Sabtu, Mac 19, 2011

Air Mayat

"Sudah 3 hari, sini punya orang ada bau banyak kuat. Ingat itu tikus ada mati. Pagi tadi saya lalu depan itu rumah, tengok tak ada orang. Saya tolak itu grill, tak kunci. Bila buka pintu itu bau lagi kuat. Saya panggil itu orang tua, jiran minta dia tengok. Bila dia masuk rumah, dia jerit kuat, kata ada mayat dalam," ujar V. Isveri.


Bau hanyir terlalu kuat menusuk hidung.

"Ada kesan air mayat dalam bilik," ujar wartawan pelatih bersama saya.


Mata berair, perut terasa amat tidak selesa.

"Itu ejen cari orang sewa rumah, angkat itu kunci 10 hari lepas. Dia tak bagi tahu saya, siapa sewa ini rumah. Tadi polis called saya, kata ada jumpa orang mati," kata R. Rajamani.

Rajamani, pemilik rumah di Flat Taman Medan itu disewakan dengan harga RM300 sebulan.

Mayat ditemui berikat tangan dan kaki, dalam keadaan mengiring, dipercayai warga Pakistan. 2 rakan serumahnya melarikan diri.


Polis masih menyiasat motif kejadian.

7 ulasan:

  1. semakin hari semakin banyak kes pembunuhan..

    BalasPadam
  2. adakah kawannya yang bunuh dan lari. lagi lepas ni ada ke lagi siapa2 nak sewa rumah ni.

    BalasPadam
  3. heheheh pernah kena air manyat kat lengan baju... manyat kes bunuh terendam dalam tasik lebih 1 minggu.... ceritanya balik umah terus buang je baju tu.... tak keluar dia punya bau hehehehhehe

    BalasPadam
  4. Ada kalangan kita masih amat yakin keujudan badi si mati, dalam kes ini sering orang bilang roh mereka mati dibunuh atau bunuh diri sering tidak aman...

    Masih boleh dipulihkan dengan cara saranan agama atau mereka yang handal dalam bab ghaib.

    BalasPadam
  5. banyak petua orang orang lama dalam tgk manyat....

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.