Selasa, November 17, 2009

Celaka Ke Atas Dia!

Saya tidak faham, mungkin anda boleh membantu menghuraikan perlakuan lelaki ini.

Bekas tentera, 43 tahun, pernah dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Setia dan Pingat Perkhidmatan Am berikutan kecemerlangannya sewaktu bertugas dalam Angkatan Tentera Malaysia, ATM.

Malangnya dia juga didapati bersalah mencabul dan merogol 2 anak gadisnya sendiri sejak mereka berusia 12 tahun. Dua hari lalu, dia dijatuhkan hukuman 25 tahun penjara dan 40 sebatan.

Dengan jumlah sebatan itu, saya yakin kulit punggungnya akan koyak, terbelah dan pecah. Kesan sebatan kekal bakal berparut sehingga dia mati.

Pesalah ketika mengemukakan rayuan, memohon mahkamah mengambil kira faktor jasanya kepada negara, berkhidmat dalam ATM selama 21 tahun.

Jika saya hakim, pasti dia terpaksa menelan kenyataan berikut.

"Dulu di pejabat kamu tentera, di rumah kamu tembak anak sendiri! Banggang! Bahalol! Binatang!"

Nasib baik saya bukan hakim. Hakim pastinya mengeluarkan kenyataan lebih berhemah dan tidak emosi.

Pada perkiraan saya, jiwa pesalah terbabit ‘sakit’ berikutan nafsu rakus tidak mengenal darah daging sendiri. Dia bukan haruan makan anak tetapi syaitan bertopengkan 'ayah'. Logik akal, mana mungkin insan bergelar ayah tergamak menjamah tubuh anak gadis sendiri sekaligus menjahanamkan kehidupan mereka. Mana mungkin ayah mencabul dan berulangkali merogol anak gadis dilahirkan isterinya. Anak pernah dibelai sewaktu bayi, didodoikan semasa kecil.

Sebagai lelaki berusia hampir sama, saya amat malu membaca laporan berhubung perlakuan menjijikkan pesalah terbabit. Kes sebegini malangnya bukan terpencil, berlaku berulangkali, cuma pelaku, mangsa dan lokasi berbeza.

Dia sebelum ini menetap bersama 5 anak dan isteri di Sentul, Kuala Lumpur. Jika nafsu terlalu membuak, mengapa tidak ke Jalan Chow kit, langgan sahaja pelacur murah, RM20, bukan melampiaskan nafsu, anak menjadi mangsa.

Celakalah ke atas dia! May he burn in hell.

Gambar Hiasan

43 ulasan:

  1. Jika nafsu terlalu membuak, mengapa tidak ke Jalan Chow kit, langgan sahaja pelacur murah, RM20, bukan melampiaskan nafsu, anak menjadi mangsa...

    this is what i always had in my mind referring to all these stupid brainless human...

    maniac sgt ke sampai anak sendiri pon ko tibai?
    geeh~

    BalasPadam
  2. salam....

    apelah nk jd dgn dunia nie..

    Untuk pengetahuan En. Mazidul..sy yg menetap di daerah "kampong" ini iaitu Rembau pun berlaku kes2 seperti ini..apa yg lebih menyedihkan apabila di adu pada si- ibu..si- ibu pula enggan mempercayai sehingga anak terpaksa lari dr rumah..

    benarlah kata2 En. Mazidul bahawa..."Kes sebegini malangnya bukan terpencil, berlaku berulangkali, cuma pelaku, mangsa dan lokasi berbeza."

    BalasPadam
  3. Hellioz, ini lelaki sakit.

    Wanie, kekadang kes sama boleh berlaku di kampung dan desa kerana nafsu manusia sebegitu tidak kenal lokasi dia berada :) Asalkan puas, barangkali.

