Isnin, November 09, 2009

Lidah Tergeliat

Saya berasa amat hairan. Sebilangan daripada kita tinggal setahun dua di luar negara, pulang ke tanah air, lidah kononnya tergeliat, lalu mereka mendakwa janggal bertutur menggunakan bahasa kebangsaan sewaktu berkomunikasi.

Ada segelintir daripada kita akibat terlalu kerap berbahasa Inggeris sehingga serba tidak kena menulis di dalam bahasa kebangsaan. Alasannya, bahasa Inggeris, bahasa ilmu.

Barangkali biarpun bijak, mereka tidak faham erti keseimbangan dalam berbahasa atau pura-pura tidak faham. Tidak salah menggunakan bahasa Inggeris tetapi usah sampai kekok bercakap dan menulis dalam bahasa kebangsaan.

Orang Jepun, bangga dengan bahasa ibunda tetapi menggunakan bahasa Inggeris apabila kena pada tempatnya. Negara Jepun tetap jauh lebih maju berbanding negara kita.

Bahasa kebangsaan, bahasa Melayu. Justeru, junjunglah selagi termampu.

35 ulasan:

  1. ini isu lapuk tetapi masih segar utk diperbahaskan.. terutamanya kpd melayu yg gagal utk faham kepentingan berbahasa melayu dengan baik..

    memang susah apabila bahasa melayu digunakan terutamanya dlm bidang pengkomputeran apabila banyak pengalihan bahasa perlu dilakukan dan kedengaran janggal tetapi bak kata pepatah alah bisa tegal biasa.. lama kelamaan ianya tidak akan janggal lagi apabila dan menjadi kebiasaan..

    BalasPadam
  2. salam,
    takkan melayu hilang didunia..
    ade seorang rakan blogger saya,walaupun duduk di kota london,ttp menggunakan bahasa melayu semasa berkomunikasi dgn anaknya..malah ade melayu yg tak sedar diri yg duduk dikota london,menegurnya " u ckp melayu dgn anak u?"..eee geram plak saye..salahke ajar anak2 berkomunikasi dlm bhs kebangsaan sendiri...dasar mat salih celup!..klu tak keberatan saudara mazidul boleh ke link http://melayuberangan.blogspot.com/..

    BalasPadam
  3. Aizen, isu mungkin lapok tetapi kekadang harus terus diperingatkan.

    Saya mula mengenali komputer pada tahun 1988 selepas SPM. Cakera liut, perisian, perkakasan antara terma teknikal diguna. Bagi saya, ok sekiranya menggunakan bahasa Inggeris andai menjadi masalah dari aspek kefahaman. Namun, jika menulis dalam bahasa kebangsaan dikatakan janggal, itu saya tidak faham.

    Nyyza, saya sudah melawat blog terbabit, Terima kasih.

    BalasPadam
  4. yarh2~
    ini satu hal...

    lagi satu yang pegi luar negara pastu konon2 jadik mindfreak pk pasal demokrasi n freedom endlessly.

    -i hate this typo sampah...
    they'll surely said this in their frekin mind
    "aku dok overseas, aku tau la"

    -ceh poyo...
    padahal hari2 makan belacan kat malaysia.LOL~

    BalasPadam
  5. Salam Bro Mazidul,

    Saya ucapkan terima kasih kerana masih sudi masukkan isu memartabatkan bahasa kita. Memang akhir-akhir ini, tak ramai yang suka mempertahankan bahasa kebangsaan.

    Saya ingatkan, mula-mula mengenali Bro Mazidul, seorang yang lupa jati diri.

    Tapi saya tersilap.

    Bersama kita pertahankan bahasa kita. Menteri-menteri bukan Melayu pun patut banyak beri sidang akhbar dalam bahasa kebangsaan.

    BalasPadam
  6. Cikgu Brahim, raja diperkotak katikkan, Tanah Melayu sudah bertukar kepada Malaysia, justeru apa lagi kita ada?

    Biarpun digelar bahasa kebangsaan, hakikatnya, masih lagi bahasa Melayu.

    BalasPadam
  7. martabatkan bahasa kebangsaan, sokong hapuskan PPSMI (hehe lidah cikgu2 banyak tergeliat sebab kena ajar dalam bahasa inggeris)

    Actually PPSMI bagus, but not for core subjects, which means we should try light subjects first such as history, geography, moral. etc

    ramai pelajar yang masih tak dapat kuasai bidang technical dan matematik sebab mereka tidak faham bahasa inggeris itu sendiri apatah lagi untuk faham term2 yang ada didalamnya.

