Selasa, Mac 08, 2011

Akhirnya Saya Ke Mahkamah

Pada awal tahun 1995 ketika menumpang di rumah bujang di Klang, Selangor, rakan rapat pernah mentertawakan saya, bergurau apabila dimaklumkan saya menghadirkan diri dalam  sesi temuduga di TV3 pada Jun tahun sama.

"Engkau nak jadi apa?," soalan diajukan rakan.

"Entah"

Itu respon ringkas saya pada waktu itu.

Mana tidaknya, sewaktu menghadiri sesi temuduga terbabit, saya tidak mengisi ruang untuk jawatan dipohon.

"Awak nak buat apa?," soal ahli panel penemuduga.

"Saya nak kerja boleh berjumpa orang ramai dan bercakap," balas saya.

Mereka kemudian meminta saya membaca Al-Fatihah dan menterjemahkan 2 artikel daripada bahasa Melayu ke Inggeris dan sebaliknya.

"Boleh berbahasa Inggeris?," soal ahli panel lagi.

"Boleh tetapi tak adalah slang macam orang putih," ujar saya.

3 ahli panel tertawa.

"Di mana kamu boleh mendapatkan sumber berita?," soalan dilontarkan.

Masih jelas di ingatan, berikut jawaban saya.

"Baca surat khabar, majalah dan berjumpa dengan orang dan bertanya"

Untuk rekod, 15 tahun lalu, tiada lagi internet. Waktu itu pengalaman saya dalam bidang penyiaran, zero.

Tamat sesi temuduga, saya diarahkan menunggu di bilik sebelah. Teruja buat seketika apabila bertemu Maria Tunku Sabri, waktu itu memohon untuk bekerja secara tetap di syarikat penyiaran sama. Turut berada di bilik terbabit, beberapa calon lain, gadis manis dan lelaki kacak. Seorang daripada calon wanita terbabit bertugas sebagai pegawai perhubungan awam di syarikat ternama dan agak petah berkata-kata.

Dibandingkan perawakan dan gaya mereka berpakaian, peluang saya kelihatan terlalu tipis untuk mendapat kerja. 

Apapun, rezeki manusia ditentukan Allah. Pada 18 Julai 1995 saya dipanggil melaporkan diri menggunakan telegram di Jabatan Majalah TV3, Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor. Maria juga berjaya mendapatkan jawatan tetap dipohon. 4 calon lain? Tidak kelihatan.

Peristiwa di atas tidak pernah saya ceritakan.

Sejak itu pelbagai peristiwa pahit, manis, suka dan duka  saya tempuh  sewaktu melaksanakan tugas sebagai wartawan penyiaran.

Satu daripada pengalaman mendebarkan berlaku pada 21 Mei 2010. Sila baca tampalan ini sebagai rujukan.

Saya difahamkan, kisah kami bongkar, kes pemerdagangan orang pertama dikesan di Sandakan.

Tarikh 10 dan 11 Mac ini saya dan penerbit 999, Shahnun Hanif Suhaimi akan hadir di Mahkamah Majestrit Sandakan untuk memberikan keterangan sebagai saksi utama berhubung kes terbabit. Wanita warga Filipina, antara suspek didakwa.

Setelah menerima sapina petang semalam, kami mungkin akan diisoal bertubi-tubi dek peguam suspek dan Timbalan Pendakwa Raya di mahkamah.

Namun saya berpuas hati, misi kami menyelamatkan insan dianiaya berjaya dan mereka kini hidup selamat di negara asal.

Saya amat yakin keterangan kami di mahkamah kelak akan banyak mempengaruhi keputusan hakim.

Biarlah sistem perundangan di negara berdaulat ini menentukan hukuman terhadap pesalah.

Ya, hasrat awal ... 

"Saya nak kerja boleh berjumpa orang ramai dan bercakap"

... tercapai.

27 ulasan:

  1. Salam bang Mazidul dan semua pembaca,
    Terima kasih bang mazidul kerana berkonsi pengalaman ni.

    Pengalaman dan cerita cita2 tercapai mcm ni elok diceritakan sbb ia boleh menjadikan motivasi atau pencetus semangat kepada org lain... tul tak...?

    BalasPadam
  2. Ni masa abang rambut panjang lagi ke? heheheheh...

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah segala yang dihajati tercapai... Jalankan tugas dengan tulus ikhlas dan tidak ke arah lain yer....

    Dengan adanye petugas seperti en mazidul, sekurang2 nye ada juga perubahan dalam persekitaran kita ni di Malaysia... Biar diaorang ni buka mata sikit... :)

    Selamat bertugas....

    BalasPadam
  4. motivasi yang sangat berguna..tetiba je pagi ni jadi bersemangat untuk buat yang terbaik dalam tugas..terima kasih bro Mazidul..

    BalasPadam
  5. Semoga segalanya berakhir dengan baik. Yang salah akan menerima hukuman yang seadil2nya...

    BalasPadam
  6. Syukur
    jalan dan perjalanan menuju puncak.

