Selasa, Mac 15, 2011

2 Kepala Diperjudikan

Jam 8.18 malam tadi di Lebuhraya Damansara-Puchong.


Seminit kemudian penunggang menciluk ke kanan jalan dan hampir terlanggar bahagian belakang kereta di kirinya.


Bukan 1 tetapi 2 kepala kecil diperjudikan keselamatan.

20 ulasan:

  1. merbahaya betul..memperjudikan nyawa anak sendiri...

    BalasPadam
  2. Masa saya kerap ulang alik hantar anak ke sekolah dulu..hanya kami anak beranak yang berhelmet.

    Anak saya pernah diejek dengan kawan² sebab 'cool' berhelmat pergi sekolah, dah tu bawah ketiak mak pula.

    BalasPadam
  3. kecut perut tgok ..saya pernah saksikan depan mata masa tggu bas ..si bapa bapa anak kecik pakai motor tanpa raga anak terjatuh & di langgar lori belakang...trauma 2/3 hari .....

    BalasPadam
  4. silap-silap 3 kepala yg diperjudikan.. sebab pakai helmet apollo..

    BalasPadam
  5. Nak kata tak sayang anak, mereka kata mereka sayang anak, tapi mereka lupa agaknya yang kepala anak mereka tidaklah sekeras mana.

    Wahai ibubapa sekalian, hargailah anak-anak anda. Ikutlah peraturan jalanraya yg telah di tetapkan.

    BalasPadam
  6. Geleng kepala saya tengok gambar-gambar ni.. Agaknya nak tunggu kepala-kepala kecik tu bersepai baru nak sedar betapa pentingnya keselamatan dan peraturan jalanraya.

    Maaf saya pohon tapi saya memang anti dengan penunggang motor kapcai. Cara mereka membelok, tak reti nak brake di persimpangan, suka cilok kiri kanan, tak paham isyarat signal light, banyak lagi lah - sikap yang menyebabkan saya terpaksa keluar banyak duit untuk membaiki kereta saya yang dilanggar lari atau dicalar oleh golongan ini.

    BalasPadam
  7. Bapak je tak nak pecah kepala. Anak2 biar pecah kepala..

    BalasPadam
  8. Selalu juga berselisih dengan penunggang yang memboncengkan anak kecil begitu. Tidak sayangkah kepada anak yang tidak mengerti apa2 itu wahai sang bapa? :(

    BalasPadam
  9. ya Allahhhhh....tak sayang anak ka? uhuk!

    BalasPadam
  10. Dia sendiri pakai helmet....anak2 tak pulak..perlakuannya semacam dia berkata, biar lah anak-anak aku mati, aku selamat...

    BalasPadam
  11. Semoga si ayah cepat2 sedar akan kesalahannya. Jgn la dipertaruhkan nyawa kalau dah tahu bahaya yang mungkin tak disangka akan berlaku.. Kecut perut saya nengoknya!

    BalasPadam
  12. jgn lupa pakai helmet;)

    apisv3.blogspot.com

    BalasPadam
  13. dia hanya sayangkan nyawanya... bapak apakah gitu?

    BalasPadam
  14. byk kali jugak tgk parents yg bwk anak naik motor dgn cara merbahaya.kt raga dpn anak berdiri then ibu kt blkg peluk anak letas atas peha.kalau ditanya,katanya dia bwk motor perlahan n takkan jadi2 apa2...tapi kalau motor tu terlanggar lopak@dilanggar dr blkg..tak ke 'terbang' anak yg berdiri kat raga depan tu?sepatutnya sibapa perlu berfikiran jauh dlm menilai bahaya2 yg ada diatas jalanraya tu.bukan ambil jalan mudah.nyawa xda spare part ooo..

    BalasPadam
  15. Bro Dul, orang tu tak mampu beli kereta, sebab tu dia naik motorsikal. Tapi tak kan helmet untuk anak-anak tak mampu beli? Aqal betullah.

    BalasPadam
  16. saya jumpe ramai parents yg sayang kepala sendiri,kepala anak tak pakai topi keledar pon

    kat jln mcm ni pon mereka berani,pada hari lahir saya pulak tu

    BalasPadam
  17. Moga mereka sekeluarga selamat sampai ke rumah...

    Ada tak sesiapa yang kenal dia pastu tunjukkan blog en. Mazidul ni biaq dia tau dan lepas ni boleh fikir dengan rasional kalau nak bawak anak tanpa helmet...

    Bukan seorang tapi 2... kecik lagi, kalau apa2 berlaku bukan nak tolong rasanye, nak marah ye ada... pakcik... pakcik..

    BalasPadam
  18. Tak sangka ada lagi bapa yang sanggup menggadaikan nyawa anak sebegitu. Apa yang difikirkan agaknya? Haishhh~

    BalasPadam
  19. sayang nyawa sendiri, nyawa anak tidak dipeduli. Apa-apa terjadi baru nak disesali.

    BalasPadam
  20. kena diuar-uarkan dikaca TV bagai iklan tomato sos tu... tak diingatkan kita leka... bukan tak tahu perbuatan itu bahaya...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.