Artis, Sasabila Yunan, 15 tahun, disahkan mengandung beberapa minggu selepas dinikahkan imam kampung, Haji Makmur, dengan Hafiz di Kampung Bala Bali, Lombok Tengah, Indonesia.
Berita itu dilaporkan Harian Metro hari ini.
Sasabila atau Bella dilaporkan tidak banyak bercakap dan terkejut sewaktu ditemui wakil Perhimpunan Indonesia Untuk Buruh Migran Berdaulat, Migrant Care, Alex Ong. Pelajar tingkatan 3 Sekolah Menegah Kebangsaan Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur itu pernah berlakon dalam drama Gerak Khas, Renjis, Ke Syurga Cinta dan iklan Ribena.
Sebelum ini 50 gadis Malaysia dilapor dilarikan atau lebih tepat, mengikut lelaki Lombok pulang ke kampung. Sebahagian mereka berjaya dipujuk untuk kembali ke tanah air setelah melalui pengalaman jerih terpaksa membanting tulang melakukan kerja berat untuk menampung kehidupan.
Setakat ini, Bella, gadis kedua negara ini dilaporkan mengandung anak warga Lombok. Kes sebelum ini, anak Nurul Wahida Hamzah, 20 tahun, dengan suaminya M. Yusup, 40 an, sakit dan meninggal dunia akibat kekurangan wang untuk mendapatkan rawatan di Dusun Menceh, Desa Gelanggang, Lombok Timur.
Rupanya, tren mengikut dan berkahwin dengan lelaki Lombok lebih kurang sama dengan kegilaan masyarakat kita menyertai skim cepat kaya biarpun berbeza dari segi bilangannya.
Mereka semua ditabur dengan janji manis menyakinkan. Menyedari tertipu, baharulah menyesal.
Berita itu dilaporkan Harian Metro hari ini.
Sasabila atau Bella dilaporkan tidak banyak bercakap dan terkejut sewaktu ditemui wakil Perhimpunan Indonesia Untuk Buruh Migran Berdaulat, Migrant Care, Alex Ong. Pelajar tingkatan 3 Sekolah Menegah Kebangsaan Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur itu pernah berlakon dalam drama Gerak Khas, Renjis, Ke Syurga Cinta dan iklan Ribena.
Sebelum ini 50 gadis Malaysia dilapor dilarikan atau lebih tepat, mengikut lelaki Lombok pulang ke kampung. Sebahagian mereka berjaya dipujuk untuk kembali ke tanah air setelah melalui pengalaman jerih terpaksa membanting tulang melakukan kerja berat untuk menampung kehidupan.
Setakat ini, Bella, gadis kedua negara ini dilaporkan mengandung anak warga Lombok. Kes sebelum ini, anak Nurul Wahida Hamzah, 20 tahun, dengan suaminya M. Yusup, 40 an, sakit dan meninggal dunia akibat kekurangan wang untuk mendapatkan rawatan di Dusun Menceh, Desa Gelanggang, Lombok Timur.
Rupanya, tren mengikut dan berkahwin dengan lelaki Lombok lebih kurang sama dengan kegilaan masyarakat kita menyertai skim cepat kaya biarpun berbeza dari segi bilangannya.
Mereka semua ditabur dengan janji manis menyakinkan. Menyedari tertipu, baharulah menyesal.
Kepada ibu bapa mempunyai anak gadis, jika ingin mengubahsuai rumah, pastikan pekerja binaan terbabit bukan lelaki Lombok. Mereka dilaporkan bijak memujuk dan mengintai peluang keemasan, bimbang, apabila rumah siap anak hilang sekali.
Nota InsyaAllah, 360 siaran 18 November 2009 akan memaparkan kisah 'Lambaian Lombok'
Nota Ketika ini keputusan perlawanan akhir Piala Malaysia, Negeri Sembilan melawan Kelantan 2-0. Saya tidak berkesempatan menonton sehinggan keakhir kerana ke Pahang menyertai operasi bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Jika Kelantan tewas, malang bertindih, banjir dan gagal menjuarai Piala Malaysia 2009.
kesian...bila besar lari.