    BalasPadam
  4. saya bersama-sama rakyat malaysia mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tertuduh... semoga keinsafan akan tiba bila dia menerima hukuman dunia yang setimpal...

    semoga ALLAH menunjukkan jalan yang baik kepadanya kelak, dan semoga hukuman yang beliau terima menjadi sempadan dalam kita melakukan sesuatu tindakan.

    tiba-tiba gerun apabila terkenangkan anak-anak saudara perempuan yang masih di bangku sekolah (saya masih belum ada anak sendiri)...

    BalasPadam
  5. Alangkah bagusnya kalau sisyaitan itu di sula sahaja... :(

    Ops! Mazidul : Nasib baik saya bukan hakim. Hakim pastinya mengeluarkan kenyataan lebih berkhemah dan tidak emosi....

    kakcik rasa, sepatutnya : berhemah - bukan berkhemah, kan?

    BalasPadam
  6. Salam BRO MAZ...

    memang susah nak terima, tapi itu lah yang banyak terjadi..

    gila..! insane..! sakit otak..!

    tembak jer dia sampai bersepai...

    BalasPadam
  7. kadang2 hukum hudud nih boleh dipakai untuk kes2 macam nih..kalo dah macam nih bek sula jer!!!bini dah takde ke nak lepaskan nafsu?kotnyer pon dah takde bini, bersepah lagik pelacur kat KL nih..ckp jer, mane2 bleh dpt..bohsia pon banyak..kang jd mat rempit plak dah umor 4o lebeh..hahahah..mat rempit tertua..leh jd topik baru utk 360..ehhehe

    BalasPadam
  8. Dulu ada peribahasa 'haruan makan anak'. Tetapi bila buat kajian, sebenarnya haruan bukan memakan anaknya, sebaliknya menyimpan anaknya di dalam mulut untuk melindungi mereka dari ancaman pemmangsa.

    Kesimpulannya, binatang belum boleh dikatagorikan sebagai makhluk yang tidak mempunyai perasaan. Ini juga bermaksud moral manusia ada yang lebih rendah dari binatang.

    Memanglah binatang akan 'mengahwini' anak mereka bila sampai masanya, tetapi bukan semasa mereka masih kecil. Disinilah bezanya antara lelaki tersebut dengan binatang.

    Rasanya makhamah bukan tempat yang paling sesuai untuk penjenayah seperti itu. Letak sahaja dia dilandasan LRT, biar kena gelek...


    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  9. Dia ni badan je manusia. Hati dia binatang. Macam anjing! Bapak anjing memang selamba kodok je main ngan anak dia sendiri. Ni sebijik perangai anjing la ni. Apa la punya manusia.... anjing yang dijadikan Tok Guru dalam meladeni hidup. Bodoh!!!!!

    Biar dia rasa disebat bontot bertalu2... lagi bagus sebat tang benda tu. Biar senak! Biar mati pucuk terus, takde la org lain jd mangsa dia lagi.

    BalasPadam
  10. xguna bg hukuman penjara kalo benda yg sama berulang....kerajaan perlu menimbang dan meneliti semula kes mcm ni...tgk balik mcm mana nk atasi...rasanya kalo pesalah dihukum di khalayak ramai,sure ada yg takut nk mkn anak sendiri dah kut?hurmm...tak paham tul aku ngan org yg mkn anak sendiri ni....tak cukup ngan bini ke nk tibai lak anak tu?gersang sgt gi arr cari pelacur,kn lg banyak perisa yg tentu nya lg experience nk melayan nafsu lelaki mcm binatang ni....aduyai...dunia2...ni la kut tanda akhir zaman ye tak abg mazidul?

    BalasPadam
  11. teruk sangat perilakunya..betul tu, rumah dekat ngan area chow kit..pergilah bantai pelacur2 kat sana..takde duit sangat kot...pergilah pinjam kat bini cakap nk beli barang dapur...

    ni ko taruk nudak yang tak bersalah..eloklah kene sebat tu..biar die rasa..padan muka..

    lelaki jahanam

    BalasPadam
  12. hukum bagi serik pada bahu dan pada mata memandang.

    BalasPadam
  13. En. Mazidul,

    Sadis sungguh perbuatannya.
    Memang tepatlah kata2 yg En. Mazidul hamburkan di entri ini.

