menutup hitam legamkan keadaan penduduk rakyat...

    kenapa???
    jangan kata orang yang miskin marau.. kita yan hidup senang ni pun fikir 5 6 kali nak makan ayam ke tak.. itu baru ayam.. x kira lagi barang basic hari2 yang naik sampai x turun2...

    kenapa?? hal berkaitan video lucah ni yang perlu dibesarkan.. kalau salah terus hukum... xpayah nak penuhkan segala isu yang xmembawa ke mana...rakyat perlu pembelaan...

    BalasPadam
  34. Salam. Sebenarnya sejak Pakatan Rakyat menidakkan majoriti 2/3 BN dan memenangi majoriti kerusi DUN dibeberapa negeri memang dah ada beberapa kes salah laku seks dikenakan terhadap ADUN PR (secara kebetulan ke?). Seolah-olah pemimpin-pemimpin BN adalah orang-orang yang mangamalkan kehidupan yang telus dan penuh taqwa. Ada yang kata Anwar menggelabah dan menidakkan penglibatan beliau dalam video tersebut sedangkan beliau belum menonton video tersebut. Rasanya bukan Anwar sorang je yang komen tanpa tengok video tu. Kalau diselidik blog demi blog, terutama yang dikendalikan oleh pro UMNO dan proBN, blogger-blogger ni lebih advance...siap boleh ada jalan cerita tentang video tu dan entah dari mana dia orang dapat jalan cerita tu (sampai ada satu blogger kata "Wan Azizah menyedari kehilangan jam tangan jenama Omega kepunyaan Anwar dan Anwar menyatakan dia tertinggal jam itu dalam kereta kawan)" agaknya blogger ni penulis skrip video tu kot...jadinya ramailah orang yang "overzealous" terhadap isu video ni...masing-masing nak kejar publisiti untuk blog mereka tanpa memikirkan ada tak tercampur adukkan penipuan dalam kebenaran.

    tahirnisa@blogspot.com

    BalasPadam
  35. Dalam blog saya...awal-awal lagi saya dah sebut...Anwar Ibrahim patut undur diri dari politik dan beri peluang kepada pemimpin lain meneraju dan InsyaAllah membawa kejayaan kepada PR. Saya juga ada tuliskan bahawa Anwar adalah suatu "liabiliti" kepada PR. Jadi saya tak salah cakap. Saya sayang PR dan perjuangan PR, tetapi sikap segelintir pemimpin PR yang tak mahu kenal dunia dan tak mahu menilai akhirat, akhirnya akan memakan diri.

    BalasPadam
  36. Jangan terlalu taksub kepada sesorang sampai kesilanpan dia pun kita tak nampak dan jangan terlalu membenci sehingga tak nampak akan kebaikanya...

    Jangan biar pemikiran politik sempit kita menguasai diri ....hehe...

    Macam Abang mazidul ckp...Manusia tidak bersifat maksum...

    Tak sabar nak tengok kebenaran yang sebenarnya....

    BalasPadam
  37. Politik dunia memang sentiasa kotor..tunggu 'politik' Allah di Mahsyar nanti..tak siapa yang boleh lari...

    BalasPadam
  38. Salam bro.

    How was the meeting tadi? Makan karipap atau meehon PIBG? :)

    Anyway, saya cuma tertanya satu jek, kalaulah Datuk T release rakaman itu, tidak ke dia boleh disiasat mengikut Seksyen 18 (4) (a) dan Seksyen 5 (1) (a) Akta Penapisan Filem 2002 bagi kesalahan mengedar DVD tanpa Perakuan B dan filem lucah.

    Sepatutnya ia diserahkan kepada pihak berkuasa sebab ikut seksyen yang sama, ia turut menyebut kesalahan menyimpan filem lucah.

    Kannnn. :)

    BalasPadam
  39. aku agak pelik juga, tak pernah terdengar pula tuduhan anwar rembat tanah rakyat atau membalun komesyen atas pembelian harta negara. tak pernah dgr pula tuduhan anwar rogol anak org mcm kes bekas ketua menteri melaka dulu. tak pernah juga terdengar tuduhan anwar ambil rasuah berjuta2 ringgit...iishh..isshh pelik..!

