Pembaca dihormati.
Saya tidak pernah bertemu Elis Syuhaila Mokhtar tetapi secara konsisten mengikuti perkembangan kisah duka didepani ibu berusia 34 tahun terbabit.
10 November lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor, melalui keputusan Hakim Syarie, Abu Zaky Mohammad memberikan hak penjagaan kekal Ferris Mokhtar Van de Van, 5 tahun, kepada Elis.
Sebagai ibu, Elis sepatutnya menyambut gembira keputusan mahkamah kerana itu bermakna dia berpeluang mencium, memeluk dan membelai penuh kasih sayang anak kecil comelnya.
Sebaliknya dia menangis teresak-esak sebaik keluar dari mahkamah.

Airmata Elis bagai tidak pernah kering. Sepanjang rakaman temubual bersama wartawan 360, Norasliza Norashikin Mohd Yusof, sebelum Hari Raya Aidilfitri lalu, airmata jernih bergenang di kelopak mata menjadi penemannya.
“Memang baju dah beli sebab manalah tahu kan, Allah maha kaya. Harapan kalau boleh sebelum hari raya hendak sangat jumpa Ferris. Bukan sebab hendak hari raya. Memang hendak jumpa Ferris. Rindu dia punya bau, dia punya pipi, nak peluk,” luahnya.
Sehingga kini, itu semua itu hanya sekadar impian, Elis tetap terus menangis kerana anak kesayangannya, Ferris, tiada di sisi.
Rekod Jabatan Imigresen Malaysia mengesahkan suami Elis, warga Belanda, Firdaus@Frank Theodorus Van De Ven melarikan Ferris ke luar negara melalui Rantau Panjang, Kelantan, pada 3 Mac 2009. Dalam sedu, Elis berasa pelik berhubung kaedah Ferris diseludup keluar negara kerana pasport antarabangsa anak kecil itu masih berada di tangannya. Hanya Jabatan Imigresen mampu menghuraikan kes itu.
Saya percaya, sedang ibu lain nyenyak tidur malam, tidak Elis. Saat ini dia sedang derita dan berusaha bermati-matian untuk mengembalikan Ferris kepangkuannya. Berikut antara catatan emel dihantar Elis kepada saya malam tadi.
“I am missing him for every fraction seconds. I am desperately need help to bring Ferris back to Malaysia. We have police, immigration, Wisma Putra and Interpol to protect Ferris so not to be taken away by his father if he intends to take Ferris away from Malaysia. That was what a judge has promised me on February 3, 2009, the day I have let Frank had Ferris for a week. I trust Malaysian law, I trust my country for my son’s life. Now Ferris is gone. No one cares about it”
Elis kini cuba mendapatkan sokongan moral warga prihatin dari Malaysia dan dunia melalui Facebook, Elis Mokhtar, group ‘Bring back Ferris to Malaysia’.
“I can move on and get more children as many as I want but Ferris has only one mother and his mother is me. My longing to hug and kiss my son is getting extremely distressed. Ferris is my heart , my soul, my everything,” catatnya lagi.
Kepada pembaca budiman, hulurkan sokongan anda kepada Elis melalui Facebook dan sebarkan catatan ini. Buktikan kepada Elis, pengorbanan dan usaha gigihnya untuk kembali disatukan bersama Ferris bukan sia-sia.
Terima kasih.

Cerita ini mengingatkan saya kepada kes Natrah, gadis yang dipaksa murtad dan dibawa ke Belanda tahun 1950.
BalasPadamNatrah dibesarkan oleh ibu angkatnya, Che Minah di kemaman Terengganu, tetapi Mahkamah Singarupa menyerahkan Natrah kepada bapanya semula.
Amat mendukacitakan kalau orang kita sekarang berhasrat untuk murtad seperti kes Lina Joy yang berusaha untuk keluar Islam. Begitu juga yang terlibat dalam maksiat seperti zina dan judi.
Petang tadi, saya baru selesai operasi tangkap orang judi. Ada gambar dalam blog saya..
www.kadikluang.blogspot.com
Salam Bro MAz..
BalasPadamBegitulah bila orang dewasa tidak sefahaman, yg menjadi mangsa adalah anak kecil yang tidak mengerti apa-apa..
Seorang ibu yang berduka..seorang ayah yang sanggup melanggar undang-undang mengambil risiko.. semuanya kerana sebab yang sama > KASIH SAYANG terhadap anak, cuma cara begitu bercanggah sekali..
ELLIS yang lemah, hanya anak menjadi semangat jiwanya. Saya tumpang simpati dan amat berharap pihak-pihak tertentu SEGERA menangani masalah ini agar tidak timbul soal TIDAK PERCAYA lagi pada undang-undang negara sendiri...
Semoga segalanya akan kembali dengan baik, masalah dapat diselesaikan secara matang..
*Saya ada anak lebih ramai dari dia pun tidak sanggup berpisah... apalagi ELLIS yang hanya ada anak itulah seorang....
Kasihnya ibu sampai ke syurga..lirik lagu tersebut begitu signifikan dengan cerita Elis Mokhtar ni..