    Jantan keparat yg ini pun saya cadangkan dibom 'anunya'!

    BalasPadam
  14. en mazidul..

    combi pun terpikir bende yg sama ngape tak carik jer pelacur murahan kalau tak mampu nak carik yg lebih eksklusif mcm pelacur import.. :(

    kesian anak2 dia..ape daya utk melawan kudrat seorg lelaki apatah lagi ayah sendiri.sgt terkilan!

    BalasPadam
  15. ....apabila nafsu serakah menguasai diri kadang lupa siapa kita sebenarnya siapa mangsa kita dan dimana nak releasekannya....tapi tak kah ini menunjukkan semakin ramai orang mengalami tekanan jiwa...

    BalasPadam
  16. Terkenang kenang (cuma lupa siapa dan bila) ayat ini:

    "There's always a dark side inside us"

    Saya percaya itu. Kerana kita manusia. Persoalannya, bagaimana kita tangani "dark side" tersebut.

    Astaghfirullahhal azim - is the answer.

    Entri En. Mazidul - Inilah contoh manusia yang tewas. Nauzubillah.

    BalasPadam
  17. Jijik dengan orang sebegini yang sanggup menodai anak sendiri... memalukan warga tentera sahaja...huh

    BalasPadam
  18. Banggang! Bahalol! Binatang!

    BalasPadam
  19. penjara 25tahun dan 40sebatan...
    ada baiknye dihukum penjara seumur hidup..
    2 orang anak dia seumur hidup trauma dengan kelakuan ayahnye sendiri..

    BalasPadam
  20. Terlalu sukar untuk menganalisis perlakuan manusia sekarang ini..kadang-kadang :
    - nampak 'cool' aje tapi jiwa meronta
    - nampak ganas tapi hati baik tu..
    - nampak keras tapi lembut
    - nampak lembut tapi keras

    BalasPadam
  21. dunia akhir zaman...manusia tanpa had dan sempadan....

    bapak jenis apa manusia mcm tu...
    keji...sungguh keji

    BalasPadam
  22. he..23x
    perlacur diluar sana.... byk2
    yang dahagakan pun byk gak kat luar

    kenapa yg didalam rumah gak yg dijamah he...23x

    xnmpk perempuan len ke...
    xdpt mengatai diluar ke
    xdpt berpoligami ke

    or yg terpenting
    xdpt layanan si isteri ke

    he..23x ada jasa kepada negara xleh nk tampung kesalahan.... coz kamu la pemimpin keluarga... org paling tgi martabat dalam keluarga....

    www.broframestone.com

    BalasPadam
  23. Bro

    Saya makin pelik dengan cara pemikiran orang sekarang

    ada kawan tinggalkan kawan sampai 50km sampai kawan tu mati di tembak

    ada kawan (lelaki) tingalkan kawan (wanita) atas gunung, hingga gerakan mencari terpaksa di jalankan

    ada kawan sama sama mandi lombong, bila sorang mati lemas, 11 orang diam tak bercakap apa apa

    ada atuk dah nak mati masih lagi berkhalwat

    ada atuk belasah cucu sendiri, belasah cucu orang, kenapa tak belasah cucu harimau ke, gajah ke

    Penyamun perompak peragut pembunuh makin ramai

    Orang tak hormat udang undang jalanraya, undang undang Islam dan Raja raja dan penduduk Bumiputra

    Kesimpulannya:-

    Manusia semakin berhati binatang, kerana banyak makan makanan barat yang berat, atau adakah ini lah hasil segala dasar yang di perkenalkan lebih 30 tahun dahulu???

