Jumaat, Mac 04, 2011

Anggap Sahajalah Sudah Dijemput Ha! Ha! Ha! Kelakar Kenyataan Kakitangan MBPJ

Saya memilih untuk menulis tampalan ini pada jam 8 malam.

Mengapa? Ketika ini berlangsungnya majlis Malam Penghargaan Media anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ di Hotel Royale Bintang, Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Saya dan semua kru 999 tidak menghadirkan diri.

28 Februari lalu, saya dihubungi kakitangan Perhubungan Awam dan Korporat MBPJ.

"Encik Mazidul boleh datang ke majlis kami pada Jumaat ini?"

Itu antara soalan dikemukakan kepada saya sebelum pesanan ringkas berhubung perincian majlis dihantar kepada saya.

Pada awalnya, berikutan lokasi hotel hampir dengan rumah, saya bersetuju.

"Siapa lagi dijemput dalam team 999?," soal saya.

"Aswad dan encik sahaja, wartawan pernah membuat liputan berhubung MBPJ," balasnya.

Jam 6 petang semalam, sewaktu kru saya sibuk menyiapkan paparan 999, pengacara, Hazlin Hussain dihubungi kakitangan lain pihak berkuasa tempatan sama.

"Dia minta hantar gambar Lin dan abang untuk buat montage nak ditayangkan pada Malam Penghargaan Media tu nanti," ujar Hazlin kepada saya.

Hazlin kemudian memaklumkan kru 999 sedang bertugas melakukan persediaan akhir untuk bersiaran tepat jam 9 malam.

"Masa tu Lin tengah buat vo (voice over) tetapi dia mendesak juga sebab katanya nak guna cepat. Lin cakap, kalau nak cepat, sebab apa minta lambat. Lagipun, Lin bagi tahu dia, Lin  tak tahu menahu pun fasal majlis tu. Dia boleh cakap, anggap sahajalah dah jemput," tambah Hazlin lagi.

Anggap sahajalah dah dijemput? Barangkali dia berfikir, kru saya terlalu  hadap, kepingin benar untuk datang ke majlis itu.

Teringat kisah lalu sewaktu di kampung, jika ada kenduri majlis perkahwinan, kaedah jemputan lebih beradap. Ayah kepada bakal pengantin berkunjung dari rumah ke rumah bertemu bakal tetamu.

Majlis hanya berlangsung secara sederhana di rumah diperbuat daripada kayu, buluh dan atap rumbia, bukan di hotel mewah.

"Encik Hamid, saya datang ni ada hajat besar, nak menjemput semua ahli keluarga awak ke rumah pada 3 Mac (1974) sebab kami, InsyaAllah nak mengahwinkan anak, si Jamilah tu. dengan bakal suaminya, orang Johor. Datang ya, jangan tak datang pula. Ha! Satu lagi, anak awak si Roslan tu, kalau dia balik ke kampung dengan keluarganya dari Kuala Lumpur, ajak dia orang semua sekali"

Malam Penghargaan Media terbabit antaranya dihadiri Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd Roslan Sakiman. 

Untuk rekod, sekian lama semua wartawan 999 pernah membuat liputan  dan terbabit menyiarkan paparan berhubung tindakan penguatkuasaan MBPJ.

Tampalan ini antara buktinya, bukan hanya saya dan wartawan, Khairil Aswad sahaja.

Terus-terang kami tidak meminta untuk dihargai. Semua tugasan liputan sejak lebih 10 tahun lalu sebahagian daripada  tanggungjawab kami sebagai pengamal media.

Kami juga tidak bertindak selektif dalam membikin liputan. Jika difikirkan wajar, tugasan dilaksanakan tanpa memilih bulu pihak berkuasa kami sertai. 

Kepada Pengarah Perhubungan dan Korporat MBPJ, Haniza Abd Hamid,  hemat saya, molek jika tindakan anak buah ditegur. Barangkali mereka pekerja baru, tidak memahami maksud PR exercise.

Janggal jika hanya gambar ditayangkan di majlis kononnya menghargai pengamal media tetapi individu terbabit tidak dijemput.