    BalasPadam
  8. Mazidul...
    ramai orang kita, bila duduk bandar besar sikit macam Johor Bahru, mereka mula hidup bebas dan lupa daratan. Ada yang duduk serumah lelaki perempuan, ada yang minum arak semahunya, ada yang jadi GRO kelab malam, malah ada yang jadi pelacur.

    Bila ditengok kad pengenalannya, rupayna dia orang kampung, baru tak berapa tahun di bandar ini. Malah kampungnya saya tahu, dah biasa pergi. Kat kampung itu bersepah tahi lembu dan kerbau melintas. Melayu macam ini tak sedar diri, perlulah kembali ke pangkal jalan.

    www.kadikluang.blogspot.com

    BalasPadam
  9. Agaknya nampak bodoh kot, kalau bercakap tak diselitkan sepatah dua perkataan Inggeris. Walaupun, adakalanya perkataan yang diselitkan itu langsung tak kena dengan ayat!

    BalasPadam
  10. Antara sikap lebih burger dari nasi.

    berbangga dengan bahasa luar, memang tak wajar.
    Siapa lagi yang nak marbatkan bahasa Kebangsaan jika bukan Bangsanya..


    nota: penoreh getah (veteren)di Kelantan kekadang lebih tersasul menggunakan perkataan ; kesan penjajah:

    Book untuk buku
    cegerig untuk rokok
    Post Office untuk pejabat Pos
    Merket untuk pasar

    BalasPadam
  11. YB Siber Mazidul,
    Bila memperkatakan kebobrokan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat di Malaysia sekarang, masyarakat seharusnya meneliti beberapa aspek. Antaranya :
    1. kedudukan bahasa Melayu dalam perlembagaan
    2. Penguatkuasaan bahasa mengikut aktanya.

    Selagi perkara itu tidak diangkat martabatnya , maka lahirlah generasi bangsa yang memperlekehkan bahasa sendiri.

    BalasPadam
  12. Sastera Melayu la yang paling indah sekali. Mengalahkan kesusasteraan Inggeris. Saya dari kecil lagi suka tulis puisi dan cerpen. Bila puisi dan cerpen saya keluar majalah, rasa gembira sangat sampai semua kawan-kawan saya paksa beli majalah tu.

    Masa sekolah menengah dulu ketika mewakili sekolah dalam pertandingan Sajak / Syair / Pidato peringkat Daerah, saya mula rasa diri saya kerdil sangat. Betapa luasnya dunia sastera melayu dan saya cuma baru bertatih di peringkat permulaan.

    Tapi mentaliti orang Malaysia susah nak ubah. Contoh paling mudah pergilah mana-mana kaunter di jabatan kerajaan, klinik, hospital, buat panggilan di mana-mana pusat khidmat pelanggan, orang Melayu yang cakap Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di layan berbeza sama sekali. Double Standard. Saya dah cuba. Kalau tak percaya, cuba sendiri.

    BalasPadam
  13. menyampah betul dengan orang mcm ni..baru je duduk 2 or 3 tahun..kalo belasan tahun tak tau lah..bagi saya tu semua alasan semata. kononnya lidah tergeliat..

    Cuba kalo digeletek, mesti melatah "Oh mak ko" , hehehe

    BalasPadam
  14. Ajahare, nanti lekat pula gelaran YB Siber :)

    Usah hairan jika kini, pelajar sekolah meraih markah 98% untuk bahasa Inggeris dan 68% untuk kertas bahasa Malaysia. Malah, ada gagal kefahaman bahasa ibunda sendiri.

    VIC, saya InsyaAllah boleh menulis dan bertutur dalam kedua bahasa.

    Dahulu saya menetap di Amerika Syarikat, saya belajar bahasa Inggeris. Justeru, saya berharap warga asing menetap di negara kita harus belajar bahasa kebangsaan kita. Apa pandangan awak?

    Kak Cik, kalau sudah bodoh, guna bahasa apa sekalipun, tetap bodoh juga :)

    Ustaz Khalil, saya tengok ramai anak muda kita, lelaki dan perempuan, bila mabuk, merepek masih dalam bahasa Melayu :)

    Ros, sepatutnya begitu. Gunakan bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran subjek lebih mudah terlebih dahulu. Kekadang anak Melayu pandai Matematik (jika faham soalan) tetapi markah menurun kerana keliru akibat bahasa. Justeru, di manakah gahnya pengajaan subjek penting itu jika objektif sebenar tidak tercapai?

    BalasPadam
  15. Bahasa jiwa bangsa.
    Ikut hati mati, ikut rasa binasa.

