Tengahari semalam, saya dan pengurus iklan (jawatan baru) blog ini, Sabil keluar makan bersama.
Dia kemudian memaklumkan saya berhubung borang dihasilkannya untuk mempermudahkan pembaca mengemukakan berita bersesuian, tidak semestinya berbentuk aduan .
"Niat kita harus jelas, ingin menolong masyarakat berkongsi berita," ujar saya kepada Sabil.
Dia bersetuju.
Terima kasih kepada Sabil di atas usaha gigihnya membantu kita semua untuk berkongsi berita secara lebih mudah.
Kini pembaca berhasrat ingin berkongsi berita tidak lagi perlu menghantarkan emel kepada saya, hanya layari blog Journalis Maya dan tuliskan skrip menggunakan borang di tampalan ini.
Penulisan skrip berita dan proses memuat naik gambar sekaligus menjadi lebih mudah.
Saya kemudian akan membuat penilaian berhubung kandungan berita dihantar bertujuan memastikan tiada isu sensitif disentuh.
Apapun suntingan bakal saya lakukan hanya bila perlu.
Izinkan saya berkongsi tips penulisan skrip bersama anda semua.
Kita menulis skrip untuk dibaca orang ramai maka pastikan skrip terbabit ringkas dan padat. Sebaiknya gunakan bahasa kebangsaan.
Jika ingin melaporkan berita berhubung kes kemalangan jalanaraya contohnya, jangan lupa mencatatkan butiran terperinci kejadian.
Lokasi kejadian? Bila berlaku? Siapa mangsa terbabit? Kemalangan maut atau mangsa cedera? Faktor penyebab dijangka? Mangsa dibawa ke hospital mana untuk dirawat atau di bedah siasat?
Jika mampu dapatkan nama penuh mangsa serta usia mereka.
Itu antara maklumat penting perlu diambil kira sekaligus dicatatkan sewaktu membuat laporan. Usah lupa merakamkan gambar kemudian dimuat naik ke blog terbabit.
Selain kes kemalangan jalanraya dan jenayah, semua pembaca juga dipelawa berkongsi berita gembira.
Berita dan gambar, antaranya berhubung majlis perkahwinan kenalan atau saudara-mara, kelahiran cahaya mata dan sambutan ulang tahun perkahwinan juga boleh dimuatkan di blog sama.
Jika diimbas kembali, pelbagai peristiwa pahit dan manis telah kita tempuh di sepanjang kehidupan sebelum ini. Setiap peristiwa itu unik dan hanya berlaku sekali pada masa tidak akan berulang lagi.
Saya yakin sebilangan peristiwa berlaku wajar kita kongsikan bersama samada untuk dijadikan pengajaran, panduan atau pembakar semangat kepada insan lain.
Justeru, peluang melaporkan berita itu saya buka kepada semua, selama ini tidak pernah berasa jemu membaca kandungan blog ini. Laporkan berita secara ikhlas, ringkas, cepat dan tepat, itu motonya.
CNN mempunyai ratusan journalis atau mereka gelar korespenden bertugas di seluruh dunia, begitu juga CNBC dan Reuters. Bayangkan jika semua lebih 3,700 pengikiut blog ini berperanan sebagai journalis maya, kita mengatasi rekod bilangan journalis badan penyiaran dan percetakan terbabit.
Mari bersama kita realisasikan sasaran itu.
Selamat menulis kepada semua journalis maya!
'Ikhlas, Ringkas, Cepat dan Tepat'
Mazidul Akmal Sidik (Editor Blog Journalis Maya)
Dulu cikgu kita pun pernah ajar kita, kalu nak menulis karnagan berbentuk berita mesti ada:
BalasPadamWhere
Who
When
What
kan?
*Lately, saya jarang kerja luar, jadi jarang dapat lihat kejadian2 di luar. So, buat masa ni tiada berita dapat dkongsikan.
satu kaedah yg menarik
BalasPadamAhaa, baguz kerja luar ..bagi yang minat kerja dalaman, kerja kejar rangking pun ok juga. Rangking Maya
BalasPadamwah..bestnya..dapat berkongsi sst dgn ramai orang & dalam masa yg sama boleh belajar menulis..tq
BalasPadamBoleh join ni...
BalasPadamsaya patut laporkan pasal ribut yang melanda taman desa haritu! kereta saya kene hempap dahan tau.
BalasPadamtapi peristiwa tu dah lepas...takpelah, next time saya akan report kat sini.
salam, komen dari Aspirasi tadi saya yang punya, harap maklum. :D
BalasPadamsgt menarik nih!
BalasPadammalam tadi ada operasi imegresen / polis / sprm mengempur pekerja asing tanpa permit di tempat saya bertugas..tapi malangnya saya tak dapat berita lebih awal..rasa terkilan juga tak dapat kongsi bersama rakan2 pembaca..
BalasPadamwah! teruje nak sumbangkan penulisan! ^_^
BalasPadamasalammualaikum abg mazidul minta tlg ajar macam na nak upgrde kan lg blog ye?
BalasPadamEh, berita gembira, majlis, kenduri bagai boleh dikongsi? Baguslah tu, tidaklah hanya pengisian yg serius spt sampah, warga asing, kemalangan shj.
BalasPadamAte, Teman udah nganto satu isu yg gembira - Tidaklah pandai menulis, apa yg terlintas & tersirat di hati aje dinukilkan.
Cer En. Mazidul tgk - ntah2 terbarai kena edit - tak pun, tak shesuai langsung utk dimuatkan di Jounalis Maya...
jemput datang ke belog saya..Ada sesuatu untuk Mazidul Akmal Sidek!!
BalasPadamSilakan...=)
wahhh....menarik nih...
BalasPadamAda berita yang telah lama berlalu masih boleh kita imbau kembali atau kenangkan kembali seumpama majlis perkahwinan jika telah lama berlalu mungkin ianya boleh kita kongsi bersama ketika menyambut Ulang Tahun Perkahwinan; samalah Majlis Hari Jadi Cahaya Mata; menarik jika disertakan gambar setahun lalu & gambar terkini...
BalasPadami like!
BalasPadam