BalasPadamApa ayat yer sehingga sanggup buang keluarga demi CINTA..
prevention is better than cure
BalasPadam-tu lah sebab saya benci tgk muka pendatang asing ni.
perlakuan warga Lombok yang melarikan gadis Malaysia rasanya macam tiada kesudahan....bila dah susah, mulalah rasa menyesal...lepas tu mula la menagih simpati meminta bantuan supaya dibawa pulang ke Malaysia...
BalasPadamwalaupun orang Lombok menganggap tindakan warga mereka melarikan gadis untuk dikahwini dianggap wira, tapi saya memandang jelek perlakuan tersebut...dan makin menyampah la saya dengan warga Indon...huh
Salam Mazidul,
BalasPadamWhen you really fall in love with someone, you don't see their faults. It's not that sensible.
You just want to be near them.
You don't want to be anywhere but right to them. It's fun for now.
Nothing else matters.
Marriage is not only an issue of love and cannot run on only love.
Values, decisions, children, goals, and finances play a big part in marriage as well.
But - a marriage also cannot work without love.
Saudara mazidul,
BalasPadamkenapa negara kita mudah untuk dimasuki oleh pendatang haram? Adakah kerana pintu sempadan kita terlalu rapuh. tapi bila orang semenanjung nak pergi sabah dan sarawak, siap ada slip kemasukan lagi.Dah macam masuk luar negara. Pelik.Harap ketajaman wartawan seperti saudara mazidul mampu mengejutkan mereka yang tertidur dalam menjalankan tugas. Lama kelamaan, kalau nak berperang, mereka tak perlu hantar tentera kerana mereka mampu menyerang dari dalam. Keadaan sekarang amat kritikal.
Budak muda sekarang nie terlalu TAKSUB dengan CINTA . lebih percaya dan sayang kepada orang luar/asing dari ahli keluarga sendiri.
BalasPadamIc....handsome sangat laki lombok 2???? bad taste .....
BalasPadammaybe laki lombok 2 buat jampi n pukau gadis 2 ....so everyone must becareful :)
Saya pernah menyertai banyak operasi membanteras kehadiran pendatang tanpa izin di Malaysia.
BalasPadamDi sempadan laut negara, pasukan Maritim, Marin dan tentera memantau. Di darat, Jabatan Imigresen, polis dan RELA menjalankan tugas mereka memeriksa status dokumen pendatang asing di negara kita.
Bagaimanapun, saya melihat jumlah warga asing bermaustautin di negara kita jauh berbeza berbanding bilangan anggota dan pegawai pihak berkuasa.
Jika dilihat, pasukan polis contohnya, selain memeriksa dokumen warga asing, mereka juga bertugas membanteras kegiatan jenayah 24 jam sehari.
Perlu diingat, majoriti pendatang asing datang ke Malaysia menggunakan dokumen sah, samada untuk melancong atau berkerja. Tamat tempoh, mereka enggan pulang. Pada masa sama, majikan pula mendiamkan kes ini kerana untung, mendapat bekalan buruh murah. Fikirkan berapa banyak kilang di Malaysia menggunakan buruh warga asing. Mampukah pihak berkuasa memeriksa setiap kilang terbabit dengan bilangan mereka terhad?
Peliklah sungguh anak dara ke mak dara malaysia ni..suka sangat kat orang sebarang laut..orang indonlah..orang bangla lah, orang afrika lah..ntah apa-apa lagi..
BalasPadamtengok bola piala malaysia la ni lagi baguih..
Ajahare, saya melihat kebanyakkan warga asing berkerja di Malaysia ini rajin mencari rezeki. Fakor pendorong, pendapatan di negara mereka kecil jika membuat kerja sama.
BalasPadamSikap rajin, rendah diri dan keupayaan mempengaruhi pemikiran anak gadis tempatan menggunakan kata-kata manis antara pemikat mereka untuk menarik perhatian gadis tempatan.