    Arus kemodenan dipersalahkan-sedangkan diri sendirilah yg tenggelam punca.

    Saya cadangkan TV3 sediakan sebuah rancangan pada hari Sabtu - Jemput Guru yg berkelayakan mengajar Bahasa Kebangsaan bermula dgn yg asas.
    Kurangkan 1 sahaja rancangan kartun yg bertali arus tu (semuanya dlm Bahasa Inggeris!)& gantikannya dgn rancangan belajar Bahasa Kebangsaan. Jam 3 rasanya sesuai kerana Ibu & Bapa yg kerja separuh hari pun dah sampai ke rumah - Boleh mengadap TV & belajar/mengajar bersama2 dgn anak2.
    Harap sangat dipertimbangkan...

    BalasPadam
  16. Terima Kasih En. Mazidul.

    Akan saya usulkan kepada pihak TV3, InsyaAllah.

    BalasPadam
  17. Mungkin yg lupa daratan tu duk ingat peribahasa di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. if duduk kat US, so kena cakap slang US. duduk kekat London, kena cakap slang London... tp kalau duduk kat Narathiwat, takkan dia nak cakap kelantan dialek siam kotttt... saya nak kongsi cerita.10thn lps masa belajar, saya ada ke rumah kawan di kota bharu. ibunya berniaga kecil-kecilan macam air batu, keropok lekor, dsb di belakang sk zainab. kebetulan, ada sekumpulan kanak-kanak yg naik basikal berhenti dpn kedai. ramai2 tu, saya terpandang anak mat saleh. betul2 muka mat saleh. rambut perang, kulit merah dek kena panas matahari petang, mata biru ke hijau saya tak ingat dah... yg pasti, bukan mata hitam, dalam umo 9 @ 10 thn, dengan berpeluh2 masuk ke kedai nak beli air... saya ralit perhatikan dia. paling terkejut bila keluar ayat dari mulut dia, "mokcik, nok air jagung so, nok goreng pise serial" (air jagung 1, goreng pisang seringit)heh... saya tergelak sorang2.bayangkan muka pure mat saleh, cakap pekat kelantan. slps kanak2 tersebut beredar, saya bertanyakan ibu kawan saya pasal budak tu. dia cakap, baru setahun balik kelantan dari new zealand. bapak org putih new zealand .mak melayu n memang mak dia cakap kelantan dgn anak2 dia. kakak dia yg sekolah menengah pun cakap pekat kelantan. nak pendekkan crita, semua ni atas ego masing2. if perasaan tak sedar diri tu tinggi, cakapla apa punnn... dia akan pertahan kan idealogi dia jugak..

    BalasPadam
  18. Selalunya keluarga urban yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium di rumah, memang akan timbul masalah "Ada segelintir daripada kita akibat terlalu kerap berbahasa Inggeris sehingga kekok menulis di dalam bahasa kebangsaan."

    Memang kita tak boleh nafikan bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu. Dan rata-rata dalam sektor swasta, medium yang digunakan adalah bahasa Inggeris. Majikan saya, pada setiap majlis keramaian rasmi samada tempatan atau global - doa akan dibaca dahulu, dan doa tersebut dibaca dalam bahasa Inggeris.

    Tapiiii.. macam yang saudara Mazidul cakaplah, kena pandai seimbangkan. Ada juga kawan saya berasal dari Kelantan, kalau bercakap menggunakan bahasa ibunda, dialek Kelate nya pekat sungguh. Tapi bila dia berbahasa Inggeris, sangat fasih siap dengan slang British!

    BalasPadam
  19. Bahasa Melayu telah dituturkan sejak kira-kira 2500 tahun Sebelum Masehi lagi.

    Kehancuran bahasa Melayu boleh terjadi jika penggunaan bahasa rojak, bahasa slanga, cit cat, ringkasan tanpa sebab dan kesalahan ejaan.

    Taburan novel di pasaran sering saya terbaca penggunaan bahasa rojak yang amat memualkan. Seperti suami isteri yang membahasakan diri I & You. Jika pun Melayu kita telah moden janganlah sampai dibukukan atau menjadi bahan sastera yag dijual di pasaran.

    Begitu juga kita merumitkan keadaan Bahasa Melayu jika asyik mencedok Bahasa Asing di mana Bahasa Melayu itu sendiri telah ada perkataan tersebut. Belanjawan Bajet, situasi keadaan, kondisi keadaan... banyak lagi. Ini harus dikawal takutnya nanti martabat bahasa kita dipersoalkan.