BalasPadamYB Siber Mazidul kena tolong lebih sikit, bab-bab macam ni..
Elis,
BalasPadamwe will always support you. Be strong and don't give up.
p/s: Teka-teki, apakah pengajaran yang kita dapat dari cerita ni? Sapa pandai jawab, sy belanja roti canai.
Dalam soal ini, kita hanya mampu memberikan sokongan kepada Elis, tapi dari segi perundangan, hanya pihak berkuasa yang mampu dan boleh membantu Elis.
BalasPadamAlangkan saya berjauhan dengan anak saya hanya 8 minggu (atas urusan kerja), saya rasa macam hampir gila saban malam memeluk bajunya, inikan pulak berada dalam situasi Elis.
Saya rasa Elis ada hak untuk mendapatkan jawapan macam mana bekas suaminya dan anaknya boleh terlepas di checkpoint Imigresen Rantau Panjang.
P/S: Teringat saya kisah Raja Bahrin beberapa tahun dulu. Mampukah Elis berbuat begitu?
kasih ibu, pengorbanannya.
BalasPadamBoleh belajar cara2 menyuludup ..
Apa jawapan pihak berkuasa bila terlepas?? adakah berdiam, terlepas adaah satu kesilapan kecuaian.
Dalam keluarga kecuaian mesti kena denda kan?
jika individu yangbuat silap tak didenda akan buat lagi.
masa keluar siapa bertugas siapa cop ..sesi bertugas?? banyak persoalan itu.
Nota: Sahabat KLFM (temuramah)yang glamuor kacak dlm 360 malam tadi heee.
Salam, sy tak de facebook, insya Allah usaha cara lain
BalasPadamsimpati pada elis..
BalasPadamtersentuh dengan kata-kata beliau..
“I can move on and get more children as many as I want but Ferris has only one mother and his mother is me”
Kita pernah gembira mendengar cerita yang serupa, yang dilakukan oleh Raja Baharin untuk membawa lari anak-anak mereka dari jagaan bekas isterinya di Australia ke Malaysia, belasan tahun dahulu.
BalasPadamMungkin cara itu juga yang digunakan ayah Faris untuk melarikan anaknya dari Malaysia.
AM rasa rintihan seorang ibu melangkawi batas agama dan bangsa. Isteri raja Baharin juga sengsara dan menderita ketika kehilangan dua anak kesayangannya.
AM tak mahu komen dari sudut perundangan atau nak menyalahkan pegawai-pegawai yang menjaga pintu keluar negara. Mungkin ada unsur rasuah (mungkin)
Apa yang AM nak komen ialah, cara kita mengawal nafsu dan berfikir sebelum melakukan sesuatu. Bukan hendak menambahkan lagi derita Elli, tetapi pernahkah dia berfikir panjang sebelum berkahwin dengan warga asing?
Bro Mazidul pernah tulis tentang warga asing beberapa kali, di bawah tajuk yang berlainan. Berapa banyak kita dapat pengajaran dari tulisan itu?
Beberapa bulan yang lalu, seorang ibu muda terpaksa menempuh ranjau dan duri berseorangan untuk mendapatkan semula anaknya yang dilarikan oleh suaminya, warga Pakistan. Syukur, dia berjaya.
Elli mungkin tak mampu untuk pergi ke negara suaminya, yang sudah pasti menelan belanja yang lebih besar.
Tetapi Elli, kita dan semua orang sepatutnya mampu untuk berfikir, berwaspada dan berhati-hati sebelum melakukan sesuatu tindakan. Istimewa sangatkah bersuami atau beristerikan warga asing?
OK, anggap sahaja sudah jodoh. Tetapi kita mungkin boleh berusaha untuk memastikan perkahwinan itu dikekalkan (renungkan kembali nasib yang menimpa orang yang menghadapi masalah serupa).
Atau setidak-tidaknya, setelah berlaku penceraian, pastikan 'keselamatan' anak-anak diutamakan dari soal menjaga hati bekas pasangan yang ingin membawa keluar anak-anak. Kalau perlu, keluar sekali bersama pasangan yang hendak membawa anak keluar berjalan. Kenapa, tak boleh kah?
Apapun, kita harap ada pihak yang dapat membatu Elli mendapatkan semula anak comelnya itu. AM terbayangkan anak comel itu sedang dipimpin oleh ayahnya memasuki gereja. Nauzubillahiminzalik..
www.anak2merdeka.blogspot.com
ramai lagi orang ada masalah kenapa dia seorang mendapat pembelaan? dia yang gatal2 nak kahwin dengan 'laki import'...bukannya disuruh oleh kerajaan malaysia berkahwin dengan orang asing...
BalasPadamtaraf warganegara anaknya pun ada masalah....
pkrpasdap.blogspot.com
Abe Mie, saya tidak mahu melontarkan komen berhubung jodoh biarpun saya sentiasa mengingatkan warga kita agar lebih berhati-hati sewaktu memilih pasangan.
BalasPadamRingkasnya, mengahwini lelaki atau wanita asing tidak bermakna lebih baik jika dibandingkan dengan warga tempatan.
