Khamis, November 05, 2009

Dasar Pemalas

Tidak semua warga asing berhijrah ke Malaysia melanggar undang-undang. Maksudnya, majoriti mereka berkerja di negara ini secara sah, lengkap berdokumen dan permit. Kebanyakkan pekerja kilang berpendapatan purata, RM700 sebulan tidak termasuk bayaran kerja lebih masa, overtime. Tempat tinggal dan pengangkutan disediakan majikan.

Melalui pengamatan saya, mereka tidak berbelanja secara mewah, bijak mengukur baju di badan sendiri. Contohnya, sebahagian besar mereka hanya makan roti atau nasi kosong berlauk kari sahaja. Jarang minum Coca Cola, hanya menghirup air suam. Pandai berjimat, mereka bukan sahaja mampu menampung perbelanjaan diri sendiri sewaktu tinggal di Malaysia malah berpeluang menghantar sebahagian daripada wang gaji kenegara asal untuk menampung perbelanjaan keluarga.

“Local people selalu hairan tengok kita orang kumpul ramai-ramai. Lepas kerja, kita duduk atas rumput, jumpa kawan. Kita share beli air sama roti, makan sama-sama. Kalau mahu keluar pergi tengok wayang, guna wang. Kalau mahu keluar pergi bandar, guna wang. Kita tidak mahu membazir. Malam kita tidur, esok pagi bangun, kita pergi kerja,” kata warga Bangladesh saya temui.

Perlu juga saya nyatakan, duduk berkumpulan secara aman bukan satu kesalahan jenayah.

Ringkasnya, mereka berhijrah ke negara kita demi merebut peluang tersedia untuk meneruskan kehidupan. Kata mereka, hidup di negara asal, sukar. Peluang pekerjaan, kurang, gaji tidak lumayan berbanding bayaran diterima di Malaysia.

Itu hakikat.

Cuba bandingkan sikap mereka dengan perangai sebahagian remaja dan pemuda kita. Mereka lebih rela melepak kangkang di rumah, menganggur, makan tidur, membebankan ibu bapa tua. Alasan mereka, amat sukar mencari kerja. Maka keluarga secara rela atau terpaksa berterusan menyara kehidupan, sehinggakan rokok dihisap dibeli dek ibu dan ayah hanya kerana enggan berkerja di kilang, bosan kononnya.

Hemat saya, kalau rakyat Malaysia hidup melarat bukan kerana tiada peluang untuk mengubah nasib tetapi kerana sikap malas keterlaluan, noktah.

Silakan berhujah dengan saya, sekiranya pembaca tidak bersetuju dengan pandangan dilontarkan.

35 ulasan:

  1. Pendapat yang sangat benar. Kemakmuran negara kita diantara 50 yang terbaik menjadikan Malaysia lubuk pekerjaan buat warga asing, juga menjadikan mesyarakat setempat selesa(lebih sesuai menggunakan perkataan malas).

    BalasPadam
  2. Lebih sedih pandai kawin tinggal sebumbung dengan mak tanpa kerja..tinggal pulak dibandar besar.,alasan kerja tak sesuai dengan JIWa.

    ada yang sanggup declare ASNAF kerana malas kerja, sihat pulak tu.

    sahdunya

    BalasPadam
  3. Remaja kita terlalu manja. Tidak merasa susah, apa dikehendaki, minta saja dari ibubapa.. Itu yang sampai ada yang sanggup membunuh ibubapa bila kehendak tidak dituruti...

    BalasPadam
  4. Bro Mazidul,

    Setiap tahun dianggarkan lebih 80,000 graduan yang dihasilkan - bersiap sedia untuk mencari kerja namun 3/4 daripadanya "maintain" menganggur untuk jangkamasa yang lama. Alasan yang biasa di dengar, "gaji kecil." "Tak sama dengan bidang yang diambil. Buat apa belajar bertahun2, tapi kerja takde kena mengena."

    Hakikatnya bukan graduan je yang memilih, yang SPM paras hidung pun perasan nak gaji ribu, duduk dalam bilik aircond. Heeeeeee.... bencinya!~

    Hidup ni jangan eksyen sangat. Perlu la tolak ansur. Lgpun sebagai seorang HR, sy dah baaaaaaannyaaakk sangat nampak kelayakan kertas tak setimpal dengan potensi diri. Kadang2, pengalaman, skill dan sikap tu lebih penting. Saya tak malu nak cakap, habis je belajar (belum konvo pun) saya bekerja sebagai penyambut tetamu (receptionist) dengan gaji cuma RM700. Tapi berkat "tak memilih kerja" dan usaha gigih, hari ni saya boleh duduk atas kerusi empuk dan tinggi separas kepala. (Siap la boleh bukak blog bro masa office hour. ekekeke).

