Jumaat, Mac 18, 2011

Koleksi Gambar Tidak Pernah Anda Lihat

Setiap Khamis, 15 minit lagi sebelum tepat jam 9 malam, semua kru 999 berada di dalam  bilik kawalan studio berikut.


Semua paparan sudah tersedia untuk dipertontonkan dan setiap kru mempunyai tugasan tersendiri.

Shahnun Hanif Suhaimi, 44 tahun, anak kelahiran Taiping, Perak, duduk di kerusi penerbit. Tugasnya berkomunikasi dengan kakitangan conty di awal, pertengahan dan penghujung siaran.

Untuk rekod, Shahnun, bekas pelajar bidang Sains Perpustakaan, Universiti Teknologi Mara, UiTM, Shah Alam, Selangor.


Manakala anak kelahiran Melaka, Rosli Abdul Rahman berperanan sebagai pengarah studio, memastikan semua visual disiarkan mengikut aturan dalam durasi ditetapkan.


Bekas pelajar Mass Communication, UiTM, Norasliza Norasikin Mohd Yusof, lazimnya memastikan semua paparan disunting sempurna sebelum siaran langsung bermula.


Khairil Aswad, wartawan paling muda, 21 tahun bertugas memasukkan pita paparan betul dan tepat pada masanya. 

Untuk rekod, Aswad, bekas peserta rancangan Top Host TV3.


Perantara 999, Hazlin Hussain, selesai membuat rakaman moderator sehari sebelumnya juga berada di studio, menyuntik semangat kepada semua kru penerbitan.


Kami dibantu, pembantu penerbitan, Mohd Noor Rosuhaidi Mohd Salleh, 50 tahun, berasal dari Kota Bharu, Kelantan dan mula berkhidmat di TV3 sejak 16 tahun lalu.


Rosuhaidi berbaju putih di dalam gambar di atas lebih mesra dipanggil 'Abe Adi', antaranya berperanan memastikan nama setiap responden dan lokasi kejadian dipaparkan di skrin televisyen tepat pada waktunya.

Shahnun, Rosli, Norasliza, Aswad dan Hazlin, selain berada di studio sewaktu siaran juga terbabit membuat pelbagai liputan kes jenayah di seluruh  negara.

Kini, kru 999 turut dibantu wartawan pelatih dari UiTM, gigih bertugas bersama kami, Muhammad Arashy Mohd Azim.


Malam tadi kami turut dibantu juru audio, kakitangan CCU dan penerbit teknikal.


Lihat gelagat kru 999 saya rakamkan.



Durasi 30 minit bersiaran, tempoh mencabar bagi kami semua. Sedikit kesilapan, disaksikan lebih 2 juta penonton di seluruh negara. Apapun saya amat bertuah kerana didampingi kru, pakar melaksanakan tugas masing-masing secara gigih dan ikhlas.

Untuk rekod, sejak Januari 2011, jumlah penonton 999 didapati semakin meningkat. Pada 27 Februari lalu, bilangan penonton mencecah angka 2.7 juta sekaligus menempatkan 999 di tangga pertama pada minggu terbabit berbanding 700 program pelbagai stesyen televisyen dianalisa AC Nielsen.

Tugas saya?

Merancang tugasan kru secara keseluruhan dan memastikan semua bekerja dalam suasana kekeluargaan dan gembira, biarpun sesekali tertekan.

Di dalam studio?

Saya pemerhati dan penonton seperti anda semua.


... selepas lebih 10 tahun bersama...

22 ulasan:

  1. dulu saya bercita cita nak jadi wartawan masa sekolah. masa nak amik diploma ...mintak mass comm... tak dapat ....dapat bidang perakaunan ....

    BalasPadam
  2. Dear Mazidul, it really nice and interesting to have a glimse at your 'behind the scene' work.
    My best regards to all the 999 crew, some of whom I have met before.

    BalasPadam
  3. org kuat sebalik tabir

    pape puwn memg suke tgk 999

    BalasPadam
  4. bila warga kerja dah jadi macam satu keluarga, pasti akan terasa keikhlasannya. hasil dari kerja yang ikhlas pula adalah kesempurnaan... tahniah 999!

    BalasPadam
  5. Syabas kepada anda dan krew atas komitmen yang sungguh padu....

    BalasPadam
  6. Syabas kepada semua..!!!Salah seorang yang 2.7 juta tu, tapi tengok smabil berbaring atas sofa...hehehehe

    BalasPadam
  7. tAhNiAh tuk suma krew. Mmg salu tak pernah missed 999 dari mula2 bersiaran sampai kini. Kdg2 lucu melihat gelagat2 yg dipaparkan dalam 999. Contoh mcm kes malam tadi bila tokeh kedai CD lari bila En Mazidul datang...pulak tu customer yg dtg terpinga2 sbb kedai takde tokeh...

    BalasPadam
  8. kru 999 yg sporting;)

    apisv3.blogspot.com

    BalasPadam
  9. Saya & Suami termasuk di dalam bilangan 2.7 juta tu juga theheheheeee - duduk bersebelahan Suami betul2 sama tengah dengah kaca TV menemaninya yg menonton satu-satunya program TV yg boleh ditontonnya dari mula hingga akhir.

    En. Mazidul,
    Tahniah! Buat keseluruhan team 999 yg menyajikan program yg bermanfaat-Ada 'Value added' lagi yakni mendidik penonton.

    Tahniah! Kedua cahaya mata berkhatam hari ni. Dak Afif tu dah le dpt 5A masa UPSR, la ni khatam Al-Quran pula tu - Nah 10A utk Khatam Al-Quran Auntie Liza kasi, ambik Nakkk... ambik...

    BalasPadam
  10. To all, thanks!

    Pn. Liza, kalau boleh biar pandai semua.

    BalasPadam
  11. bagus2..hasil kerja yg sangat baik!! kami bangga dgn 999 yang informatif!

    BalasPadam
  12. good job bro.. wish i can be part of your dedicated team

    BalasPadam
  13. Ini gambaran di studio rakaman, mencari bahan itu satu lagi bidang tugas yang amat rumit, lantaran mencari isu menarik setiap minggu bukan semudah yang kita dapat tontoni. Apatah ianya perlukan jangka waktu yang memang padat & pantas.

    Agar 999 akan terusan menjadi rancangan di tangga pertama pada setiap minggu; pastinya saya turut berbangga lantaran sejak dulu saya juga peminat tegar 999.

    BalasPadam
  14. Rosli juga dikenali sebagai Salim. Kekadang orang keliru. Sampai hari ini saya tak tahu kenapa. Haha.

    Hazlin jangan pakai kasut putih lagi tau pegi tempat lumpur. hehe

    BalasPadam
  15. Salam Encik Mazidul,
    tahniah kepada 999! wow dah sepuluh tahun. :D

    BalasPadam
  16. assalamualaikum.
    sy jrg tgk 999 tp rjin gak dok bc blog en mazidul ni.
    dlm gmbr tu sy ada nampak tulisan "raya aidulfitri"..
    smngt nk ry awl nmpk hehe

    BalasPadam
  17. wah..abang shahnon tu satu course dgn saya lah..

    hehehe..senior..hehehe..

    tapi sy diploma je..die degree..hehehe

    BalasPadam
  18. 999 tetap hebat dimataku dr dulu hingga kini..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.