    Lebih baik kita ambil bahasa Jawa, Minang, Sunda, Dayak dan lain-lain kaum di rumpun Melayu daripada bangga bahasa orang barat yang menjajah serta memperkotak-katikkan kaum kita.

    Jika Bahasa Jepun mereka mengasingkan bahasa asing ini dengan menulisnya dalam tulisan Katakana. Sebaiknya kita boleh mencondongkan (Italic) tulisan bahasa asing yang diMelayukan ini.

    BalasPadam
  20. Betul tu bro Mazidul,
    Kalau kita boleh belajar bahasa mereka, mereka pun sepatutnya boleh belajar bahasa kita.

    Cuba kita cakap bahasa Inggeris di negara France. Orang Perancis pasti buat tak tahu aje. Pada mereka, mereka rasa bahasa mereka paling seksi di dunia dan bila kita pijak kaki negara mereka, mereka mahu kita gunakan bahasa mereka, sebab mereka lebih bangga dengan bahasa mereka sendiri berbanding bahasa Inggeris. Patutnya kita pun mesti ada rasa bangga dengan bahasa sendiri macam orang Perancis juga. Bahasa kita lebih seksi apa!

    p/s: bos jepun saya pun pandai cakap melayu walaupun merangkak2.

    BalasPadam
  21. betul en mazidul..anak bujang combi BI dapat A tp BM aduhaiii mmg selalu kena bebel dgn combi :(

    dia suke BI sbb selalu main game online so kengkawan online dia ramai dari oversea :)

    risau ni sbb SPM dah dekat..

    BalasPadam
  22. Kadang-kadang menyampah bila tengok ada segelintir pemimpin yang keluar kat tv tidak menggunakan bahasa Melayu ketika berbicara walhal duduk di dalam negara sendiri...

    BalasPadam
  23. Betul ke ada yang menyatakan graf pemarkahan untuk peperiksaan besar spt UPSR, PMR dan SPM direndahkan untuk menjadikan bilangan pelajar yang cemerlang dan lulus subjek diajar dalam bahasa inggeris kekal atau meningkat?

    (khabar angin)

    BalasPadam
  24. Dude, serious ni. Sungguh serious. Not about your entry. Nothing about it. But profile picture of kelopak@gmail tu sungguh mengujakan. hahaha. Serious ni.

    lols

    BalasPadam
  25. kebanyakkanya rakyat @ masyarakat kita ini sngat bangga dengan 'speaking londonnya'. Bro pun boleh 'speaking' juga. tapi sentiasa menggunakan bahasa melayu apabila berkomunikasi. Tabik springgggg kat Bro.

    BalasPadam
  26. sesetengah rakyat di negara lain lebih membanggakan bahasa ibunda mereka dari bahasa inggeris.. pikir-pikirkan lah..

    BalasPadam
  27. Salam BRO MAZ...

    saya risau anak saya lebih suka English daripada bahasa Malaysia.. wuaaaa...

    BalasPadam
  28. Salam Mazidul,

    Saya sokong pengunaan BM – Bahasa Jiwa Bangsa … saya sendiri menyaksikan Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan pada tahun 1963

    Saya sokong jika dikatakan Perancis. Jerman, Korea atau Jepun tak ketinggalan w/pun tak guna BI dan Hadiah Nobel Fizik tahun 2008 ialah 3 orang ahli sains Jepun yang menghasilkan kajian dan karya mereka dalam bahasa Jepun.

    Mengapa? Negara-negara ada ilmuan saina; rakyat Jerman ada Albert Einsteins, orang Jepun ada Heidi Yukawas, Cina ada Tsung Dao Lees yang menyumbang asas-asas pengetahuan saintifik yang global.

    "Pragmatism" lebih penting dari nostalgia dan emosi kenangan. Masakan Ilmuan barat sanggup belajar bahasa Arab dan Latin untuk mempelajari ilmu-ilmu, sebagaimana begitu jualah Ilmuan arab belajar bahasa Yunani untuk memahami ajaran ilmuan Greek.

    Pada pendapat saya, BI masih lagi bahasa ilmu, terutamanya dalam bidang teknologi dan sains. Tidak ada bezanya, sekiranya kita mahu mendalami Agama Islam, kita mesti faham bahasa Arab terlebih dahulu, kerana ia bahasa Al-Quran.

    Boleh ke kita jadi mufti kalau belajar agama dalam bahasa Melayu & dari guru Melayu semata-mata?"

    Jika kita berkuniung ke kedai-kedai buku kurang buku ilmiah dalam BM kecuali buku-buku cinta yang berlambak-lambak.

