Saya yakin ramai antara pembaca blog ini berasal dari kampung. Justeru majoriti kita berkongi pengalaman hampir sama. Jika diimbas kembali di era 70 an, anak kecil di kampung bebas bergerak kemana sahaja. Mereka bermain di halaman rumah, mandi sungai dan melastik burung di hutan tanpa mencetuskan keresahan di kalangan ibu bapa. Malah majoriti anak waktu itu tinggal di rumah sewaktu ayah ibu menoreh getah, mengerjakan sawah atau bertani di kebun jauh dari rumah.
“Tengok tengokkan adik, jangan bagi dia main tepi sungai,” antara pesanan ibu sebelum pergi berkerja.
Kini di bandar, kebebasan anak kecil tergugat. Keluarga tinggal di flat, apartment dan pangsapuri contohnya, gusar membenarkan anak mereka bermain di bawah blok biarpun bukan berseorangan. Apatah lagi menyuruh mereka sendirian kekedai runcit untuk membeli barang keperluan dapur.
“Jangan pergi, nanti kena culik, ramai orang jahat sekarang,” tegas ibu.
Perhatikan, anak golongan elit, tinggal di rumah besar berhalaman luas juga menerima nasib sama, tidak memiliki kebebasan total. Mereka hanya dibenarkan ibu ayah bermain di dalam kawasan berpagar atau terpaksa memilih ‘bertapa’ di bilik melayan permainan video.
Ringkasnya, ibu ayah sekarang acapkali dibelenggu perasaan bimbang berhubung isu keselamatan anak mereka. Bimbang jika kejadian malang menimpa Nurin Jazlin Jazimin atau Sharlinie Mohd Nahar berulang kembali. Untuk rekod, kes bunuh dan culik berlaku pada tahun 2007 dan 2008 itu masih belum berjaya diselesaikan polis. Maksudnya, penjenayah kejam gagal dikenal pasti, bebas mencari mangsa seterusnya. Biarpun ratapan kisah duka Nurin dan Sharlinie semakin terpinggir, kebanyakkan ibu bapa akan terus mengingati tragedi terbabit. Kes dijadikan rujukan agar keluarga lebih cermat memantau pergerakan anak.
Malang anak kecil zaman ini, kebebasan mereka diregut dek kebimbangan kita.
“Tengok tengokkan adik, jangan bagi dia main tepi sungai,” antara pesanan ibu sebelum pergi berkerja.
Kini di bandar, kebebasan anak kecil tergugat. Keluarga tinggal di flat, apartment dan pangsapuri contohnya, gusar membenarkan anak mereka bermain di bawah blok biarpun bukan berseorangan. Apatah lagi menyuruh mereka sendirian kekedai runcit untuk membeli barang keperluan dapur.
“Jangan pergi, nanti kena culik, ramai orang jahat sekarang,” tegas ibu.
Perhatikan, anak golongan elit, tinggal di rumah besar berhalaman luas juga menerima nasib sama, tidak memiliki kebebasan total. Mereka hanya dibenarkan ibu ayah bermain di dalam kawasan berpagar atau terpaksa memilih ‘bertapa’ di bilik melayan permainan video.
Ringkasnya, ibu ayah sekarang acapkali dibelenggu perasaan bimbang berhubung isu keselamatan anak mereka. Bimbang jika kejadian malang menimpa Nurin Jazlin Jazimin atau Sharlinie Mohd Nahar berulang kembali. Untuk rekod, kes bunuh dan culik berlaku pada tahun 2007 dan 2008 itu masih belum berjaya diselesaikan polis. Maksudnya, penjenayah kejam gagal dikenal pasti, bebas mencari mangsa seterusnya. Biarpun ratapan kisah duka Nurin dan Sharlinie semakin terpinggir, kebanyakkan ibu bapa akan terus mengingati tragedi terbabit. Kes dijadikan rujukan agar keluarga lebih cermat memantau pergerakan anak.
Malang anak kecil zaman ini, kebebasan mereka diregut dek kebimbangan kita.
Ini adalah berpunca daripada ahli agama, ahli politik dan rakyat awam tidak memainkan peranannya dengan sebenar-benarnya....
BalasPadam"amal makruf nahi mungkar"
catatanhamba.blogspot.com
mazidul
BalasPadamSaya cadangkan 360 buat rakaman mengenai disco dan penglibatan muda mudi.
kenapa mereka gemar ke pusat hiburan sedemikain....
TQ
pkrpasdap.blogspot.com
Manusia sudah tiada sifat kemanusiaan. DI bandar YA, Ibubapa benar2 menjaga keselamatan anak2 mereka. Namun berbeza di kawasan kampung yang masih PERCAYA anak2 mereka akan selamat dengan membiarkan mereka bermain di tepi2 jalan dan PERCAYA anak2 membantu mereka membeli barang di kedai..Mungkin apa yang berlaku pada Nurin Jazlin Jazimin atau Sharlinie Mohd Nahar tidak memberi AMARAN kepada mereka.
