Isnin, Mac 28, 2011

26 Mac Diserbu 28 Mac Beroperasi Kembali

Jam 11 malam, 26 Mac lalu, 2 premis memasarkan DVD cetak rompak di Tanjung Malim, Perak diserbu penguatkuasa Bahagian Percetakan, Kementerian Dalan Negeri, KDN Cawangan Perak, polis dari IPD Slim River dan Jabatan Pertahanan Awam Perak.

Serbuan diketui Penolong Pegawai Penguatkuasa KDN,  Mohd Khuzuan Fauzi.

"Jumpa 2 ruang rahsia, satu lorong di bawah tanah dan satu lagi di atas siling. DVD kena rampas bernilai RM64,000, 2 penjaga kedai ditahan untuk siasatan lanjut," ujar wartawan 999, Khairil Aswad.

Petang tadi, saya kembali membuat tinjauan di premis sama.

Lihat gambar berikut.


Ringkasnya, premis diserbu pada 26 Mac, 2 hari kemudian, 28 Mac, premis terbabit beroperasi kembali.

Hakikatnya, pengusaha tidak gentar kepada tindakan KDN dan polis biarpun kedai mereka diserbu berulang kali.

Hairan, bagaikan undang-undang tidak wujud di Tanjung Malim.

Sewaktu saya memasuki premis terbabit bersama jurukamera, penjaga berasal dari Tapah, jujur menjawab soalan saya.

"Ini semua DVD cetak rompak?," soal saya.

"Ya, cetak rompak," balasnya.

"Minggu lalu kena serbu, bila start berniaga balik?," tanya saya.

"Hari ini," katanya.

Wow!

8 ulasan:

  1. sekarang ni kedai cetak rompak tumbuh laju macam cendawan lepas hujan. tumpas satu, esok ada lagi.

    BalasPadam
  2. diorang ni berani bersebab kot.
    macam kat tempat saya dvd cetak rompak dijual secara terang-terangan di sebuah pasaraya terkemuka.kiranya sebuah kedai tu hanya untuk penjualan dvd cetak rompak.

    yang pelik takkan pihak berkuasa terlepas pandang kedai yang terang-terangan camtu.

    BalasPadam
  3. saya penduduk tanjung malim memang tiap2 hari minggu parking kereta area sini dapat tengok aktiviti kedai ni selamba je. kereta polis lalu pun takde apa. apa polis sini dah buta ke? jaraknya adalah dalam 500 meter dari balai.katakanlah dipisahkan rel keretapi jarak perjalanan kereta menjadi 2km. pelik betul. dibayar?

    BalasPadam
  4. betul2 jujur dan ikhlas penjaga kedai..hehehe....
    or dia jawab dgn nada utk sindir mr mazidul..hehehe...mintak wat serbuan lg skali & berulang kali...tanpa diorg gentar...

    BalasPadam
  5. Ada kedai yang jujur jual VCD/DVD yang ori sahaja tetapi sambutan amatlah dukacita lalu ianya tutup.

    Faktor harga & keuntungan berganda bahan cetak rompak ini terusan panas diperniagakan.

    BalasPadam
  6. Perniagaan cetak rompak yang amat menguntungkan... Modal tak banyak, untung 500% - 800% bagi sekeping DVD!

    BalasPadam
  7. Apa nak jadi negaraku.
    Undang-undang tidak lagi jadi mimpi ngeri peniaga cetak rompak.Salah siapa.Hari berita TV3,rumah pegawai kanan kastam di Temerloh bersepah duit dalam ratusan ribu.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.