    Saya amat-amat berbangga mereka yang mengunakan BM sebagai perantaran komunikasi;sekurang-kurangnya membantu memurtabatkan BM.

    Untuk itu pembudayaan bahasa harus nyata. Pandai meniru tetapi tidak menuras .
    ….“Lorong Touch ‘n Go”

    BalasPadam
  29. Izad, saya tertarik dengan satu daripada persoalan saudara timbulkan, "Boleh ke kita jadi mufti kalau belajar agama dalam bahasa Melayu & dari guru Melayu semata-mata?"

    Bahsa apapun, siapapun guru mereka, mufti terbabit kemudiannya menggunakan Bahasa Melayu (di Malaysia) untuk berkongsi ilmu diraih, bukan begitu?

    Maksudnya, mufti masih berkomunikasi dalam bahasa tempatan. Bekas mufti, Dr. Asri menulis blog beliau dalam bahasa Malaysia, bukan Arab.

    Ertinya, biarlah kita bijak menyesuaikan diri dalam penggunaan bahasa bersesuaian. Jika di negara luar, saya juga bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris.

    BalasPadam
  30. Bro Mazudul jangan lupa, ada satu lagi yang kita ada Keretapi Tanah Melayu :)

    Sebenarnya dalam mertabatkan bahasa melayu ada antara kita yang keliru.

    Ada antara kita yang menentang pembelajaran bahasa inggeris dalam mata pelajaran tertentu, kerana beranggapan kononnya ianya seperti mengenepikan dan tidak mengagungkan bahasa Melayu.

    AM beranggapan, pembelajaran dan penggunaan adalah dua perkara yang berbeza dan mempunyai kepentingan yang berbeza.

    Tidak mempelajar bahasa inggeris bukan bermaksud kita sudah mengagungkan bahasa Melayu.

    Sebaliknya mengagungkan bahasa Melayu ialah dengan cara menggunakannya sebagai bahasa harian dan menggunakannya dengan betul. Bukan bahasa rojak. Berapa ramai antara kita yang mampu melakukannya?

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  31. Assalamualaikum.
    Saudara Mazidul yang saya hormati. Syukur alhamdulillah saya keluar dari Universiti Malaya dengan memegang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu(Pengkususan Bahasa Melayu). Sedar atau tidak fakulti dimana saya belajar(Akademi Pengajian Melayu) satu-satunya fakulti yang dibenar mengajar/belajar menggunakan bahasa Melayu seluruhnya secara rasmi. Malukah saya bergelar graduan bahasa Melayu? Tidak sama sekali, bahkan saya berbangga saya antara ratusan anak muda berbangsa Melayu yang tegar menelusuri budaya sendiri! Hidup maju tanpa budaya, kamu siapa?
    Ketika di Beijing Foreign Studies University(BFSU), saya agak malu apabila pelajar China di sana menggunakan bahasa Melayu yang lebih tersusun berbanding segelintir rakan saya di bumi bertuah ini. Sahabat semua, malulah dengan diri anda sendiri.Dalam sibuk bangsa lain belajar tentang budaya kita, kita sendiri ingin menjadi batu nisan kematian bahasa kita. Dengarlah kata Sasterawan negara kita;

    "Seribu bahasa kita bicara, manakan sama bahasa bonda"

    "Anak Melayu namamu diseru, sahutlah sebelum lidahmu jadi bisu"!

    Assalamualaikum

    BalasPadam
  32. Yus, terima kasih di atas komen dilontarkan.

    Paling pasti saya orang Melayu dan berasa bangga dengan bahasa ibunda saya. Biarlah apa orang lain kata.

    Kongsikanlah ilmu anda di sini.

    BalasPadam
  33. hamba turut merasa Bahasa Melayu tidak penting seperti English.
    wait.arakian tu ape?guna hatta lah.
    hatta hamba merasa terpedaya dengan guru-guru English hamba.
    yang menyatakan English is more way important than Bahasa.

    haiya~siapa yang harus bertanggungjawab sebenarnya?

    BalasPadam
  34. salam,
    berckp soal bahasa...
    hati rasa sakit bila ada sesetengah masyarakat kita terlalu bangga dgn bhs asing...sehingga memandang jijik dgn bahasa kebangsaan kita...

    seorg rakan sekerja,berbangsa India,
    begitu bangga menghina bahasa kita...menghina pemimpin negara kononnya tdk fasih berbahasa asing...menghina betapa rendahnya martabat org yg menggunakan bhs kebangsaan...

    sedih dgn situasi begini
    kenapa bahasa kebangsaan perlu diperlekehkan?
    tdkkah kita bangga dgn ada bahasa sendiri...?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.