Barangkali.
Winter Gurl, kekacakan itu pandangan luaran sahaja. Apabila hati sudah terpikat, jiwa dan raga diserahkan.
BalasPadamItukan sikap kebanyakkan perempuan. Cuba Google bilangan anak luar nikah terkini, awak mesti akan terkejut melihat perangkaannya. Kelahiran anak terbabit bukan angkara lelaki asing. Jika ada, kecil bilangannya.
Sy pernah baca majalah MASTIKA tentang isu gadis Malaysia melarikan diri ke Lombok. Ada seorang Ustaz dari Lombok membuat statement bahawa tradisi daerah Lombok itu sendiri memang begitu. Bila seorang lelaki ingin mengahwini seseorang gadis, dia akan membawa lari gadis tersebut ke rumah keluarganya. (Tapi katanya, tidaklah tidur bersama). Di Lombok sekiranya perkara ni berlaku, keluarga gadis akan dapat mengagak bahawa dalam masa terdekat akan ada rombongan meminang datang ke rumah mereka untuk melamar anak perempuannya itu. Pada mereka perbuatan melarikan anak dara orang bukan satu kesalahan, sebaliknya satu tradisi budaya turun temurun dari Lombok. Entah betul entah tidak. Wallahualam. Tapi hal ini telah diperakui oleh ramai warga Lombok termasuk pekerja kontrak Lombok di Malaysia.
BalasPadamTapi pada saya, apa kena mengena tradisi atau budaya dia dengan kita? Kalau di Lombok mereka boleh buat begitu, tak bermakna di Malaysia juga mereka boleh sesuka hati buat begitu. Hormatilah tradisi dan budaya orang Melayu pulak yang penuh adab sopan. Bila kita mahu, kita meminta dengan baik, bukan culik, kidnap atau bawak lari.
Gadis Malaysia yang ikut hati ni pun bodoh. Kononnya:-
Nasi Lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan,
buang emak buang saudara,
kerana kasih aku turutkan.
Jawab si Lombok:-
Tanam pinang rapat-rapat,
biar senang puyuh berlari,
ku pinang2 tak dapat2,
ku pujuk2 ku bawa lari.
(skang baru ku tahu asal usul pantun ni. Pasti Bendera akan serang Malaysia lagi kerana menciplak pantun budaya mereka)
Salam BRO MAZ..
BalasPadamsaya kenal ramai warga asing yg bekerja di sini secara ikhlas. Maid bos saya sangat rajin sehingga boleh belajar apa yang ami buat di komputer, malah bila terdesak dia boleh handle keja2 pejabat.
Pekerja di foodcourt tempat saya, warga Myanmar yg sgt baik hati dan hormat pelanggan wpun sudah lebih 6 tahun di sini..
Mereka ini masih muda, belum pun 30 tahun..
Tetapi bulan lepas, semasa saya pergi ke rumah kakak saya d Parit Buntar, pekerja Indon yg buat ubahsuai rumah, selalu kacau saya, pandang semacam..Bila dirisik, rupanya WAK yg berumur 50-an itu memiliki ramai isteri dan ada ilmu ekor duyung..Wooooo...
Moral di sudut saya: bukan semua yg muda itu bodoh, dan bukan semua yg sudah tua lagi matang itu sangat bijak...
betul ker hanya kerana dipujuk2? Kdg2 terfikir gak, mungkin mereka guna jampi atau pukau, sebab bukan semua orang boleh cair dengan pujukan sahaja.
BalasPadamEn mazidul, nanti dalam 360, ada wartawan gi lombok ke hanya interview diaorang yang dah terkena tu aje?
Ros, kalau saya hantar wartawan ke Lombok, tersilap langkah, dia kahwin dengan lelaki atau perempuan sana pula. Huh!
BalasPadamApapun 360 akan berkongsi perkembangan kes artis ini dengan menghubungi wakil Migrant Care. Itu antara perancangan saya.
hehehe betul en maz, tak pasal2 plak TV3 hilang sorang staf, betul2, jgn hantar, susah malaysia nanti.
