Hari ini Polis Diraja Malaysia, PDRM menyambut Ulang Tahun Hari Polis ke 204.
PDRM, pasukan selama ini menjaga keselamatan dan keamanan negara biarpun ada waktunya tindakan sebilangan pegawai dan anggota mereka dikecam hebat.
Contohnya, jika gagal menyelesaikan kes bunuh pada kadar segera, kredibiliti pegawai penyiasat dipertikaikan. Walhal pada masa sama, kita semua akur, memburu penjenayah bukan perkara enteng seperti membaca ABC sewaktu dewasa.
Pembunuh sanggup berbuat apa sahaja untuk memastikan dia tidak meringkuk di dalam penjara atau diheret ke tali gantung.
Justeru, pegawai dan anggota PDRM terbabit menangani kes jenayah berat, lazimnya mempertaruhkan nyawa mereka bagi memastikan penjenayah diberkas atau ditembak mati.
Andaikata dalam percaturan itu, pembunuh terkorban, wajar. Bagaimanakah pula jika sebaliknya berlaku?
"Kasihan," itu kata kita.
Pegawai dan anggota polis juga mempunyai keluarga, isteri, suami dan anak, seperti majoriti kita, orang awam.
Kerjaya mereka berhadapan risiko tinggi.
Pegawai dan anggota PDRM terbabit dalam operasi narkotik juga mendepani pelbagai cabaran. Penagih dadah, disergah mereka akan mengikut arahan biarpun sebilangan akan cuba memboloskan diri. Jika bertembung ahli sindiket pengedaran dadah lengkap bersenjata?
Mustahil mereka akur kepada arahan polis dan sebilangan sanggup mati daripada menyerah diri.
Dalam senario sebegitu, siapa cekap dan tepat menembak, dia hidup. Selalunya, penjenayah tersungkur.
Ringkasnya, setiap pegawai dan anggota PDRM terbabit dalam operasi, secara sedar atau tidak, meletakkan nyawa mereka di hujung tanduk kerana tindakan penjenayah tidak boleh diramal dengan mudah.
Mengapakah polis perlu mempertaruhkan nyawa? Sedangkan mereka masih menerima gaji bulanan berjumlah sama. Gaji tidak selumayan mana berbanding pendapatan bulanan diraih Ketua Pegawai Eksekutif bank terkemuka di negara ini, dilaporkan mencecah RM300,000, lebih RM4,000,000 setahun.
Pegawai dan anggota PDRM mempertaruhkan nyawa mereka berhadapan penjenayah berhati kering untuk memastikan penjenayah sama tidak terus bermaharajalela sekaligus berkebarangkalian mengganggu gugat keselamatan dan nyawa kita semua.
Selama ini barangkali majoriti kita tidak pernah terfikir berhubung soal itu. Kita melihat pasukan polis, penguatkuasa penegak undang-undang sekaligus menjaga ketenteraman negara.
"Tak ada kerja lain, menyaman orang sahaja tahu!" - antara komen dilontarkan pengguna jalanraya kepada polis trafik.
Tindakan pegawai dan anggota tidak disenangi biarpun pengguna jalanraya terbabit didapati melanggar undang-undang termaktub mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Alhamdulillah nasib baik ada polis trafik, kalau tak ada, mesti simpang empat ni jem gila sebab traffic light rosak" - luahan kegembiraan pengguna jalanraya.
Rumusannya, tindakan pasukan sama, dibenci dan dipuji, mengikut penilaian kita.
Apapun dalam setandan pisang, tidak semua elok, segar untuk di makan. Lazimnya beberapa biji, lembik dan busuk.
Begitu juga dalam PDRM. Justeru, kelompok terbabit tidak wajar disimpan dan menjadi duri dalam daging dalam pasukan berusia 204 tahun terbabit.
Pada masa sama, pegawai baru bertugas, jika tindakan tidak betul, ditegur orang awam, usah pula melatah dan berperangai ego tidak menentu.
Kejadian di Sandakan, Sabah tempoh hari, satu contoh jelas.
Saya dipanggil sebagai saksi awam kes pemerdagangan orang pada Mei 2010. Pegawai penyiasat menghubungi dan meminta saya hadir di mahkamah menggunakan semboyan.
Saya dimaklumkan, kaedah pemanggilan saksi menggunakan semboyan, dipraktikkan di kalangan pegawai dan anggoat polis sahaja.
Saya bukan anggota PDRM justeru seharusnya diarahkkan ke mahkamah membantu perbicaraan menggunakan sapina.
Sapina dipohon pegawai penyiasat dan diluluskan pihak mahkamah.