    BalasPadam
  40. Keh keh keh....

    Sekali lagi maruah bangsa Melayu di gadaikan oleh menusia2 yang berhati kotor, semacam tiada kerja lain yang lebih bermaruah.

    Jika video itu sah milik bangsa lain sudah tentu tiada masalah, malah pelakon itu dimaafkan dan kembali disanjung. Tetapi jika ia melibatkan bangsa Melayu, maka akan menjatuhkan maruah dan kedudukan orang tersebut.

    BalasPadam
  41. Saya pun ada terjumpa gambarnya entah di e-mel entahkan di blog tapi saya tak berminat amat nak mencari video terbabit.

    Isu ini asyik menjadi bahan politik sedangkan isu sebegini sentiasa ujud di keliling kita; hanya ianya manusia biasa bukan politikus.

    Moralnya kenapalah tak sembunyikan jika benar ini aib diri; tak syok amat kita yang seagama ini nampak sangat moralnya semakin sifar...

    Atau mainan di dunia maya! semata. Bungkam.

    BalasPadam
  42. sia-sia ALLAH SWT pnjgkan umor jika hanya utk naik,turun mahkamah.pernah dengar pepatah ni :harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.nama yg macamana?dipuji atau dicerca.

    sendiri mau ingat laa.

    BalasPadam
  43. kalau kes ni org yang menyimpan dan menyebarkan video lucah tidak dikenakan tindakan..
    ini bermakna DVD lucah dibenarkan dipasaran..dan boleh dibeli dan ditonton dan dimiliki oleh org ramai

    BalasPadam
  44. Salam. Melihat kepada wajah Datuk Eskay semasa sidang akhbar dengan Tan Sri Rahim, saya teringat filem Cinta Kolesterol. Apa kena mengena? Dalam filem itu Erra diubah menjadi gemuk dengan teknik "impose". Jadi kalau dalam filem boleh diubah wajah atau penampilan seseorang, rasanya dalam politik pun boleh kot. Datuk Trio cuma minta suruhanjaya diraja ditubuh dan menyiasat ketulenan video tersebut. Memanglah video tu tulen, cuma pelakon watak Anuwar je tak tulen.

    tahirnisa@blogspot.com

    BalasPadam
  45. Biarlah Allah yang menentukan. Kita ambik pengajaran daripada apa yg berlaku...

    Saya sayang sangat pada org Melayu! Tolonglah bersatu, jgnlah saling menyalahkan. Sepatutnya kita sama2 usaha untuk mempertahanka kemerdekaan dan kedamaian tanah air kita, Malaysia.

    BalasPadam
  46. kejadian hr ini sebenarnye megambarkan bahawa betapa lemahnye bangsa kita,dan kehancuran melayu islam adalah bermulanye dr keegoan sesama kita..(bngsa mlyu)jadi ambl lh pegajaran dr pd bagaimana era kejatuhan kesultanan melayu dahulu,iaitu perpecahan dan perbalahan akhrnye bngsa lain yg mgmbil kesempatan

    BalasPadam
  47. Akibat 'blue'nih lah, politik rosak, anak2 muda rosak, anak2 bwh umur rosak, sumbang mahram... mcm2, sampai pegawai SPRM pun tumpang tgk... he he he... mmg ada sesuatu dlm ''blue'ni... rupanyer cm hantu..hanya yg bodoh dan dangkal sahaja akan membuat keputusan sebelum mahkamah sahkan kebenarannya! Islam dah bagi tau... tapi yg berlagak alang pandai, buat2 tak tau... rosak2 negara!

    magua_putra@2000

    BalasPadam
  48. Agaknya Malaysia dikuasai oleh orang2 yang kaki 'blue' dan kaki liwat itu pasal ada tayangan video lucah secara terang-terangan oleh ahli2 politik kita tanpa kawalan....
    He he he...Seluruh dunia dah tahu.
    Pihak polis/berkuasa tak buat apa2 ke?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.