BalasPadamBagaikan tiada lagi tempat yang selamat untuk anak2! Tidak di rumah.. tidak di sekolah.. tidak di mana2! :( Alangkah sedihnya.
BalasPadamSalam...mmg btol bro maz.takut nk bagi anak2 main kt playground bwk flat.selisih malaikat 44.mtk dijauhkan dari terjadi kejadian yg tidak diingini.bila wat cmtu,anak2 memberontak plak.nk main kejap kt bawah pon xleh katenye.kita risokan dye tp ank2 igt kita nk kongkong plak.smpai kate,"nk duduk kampung la ibu.dok kl xbes.xleh nk kuar memain".dapat2 lak anak2 skng jenis yg bijak2.susah jgk kadang2 nk jawap bila dorang ckap cmtu..
BalasPadamtp tula.beringat sebelum kena kan.mencegah lebih baik dari mengubati...
Papepun,takziah wat keluarga Nurin n Sharlinie.Sian parent sharlinie..
Ada kene mengena dgn taraf hidup yg semkin tinggi. apabila manusia memerlukan wang, NAFSU akan menguasai diri. Pd masa itu AKAL tidak berguna lg. Masa itu ada yg sanggup menculik anak2 comel untuk mengaut keuntungan.
BalasPadamyup..teringat masa kat kampung dulu..darjah nam g mandi sungai,air jernih siap leh minum,mandi bogel gn kawan2 pompuan, dlm ati tak terlintas nak wat benda tak elok.
BalasPadamOrang jahat? tak tau lak ader masa tuh.Sbb asa aman damai jer suasana nyaman dan selesa.
Sekarang nak bg budak darjah nam mandi skali laki pompuan pun isau takut bunting lak..
salam encik mazidul,
BalasPadammmg takut dgn keadaan skrg..sehingga anak2 terpaksa bermain di dlm rumah atau setakat di pagar rumah..tp masyarakat kita skrg mudah lupa..semasa kes arwah nurin dan sharlinie, nmpk ibu bapa risaukan anak2 mrk..bila kes ini dilupai oleh sesetengah pihak..sy dpt lihat...budak2 bermain di taman, tepi jalan raya tanpa pengwasan ibu bapa...mungkin encik mazidul boleh ketengahkan semula isu ini dgn tips2 yg patut diambil org ibu bapa skrg...
Kraznaya, saya teruja dengan pengakuan awak, darjah 6 masih mandi bogel. Di kampung saya pun sama, budak lelaki memang mandi bogel. Siap boleh buat double somersault lagi.
BalasPadamBudak perempuan pun sama tetapi saya tidak pernah mendengar kisah pencabulan berlaku. Gila ke nak meraba anak Cik Limah? Nak heboh sekampung? Malu sampai keakhir hayat dibuatnya.
Logik akal, jenayah memang x mungkin berkesudahan. Namun, dgn kerjasama kita semua 'menjaga tepi kain' ahli keluarga, jiran & masyarakat kadar jenayah akan berkurangan, InsyaAllah.
BalasPadamSaya amat berharap pihak Polis memperhebatkan siasatan hingga ke akar umbi & memantapkan keupayaan & ketangkasan anggotanya.
Tahniah kpd pihak Polis kerana mewujudkan Pondok Polis di kawasan panas kerana mengikut statistik ianya didapati membantu menurunkan kadar jenayah di kawasan yg terlibat.
Jelaslah di sini bahawa negara ini haruslah berbelanja LEBIH untuk menambah lebih ramai anggota Polis utk ditempatkan di setiap kawasan.
Percayalah, Kerajaan tdk akan rugi kerana LEBIHan perbelanjaan itu membawa makna kadar jenayah yg pasti akan berKURANGan-Perbelanjaan banduan di Penjara akan berKURANGan-Kebimbangan rakyat akan berKURANGan. Barulah negara LEBIH sejahtera-Ibu & Bapa LEBIH lega - anak2 bebas bermain di luar rumah dgn LEBIH ceria.
Kalau adalah Pak Menteri yg membaca ruangan ini, selamilah suara rakyat-kami tidak meminta LEBIH.
Betul tu bro. Masa kes culik tengah hangat meletup2 dulu, sampai ibu bapa ikat anak dengan tali bila ke shopping complex. Dah rupa mcm binatang peliharaan plak (malas nak sebut anjing). Nak ketawa pun ada bila tgk. Tapi mungkin ibu bapa terlalu bimbang dengan anak mereka yang hyperactive dan mereka rasa tu je la solution dowang nampak. hehehehhe.