    BalasPadam
  7. pengalaman dan pembawakan diri tu yang penting...bukan paras rupa..tapi orang sekarang lagi memandang paras rupa berbanding kemampuan orang...

    BalasPadam
  8. Saya selalu percaya jika kita punyai angan-angan lalu dicita-citakan, berani mencuba, memulakan-gagal-cuba lagi dan teruskan tekad InsyaAllah, pasti berjaya.

    Pd pendapat saya masuk Mahkamah tu hanyalah salah satu drp duri-duri di jalanan yg DIA beri sbg ujian KECIL utk meneruskan ranjau kehidupan yg sungguh mencabar - Di penghujungnya adalah taman indah mekar mewangi yg menjadi cenderahati kpd semangat & jati diri.

    BalasPadam
  9. Salam. Inilah yang dinamakan rezeki. Kalau kita rasa merendah diri, itu pun dah cukup memberi keberkatan kepada perjuangan kita.

    tahirnisa.blogspot.com

    BalasPadam
  10. Dol, I still remember when you asked for my help to send you to Bangsar for the interview. Maaf Dol.... aku juga tertawakan kau. Aku buat lawak lagi bila aku katakan yang "muat ke muka kau dalam tv tu nanti?" Apa-apa pun Dol, aku tumpang bangga atas kejayaan kau. CD Julio aku bila nak pulang?

    BalasPadam
  11. teringat juga kisah lalu saya... 'saya nak belajar sungguh2 takat mana makpak mampu hantar, nnt nak keje gaji ribu-ribu...' hehehe rasa klakar pula bila kenang semula...

    BalasPadam
  12. Sungguh! Terharu amat bila menatap tampalan ini. (melalui opera mini di handphone buruk saya)
    Semuanya bermula dengan impian dan menjadi cita-cita.
    Hari ini kejayaan sudah terbentang di depan mata. Syukurlah.
    Motivasi besar untuk orang biasa seperti saya.

    BalasPadam
  13. Bro Dul, tahniah dan syukur. Alhamdulillah cita cita saya nak kerja engineer dan naik kapalterbang pun tercapai. Syukur yang teramat banak kepada Allah.

    BalasPadam
  14. harap2 kes tak tertangguh..kalau tak, jenuh ulang-alik pegi sandakan!

    BalasPadam
  15. kita tidak dapat melepaskan diri dari kenyataan

    BalasPadam
  16. Semoga usaha murni saudara Mazidul diberkati. Teringat sepotong ayat yang bermaksud. "Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barang siapa mengerjakan kejahatan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya".

    BalasPadam
  17. Saya sendiri gemar dgn bidang tugas yang BRO ceburi dan minat ini...

    Tapi tidak seluruhnya tercapai.

    Teruskan.

    All the BEST!

    BalasPadam
  18. Bro Dul, hasrat awal saya juga tercapai, tapi cuma 'monolong orang bercakap dan berkomunikasi', jarang dapat bercakap dengan orang ramai, kecuali dalam mesyuarat. Dan hasrat nak melancung ke seluruh Asiata juga dah tercapai dan masih 'on' lagi. Tahniah Bro. Tahun depan target CEO MPB pulak ye. Saya doakan. :D

    BalasPadam
  19. Bro Maz,

    Tak semua orang punyai anugerah aura dalam kerjaya mereka sebaik Bro Maz, ada orang berbakat tetapi terlalu berkira, ada juga orang berbakat tetapi tidak diberi peluang untuk mengasah bakatnya.

    Kerjaya & minat sering berkait rapat. Minat tanpa bakat tak ke mana. Bro Maz mempunyai segalanya dalam bidang penyiaran. Ingatan saya biarlah jangan sampai menjadi batu yang bergolek sebab lumut takkan lekat pada batu yang bergolek.

    Ramai pengecara saya perhatikan tak berkembang ke mana pun asyik bertukar organisasi & peminat semakin hilang tiap kali tercampak ke lain saluran penyiaran.

    BalasPadam
  20. Assalammualaikum...

    Rezeki... tak nampak, kerana itu kita perlu berusaha.

    Tahniah en mazidul mengapai cita-cita dan berkejaya penuh cemerlang...

    Semoga kejayaan berpihak pada en mazidul dan penerbit 999.

    Allah SWT senantiasa bersama orang yang benar.

    BalasPadam
  21. ...and i still remember your childhood story kat kg dulu.
    ttg pakcik yg ada TV, tapi smpi tersepit jari abg masa nak tumpang tgk tv kat rumah dia.

    BalasPadam
  22. Yup..betul, rezeki tu tuhan yang tentukan, bukan terletak pada penampilan atau gaya seseorang.....kisah ni menjadi pencetus semangat tuk kami ni...

    BalasPadam
  23. Allah memakbulkan doa En. Mazidul...kata orang, apa yang selalu kita ucap dan cakap akan menjadi doa...

    All the best to you...

    BalasPadam
  24. Terima kasih kepada semua sudi mencatatkan komen di sini.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.