    Celoteh panjang pulak. Kesimpulannya, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

    p/s: Bro, cita2 saya yang paling besar skang ni teringin nak tgk add blog saya dalam senarai "Saya Baca Blog Berikut". Hehehehe.... saya akan berusaha dan lagi... dan lagi... chaiyok! chaiyok!!

    BalasPadam
  5. MALAS - Tepat sekali. Inilah mentaliti yg terlalu payah nak diubah.

    Saya cukup kagum dgn pasangan BUTA yg bergendang sambil berdendang lagu2 nasyid di Pasar Tani hari Ahad di Stadium Malawati S. Alam - Hakikatnya mereka BERKERJA dgn USAHA (bayangkan nak sampai ke sana dgn teraba-raba), GAJI mereka adalah huluran syiling & wang kertas para DERMAWAN samada yg memang berniat nak bersedekah ataupun yg tersentuh hati dgn inti-pati lirik ketuhanan yg mengingatkan kpd DIA - Ya, saya akui saya sendiri & ramai di luar sana mudah lupa & alpa siapa yg memberi rezeki - maka sama2lah kita berkongsi rezekiNYA. Sesiapa yg menganggap pasangan ini MEMINTA SEDEKAH, maka dialah yg BUTA sebenarnya...
    Diulangi : Mereka BERKERJA.

    Ironinya, kalau ORANG yg kurang upaya masih berupaya utk berkerja, maka tiada sbb mengapa muda-mudi yg sihat walafiat, punyai anggota badan yg lengkap lagi bertenaga menghabisi waktu mudanya dgn bermalas-malasan shj.

    Muda-mudi yg 'BERKERJA' dgn melakukan jenayah pula, mudah shj nak mengekangnya - WAJIB'HIDUP'kan Sistem kehakiman berlandaskan perundangan ISLAM - Satu contoh : sesiapa yg mencuri/merompak/meragut hukumannya POTONG TANGAN. Inilah HUKUMAN SAMBIL MENDIDIK cara ALLAH s.w.t agar signal keinsafan sampai terus ke minda - Minda si pelaku & minda manusia ISLAM lain yg melihatnya agar tdk mengulangi perbuatan yg sama. Perundangan British (betulkan saya jika tersilap) yg diamalkan sekarang hanya MENGHUKUM dan bukannya MENDIDIK (contoh MENGHUKUM : dipenjara beberapa thn, lalu lepas - maka gerun & takut hanya sekejap).

    Natijahnya, jika perkara yg mendatangkan keBAIKkan dan yg boleh menambahBAIK kehidupan insan tdk dilaksanakan dgn BAIK maka janganlah kita harapkan yg BAIK-BAIK itu akan menjadi milik kita...

    BalasPadam
  6. Zaman 80an tak pernah wujud pun perkara macam ni di Malaysia. Kalau ada pun, digelar expatriate - bekerja sebagai pengarah urusan, country manager dsb.

    Tapi menginjak tahun 90-an, sudah mula yang membawa masuk warga asing bekerja di sektor kolar biru. Mula-mula bawak masuk, jadi PRA, gaji diberi masa tu pun RM200 tapi cukup besar bagi mereka. Lepas tu, bawak masuk buat bangunan macam KLCC. Pada masa yang sama, Lembah Klang dibanjiri pelarian Rohingya.

    Bila saya tamat belajar, dan kembali ke Malaysia, saya cukup terkejut bila tengok kompleks Kotaraya dan Petaling Street dipenuhi oleh warga asing ini, malah food court juga mula ditangani oleh warga asing.. malah makcik jual nasi lemak pun bukan orang tempatan..

    Sekarang? Toksah cakaplah. Tapi yang saya hairan, saban hari ada saja berita warga Malaysia mintak derma itu ini, keluarga yang hidup serba daif.. kalau tak mampu bekerja atas sebab kesihatan takpe jugak, ini, cuma kerja kampung, dan takde kelulusan untuk mencari pekerjaan.. hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm... saya musykil besar!!

