Sabtu, November 14, 2009

Pakistan 'Kaki Kayuh'

Dahulu warga Pakistan berhijrah ke negara ini dikenali kerana menjual kain dan karpet. Mereka mengayuh basikal Raleigh menjelajah ke seluruh pelusuk kampung dihuni majoriti masyarakat Melayu. Istimewanya, barangan jualan mereka boleh dibayar secara ansuran dan mereka sabar meraih keuntungan.

Saya yakin pembaca blog anak kampung berusia lingkungan 40-an mampu mengingati kegiatan mereka.

Tetapi, itu dahulu.

Sekarang warga Pakistan ramai menjadi taukeh, mereka tidak ‘mengayuh’ basikal lagi. Majoriti kini pemilik gedung besar menjual karpet di tengah bandar atau bandaraya.

Ingat, saya menggunakan perkataan ‘majoriti’ kerana ada segelintir mereka dipercayai masih ‘mengayuh’, bukan basikal tetapi ‘orang’.

Harian Metro melaporkan gigolo warga Pakistan berusia 30-an, suspek kes pembunuhan pramugara syarikat penerbangan, Hungarym Bernath Laszlo, 26 tahun, Mei lalu diberkas polis di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Lelaki Pakistan bertubuh besar itu sebelum ini menawarkan khidmat seks kepada wanita dan lelaki dikatakan sering mencuri barangan berharga milik pelanggannya. 5 Mei lalu, dia dilaporkan menjerut leher Bernath menggunakan kabel tanpa menyedari kejadian terbabit dirakam kamera litar tertutup.

Mangsa ditemui pekerja pembersih bilik dengan tangan terikat dan seluar terlondeh ke bawah di Hotel Novotel, Jalan Kia Peng.

Semoga ‘kaki kayuh’ itu dijatuhkan hukuman setimpal.

17 ulasan:

  1. Saya pernah dakwa satu kes, perempuan Melayu ditangkap khalwat dengan lelaki Pakistan ini. Mulanya perempuan ini berhutang beli karpet. Bila tak dapat bayar, perempuan ni bayar dengan tubuh dia.

    www.kadikluang.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Teringat babak filem "WANITA, ISTERI DAN......"
    Pakistan jual kain tunggu dalam estet, tunggu si suri rumah yang nak bayar harga kain bukan pakai duit.
    Rasanya babak tu bukan sekadar imiginasi pengarah semata2 kan bro? Tentu diilhamkan dari kisah benar segelintir suri rumah yang tak berduit tapi kuat melaram. Kalau betul mcm tu, Abang Pakistan mana nak rasa penat berkayuh Raleigh. Berkobar2 lagi ada la....

    BalasPadam
  3. Salam BRO MAZ...

    saya masih ingat akan golongan pendatang Pakistan yg begitu gigih berjualan kayuh basikal jual karpet, dan kain-kain (sekarang ramai dah jual tikar dan tilam lak, dan naik motorsikal)

    Dulu2 juga bukan golongan lelaki ini sahaja, ramai juga kaum wanita pendatang, Kemboja yg berjalan dari kampung-kampung, junjung kain baju, jinjing periuk belanga, bimbit macam2 jenis keropok... saya masih ingat... BONDA saya selalu gak beli ansuran dari wanita2 ini...dan dia juga sering bagi makan dan minum kalu mereka singgah ke rumah.. kesian sebab masa tu mereka jadi mangsa perang..

    Sekarang golongan ini majoriti dah berani, dah daring lebih dari kita.. Dah berani jadi mafia...heeee...
    Kalu dah kena tangkap, jatuh hukuman pun, ramai lagi yg tak takut...

    BalasPadam
  4. Dalam kelompok jujur ada juga gerladangan.

    Memang masih ingat mereka ini sering mementingkan fesyen pakaian mereka, baju kemeja labuh seluar gedoboh itu. Wajah mereka memang machoo & semua pelosok kampung mereka masuk dengan basikal Raleigh yang sarat muatan itu.

    Sekarang mereka memang menjadi orang kaya. Pergi sahaja ke Nilai 3 lihatlah kedai bertaraf gudang yang mereka miliki.

    Anak muda kita yang menganggur seharusnya mencontohi mereka; melepak sesekali tak kesah tetapi mestilah ada sesuatu kerjaya yang boleh menjamin masa depan. Bidang kerjaya yang terbaik: Perniagaan! tak semestinya perlu modal besar, cukuplah bermula dengan gerai di tepi jalan. Berjimat & menabung kemudian baharulah besarkan perniagaan.

    Janganlah bergantung dengan makan gaji sahaja. Jantung Pisang Hutan, Pucuk Paku, Tenggek Burung, Pucuk Mengkudu pun amat mahal sekarang. Bayangkan Bunga Kantan kalau telah masuk di gedung besar; harganya sampai boleh mencecah lebih dari RM1.

    Bayangkan orang Acheh jual Minyak Urut pelbagai jenis di gerai kecil tepi jalan pun boleh hidup bahagia. Duduk melapak juga di tepi jalan tetapi ongkosnya masuk.