    Entahlah, saya tidak sebijak mana untuk menjawb persoalan ini

    BalasPadam
  24. salam, kalau tak salah dengar dalam radio pg td, hukuman penjaranya adalah selama 100 thn lebih, tetapi menjadi 25 thn shj kerana dijalan kan serentak. Patut tak payah ada diskaun2 cam tu.

    bg la penjara selama mana sekalipun, trauma yang dialami oleh anak tak mungkin hilang. Harap dia merana sendiri dalam penjara dan meninggal kerana kekesalan itu

    BalasPadam
  25. Kes haruan makan anak berulang lagi.teringat kes ini dimana saorang askar berpangkat mejar telah memaksa dan merakamkan anak gadis beliau berumur 14tahun dan isteri utk melakukan adegan seks utk dijual dan ditonton utk orangramai. Kes berlaku sekitar 80an. Mungkin siMejar sudahpun bebas menjalani hukuman. Cukup memalukan.

    BalasPadam
  26. Tuan MAS, mana dapat gambar hiasan tu...real ganas tu...

    BalasPadam
  27. salam kat semua
    sagat sadis dengan berita ini..tiada lain perkataan yang sesuai..pada saya,dia adalah BaB1

    BalasPadam
  28. Salam 1 malaysia untuk semua.

    Rasenye mamat ni ade problem dalam diri, sebagai pembaca saye gak bengang bile tau hal ni. memang rase nak tembak je kaple mamat ni, tapi kite jgnla berfikir macam die. melibatkan pelacur murahan rasenye x berape baik bagi kite org islam, seharusnye kite banyakkan puase, sebab puase sahaj dapat mengawal nafsu kite.

    pesanan untuk sume pembaca, jgn kite ambil jalan mudah dengan mencari pelacur, tapi kite mengawal nafsu dengan berpuasa, tu lagi baik.

    TQ

    BalasPadam
  29. Sedih,pilu,terkilan dengan sikap manusia hari ini...di manakah puncanya dan sebab musababnya?
    kenapa hati kita tidak takut dengan firman Allah swt yg bermkasud: "
    Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah mendapat petunjuk, dan sesiapa yang disesatkan Allah, maka merekalah orang-orang yang rugi. Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari Jin dan manusia, mereka mempunyai hati tapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu bagaikan binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Al-A’raf:178-179)

    Untuk pengawalan, maka perlunya juga pihak kerajaan melaksanakan hukum Allah sebagaimana firman Allah swt yg bermaksud:
    "Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.[Surah An-Nur ayat: 2]
    bagi yang sudah kahwin jika berzina juga/merogol maka REJAM LAH IA SAMPAI MATI OLEH SEKUMPULAN ORG2 MUSLIM.

    Dan kita takutlah firman Allah swt jika tidak melaksanakan hukum tersebut spt firmanNya:
    "Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.[Surah Al-Maidah ayat :44]

    catatanhamba.blogspot.com

    BalasPadam
  30. Jijik...manusia berhati binatang. patut kena sula je dia ni..biar jadi pengajaran pd mereka yang masih berperangai syaitan di luar sana, membiarkan nafsu beraja, anak yang jadi mangsa.

    BalasPadam
  31. Ummi paling tak suka dengar cerita sebegini! Binatang pun tahu sayangkan anak. Ini kan manusia, yang telah di anugerahkan akal fikiran yang waras. Kasihan dengan masa depan anak2 malang ini...

    BalasPadam
  32. Jatuhkan hukuman yang paling setimpal dengan perbuatan keji yang di lakukan. Apa punya manusia..

    BalasPadam
  33. alid >> masa "tooot" tak baca doa tu pasal bila besau jadi haiwan tak jadi orang..serius ni!

    makanan barat..?? tak kot sbb org barat pun ramai yg sayangkan anak bah.. :)

    * ko baca doa tak?? :p

    BalasPadam
  34. betul kak echah, sebab tu dalam islam kita dituntut untuk baca doa tiap kali melakukan sesuatu pekerjaan, sekurang2nya bacalah bismillah....