    Sebab Malaysia sekarang ni dah makin menjadi macam US. Lubuk emas bagi warga pendatang dari negara-negara miskin. Itu tandanya Malaysia ni makmur.. kalau makmur maknanya ada peluang pekerjaan. Kalau dah tau takde kelulusan, takde kemahiran, kenapa memilih kerja?

    BalasPadam
  7. saudara Mazidul, i'm linking some of your writings to my page. hope that's ok with you...

    :-)

    BalasPadam
  8. kita terlalu banyak alasan...

    - gaji xpadan dgn kelulusan
    - keje nk ekon je..nak depan PC je..kalau bole xnk begerak langsung
    - mak bapak pun kdg2 manjakan anak sgt...rasanya kalau disekat wang belanja sure anak sanggup kuar cari keje
    - kalau bole xnk keje yg menggunakan kederat yg byk..cth keje buruh binaan...ape kelas???

    kesimpulan..
    kebanyakkan kita ni kalau bole nak duduk goyang kaki tunggu duit dr langit...

    BalasPadam
  9. ........betul tu cik mazidul rakyat malaysia beranggapan yg mereka ni berada didalam zon selamat dan selesa...bekerja ke atau tak bekerja...tak apa.. masih boleh hidup dan tidak ada yg mati kebulur lagi didalam negara ni..sebab itu rakyat masih boleh memilih kerja hanya nak atau tak aje...bagi mereka RM700 mewah tapi bagi rakyat kita apa yg boleh dibuat dgn RM700 tu.Keadaan ini akan berterusan selagi mereka berfikir yg mereka berada dlm sekarang..pada hal kita tahu rakyat sebenarnya sedang terancam dgn kehadiran mereka2 ini..
    .....Kalau yg datang tu secara sah tak apa tapi yg bahayanya yg tidak mempunyai document...satu lg budaya yg mereka bawa tidak sesuai dgn budaya kita mereka tidak menghormati budaya kita.Berkumpul tak salah...tapi kalau sudah ramai kita sendiri pun takut...sebagai contoh tengok sendiri pada cuti umum.apa jadi dgn KLCC tak boleh cerita keadaannya.Imej negara pun tercemar...apa kata orang luar cakap ..terhadap kita..

    BalasPadam
  10. sangat setuju dgn pendapat bro mazidul.. dan isu ini dah berulangkali di bangkitkan.. hingga hari ini masih isu serupa.. mungkin sesuatu yang drastik perlu dilakukan agar ianya berubah.. bukan sekadar komen tetapi tindakan.. masalahnya, apa tindakan paling baik untuk dilakukan?

    BalasPadam
  11. Bro,itu cerita abang bangla duduk kat bandar.Boleh kongsi-kongsi beli dan makan. lain ceritanya kat kawasan pedalaman, kat kampung-kampung yang kerja potong buah kelapa sawit..mereka agak mewah sebab bila beli makanan contohnya beli "ayam enjek " sorang seekor. Kalau ada enam orang abang bangla, enam ekorlah ayam enjek terjual..penjual ayam enjek tersenyum lebar memandang ke arah saya..bagi signal untung besarlah tu..abang bangla ni plak semat semacam..mula-mula saya ingat, mereka ni manager estate..ntahlah

    BalasPadam
  12. en mazidul..

    kalau kat food court dimana-mana je kita pergi yg kutip pinggan mangkuk atas meja semua mamat bangla,kat stesen minyak pun dorang jugak hingga kat kedai mamak pun muka dorang jugak.ermm mop lantai kat shoping complex pun.mmg makmur sungguh negara kita!

    anak2 kita malu keje mcm gitu en mazidul sbb low class :p

    tapi...anak2 kita tak malu merempit,hisap dadah,clubbing,berpeluk dgn gf/bf walaupun makpak yg beli seluar dlm bak kata en hazrey..hiks :p

    aduiii..

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum & salam sejahtera,

    Saya setuju dengan pandangan bahawa segelintir masyarakat kita memang malas. Tak nak kerja macam pendatang asing (operator kilang, buruh) sebab mereka rasa 'standard' mereka lagi tinggi dari pendatang asing. Takut kalau kerja macam tu, orang sekeliling akan pandang dia macam warga asing.

    Pasal gaji rendah, saya akui memang gaji sangat rendah. Kalau yang berkelulusan (degree, etc.) mungkin munasabah jadikan itu alasan, tapi bagaimana dengan yang tiada kelulusan? Bukan memandang rendah pada yang tidak berkelulusan, tapi yang berkelulusan kan dah penat bertungkus-lumus masa belajar.