BalasPadamBro, tak silap kerajaan berhabis bukan sikit duit untuk mencari penculik / pembunuh Nurin dan Sharlinie. Sampai panggil CSI New York (hehe), pakar video dan cctv luar negara, tapi masih belum dapat mengesan seorang pun penculik. Agaknya kerana penculik dah terlalu expert ke? Kalau itu alasannya, bermakna benarlah, kebebasan anak2 dah disekat. Devils are still out there, observing and will chase the kids at any time~!!!
Jangankan budak kecik, saya yang dah jadi mak budak ni pun takut nak keluar sorang-sorang especially waktu malam.
BalasPadam10 - 15 tahun dulu, masa bujang, baru bekerja, setakat minum kat kedai Hameed kat CM dengan kawan-kawan lepas kerja sampai la waktu maghrib tak menjadi hal. Kadang-kadang siap sambung balik sampai Isyak! Tapi sekarang?? Nak pegi kedai dekat ngan rumah pukul 8 malam sorang-sorang pun pikir 10 kali!!
P/S: Kecik2 dulu selalu pegi kedai runcit samada jalan kaki atau naik basikal..
jauh bezanya dulu dan kini, dibandar atau kampung
BalasPadamdi bandar kunci Grill dan mangga dua tiga lapis.
usahkan kanak-kanak, orang dewasa pun rimas nak keluar masuk.
aduh.. keadaan yang amat kriktikal rasanya. Betul memang tiada kebebasan. Anak2 nak ke sekolah yang beberapa langkah pun minta van hantarkan, takut walaupun jarak sejengkal anak2 diperapakan. Taman permainan yang dibelakang rumah pun tak lepas anak2 pergi sendiri. Bermacam kemungkinan terlintas di fikiran. Kalau diaorang nak pergi jugak terpaksa kita temankan walaupun kita letih.
BalasPadamwalaupun saya tidak membesar sepenuhnya di kampung tetapi suasana di kampung memang amat berlainan dari di bandar , insya Allah mak akan berani lepaskan kita untuk merayau2 ke mana sahaja tanpa sebarang rasa ragu2
pst.. teringat kecik2 dulu round satu kampung cari buah kemunting, anak2 saya buah kemunting camana rupa pun diaorang tak tahu
tapi kadang2 perkara yang terjadi disebabkan oleh orang dalam, yang ni lagi susah nak ubat. Acap kali, timbul kes, haruan makan anak dan ada anak yang tidak sanggup tgk ayah dipenjarakan, maka kes digugurkan
BalasPadamOrang yang rendah budi lebih berbahaya dari penyakit menular kerana penyakit menular dapat dijauhi dan tularannya hanya merosakkan jasmani, sedang rendah budi bergaul dengan masyarakat dan merosakkan rohani.
BalasPadamSalam BRO MAZ... setiap ibubapa memang sentiasa risau akan anak-anak.. saya tidak pernah percaya sesapa orang kat luar sana...
BalasPadamSalam Mazidul,
BalasPadamTakziah kepada keluarga Nurin Jazlin Jazimin dan Sharlinie Mohd Nahar.
Thanks for sending out this message. This is a very eye opening forum. Your comments are really significant.
Children should be taught by their parents, how to call for help or try to defend themselves as much as possible and as soon as they can.
Pay much attention the kid's activity; do not keep a faith on someone, as always said prevention is better than cure, keep your children aware...and that will help us a lot from our child being harassed.
Human psychology is such that people will always try to take advantage of other people, and the only way we can control this impulse is through fear of punishment.
No matter how modern and civilized our community gets, there will still be these kind of cases which is not impossible but is hard to prevent from happening.
I would think there should be a blood hunt called on every rapists or pedophiles.
These people are evil and mentally derange to think that they can get satisfaction from these kids.
They on a moral downward spiral.
Those who would commit these crimes should be scared to death of the thought of committing these crimes. Playtime is over scumbags!
Salam En.Mazidul......
BalasPadamBetul tu zaman skang ni bkn kate budak kecik tp anak pompuan remaja pun saya tk kasi kuar ikut kawan suke2 ati.....takuuuut salah ikut kengkawan lain lak jadi nya nti.
Setakat ni saya masih leh kawal lagi insyaallah sbb die masih dlm tngktan 2.....klu die nk kemana2 dgn kawan2 sy yg akan antar dan ikut.
Biar lah die menangis sekarang daripada saya menangis kemudian betuuuul tak......