BalasPadamapa2 pun,insya Allah saya tunggu rabu dpn..
p/s saya masih berharap en mazidul kupas isu pelajar IPT yang terlanjur semasa belajar, apa punca dan apakah tindakan pihak IPT, pihak keluarga dan mereka sendiri. Bagaimana pula kisahnya dengan student lelaki yang terlanjur dengan student perempuan tu
Terdapat juga kes, bukan pergi Indon atau Thailand, tapi nikah kat negara kita. Kemudian dapat surat nikah Indon/ Thailand. Biasanya kes poligami atau pasangan yang dah terlanjur, mengandung luar nikah.
BalasPadamLepas tu jumpa Kadi untuk sahkan pernikahan tu. Tapi kalau jumpa saya, banyak soalan kena jawab dan benda kena jawab dulu, baru boleh sahkan. Ada pasangan yang mengaku nikah di negara kita dan dapat surat nikah sana. Kes ni terbongkar bila pasangan tu dah ada krisis suami isteri dan mohon cerai.
Sila lawat blog saya:
www.kadikluang.blogspot.com
bila nafsu menguasai akal.
BalasPadamhilang pertimbangan antara yg haram & yg halal.
"Kepada ibu bapa mempunyai anak gadis, jika ingin mengubahsuai rumah, pastikan pekerja binaan terbabit bukan lelaki Lombok. Mereka dilaporkan bijak memujuk dan mengintai peluang keemasan, bimbang, apabila rumah siap anak hilang sekali."
BalasPadamni namenye package bang.. duit dapat.. anak pun dapat. yang ibu bapa pula. rumah siap, menantu pun dapat silap-silap, dapat skali dengan cucu. so apa lagi boleh lah buat skali dengan majlis.
mungkin juga ibu bapa terlepas pandang pada anak-anak ni. mungkin lelaki malaysia yang 'baik' dah kurang kot. tu si gadis lebih terarah kepada warga asing, mat hitam lah, lombok lah. ala.. lombok pun lombok lah, janji ade yang sayang. hihihihi
Negeri Sembilan monang Piala Malaysia...
BalasPadamSalam bro Mazidul...
BalasPadam"50 gadis Malaysia dilapor dilarikan atau lebih tepat, mengikut lelaki Lombok pulang ke kampung."
Sesuai ke guna perkataan "dilarikan"?
saya rasa tak sesuai sebabnya kebanyakkan ke sana dengan rela hati setelah termakan pujuk rayu..
Lepas nih jgn sibuk-sibuk nak minta balik...
assalammualaikum en mazidul
BalasPadamsaya berpendapat...
anak remaja kita suka sangat berangan...
terpengaruh dengan cerita2 cinta terlarang dalam drama atau filem...
dan merasakan
hidup mereka seperti hero dan heroin filem yang cinta mereka terlarang...
kena ajak produser filem/drama buat cerita lain pulak
cerita kesusahan hidup di lombok pulak
Takut saya baca citer ni sbb saya punya anak perempuan meningkat remaja.Kena pantau selalu dgn sapa dia berkawan dan kena kenal dgn kwn2 dia.
BalasPadamBetul kata ustaz sbb kat sini ada isteri rakyat indon,suami org tempatan,nikah kat sini cuma depan imam dan ada dua saksi dah sah tapi surat nikah tak ada.Saya pun musykil jugak.Agaknya kalau JAIS dtg dah kena cekup.
Saya pun ada terbaca tradisi org Lombok ni,memang begitu macam yg Diana kata.
bro, minta tolong risik. gadis2 yang terjebak ni majoriti background akademik tahap apa?
