Bertahun kita kerja buat program TV.
Masa program ada, macam-macam orang kata.
Meluat, benci, tidak berpuas hati. Cuma segelintir memuji. Tetapi apabila program sudah tiada, barangkali ramai akan mengakui kehebatan dan terasa kehilangannya.
Apapun, kata pujangga, patah tumbuh hilang berganti.
Please mark my words and I will not state any further comment here .
Masa program ada, macam-macam orang kata.
Meluat, benci, tidak berpuas hati. Cuma segelintir memuji. Tetapi apabila program sudah tiada, barangkali ramai akan mengakui kehebatan dan terasa kehilangannya.
Apapun, kata pujangga, patah tumbuh hilang berganti.
Please mark my words and I will not state any further comment here .
salam bro,
BalasPadamnape ni?
cek da seriau da ni.
nak off 360 ka?
no way!
What u said is true Abg. Time sekarang memang orang tak pernah sanjung tapi bila dah takda nanti, tercari-cari. Human nature Abg, human nature. *sigh*
BalasPadamCarol, you will understand what I really mean, soon.
BalasPadamdh nk hbs thn 2009 dah...
BalasPadamcuba memahami.
BalasPadamNota: Maaf kepada Kakitangan Kerajaan yang terasa pedas dengan komen 'curik masa'..
hanya segelintir, bukan semua. siapa makan lada terasa pedas.
~dari saya, Laptop, bill dan masa sendiri punya~
Sdr Mazidul, bagi sayalah lagi orang kritik lagi program itu memberi kesan, lagi banyak komen lagi syok kita berkerja.
BalasPadamNak buat apa nak dengar cakap orang jika kita memang jujur dalam menyampaikan maklumat itu. Saya tak nampak 360 itu membosankan. Malahan semua yang dipaparkan nampak terbuka.
Memang betul; apabila program sudah tiada, "barangkali ramai akan mengakui kehebatan dan terasa kehilangannya."
Sabar sahajalah, jika komen mereka itu ada lojiknya perbetulkan sahaja. Jika dirasakan sebaliknya kenapa mesti tunduk dengan desahan mereka itu!.
pastinya akan merindu...
BalasPadamSaudara Mazidul,
BalasPadamBukan kerja mudah untuk berkongsi pengetahuan; komitmen, motivasi, dedikasi, kekuatan mental dan kerja keras diperlukan.
Amat sukar bercakap di depan satu kumpulan melainkan berkeyakinan ianya sesuatu yang berguna.
Soalan-soalan yang diajukan mendorong kami berfikir.
The happiest of people don’t necessarily he the best of everything; they just make the most of everything that comes along their way.
uish, jgn la rncngn 360 tu dihilangkan. rncngn 360 tu memang best.
BalasPadambukan nak bodek tapi sy sebagai student ni dpt tahu lbh bnyk pasal hal-hal dan kes-kes semasa dr rncngn ni.
jgn la dihilangkan.
Adat dunia En. Mazidul, kalau jauh baunya wangi.., kalau dekat bau tahi.
BalasPadamHarimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama (nama baik/tidak).
Mmg susah nak memuaskan hati semua pihak-yg penting niat kita.
Saya amat menyokong penuh kalau 360 diteruskan - pada entri yg lalu saya mohon disiarkan 1 jam biar mencakupi semua aspek & penyelesaiannya - bila ya?
Khidmat sosial sebegini ramai yg memandang dgn sebelah mata. Cuba lihat dgn mata hati-pasti kita akan menghargai.
Kepada pihak Media Prima, kami tdk harapkan wajah glamor sebagai pengantara - kami dahagakan pengisian yg memberi impak & teladan kpd diri & masyarakat keseluruhannya.
Salam Mazidul,
BalasPadamApa yang yang pertontonkan menjadi anjakan pemikiran yang menarik. Ianya bukan penyelidikan tapi pengalaman sepanjang perjalanan tugas yang akan menjadi sumber umum dan petunjuk kepada generasi akan datang dalam mentafsirkan, pemahaman dan menghargai hidup.
Komen tentang kerja seseorang atau satu jabatan mungkin tidak disukai, tapi komen yang membangun dan berpotensi mungkin akan dikaji.
Mungkin tidak bermakna dan dicela hari ini, tapi pada hari mendatang ia menjadi satu panduan berharga.
Suspen gak ni.... apa dia ye.. Alah bagitahu ler
BalasPadam360? dah kena tarik ke tayangan nye... aduhhh.... betul ke?
Salam BRO MAZ..
BalasPadamtidak puas hati itu tanda kita harus buat lebih baik lagi..
benci itu sekadar pencabar kekuatan jiawa raga..
meluat itu lumrah manusia iri hati...
pujian itu penghargaan kepada kerja kita..
segalanya penting. Saya yakin, bersikap positif sentiasa akan menjadikan seseorang tidak mudah putus asa..
salam..
BalasPadamapa cerita neh?.. suspen nyer.. 360 nak dihentikan ke?.. pls dont!! :(
Biasalah Mazidul....
BalasPadamDulu masa saya duduk bahagian Penguatkuasa JAIJ, ramai yang kata saya tegas sangat, takde hati perut dan menyusahkan orang.
