Sebilangan pengguna kita lihat memiliki lebih daripada satu telefon bimbit.
"Satu untuk keluarga, satu lagi untuk urusan kerja dan satu lagi ni untuk kawan-kawan"
Saya pernah terdengar kenyataan itu diungkapkan kenalan perempuan masih bujang. Dia memiliki 3 telefon bimbit.
Hebat!
Terfikir, terlalu ramai sungguhkah kenalan dan ahli keluarga dia? Apapun biarlah, dia mampu membeli telefon bimbit sekaligus menjelaskan bil setiap bulan.
Itu perempuan.
Sebilangan lelaki juga didapati mempunyai lebih daripada satu telefon bimbit. Senario normal andai kata ahli perniagaan memiliki 2 alat komunikasi terbabit. Satu digunakan untuk berhubung dengan ahli keluarga manakala satu lagi untuk rakan bisnes.
Lazimnya kedua telefon bimbit itu dibawa ke pelbagai lokasi, restoran, masjid, kelab golf dan sewaktu pulang ke rumah.
Tanpa masalah semua telefon diletakkan di atas meja atau di ruang terbuka. Jika berdering, dijawab tenang sekaligus tiada prasangka timbul di benak fikiran ahli keluarga terutama isteri.
Maksudnya, kewujudan 2 telefon terbabit diketahui semua.
... namun tidak semua lelaki sama.
Sebilangan mereka bertindak menyembunyikan telefon kedua di dalam kereta. Selalunya, telefon itu berharga lebih murah, bersaiz kecil dan menggunakan talian pra-bayar.
Jika jujur, barangkali mereka pelupa. Mungkin mereka khuatir jika tertinggal satu di rumah, telefon bimbit kedua disorok di dalam kenderaan boleh digunakan.
Kan?
Saya yakin, pembaca juga mempunyai pengalaman atau kisah menarik untuk dikongsikan bersama saya, berhubung lelaki memiliki lebih daripada satu telefom mudah alih.
Hikhikhikhik!
BalasPadamSori, tergelak dulu sebelum mengomen.
Sebab teringat sorang kawan yang pegi bercuti dgn keluarga, si suami asik ler kuar masuk bilik air di hotel. Rupanya ber-nyit-nyit dengan kekasih gelap.
Telefon di sorok di atas (apa benda ntah), dalam bilik air tu, sebab takut isteri jumpa kalu boh dalam poket seluar...
Itu antara alasan bagi lelaki yang ada spare kat luar...
*Saya cuma ada 1 hp setakat ini, letak terbuka tapi tak pernah lak nak dering2 pun memalam. Alahai....
saya hanya ada Dua, kerja on bunyi, peribadi vibrate.
BalasPadamguna yang paling penting bila salah satunya tersembunyi dalam/bawah baju selimut, tutup lampu terus dail..jika terkena telefon yang vibrate, kena tunggu gelap baru jumpa..
Psstt I terpaksa buang list mana2 BLOG riak dan taksub kepada mengAGUNGKAN seseorang BLOGGER..maaf yerr..
BalasPadamguru agama pun kita tak perlu PUJA cukup hormati..
Benar belaka kenyataan yang dibongkar, selalunya lelaki yang punyai lebih dari seorang kekasih akan bertindak sedemikian; punyai lebih dari satu talian telefon sudah menjadi perkara biasa.
BalasPadamFaktor utama bil pra-bayar semakin murah malahan talian pendaftaran tak semahal dahulu.
Saya pernah memiliki dua talian dulunya. Saya memanggil Nombor Rahsia hanya sebahagian rakan sahaja yang saya kasi Nombor Rahsia tersebut. Bukan punyai dua kekasih tetapi lebih kepada mahukan talian yang lebih privasi. Jika satu talian penat amat nak layan masalah kerjaya di dunia ICT ini; terima sahaja panggilan asyik kerja berat nak betulkan komputer rakan yang kena godam. Sampai sakit jantung dibuatnya.