BalasPadamsebab gua ada dengar yang lelaki lombok ni aim budak2 sekolah menengah.
asslammualikum,
BalasPadamsaya baru saja mengikuti blog hasil tulisan saudara dan saya amat tertarik dengan maklumat yang saudara sediakan..
tentang perkara gadis kita ikut warga lombok ke negaranya bukanlah satu isu yang luar biasa pada saya,kerana saya bekerja di syarikat perladangan yang mempunyai pelbagai warga asing yang bekerja..
kebanyakan wanita kita bukanlah tidak bijak dalam memilih pasangan..tetapi waraga indonesia itu sendiri yang tidak kenal malu dan putus asa,sehingga wanita kita gugur di pangkuan mereka..
apa yang penting adalah ibu bapa yang harus memantau pergerakan anak2 dan mengenal pasti siapa rakan mereka..kerana diwaktu sekarang kebanyakan ibu bapa sendiri sambil lewa dalam mendidik dan memantau anak2..
diharap saudara mazidul menerusakan usaha saudara dalam menyedarkan kami rakyat malaysia...
sekian terima kasih..
Entah apa istimewanya lelaki lombok..setakat ayat manis je..hurm..lelaki malaysia pun ade
BalasPadamyang ayat manis jugak..entahla..tak berani saya nk komen lebih..mohon dijauhkan je la.
salam...
BalasPadamkadang2 saya sendiri takut biler membaca artikel yang mcm ni....berkahwin dan meninggalkan keluarga demi cinta....doa saya pada tuhan agar saya tak melakukannya....
namun semuanya berbalik pada takdir dan jodoh jugak rasanya....cuma kita diberi akal untuk menilai..dan agama sebagai pembimbing untuk membuat keputusan....
jadi fikirkanlah sedalam2nya seblum yang buruk lagi bertambah teruk......
Kepada abg mazidul semoga pendedahan 360 mampu memberi sedikit sebanyak keinsafan kepada semua..kerana kadang2 cinta buat kita jadi buta yang mana kaca dan yang mana permata.....
teruskan usaha.....n9 menang abg mazidul dan itu hadiah pertabalan buat Yang Dipertuan Besar N9 yang baru..org kelate jgn marah yer.....
Produk,
BalasPadambetul-betul, risik dulu baru buat lari..
Resminya kumbang akan datang mencuri madu bunga. Bunga pula mudah layu.
BalasPadamResminya bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.
Resminya keras-keras kerak nasi lama-lama akan lembut bila ditabur janji.
Resminya lelaki yang gerladangan mana tahu jemu, tak dapat cara pujuk rayu secara halus pun jadi.
Resminya takkan mungkin sekali jumpa pujuk-pujuk terus bawa lari. Habis tu bila agaknya pasangan ini asyik berasmaradana sampai lautan sanggup direnangi. (Lombok itu kat mana?)
Maka itu saya sering berkata jangan samakan anak muda kita dengan pendatang haram, yang merempit tak seramai mana. Yang malas tak seramai mana. Yang pujuk janji anak tempatan mana ada tempat nak lari.
Jangan katakan mereka pendatang haram ini rajin amat, mereka terdesak sebenarnya. Malahan mereka datang bukan dengan tangan kosong. Tak mustahil mereka belajar segala Ilmu Pemanis, Penunduk & Guna-guna segala tu!. Selebihnya memang mereka pandai memujuk rayu. Hati anak dara kita mudah amat dicairkan.
Kita yang kena selalu ingat-ingatkan anak kita. Maruah diri jika telah terkorban tak mungkin pulih semula. Lelaki tak luak apa-apa, perempuan jika sampai berbadan dua memang merana badan. Keluarga yang terconteng arang di muka, malunya sampai bila-bila. Pendatang Haram ini gembira sahaja. Malahan bangga lagi!.
Jika kita pun merantau ke negara orang dapat bawa anak dara yang bermaruah lawa lagi, mahunya tak bangga. Orang Indon boleh bernikah di mana-mana... mana ada macam kita. Nikah di Golok kena denda.
Baguslah, biarkan pendatang haram ini membanjiri negara kita. Biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan! biarkan!.
