Isnin, November 02, 2009

Yahoo! Lari! Lari!

Kisah berikut amat menarik perhatian saya.

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Wira Mohtarudin Baki membebas tanpa melepaskan 3 suspek dituduh mengedar 370.5 gram syabu di kawasan stesen keteta kabel Genting Skyway Goh Tong Jaya, Genting Highlands pada 14 Ogos 2007. Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman gantung sampai mati mandatori.

Apakah maksud 'dibebas tanpa dilepaskan'? Suspek pada bila-bila masa boleh ditahan kembali dan dituduh di mahkamah. Justeru, tidak hairan berikutan keputusan hakim, tertuduh Hok Kien How, 22, Wong Wei Leong, 32 tahun bertempiaran melarikan diri manakala rakan mereka Lee Ah Tiew, 48 tahun ditahan polis di luar mahkamah.

Polis Selangor dilaporkan terkejut berikutan keputusan terbabit. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Assisten Komisioner Nordin Kadir semua saksi polis bersedia memberikan penjelasan di mahkamah sewaktu kejadian. Tambah beliau, semua bahan bukti, dadah dirampas dibawa kemahkamah kecuali beg digunakan tiga suspek untuk menyimpan dadah itu. Beg terbabit disimpan pegawai penyiasat, bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kubu, Selangor, Inspektor Chong Voon Loong di dalam peti besinya.

Chong pula tidak hadir di mahkamah, bercuti mengejut akibat kematian teman wanitanya, Kok Yoke Tien.

Yok Tien, 22 tahun, pelajar kolej swasta di Kuala Lumpur ditemui mati akibat terjatuh dari tingkat 18 kondominium di Jalan Tun Razak pada jam 2.30 pagi, 21 Oktober lalu. Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Assisten Komisioner Zakaria Pagan, kes itu diklasifikasikan mati mengejut, dalam erti kata lain, membunuh diri.

Kata Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi, operasi memburu Kien How dan Wei Leong diperluaskan ke pintu masuk utama negara.

Saya tidak melihat kebarangkalian polis akan mencabar keputusan hakim terbabit. Bagaimanapun saya tertarik mengikuti perkembangan kes perbicaraan ini tetapi dengan kehadiran pegawai penyiasatnya. Saya difahamkan, jika pegawai penyiasat gagal hadir, pegawai penyiasat lain harus mengganti tempatnya untuk hakim menangguhkan kes ketarikh lebih sesuai.

10 ulasan:

  1. salam bro.
    mmg pening bg sya yg langsung tak tahu mengenai undang² dan sistem kehakiman. contohnya "di bebas tanpa di lepaskan"....

    adakah tahap keselamatan di mahkamah begitu longgar apabila suspek dapat melarikan diri? atau mungkin ada perancangan yg tersendiri drpd pihak berkuasa.

    BalasPadam
  2. sepatutnya kes sebegini di tangguhkan ke tarikh yang di tetapkan kemudian. berkemungkinan Hakim tersalah mengeluarkan keputusan tersebut. Apalagi, mereka terus cabut..

    BalasPadam
  3. apekehe nye yeop....

    dibebas tanpa dilepaskan?.. udoh macam gantung tak bertali le pulaknye...

    ater mudah sgtnya bg keputusan...

    BalasPadam
  4. Apa punya keputusan la hakim ni bagi? Berdasarkan apa? Ini pun ada campurtangan politik ke? Atau campurtangan rasuah?

    Badan Jurisdiction di Malaysia selalu jadi bahan perlekeh dan kutukan rakyat Malaysia sendiri. Tataulah orang negara luar rasa mcm mana. Mungkin geli2 perut ketawa.

    BalasPadam
  5. Adeh, ada yang kena tiau tu camner boleh terlepas. Panas telinga.

    Biasanya, polis akan mengambil Langkah Langkah Pencegahan Khas terhadap individu seperti ini.

    Tapi I understand your entry this time. banyak persoalan kan. Sudden death, absence etc. Ermm..

    BalasPadam
  6. heheh... saya taip jurisdiction? Actually nak taip judiciary. Emosi sampai taip pun salah. Teringat dulu Profesor saya pernah cakap Malaysia bukanlah negara contoh untuk separation of power (pengasingan kuasa)walaupun Malaysia dengan bangga mewar2kan yang kita mengamalkan pengasingan kuasa. Hakikatnya badan kehakiman kita boleh dimanipulasi dan diperkotak katikkan oleh badan perundangan dan kementerian. Malah, sebahagian mereka yang duduk dalam badan perundangan adalah orang yang sama duduk dalam kehakiman dan executive. Memalukan~!! (

    BalasPadam
  7. Sudah macam main sorok-soroklah pula!.

    Polis kita pula memang tak kasi can, kalau sudah kes lari begini kut! kena tembaklah pula!. Tak payah masuk mahkamah lagi.

    Rasanya Kien How dan Wei Leong takkan berani menyerah diri!.

    BalasPadam
  8. Entah betul atau tak persepsi"
    "
    Antara jabatan yang pedih dan pedas telinga bila ditegur ialah pegawai, kakitangan DBKL dan Jabatan Polis. Mudah terasa bila diTARBIAH."

    Sukar menelan tabiat kerja.

    Bila majoriti sudah tak minat kena tegur manyak susah woo..

    BalasPadam
  9. ini kan arahan terbaru dari DPP.. samada saksi tiada, barang bukti tak bawa, IO tak hadir, pengadu tak hadir, ujian makmal tak sampai lagi, perbicaraan akan diteruskan dan biasanya akan buang kes! bicara semula hanya boleh dibuat untuk max 3 kali sebutan sahaja.. ini untuk mengelakkan kes terbengkalai lebih banyak..

    bro.. adakah istilah menganti sementara IO yang tak hadir? selalunya, P.O yang akan buat permohonan untuk penangguhan kes kalau IO tak dapat hadir atas alasan logik..

    kesalahan dadah neh adalah antara kesalahan yang paling susah nak sabitkan kesalahan. teknikal error saja boleh menjadikkan kes ini dibuang begitu sahaja.. untunglah lawyer yang terer2 amik kes2 besar..

    BalasPadam
  10. cuba kaitkan ketiadaan/cuti pegawai penyiasat,kematian teman wanitanya dgn kes ni..mkgn ada kaitan

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.