Sewaktu dalam perjalalan ke pejabat jam 12.30 tengahari tadi, saya mengeluarkan sekeping kertas dari poket jaket.
Sejak hampir 6 tahun lalu, jaket dibasuh secra dry cleaning itu saya pakai 2 kali. Langsung saya tidak menyangka, boarding pass terbabit masih tersimpan di poket atas jaket.
Jam 3 petang tadi, semua wakil media elektronik dan cetak dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk merakamkan amanat Ketua Polis Negara, IGP, Tan Sri Ismail Omar.
"Hai! I am Ramli, once we were busy communicating when I was ini New York, remember?," ujar pegawai menhampiri saya.
Tentunya saya ingat ACP Ramli Yoosuf, individu banyak membantu saya mendapatkan maklumat berhubung Kosovo sebelum terbang ke negara terbabit.
Jam 2.50 petang tadi, kali pertama saya bersua muka dengan pegawai terbabit kini mengetui Jabatan Perhubungan Awam Bukit Aman. Enam tahun lalu kami hanya berhubung melalui emel.
Boarding pass sewaktu saya pulang dari membuat liputan di Kosovo pada Mei 2005.
Sejak hampir 6 tahun lalu, jaket dibasuh secra dry cleaning itu saya pakai 2 kali. Langsung saya tidak menyangka, boarding pass terbabit masih tersimpan di poket atas jaket.
Jam 3 petang tadi, semua wakil media elektronik dan cetak dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk merakamkan amanat Ketua Polis Negara, IGP, Tan Sri Ismail Omar.
"Hai! I am Ramli, once we were busy communicating when I was ini New York, remember?," ujar pegawai menhampiri saya.
Tentunya saya ingat ACP Ramli Yoosuf, individu banyak membantu saya mendapatkan maklumat berhubung Kosovo sebelum terbang ke negara terbabit.
Jam 2.50 petang tadi, kali pertama saya bersua muka dengan pegawai terbabit kini mengetui Jabatan Perhubungan Awam Bukit Aman. Enam tahun lalu kami hanya berhubung melalui emel.
Penerbit 999, Shahnun Hanif Suhaimi, perantara, Hazlin Hussain dan wartawan pelatih, Muhammad Arashy Mohd Azim dan jurukamera merakamkan sidang akhbar terbabit.
Saya duduk di lobi.
"Tak masuk ke?," tegur pegawai polis melintas di hadapan saya.
"Kru lain dah ada di dalam," balas saya.
Selepas lebih 10 tahun 999 membuat liputan pelbagai kes membabitkan kerjasama Pasukan Polis Diraja Malaysia, PDRM, wajar rasanya jika dikemukakan permohonan kepada IGP untuk saya dan kru bertemu beliau barang seketika sempena sambutan Ulang Tahun Hari Polis ke-204 pada 25 Mac ini.
Itu ide bermain di benak fikiran saya.
3.50 petang, tamat sidang media, IGP melangkah keluar dari dewan diringi pegawai kanan polis.
"Assalamualaikum, boleh ke team 999 berjumpa Tan Sri sekejap di bilik. Nak ambil gambar dan salam salam," pinta saya sambil menghulurkan tangan.
"Dah lama baru sekarang nak datang?," guraunya dengan senyuman.
Saya menunggu respon seterusnya.
"Boleh, jom!," ujar beliau.
Kami kemudian menaiki lif ke tingkat 31 Bangunan 1 dan menunggu kurang 30 minit sebelum dipanggil masuk ke bilik IGP.
"Tan Sri, kita ambil gambar salam salam dulu," celah saya.
Itu kami semua lakukan.
"Kami cuma nak jumpa Tan Sri sahaja, no recording," tambah saya lagi.
"Tak apalah, walaupun tak ada rakaman, saya ingin mengucapkan terima kasih khususnya kepada TV3, program nine nine nine, sembilan sembilan sembilan selama ini banyak membantu menyiarkan kejayaan pihak polis. Saya berasa gembira dengan smart partnership berjalan selama ini," antara kenyataan beliau.
Pantas Shahnun mengarahkan jurukamera merakamkan kenyataan beliau, Arashy menghulurkan mikrofon. Semua kenyataan IGP akan kami siarkan pada 24 Mac, jam 9 malam di TV3.
Sebagai Penerbit Eksekutif, secara peribadi, buat pertama kali, saya berasa hasil kerja kru 999 selama ini lebih dihargai.
Itu kenyataan.
Terima kasih kepada Tan Sri Ismail, semua pegawai dan anggota PDRM membantu kami menjayakan 999.