Tapi bila saya dah keluar dari penguatkuasa, orang yang sama kata, saya patut duduk di situ semula, supaya lebih tegas dan berani....
Cukuplah 8 tahun saya duduk di situ, kalau saya duduk lama-lama situ nanti ada orang yang kepanasan pulak..
www.kadikluang.blogspot.com
bro, meh kita jual nasi lemak.
BalasPadamAM suka rancangan 360, tetapi kadangkala isu yang dipaparkan agak 'biasa-biasa' dan seolah bertindih dengan konsep 999 atau Majalah 3.
BalasPadamIsu, seperti operasi cegah dadah dan gay, pernah disiarkan dalam Majalah 3 (atau 999, salah satu).
Malah adegan 'intip dan serang' kumpulan penagih, yang disiarkan dalam 360, saling tak tumpah seperti yang pernah kita tonton di Majalah Tiga.
Apapun AM rasa 360 tetap ada pengikut setianya (termasuk AM), cuma kalau boleh ianya dimantapkan lagi agar lebih meletop. Dan AM yakin, bukan 360 yang Bro Mazidul maksudkan.
AM ada satu cadangan. Kalau boleh Bro buat 360 dalam bentuk 3 episod setiap siri. Maksudnya, episod pertama ialah pendedahan terhadap sesuatu isu (seperti yang ada sekarang) kemudian diikuti dengan episod kedua, operasi/tindakan oleh pihak berwajib ke atas isu yang dipaparkan. Akhir sekali episod ketiga, hasil/kesan dari pendedahan 360 dan tindakan yang diambil oleh pihak berkenaan.
www.anak2merdeka.blogspot.com
...patah tumbuh hilang akan berganti...tapi yg ganti tidak akan sama dgn patah tadi tu....itu sudah adat dunia cik Mazidul..ianya akan dikenang tapi bukan pada masa itu juga tapi pada masa akan datang...
BalasPadam360 nak ditarik balik tayangannya. Kalau betul, saya orang pertama yang akan hantar surat bantahan kat TV3, pastu saya suh mak saya, ayah saya, adik2 saya, jiran2 saya, kawan2 opis sy, pakat ramai2 hantar surat bantahan. Sesuka hati je nak tarik2. Kalau nak tarik siaran pun... tarik yang berunsur realiti tv especially yg depan tv tunjuk muka baik, belakang tv, bersepah gambar bogel.
BalasPadamsokong Pn Liza (salah satu cara memuaskan hatinya)
BalasPadamadat kehidupan, ada kala di atas, ada kala di bawah...
BalasPadambut still, 360 best...
la...takkan 360 nak abis bersiaran dah...
BalasPadamtak rock ah gini..
360 buat kisah seks sombangs eperti pondan..kenapa diaorang pilih hidup begini...
BalasPadamcerita ada kait dengan seks orang suka.kalau buat pasal education, agama..orang akan tukar televisen...
pkrpasdap.blogspot.com
manusia memang bgitu bila dah tak da baru nak sanjung n hargai ...
BalasPadamBro Maz
BalasPadamKalau boleh biarlah program 360 tu bertahan sampai 400 tahun atau sampai bila bila
Cuba tengok David Letterman, sampai dah pencen pun orang masih suka
Merajuk ye???
Orang kita memang hebat, hebat mengutuk walau sedar diri sendiri tidak sehebat mana... ha ha
Biasalah, masa ada, ingat akan ada sentiasa, tapi bila takde, baru terasa kehilangan dan masa tu la akan berkata "kalaulah ada lagi... "
BalasPadamP/S: Patah tumbuh hilang berganti, berhijrah itu sesuatu yang bagus..
Surprise untuk lebih 2 juta orang, tunggulah.
BalasPadamBarangkali ada suka, ada berduka, di kalangan penonton, maksud saya.
Alid, orang pun kalau sudah tua, kena rehat, kan?
BalasPadamMaaf nak tanya..
BalasPadamadakah 360 masih disebut "Three Sixty"?
bukan
"Tiga Enam Puluh"?
masih ya?
Cubalah kita bayangkan Jam 5:00 pagi telah berada di ladang kelapa sawit. Ladang tu bukan tentu selamat, nyamuknya, agasnya, paling takut ularnya.
BalasPadamTau-tau kita teruja tenguk 360 tersiar di TV. Bukan lakonan semula tetapi adalah realiti kehidupan.
Congaklah jam berapa harus ke sana?. Silap-silap tak tidur sepanjang hari. Itu yang saya pernah bising, bilalah masa Sdr kita... Bro Mazidul ini tidur; sebabnya pepagi lagi tenguk muncul di Malaysia Hari Ini (MHI). Saya tahu melalui blognya malam-malam tadi ikut operasi sana sini. Aduhai! tenguk pun penat.
Apa-apa pun terkadang memang perjalanan hidup ini ada limitnya; kerjaya pun ada noktahnya biar pun terkadang kita masih amat sayang kerjaya kita itu.
Emmm! apa sebenarnya ni?...
ini mesti dah terjolok sarang tebuan hheee..
BalasPadamZeq, dah banyak kali digigit tebuan tetapi I am still standing bro.
BalasPadamSo,itu bukan sebabnya :)