Terfikir, barangkali bajet penganjuran Malam Penghargaan  Media MBPJ  tidak mencukupi menampung kos sekiranya semua kru kami dijemput.

11 ulasan:

  1. Salam Mazidul,

    Teringat saya pada aruah datuk saya yang tiada yang lebih mengembirakan beliau jika orang yang menjemput beliau kesesuatu majlis datang berjumpa beliau sendiri. Demikian lebih mengeratkan silaturahim menampakan keihklasan jemputan disamping dapat beramah mesra dan bertanyakan kabar.

    Kesimpulanya adalah lebih beradat, kita sebagai penganjur majlis, jika berkesempatan bersua muka orang yang kita jemput sebagai tanda hormat lantas tidak hanya mengharap anak buah yang tidak mengerti etika menjemput tetamu.

    BalasPadam
  2. Ah, perlu lebih berhemah ini.

    :)

    Kan mahu mengajak tetamu kan?

    BalasPadam
  3. saya pun tak kan pergi kalau orang jemput tak beradap macam tu ... kat tmpt saya pun sama ... nak jemput kenduri kahwin anak ..tapi surat jemputan letak kat peti surat ..tak macam kat kampung ...

    BalasPadam
  4. Hahaha, saya selalu dapat 'jemputan' macam tu.

    Nak dengar lagi tragis?

    Pepagi bukak Metro, nampak ada function untuk Media, wakil media gumbira bergambar kat majlis. Dan saya tahu majlis tu sehari selepas. Bila nak liputan, pandai cari nombor saya.

    Itu kira apa yek?

    BalasPadam
  5. Salam...

    sekarang ni zaman maju ke depan..tak boleh toleh ke belakang.. justeru banyak yang telah tertinggal, ditinggalkan dan ketinggalan.

    Manusia makin berupaya, keterhadapan, keterbukaan,...masa tidak kecukupan.

    Kita...orang kita hilang kewajaran, kurang berperasaan walau berpelajaran... kealpaan, luntur kesopanan.

    Natijahnya..ketemadunan, peradaban hanya dibukukan!

    BalasPadam
  6. Salam...
    Di zaman yang maju ni sebenarnya banyak benda baik yang kita amalkan dahulu telah kita tinggalkan.

    Banyak adat dan adab yang baik tak diamalkan lagi, tak hairanlah anak muda sekarang ni kebanyakkanya tak kenal lagi adat dan adab sendiri.

    BalasPadam
  7. Salam bro,

    Seingat di zaman saya buat liputan utk majalah kereta/motor dulu belum ada jemputan secara ala-kadar kpd kami.

    Sebab bezanya apa sahaja kaitan kereta/motor dikendalikan swasta dan mereka means business. PR company yang menguruskannya semua pro.

    Staf MBPJ masih ditakuk lama yg beranggapan mereka makan gaji.

    BalasPadam
  8. BRO,
    bak kata orang tua, kita ni orang Melayu ada adat cara nak menjemput/mengundang orang meriahkan majlis kita.

    Berbesar hati kedua-dua pihak bila kena caranya menjemput.

    Betul, cara di kampung dulu, samada tuan majlis atau dilantik wakil khas yg berjalan ke setiap rumah sekampung, menjemput (macam hafal skrip lak bila menjemput).

    Saya pernah kena gitu, kawan saya 1 team dijemput, tapi nama saya tercicir tapi bila ada yg tanya, “kira jemput sekali ler tuh”.

    Bleh camtu ek?

    BalasPadam
  9. Majoriti, persepsi org makan gaji, gomen Pbt.. Tak semua.

    Adat dan adab sebelah pihak sahaja.

    BalasPadam
  10. mengapa pr nak kaitkan dgn makan gaji? benda ni ialah didikan & kebiasaan seseorang individu. kalau dia belajar menghargai orang lain sejak kecil lagi, Insyaallah, bila besar, komunikasi & jatidiri elok juga. makin tua makin elok budi pekerti.

    budi bahasa tak dapat dijual beli...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.