"Gambar ni tak masuk TV kan?," gurau beliau sewaktu diminta bergambar bersama kru.
"Taaaaaak!," jawab kami serentak.
Sebagai Penerbit Eksekutif, secara peribadi, buat pertama kali, saya berasa hasil kerja kru 999 selama ini lebih dihargai.
Itu kenyataan.
Terima kasih kepada Tan Sri Ismail, semua pegawai dan anggota PDRM membantu kami menjayakan 999.
"Gambar ni tak masuk TV kan?," gurau beliau sewaktu diminta bergambar bersama kru.
"Taaaaaak!," jawab kami serentak.
Berikut gambar dirakamkan bersama Datuk Ghazali Mohd Amin (dua dari kiri) dan Ketua Perhubungan Awam, ACP Ramli.
Apapun, 999 sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada Tan Sri Ismail Omar kerana sudi menerima kunjungan kami biarpun tidak dirancang.
Selamat menyambut Hari Polis ke-204!
selamat hari polis!
BalasPadamTak masuk TV tapi masuk blog tuan.... heheh.
BalasPadamApapun Selamat Hari Polis dari saya juga utuk semua anggota Polis Diraja Malaysia.
Hazlin kelihatan makin seksi sekarang! ;-)
BalasPadamSelamat Hari Polis ke-204..
BalasPadamSaya bangga dengan ayah saya...seorang bekas anggota polis yang banyak jasanya kepada pasukan yang beliau berkhidmat..
Tahniah kepada semua anggota polis..
BalasPadamSelamat menyambut Hari Polis ke-204
semoga terus cemerlang dan gemilang
Bangla + Indon = Malaysia? Klik sini
BalasPadamTerima kasih atas entri ini. Baru saya tau 25 Mac ni Hari Polis.
BalasPadamBolehlah wish suami sy,dia pun tak beritau sy psl Hari Polis ni..
Terima kasih sekali lagi..tp 999 memang best..
Abg Mazidul tak nak buat smart partnership ngan IPD Manjung ke?
Suami su dpt sijil dr KP lagi hari polis nanti..hik3!
BalasPadamHari polis sama dengan hari jadi saya. heheh.
BalasPadamHarap agar pihak polis dapat menangkap menyiasat pemilikan video lucah termasuklah yang menyebarkan sebarang video lucah yang kononnya melibatkan seorang pemimpin pembangkang supaya lebih adil dan telus dimata awam.
BalasPadamTiada sesiapa pun rakyat Malaysia dibenarkan memiliki bahan lucah dan mengedarkannya, mengikut undang- undang negara kita.
ulangtahun ke 204... sudah lebih dari matang ni PDRM...
BalasPadamtahniah.
Bro, tanya kat Hazlin, kenapa dia mesti posing lain daripada orang lain?
BalasPadamHazrey, sebab stail orang semua tidak sama.
BalasPadamMacam Hazrey, bila interview GRO nampak serius tetapi in actuality orangnya peramah, baik hati.
Anyway selamat bercuti ke LUAR NEGARA sekali lagi.
Tolong rakamkan gambar pelbagai jenis barangan tiruan di sana.
Tengok harga sekali dan bandingkan dengan harga barangan tiruan di Johor Bahru.
Check sekali Corc ada dijual di sana ke?
Tanpa mereka jenayah di negara kita pasti tambah menggila!...
BalasPadamTahniah!
SELAMAT HARI POLIS...SEMOGA POLIS DIRAJA MALAYSIA AKAN SENTIASA TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB YANG DIAMANAHKAN DENGAN JUJUR DAN TELUS.
BalasPadamLAYARI KISAH BENAR TENTANG SAMUN DEPAN PAGAR RUMAH...
tahirnisa@blogspot.com
Selamat Hari Polis kepada semua anggota PDRM yang sedang bertugas. Saya pun bangga menjadi anak bekas anggota PDRM.Abah saya telah berkhidmat selama 35 tahun dalam pasukan tanpa mengira penat dan lelah demi agama,negara dan bangsa.
BalasPadamTahniah diucapkan kepada PDRM. Semoga terus cemerlang,gemilang dan terbilang
Selamat hari Polis. Kita aman.
BalasPadamMasa kita susah kita cari polis untuk buat report.Masa kita senang
BalasPadamkita lupa jasa polis.Menjaga keselamatan rakyat 24 jam.
Selamat Hari Polis.
setuju dgn kakcik. hazlin seksi. hu~
BalasPadamSalam bro. Hahaha saya suka ayat peramah dan baik hati tu. Nanti saya belanja chicken chop.
BalasPadamBarangan tiruan? Mestilah berlambak kat sana tu.