    -Sekian-

    p/s: walaupun saya berkelulusan, saya tak suka kerja duduk bawah aircond. Suka berjemur kat 'project site'

    BalasPadam
  14. 100% agree!

    tapi lagi sedih tengok remaja yang tak nak belajar, lepak sana sini menghabiskan duit mak ayah, memang belum cukup umur nak kerja, tapi belum juga cukup umur untuk tidak belajar.

    pernah jumpa budak lelaki, masih muda, dalam lingkungan umur 18/19 thn, bekerja di stesen minyak (but atleast bekerja rather than hanging around), bila ditanya mengapa tak belajar dia jawab tidak berminat lagi untuk belajar. Maka ayah sanggup tanggung, ada adik beradik tetapi sudah malas belajar, suka bekerja daripada belajar padahal kalau dengan gaji SPM berapa lah sangat yang dia dapat.

    BalasPadam
  15. MALAS

    that's enough, mmg kebanyakan org muda skrg memilih kerja
    nak hidup senang je

    BalasPadam
  16. 100% setuju dengan pandangan bro Maz...

    Teringat saya ketika berhenti rehat di RnR Seremban, tengok tukang angkut pinggan mangkuk kat foodcourt pun bangla...tukang cuci tandas pun bangla...nak suruh remaja atau pemuda kita buat kerja-kerja tu, kirim salam la jawabnya....

    BalasPadam
  17. tepat skali bro maz... graduan skrg memang choosy.... nak yang best2 je..tak mau susah... tapi skill haprak..harapkan atas paper je...

    saya dulu penah keje kilang lpas spm... best apa..tk kusut kepala serabut nk wat paperwork.. hehee tau2 masuk kul 7pg balik kul 7 mlm...mkn dua kali plak tu tk yah bayar..duduk je kt line... pastu bila pengeluaran capai standard dh leh borak2...nak tau line saya dulu penuh dgn warga asing tau .. diorang ni mmang rajin... skrg bila lalu kt klana jaya terpandang kilang tu teringat masa keje kat situ...

    kalau nk harap budak zaman skrg tak maunye diorang digelar minah kilang... nak keje standard je..walhal spm pun cukup2 makn...keje malas..

    p/s:- respect kat mat bangla kt tempat keje saya walaupun keje part time dibayar hari2 still nak keje jugak..tuk dpt duit lbih...

    BalasPadam
  18. Jika remaja kita tidak mengamalkan sikap MALAS, saya pasti negara ini tidak akan memerlukan tenaga buruh asing. Ayuh bangunlah REMAJA!!

    BalasPadam
  19. Apa yang menyenangkan kita sekarang pada suatu waktu mungkin akan mengecewakan kita.

    Apabila kita belum pernah merasakan kesusahan, kita tidak mungkin akan dapat merasakan kesenangan.

    Zaman keemasan hanya akan dinikmati oleh sesiapa yang tidak silau melihat emas.

    BalasPadam
  20. Hmmmm remaja skg ni Memang dasar pemalas
    ....ambil jln muda ..tipu duit org , ragut , rompak , curi n etc ....

    BalasPadam
  21. Pertamanya mereka memang MALAS...

    Kedua suka hidup dlm dunia khayalan akibat pengaruh citer dlm filen skrg yg lain tarak, dok kira kisah cinta saja.

    Ketiga kerja nak senang tapi gaji mau lebih, nak pakai smart ajer mcm dlm filem.

    Keempat kelulusan tinggi tapi inisiatif tarak, teori jer byk.

    Kelima dan seterusnya, ramai yg tahu, bagi chance org lain tambah.

    Tapi yg pasti MALAS ni memang dah sebati dengan depa.

    Kwang kwangg kwanggg!!!...

    BalasPadam
  22. Salam BRO MAZ...
    Saya setuju dgn hujah U.. fakta tu..

    Rakyat tempatan memang kalah jika bab buat kerja (esp kerja berat ni) Memang memilih...

    Saya sendiri lihat kelompok warga asing yang berkumpul sesama mereka... petang2 berdedai balik bawak bekas makanan yang telah kosong..

    Bila pi pasar, selalu nampak depa ni pi beli sayur dan ikan, sbb rata depa ni masak kat rumah dan bawak ke tempat kerja..

    Orang kita? Lunch kat foodcourt, sebulan 2-3x makan kat fastfood... right?