Tiap tahun semua staf kerajaan minta bonus termasuk mereka yang bertanggungjawab tentang pendatang haram ini. Jika dipersoalkan tanggungjawab ramai yang naik murka! tapi sedar-sedarlah jika nak imbuhan lebih kerja pun kena lebih!... selamatkah kita jika terusan dibanjiri pendatang haram ini. Aduhai!.
salam bro.. just nak bro usha video ni dan bawak ia ketengah.. seseorang harus bertanggungjawab..
BalasPadamhttp://www.youtube.com/watch?v=pQVdGmhV9Ow
harap tindakan dari pihak saudara..
salam, mungkin betul juge orang lombok ni aim kat budak sekolah menengah. Tgk sahaja artis, sasabila ni, baru berumur 15 tahun. Tgh mekar, badan tgh naik, tapi akal masih cetek - fizikal matang cuma akal sahaja belum. Masa ni diaorang cuma fikirkan keseronokan dan mahu mencuba something new. Akal yang singkat tak mungkin dapat membezakan baik dan buruk dan tak mungkin akan fikirkan risiko yang terjadi selepas ini. Mereka juga mungkin tidak fikirkan kesusahan yang bakal keluarga mereka alami dengan apa yang mereka buat
BalasPadammazidul,i dont know if u happened to see this,bt anyway,this retarded st augustines btard are frickin insulting islam!!
BalasPadamhttp://www.youtube.com/watch?v=pQVdGmhV9Ow
1. AM dapat tahu, ramai pasangan Indonesia yang menjual anak mereka kepada orang lain kerana tidak mampu membiayai perbelanjaan untuk membesarkan anak. Mereka hanya hendakkan 'kesedapan' bukan kesulitan menjaga anak. Kenyataan 'anak meninggal dunia' biasanya hanya direka untuk menutup malu.
BalasPadam2. Mungkin kerana wanita ada sembilan nafsu berbanding satu akal, membuatkan wanita kerap layu dengan godaan nafsu mereka sendiri. Mereka mungkin agak malu untuk terhegeh-hegeh dengan lelaki tempatan, takut dianggap gatal atau gedik, jadi layan je lah lelaki bangla atau indon. Agaknya la...:)
www.anak2merdeka.blogspot.com
Adakah warga Lombok ini memiliki wajah yang sungguh tampan??? hmm.. adakah warga Lombok ini memiliki 'ayat' yang benar-benar 'power'?????
BalasPadamaku rasa ini bukan masalah cinta buta...
BalasPadammasakan budak sekolah muda muda mcm nie boleh jatuh cinta dgn org indon ...
semua ini ANGKARA ILMU HITAM...
sedarlah org INDON memang banyak ILMU HITAM... kalau tak percaya lihat TV INDON mengenai KASUS SIDIK...
ini ditambah lagi dengan keadaan org melayu sendiri yang SUKA BERZINA maka ilmu hitam itu cepat menjadi...
bentenglah diri kamau semua dengan KALIMAH LAILAH HA ILLALLAH...
AMALKAN MEMBACA AYAT KURSI 9 KALI BERHENTI...
AMALKAN SELAWAT NABI ALLAH NUH
3 KALI
AMALKAN SELAWAT NABI ALLAH SULAIMAN 3 KALI
SEHARI
INSYA ALLAH.... selain itu IMAN harus ditingkatkan..
MASAKAN ALLAH mahu membantu sekiranya kita membaca AYAT-AYATNYA sedangkan kita masih lagi BERZINA, MINUM ARAK dsb..
Terlalu mudah gadis di Malaysia ini mengikut warga asing.Mungkin krn tiada kesedaran yang diketengahkan kpd masyarakat. Harap pihak2 tertentu termasuk kerajaan mengadakan program kesedaran supaya anak-anak muda terutama golongan gadis remaja tidak mudah mendengar pujukan dan rayuan warga asing. Perkara ini boleh menyusahkan ibu dan bapa dan keluarga seterusnya membimbangkan masyarakat setempat. Penghayatan akhlak yang baik perlu dipupuk oleh anak-anak.
BalasPadam