    BalasPadam
  35. Hakikatnya semua makhluk yang bernama manusia hari ini berpontensi untuk melakukan dosa..kalau dilihat atau renungkan dengan senario serta keadaan dunia hari ini dirasakan tak seorang pun terlepas akan dugaan yang serba mencabar sekarang ni,tak kira lelaki atau pun perempuan samaada yang berilmu atau yang jahil,juga yang kaya atau miskin,termasuk yang berjasa atau tak ada apa2,yang dihormati atau yang tak dipandang langsung.
    Hari ni dia dimuliakan besok atau lusa mungkin dihina atau hari ini kita tengok orang lain kena tangkap kerana melakukan apa2 kesalahan,tak mustahil esok lusa kita pulak disituasi yang sama lantaran kesilapan yang kita lakukan..Jagalah iman masing2 sebab ianya mudah sangat terluntur dari hati kita jika kita alpa.
    Kata ulama-Jika kita masih merasa bahawa iman kita belum sempurna tanda harapan dia tambah sempurna,dan kalau ia merasa bahawa ia telah sempurna,itulah satu alamat bahawa mulai saat itu iman kita sudah susut dan berkurang.

    BalasPadam
  36. salam...saje nk menyelit...ape kata en mazidul wat liputan ttg kes2 kecurian wang melalui internet...cnth terdekat maybank..sbbnye, saya salah seorg mangsa kecurian ini...
    tq in advance

    BalasPadam
  37. salam..

    terasa nak membara jah baca kes2 cengini.. nak marah pada siapa pun tak reti.. father from hell betul!!

    KALAU benda neh terjadi pada anak2 i, i swear.. tuan hakim tidak akan berpeluang untuk bercakap secara berhemah lagi, coz i will kill him!! later on kalau i kena hukum mati sekali pun sebab membunuh, i pasrah sebab kalau idup melihat kehancuran anak2 selama idupnya buat i rasa lebih baik tak nampak apa2 gituh!!..

    Allah kata, kalau kita tidak mampu mengekang nafsu dan tidak mampu untuk berkahwin, BERPUASA LAH!!.. neh bini ada masih idup lagi, apasal tak tala jah bini tuh??.. sangup pulak dia tala anak sendiri.. arghhh.. tak boleh kontrol emosi marah macam gini neh..

    ada sebab kenapa setan jadi setan.. ada sebab kenapa Allah aturkan peranan setan sebegitu.. yang buat tak faham neh, manusia berperangai LEBIH teruk dari setan!! silap2, setan pun malu nak mengaku kawan ngan mamat neh!!

    so bro, maaf sebab tidak dapat membantu memahami perlakuan lelaki ini, sebab saya sendiri tidak faham kenapa manusia ada yang berperangai begini..

    BalasPadam
  38. Dah kena tembak ke belum dia tu? Saya rela nak jadi tukang tembak... biar bersepaiiii....

    BalasPadam
  39. echah,

    OO maknanya bila tak baca doa,, syaitan ambil peluang tumpang sekaki, 'makan bersama' bergilir-gilir, sampai tak tu mana satu Ori mana satu 'orang lain',,

    huh..hu

    BalasPadam
  40. Mata hati telah mati, Mata nafsu yang kian terang-benderang!.

    "Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat;..."

    Itu hukuman bagi orang bujang bagaimana pula suami atau isteri yang telah kahwin berzina?... sila rujuk kitab!.

    Arahkan nafsu itu kepada pelacur, jika begitu apa haknya mereka ini untuk hidup?.

    Ini yang saya banyak kupaskan dalam blog saya sejak berzaman. Apa itu bangkai bernyawa.

    Bayangkan di dunia ini berapa ramai bangkai bernyawa di sekeliling kita. Maka itu saya katakan hudud tidak berjalan di kerajaan kita tetapi secara simbolik hari-hari kita dapati ramai yang mati terhentak batu di tepi jalan raya.

    (Memang benar ada kejadian kemalangan maut bukan dari kalangan mereka penzina ini, tapi bukan mustahil hukum hudud tengah terlaksana terhadap seseorang!)