Apabila kaedah pemanggilan saksi ditegur, sebilangan menjadi emosi.
Hemat saya, sikap sebegitu wajib dikikis sama sekali untuk melahirkan pegawai dan anggota PDRM lebih berilmu, mesra dan berkredibiliti.
... seperti diinginkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Selamat Menyambut Hari Polis ke-204 tahun!
BalasPadamTerima kasih diatas segala jasa & bakti pihak polis - berkorban nyawa, tenaga dan kasih sayang keluarga tanpa mengira suasana dan ketika.
*Keberkesanan pihak keselamatan (polis) dapat dinilai bergantung kepada jumlah kes2 jenayah dan tumpasnya pelaku2 jenayah-dapat ditangkap/dihukum.
Jika penjenayah masih lagi banyak bermaharajalela, ini bermakna satu ancaman kepada masyarakat dan pihak keselamatan juga.
Terima kasih sekali lagi.
adat khidupan... ada benci ada suka... susah nak puaskan hati semua orang...
BalasPadamSama2 makan gaji..moga yg buruk dibuang..kerbau seekor dua ..elok tak dibela..
BalasPadambro selalu ikut polis buat operasi, maka bro faham. polis sentiasa meletakkan nyawa di hujung tanduk setiap kali bertugas.
BalasPadambila polis menembak mati penjenayah misalnya, banyak suara mengkritik polis biarpun yang ditembak itu penjenayah,
tapi bila yang terkorban itu polis, tiada siapa yang peduli.
Selamat Hari Plis ke 204.. Huhuhu.. Maybe akan ada lagi kenaikan gaji.. Ngee :)
BalasPadam*Suka tengok 999 kat Miri hari tu, sebab jarang sangat ade operasi..
Entry Terbaru : Biarlah Orang Mengutuk *Senyum* Nuffnang Bagi BE Lagi
200% setuju dengan Abang Mazidul!!!!
BalasPadammasa 999 jumpa tuan KPN, ada tak bro tanya pasal keadaan semasa bro jadi saksi tempoh hari dah apa jawapan tuan KPN
BalasPadamyang kuat makan rasuah yg menjadi duri dalam daging pdrm . . ..haha
BalasPadamapa pun pekerjaan mesti ada pujian dan kejian.
BalasPadambukan polis saja... jadi guru pun susah sekarang ni, kenapa dirotan anak saya? kenapa itu dan kenapa ini?
apa pun semua berdepan risiko.
kalau polis berisiko Bomba, SMART, ATM , hospital,AADK apa-apalah semuanya berisiko.
Selamat Hari Polis ..
dan elok juga TV3 ada slot untuk ATM supaya dapat menanam benih awal pada anak remaja kita untuk berkhidmat sebagai benteng negara.
selamat hari polis...khas tuk suami terchinta,,miahahhahahaha
BalasPadampolis nampak kacak dalam uniform. heheheh~
BalasPadamCheNal, awak sebagai individu, dalam hati tidak semuanya baik pada setiap saat.
BalasPadamsalam...
BalasPadamtakziah buat rakan2 seperjuangan yang terkorban dalam tugas....
ramai yang tak tahu dalam tugas anggota polis, calar, luka patah perkara biasa dalam mengejar/menangkap penjenayah, dalam 10 mungkin 1 masuk tv atau suratkabar.. selebihnya dah lega masuk keja balik... tak ada sijil tak ada pingat tak ada penghargaan dan di kuala lumpur sahaja berapa rakan seperjuangan yang meninggal dalam kejar mengejar saspek.......
Sikap kita memang begitu; asyik nampak yang buruk sahaja; bak nila setitik rosak susu sebelanga... sedangkan jasa PDRM ini sering dilupakan; yang dapat pingat tak seramai mana...
BalasPadamTeringat kediaman berek polis lama, selalunya amat kecil & cuma punyai dua bilik. Dengan pendapatan yang rendah & kesekitaran kerja yang terancam tak semua kita sanggup menjadi Polis. Agar kebajikan PDRM kini terus dibaiki & tangga gaji mereka sentiasa dikaji.
Atas jasa PDRM ketenteraman kita sentiasa terpelihara.
Polis kena jaga integriti profesion mereka - salah satu cara untuk menjaga integriti mereka ialah dengan mengawal tingkah laku serta mematuhi undang2 - bukan hanya menguatkuasakan undang negara dan pemilihan setiap anggota polis ialah perlu melalui tapisan tertentu - hanya yang berperibadi baik, beragama dan berdisiplin sahaja sepatutnya yang layak ditawarkan jawatan polis. Barulah tugas kita menjadi mudah dalam membentuk pasukan yang ada sifat2 integriti.
BalasPadam