Jadi setiap minggu kami sekuarga akan pasti kuar bersama2 seperti tgk wayang,main bowling ,paintball same2 supaya anak2 akan berasa selesa seperti seorang kawan.
waktu kecik mandi sungai masa gi carik kayu api tak takut pun pasal org nak rogol tapi ayah pesan jangan sampai lemas dlm sungai jek :)
BalasPadamtapi skrg siap berbuih berpesan dgn anak dara combi..
kalau drive keta pastikan pintu keta sentiasa berkunci..
jangan balik lewat..
jangan layan org yg tak kenal..
jangan,jangan,jangan...sampai dia pun pelik "uishhh mama ni!"
risau betul ler :(
" YB Siber Mazidul "
BalasPadam-Manusia dilahirkan bebas,tetapi di mana-mana dalam keadaan dibelenggu- awak ingat kata-kata siapa tu? Benarlah apa yang diucapkannya.Natijahnya, kehidupan sekarang ini, tidak kiralah di kampung atau di bandar, keselamatan kita sentiasa diancam..diancam..diancam..
Masalah " Pot Hitam " juga perlu diberi perhatian serius oleh pihak berwajib..tolong Yb Siber ..
zaman dulu semuanya selamat.... ada rasa hormat dan agama yang menebal...
BalasPadamsekarang...semuanya diabaikan.. didikan ibubapa yang dahulunya jahil semakin jahil diperturunkan kepada anak2.
Salam Mazidul,
BalasPadamabe MIE 'TERJAH's concern must be looked into deeply.
Families must assume a leadership role in preparing youth for success in the emerging age.
This preparation goes beyond skills in mathematics, understanding of scientific principles, and effective writing. Preparation for success in the maturing age must include respect for the laws and standards that society has agreed upon for governing behavior in the best interests of society, the ability engage in moral reasoning and decision-making, especially when there are conflicts in values and interests; and the moral motivation and self-control to engage in appropriate and ethical behavior, even in situations where there is the freedom to do otherwise.
In traditional kampongs, there the norms of care and empathy work very well in governing the face-to-face interactions of kampong folks.
When, young people leave the village and go off to the city, they witness the breakdown of interpersonal ties. They see that group norms of care and empathy have little impact on the impersonal interactions of city life, and they see the need for a formal legal structure to ensure moral conduct.
Thus they are stimulated to think about moral matters in new ways
Moral education has a new challenging task to assist parents and communities to help youth moral growth and is the seedbed for generating a common moral ground among Malaysian .
Moral education can contribute to the Malaysian society. It provided youth with the systematic, comprehensive moral knowledge, skills, and attitudes needed to live in morally complex modern societies. It gave youth to build the national identity & pride, patriotic attitudes, and a deep sense of community.
The partnership among schools, parents, and communities is urgently needed.
Rasa malu atau cemburu itu telah semakin tiada. Ada ulama berkata antara banyak sebab kenapa babi itu diharamkan adalah antaranya lantaran dengan memakan babi akan menghilangkan rasa cemburu atau pun malu... (maaf jika ada kaum asing terbaca ini). Sebahagian kuman bawa penyakit itu mungkin boleh dibunuh.
BalasPadamBila tiada rasa cemburu atau malu, tak jadi hal kalau anak-anak bunting, isteri menduakan suami, anak dara diangkut lelaki sana sini, malahan kekasih bercinta dengan lelaki lain pun tak kisah. Bila tak rasa malu, tak hairan keluar masuk penjara, tak kisah ada kalangan keluarga perogol, tak ambil tahu pun jiran kita pelacur pelbagai.
Seolah-olah itulah yang terjadi di negara kita. Mungkinkah faktor pemakanan?. Tak juga!.
Kaum kita Melayu tak makan babi tapi ramai juga minum arak; Tak makan babi tapi suka dengki atau fitnah orang, fitnah orang ini samalah makan daging busuk!. Mana perangai nak betul.
Antara puncanya lainnya; kita ini terlalu banyak kaum atau bangsa. Saling melindungi bangsa sendiri. Ada orang kaya dilindungi kongsi gelap. Ada kawasan dikongkong gengster, Ada orang kaya simpan perempuan sana sini. Ada orang kaya jadi pengedar. Ada orang miskin jadi penagih. Maka mana mungkin jenayah kita akan berkurangan.
Bagaimana nak selesaikan semua ini. Kesedaran!, makan babi pun kenapa tak ikut orang Jepun. Mereka tak mencuri sebab malu keturunan mereka diaibkan masyarakat sepanjang hayat. Ramai orang Barat letak jawatan jika skandal terdedah; Banyak negara bila berlakunya rasuah kalangan pemimpin semua rakyat menolak.
Kesedaran merangkup segala. Dari kecil lagi kita kena diajar menghormati hak orang lain. Sivik. Kesedaran sivik kena tinggi. Jati diri bukan boleh dibentuk jika telah menjadi buluh. Sedari rebung lagi ianya kena dibentuk.
YB Siber Maz
BalasPadamSharlinie hilang kerana sikap sombong penduduk setempat, 'tak mau ambil tau hal orang dan tak campur orang'.
Tapi kalau bergaduh, anytime.
Hebat orang kita...