Masalahnya utama dua talian ini adalah tak menang pakai; bil jadi berganda, asyik terleka & khidmat terpotong terpaksa daftar nombor lain. Pulak tu asyik tercicir telefon, nak jaga satu telefon pun payah inikan pula dua telefon. Pada mulanya privasi lama kelamaan cepat sangat Nombor Rahsia tak jadi rahsia lagi; sukar mengekang amanah rakan bab nombor talian ini.
Bila sudah bersara begini semua itu jadi kenangan. Guna satu nombor sahaja lagi mudah.
Huhuhu sbgai pompuan dan isteri kl hubby dah 2 hpon kena pandai intai2 hahaha lbh2 lagii yg pakai kunci no pin .....kl saya dah bagitau awal2 kl agak2 itu nak cari bini trus terang..sbb kl saya yg jumpa jawapnya perang dunia..kl org korea hanya 1 bini tak leh banyak haha...tapi ramai juga yg main kayu tiga...
BalasPadam1 org utk skandal pertama
BalasPadam1 org utk skandal kedua
1 org utk skandal ketiga
baik korg jual anset.g kawin..
apisv3.blogspot.com
hehehe... itu normal sebab dulu saya pernah juga buat macam tu tapi sekarang en. suami pulak... satu untuk public, satu lagi PTT (Push To Talk)... so far tiada masalah sebab anak2 pun turut layan PTT tu.
BalasPadamada satu phone pun kadang2 boleh ada kekasih gelap..
BalasPadamyelah phone sekarang kan canggih, boleh guna 2 sim, letak password
lagi tak ada syak wasangka
Saya tepat setia pada yg satu ni....
BalasPadam:)
sy pun cuma ada 2 hp. kalau lbh dari 2 rasenye boleh jadi kelam kabut...kalau 2 hp berdering masih boleh letak kt 2 tlinga tp kalau 3 berdering skali gus camne plak? he3
BalasPadamsalam
BalasPadamsaya ada 2..satu telefon biasa yang boleh dicampak-campak hanya untuk terima call dan sms...dan satu jenis snartphone..khas untuk phone/email/modem intenet/camera/wifi/GPS dll...
Dulu saya ada 2. Satu lagi saya gunakan sebagaikan PTT. Tapi lama kelamaan jadi boring dan rasa macam menyusahkan bawak sekali dua henpon ni. Tapi ada rakan saya tu bukan 3, malah dia ada 4 hp. Semua talian dia ada. Mungkin sesuai dengan pekerjaannya sebagai callman.
BalasPadamTerpulang kepada tuan punya hp juga. Pengalaman bos saya, ada 2 hp, satu untuk family n business. Satu lagi untuk isteri no. 2. Terpaksa guna 2 sebab isteri pertama tak bagi call isteri ke dua.
BalasPadamyer.. memang ada hp yg ke2.. khas untuk kekasih gelap.. tapi kekasih gelapnya ada 2.. hp yg ke 2 tu tinggal dalam laci kat opis.. bukan saya tapi kawan saya.
BalasPadamayah sy ada 2 enfon..haha..1 untuk keje...1 lagi untuk family n kwn2...dua2 enfon tak pnah sorok dari family..huhuhuhu
BalasPadamusah dipercaya pada laki yang ada banyak telefon ni...hehe..
BalasPadamlain la kalau company yang bagi handphoe untuk kegunaan kerja, itu baru logik.
tak paham macamana dorang boleh handle 2 3 telefon...
Dlu saya ade 2 tp cm ssh jer nk bwa gi sana sini kena bwa dua2,kdang2 tertinggal satu,tp bila bca,satu letak kt dlm kete cm ok jer...bole la try..hehehe
BalasPadamBro Dol, setakat ni saya ada satu je handphone. Malas nak ada banyak line walaupun boleh dapat free. Pelik pun ada juga dengan mereka yang banyak line ni. Rasa macam membazir je. Kalau free tak pe lah jugak kan?