    BalasPadam
  5. hehehe skrg masih mengayuh lagi la abang mazidul...diorang masih mengayuh basikal tapi bukan untuk jual karpet..sekarang diorang pegi kerja(skrg keje bina bangunan-buruh mcm indonesia)naik basikal.. saya nak pergi kerja pagi2 area city bank selalu nampak diorang naik basikal nak g keje... memangla bagus..yang tak bagusnya suka2 diorang je nak kayuh depan kete lambat plak tu... pastu lintas je suka2 diorang mcam kebal sgt...kekadang pepagi tension bukan sbb jem sbb diorang la..terhegeh2 kayuh beskal ngan lintas jalan sesuka hati je...

    BalasPadam
  6. Salam Bro Madz,
    Haa..2!, Betol tu bro, kat Swk pon sama gak. Pak Pakistan ni, yang kita tau, kain dan carpet dah jadi trade mark dier org. But sekarang dah bole buka kedai makan pon da.
    Kalo buat bisness tu, depa buat dgn sungguh2. Walaupon nampaknye cukup2 makan je, tapi usaha gigih depa tu ada..
    Dulu jaja kain dan carpet, jalan kaki dan kayoh basikal je, Sekarang dah bole naik moto, da pulak sampai bole bawak keta, merc. pulak tu. Dah kira maju gak lah life depa tu kat sini ye... Pa nak buat, popularity manusia kat sana melangkaui segala peluang yg ada dan tak salah kalo sya katakan, yang depa ni bijak mererebut peluang yg ada dan terbuka luas kat sini. Betol ke tu Bro? Itu presepsi sya. Kalo silap tolong perbetul kan. Kalo dah depa tu buat keja2 jahat dan menyalahi undang2, memang tak kan lepas punye... kena CEKUP le jawabnye...
    Setakat ni kat sini, tak de plak dengar, pak p. ni buat keja2 jahat tu, compare ngan jiran2 lain. Mungkin gaknye sudah kebanjiran dan diluar kawalan, tu lah timbulnye kes2 tersebut.
    BERSAMA2 MENCEGAH JENAYAH
    - RAKAN COP -

    BalasPadam
  7. Khalil, tubuh warga Pakistan besar, sedap dipeluk, mungkin.

    Zaputra, kalau tidak berlaku kes bunuh mungkin dia akan terus 'mengayuh' lelaki dan perempuan :)

    Rosnanie, suspek mencuri barangan berharga mangsa, jam tangan, antaranya. Kejadian disedari mangsa, dia kemudian dibunuh.

    BalasPadam
  8. Salam Ziarah.......

    Mula-mula depa kayuh lepas tu orang kayuh depa pulak la.Macam-macam ada di Negara kita ni ye lepas mat-mat black la ni Pakistan pulak ye.Tapi benda-benda ni semua dah lama ye......

    BalasPadam
  9. Teringat sewaktu kecil dulu, selalu area rumah jiran didatangi oleh mat Pakistan yang jual karpet..biasanya kitorang panggil 'Mat Karpet' je. Kadang-kadang kagum juga dengan mat Pakistan yang jual karpet ni sebab diorang tak pernah putus asa walaupun barangan yang dijual hanyalah karpet...

    BalasPadam
  10. salam... ada juga kan mat bangla yang macam tu. ingatkan mereka datang kat negara kita ni hanya untuk mencari rezeki halal sahaja, rupa2nya ada juga yang disebaliknya.

    Yang mengayuh kat kampung pun ada bahayanya juga. Dibueknya si janda tak boleh nak membayar, dah dibawa bersama2 'mengayuh'. haha!

    BalasPadam
  11. Kalau zaman dulu masa sy masih kecil memang selalu tengok bangla naik moto(tak pernah lak tengok yg kayuh basikal) jual kain ni.. beberapa tahun lepas tu diorang jual barang kemas.. beberapa tahun kemudian lagi dah ada kedai sendiri.. rupanya dah kahwin ngan orang tempatan...

    *'berkayuh' juga akhirnya

    BalasPadam
  12. teringat kat kg dulu ada satu lelaki pakistan, arwah mak panggil dia 'HIDUNG MANCUNG' mungkin mazidul kenal kot? dari tg malim dia naik bas mogah masuk kg2 sambil pikul bundut kain di belakang. dalam bunbut tu, di atas sekali ada macam case tapi kaca. di dalam nya ada cincin dan batu permata. dah lama arwah si 'hidung mancung' tu sbb dah lama tak nampak.

    BalasPadam
  13. 1je i nak katakan . Orang Malaysia ramai yang pemalas.(tak semua) itu sahaja.

    BalasPadam
  14. ...sebahagian dari contoh orang yg berjaya...kita tidak boleh kata apa2 lagi mereka ini telah membuktikan...malangnya mereka ini bukanlah orang kita...mereka ini adalah orang asing so fikir-fikirkan...dimana silapnya orang kita?

    BalasPadam
  15. Salah orang kita juga,mudah sangat percaya dan terima orang luar.Maka mereka2 ni ambil kesempatan lah,ditambah pula mereka ni tahu yang mereka ada kelebihan dari segi fizikal seperti muka yang kacak,badan yang segak dan serba serbi besor..Mana2 yang dilihat nya teruja semacam tu jadi ulam dia lah...
    Walaupun nafsu menarik kepada kejahatan,tetapi hati nurani tetap menolak.Kerana itu apa yang ditolak oleh hati hendaklah tinggalkan (Hukama)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.