Dalam kes ini, jika boleh membantu, lakukan atas dasar kemanusiaan. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Saya percaya kaum Hawa lebih memahami bebanan ditanggung Elis, sepertimana dicatatkan Audra dalam komen di atas.
Itu sahaja.
VIC,
BalasPadampengajarannya CINTA itu bute..
pada akar umbinya.
Tiada ibu yang tak sayang anak.
nak jawab teka teki V.I.C @ D.I.A.N.A >> pengajarannye jauhkan diri dari TERjatuh centa dgn warga asing walaupun diulit dgn janji manis serta ketampanan paras rupa.bole gitu..?? :)
BalasPadamroti telur dua keping plus teh madras gelas beso ye diana..!!! :D
Kalau Nazirah boleh dapat semula anaknya yang dilarikan ke Pakistan melalui bantuan pihak berkuasa negara kita, kenapa Elis tak boleh dibantu juga?
BalasPadamJangan ungkit soal jodoh, itu dah tertulis untuk dia. Soalnya, dia mengikut prosedur selama ini, tapi kepercayaannya, haknya dicabuli tindakan bekas suaminya apabila anaknya dilarikan.
Sekaranglah masanya dia dibantu oleh pihak berkuasa dengan kadar amat segera untuk mendapatkan semula anaknya. Dia sudah ke mahkamah, mendapat perintah, dan saya percaya dia juga mendapat nasihat macam mana jalannya untuk mendapat anaknya semula.
Kalau saya mampu, saya akan membelikan dia tiket kapalterbang ke Belgium supaya dia dapat pergi mencari dan bertemu dengan anaknya. Saya cuma mampu berdoa dan berharap akan adanya saudara kita yang terbuka hati untuk membantu Elis bertemu dengan anaknya semula seberapa segera yang boleh.
Semoga pn. Elis dapat bertemu kembali dengan anak tersayang...sama-sama kita doakan...
BalasPadamitu lah.
BalasPadamkan mak dah kata.
jangan dok kawen dengan omputeh tu.
kan dah jadi ceni sapa susah?
(omongan mak sambil saya berangan nak kawin omputeh)
Saya cukup simpati kpd Pn. Elis-dpt merasakan kehibaan & kerinduannya yg tdk terhingga itu.
BalasPadamKalau anak yg mati lemas, hanyutpun mahu dicari,disemadikan inikan pula anak yg InsyaAllah, msh bernyawa di benua sana.
Itulah natijahnya berkahwin berlainan bangsa, budaya, agama & negara. Ya, ketentuan Allah SWT - ajal & maut, jodoh pertemuan sdh tercatat sejak azali. Kalaulah hijab perjalanan hidup blh dibuka & terbentang di depan mata, sdh pasti semua keburukan/permasalahan dpt dielakkan.
Wahai adik2/wanita2 di luar sana, jadikanlah ini sbg satu pengajaran. Cinta, kasih & sayang hanya bersifat sementara - carilah yg seagama & senegara - sekiranya terjadi perceraian, akidah anak InsyaAllah akan terpelihara.
Wahai Wisma Putra, pihak Polis, Sisters in Islam (inilah masanya & isu sebenar perlu diperjuangkanngkan!), usah berlengah lagi. Hulurkanlah bantuan yg sewajarnya - kembalikan Adik Ferris ke pangkuan Ibunya.
Jangan persoalkan jodoh pertemuan atau kahwin campur; itu bukan urusan kita. Itu kerja Dia Nan Esa. Apa hak kita mahu menentukan jodoh kita, selain dari sekadar merancang. Ketentuan tidak di tangan kita.
BalasPadamBila keadaan begini berlaku, kita yang kena bermuafakat mencari jalan terbaik. Siapa ada kuasa bantulah, siapa ada kemampuan hulurlah bantuan. Siapa ada kerajaan kerjalah.
Hari ini anak orang dilarikan; apakah kita dapat mengekang anak kita yang kahwin sesama kaum kita ini, esok lusa diculik orang... jika taraf keselamatan kita semakin sifar.
Kudrat kita cuma ada empat kerat tulang ini; akal itu seharusnya memandu kita. Bukan hilang akal. Jika kita pandai menggunakannya mengikut jalan yang lurus maka luruslah kudrat kita. Benarlah akal kita. Jika kita sekadar berdolak-dalik maka tenguklah apa jadi dengan kes culik, bunuh, rogol & segala kemungkaran terusan berlaku. His!.
aku malas nak komen panjang, cuba korang baca dulu ulasan dari pihak lelaki kat sini About Elis Syuhaila
BalasPadamJangan terus percaya 100% apa yang dibaca di dada akhbar.
Gunakan akal dan fikir cara rasional.
Salam
Hairan jugak, macamana boleh terlanjur kawin dengan orang tua 'psiko' ( Elis ) yang longgar skru tu. Inilah perangai wanita2 Melayu yang mudah kena kelentong dengan modal air liur - konon banyak duit, jutawan.... Selalunya begitulahhhh....
BalasPadam