    Saya pernah menyebut masalah ini terhadap saudara rapat saya yang menduakan suaminya, kemudian diceraikan dalam bulan Ramadan dia jatuh dari basikal kepalanya terhantuk di batu tepi jalan raya & meninggal. Bagiku kita tidak laksana hukum hudud lantaran Allah SWT menerima taubat dia & laksanakan hukuman itu secara simbolik. Biar pun tidak sama dengan kesakitan rejam sampai mati. Tapi fikirkan kuasa Ilahi menghukum kita biarpun tanpa kita laksanakan hudud; demi untuk menyedarkan kita.

    Kejadian tragis terkadang tersembunyi sesuatu yang kita tidak tahu punca angkaranya. Termasuklah gempa bumi & musibah yang lain. Kita degil, kita jahat, kalangan kita bangang! kalangan Kita!!? bukan orang lain sebabnya; Nahi... bukan nahi cerita hindustan Nahi Mungkar semakin terbiar. Jaga tepi kain orang sering disalahertikan.

    Ayah yang begini selalunya ada masalah, jika bukan dadah, mungkin kaki botol, mungkin asyik nonton itu, jika semua okey! mungkin isteri tak pandai meladeni nafsunya. Jika bukan segalanya; memang dia seorang ayah gerladangan.

    Jika kes macam ~~@L0nG W@niE~~ ceriterakan lagilah sedih. Penjahatnya terlepas.

    BalasPadam
  41. Lelaki Pengecut. Sampai anak sendiri nak ditelan, diratah. walaupun kelihatan emosi, tapi saya kagum En Mazidul mencela lelaki seperti ini.

    Pegawai tinggi tapi otak singkat. Nafsu terletak kepala, otak terletak di tapak kaki agaknya..

    Saya sampai sekarang terpikir kenapa ramai beragama Islam, berketurunan Melayu sanggup makan anak sendiri.

    Saya wanita. Saya anak gadis. Saya sedih bila fikir rakan seangkatan rosak diratah ayah/abang/pakcik/sepupu sendiri.

    Adakah kerna masyarakat kita yang selalu sinis menjadikan lelaki malu melanggan perempuan luar, lalu menjadikan wanita dalam rumah sendiri sebagai mangsa?

    Ini bermakna mungkin dalam keluarga kurang diterapkan nilai hormat pada wanita yang patut dilindungi para waris lelaki ini?

    Bila seorang anak lelaki memandang ibu kuat bekerja, Ibu didera sang ayah, ibu membayar bil, ibu pandu kereta, secara langsung, ibu menjadi seorang ikon wanita yang boleh 'diguna-pakai' sesuka hati. Ayah lepak di kedai kopi, mungkin lambang 'kehebatan'? Lantas anak-anak lelaki ini menjadikan ayah sebagai idola?

    mungkin keadaan sebegini juga menjadikan anak perempuan sekarang makin ramai masuk universiti, dan anak lelaki banyak tersadai gagal dan lemah daya juangnya?

    Wanita sebenarnya makin kelihatan lemah, walaupun zahirnya kuat..... *sigh.

    BalasPadam
  42. Kes2 macam ni biasanya banyak berlaku kepada lelaki Melayu / Islam yang buas tetapi malu untuk berterus-terang ( kononya malu memuaskan nafsu dengan pelacur / GRO / perempuan simpanan ). Kononnya pemalu tetapi amat mahukan seks.
    Mereka ikut nafsu syaitan atau bedal apa yang ada didepan mata tanpa gunakan akal fikiran, sama seperti binatang / haiwan yang tiada otak.
    Mangsa mereka ialah sasaran yang hampir / serumah dengan mereka samada anak/anak tiri, adik / adik ipar, anak/adik saudara dan lain2.
    Tiada boleh diharapkan kepada orang2 seperti ini untuk menjaga atau berfikiran bersih untuk melindungi anak2 perempuan mereka.
    Hanya kaum wanita - ibu2 dan anak2 gadis mereka sahaja yang perlu berhati2 menjaga diri, siang dan malam walaupun didalam rumah sendiri dan jangan mempercayai 100% kaum lelaki sekarang, walaupun yang bertahun-tahun tinggal serumah.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.