BalasPadamSaya takde pengalaman.. semuanya terpulang kpda individu. Sendiri mau ingatlah amanah yg kita pikul setiap hari dan masa, ke hulu dan ke hilir. Esok2 Allah akan tunjukkan jugak...
BalasPadamKpda mereka yg gunakn utk tujuan kebaikan, semoga Allah terus melindungi kalian drpd perkara2 yang tdk baik...
* Rasanya cm susah jer pakai 2 hp ni, he3
nak saya berterus terang? yg disorok tu untuk panggilan kekasih gelap! supaya tak ganggu call waktu malam, so biar je laa dalam kereta.. kalau nak berdering tengah malam pun, biar memekak jer dalam kereta.. jangan nanti memekak laki bini atas katil gara2 ada pompuan call tgh2 malam.
BalasPadamHahhaa..hanya ada 1 h/p buat masa ni....tak mampu nak guna 2 h/p....( double meaning )hehehehe
BalasPadamAda kawan saya, dia dah kahwin, ada 2 handphone - satu untuk kegunaan rasmi, satu lagi - biasalah lelaki, mesti untuk awek lain punya, konon senang untuk 'cover-line'.
BalasPadamSatu hari hendphone utk cover-line dia rosak hantar kedai - repair.
Entah macamana sim-card dia tercicir dalam seluar dan dijumpai si isteri ketika membasuh seluar.
Isteri nya yang cerdik cubalah gunakan sim-card pada handphone - apalagi terteralah nombor rahsia awek suaminya - Lepas tu jadi perang dunia ketiga lah pulak...
Ha ha ha. Padan muka dia - kantoi!
Salam,
BalasPadamsaya lak ada 2 telefon. Satu untuk kerja&perniagaan dan satu untuk peribadi/famli/kawan2.
alasanya sebab kadang-kadang tak nak diganggu oleh pelanggan atau majikan..hehe....
kawan2 atau famli bebas nak telefon ke mana2 no...jika tidak dapat no kerja..call jer no peribadi...jika tahu la..kekekek
ada satu je... belum prlu lebih dari itu
BalasPadamsaya 1 hp sepanjang masa. rosak baru tukar baru.
BalasPadamkawan pulak 1 utk bekerja/bersosial. 1 untk GPS sebab katanya GPS mkn bateri.. 1 lagi spare if salah satu rosak.
hp byk2 liabiliti bg saya. kdg2 rasa tak mahu ada hp. eeee..penat bawa dan kena jaga je sebab risau hilang ke..
kenapa masih ada yang menggunakan perkataan ringkas seperti menulis untuk sms. gunalah perkataan ditaip penuh. ini keyboard komputer.
BalasPadamitulah masalahnya apabila banyak sangat hp.
hasben saya ada dua tepon..satu no asal yang dia guna dari zaman student..satu lagi dia pakai lepas kenal saya..konon2 nk bagi sama telcos supaya murah..so, kekal la dua enfon smp sekarang..
BalasPadam1 hp yg family plan, so free calls dgn family.
BalasPadamtapi sebab network maxis mcm @#$%^%$# kat tmpt keje, tpaksa ada lagi 1 hp (prepaid je) celcom pulak.
nak potong line maxis tu, dah ramai org tau nombor tu, lgpun susah la org tua nak tukar2 service provider ni. kita senang la
ex-hubby dulu x ada 2 hp, tp dea ada 2 sim kad.. so dea tukar2 la sim kad tu.. yg plg best.. puasla carik mana dea sorok simkad tu, upa2nya dea lekat kat badan dea guna selotape.. lupakah dea, memalam tido bukak baju? hahahahaha... mmg agak sengal disitu~ akhir dea kawen gak la dgn si skandal dea tu.. me? dah temui bahagia cinta baru :)
BalasPadamSaya ada 5 hfon yg taliannya berdaftar atas nama saya... tapi saya cuma guna 2 saja. yg lain tu utk my kids...
BalasPadam