    Pernah sorang lelaki disuruh kerja ikut kontrak tebas rumput (bukan guna parang pun, guna yg letrik) menjawab saya, “Malu la saya kerja potong rumput..”

    Adoiiii...

    BalasPadam
  23. Kebanyakan anak2 muda sekarang memilih kerja.Zaman kita dulu ibubapa tak manjakan anak.Sekarang ni anak2 mintak duit,handphone di bagi aje.Contohnya adik2 sayalah,suruh sekolah asyik ponteng aje.
    Pendatang ni rajin kerja dan tak memilih,semua kerja dia nak buat.Saya tahu sebab saya berkawan dgn Indon.Dia kata kat sana nak cari duit susah,satu hari seringgit pun belum tentu dapat.Kat Malaysia kumpul tin kosong,plastik,paper,besi,dah boleh dapat duit.Duit lebih hantar kampung buat beli tanah,rumah.Kat Indonesia RM10,000 dah boleh buat rumah sebiji.

    BalasPadam
  24. Orang kita mungkin terlalu asyik dengan nikmat di Malaysia. Bukan sekadar anak muda yang tidak berkelayakan malas cari kerja, Yang keluar universiti juga lebih suka tunggu kerja datang bergolek.

    Kalau tidak, masakan ribuan graduan menganggur berusaha menjadi guru sandaran dan berkali-kali memohon kursus perguruan lepasan ijazah? Mencari kerja mudah mungkin jadi target anak Malaysia.

    Kerja di Malaysia amat banyak. Amat banyak. Merata-rata. Saya rasa bantuan kerajaan pun banyak. Tinggal nak atau tidak saja.

    Saya kerja part time sejak tingkatan 4. Perlahan-lahan belajar cari duit sendiri. Ketika di Uni pun, saya buat kerja part time jaga cyber cafe & kedai gambar bersama-sama pelajar Indonesia yang belajar Master Degree. Anak Malaysia ramai tak sudi kerja sambil belajar, mungkin kelihatan tidak 'cool'. Mungkin selesa dengan PTPTN yang diterima.

    3 bulan sebelum tamat belajar, saya jadi housekeeper di KLCC kerana bayaran per'hour'nya agak tinggi.. situasi yang sama juga, situ saya bertemu ramai pelajar dari luar terutamanya Indonesia yang buat kerja sambilan. Hurrmm.. Ijazah saya masih macam org lain juga. ehehe. Bukannya kotor pun ijazah kalau pernah kerja rendah.

    Itu dulu.. kenangan ketika masih merangkak untuk hidup. Eheh.. Hari ni rasa best pula bila ingat zaman struggle untuk hidup. RM5 adalah sangat beharga sekali time tu.

    Kesimpulan: Bro Mazidul, saya sokong entry ini. Panjang pulak bebelan kali ini. I like this entry!

    BalasPadam
  25. bgmn pula jika majikan (semasa interview) kasi alasan, 'kalau bole kami tak bole ambil org Smjung sebab org Sabah ni pun ramai yg menganggur'. Alasan ke2, 'kami cari yang umur bawah 30 saja,' yg baru habis sekolah...Yg ke3 (kalau majikan Cina, kami mau yg boleh communicate B.mandrin...kalau muslim yg pun yg 'moden look'..maksud dia yg pakai tudung xmau..Jadi, peluang saya amat terhad ??? kesian saya

    BalasPadam
  26. nak diceritakan fasal pekerja asing ni ada beberapa penemuan yang saya jumpa boleh difikir dan kongsi

    sebelum masuk kelas saya beberapa pekerja bangla bercangkung dan kepala sandar kedinding pejam mata lelap

    saya tanya kenapa ngantuk sangat dan jawab mereka .. penat kerja. mereka pagi kerja di kilang dgn overtime hingga 7 ptg, balik rehat kemudian 10 mlm hingga 1 mlm cuci kereta pajak bulanan di beberapa apartment balik rehat kemudian 4.30pagi hingga 6 pagi ke pasar borong sebagai pembantu restoran yang perlukan khidmat mengambil barang pasar, potong dan siang ikan, udang, sotong, ayam dan daging.

    gambarkan betapa gigihnya mereka mencguasai peluang yang ada. hasilnya hantar balik kampung gaji kerja kilang.. upah cuci kereta duit enjoy tolong restoran dapat makan minum percuma...

    memang teruk rasanya tetapi itu hanya selama tempuh mereka dapat permit kerja di malaysia ... tapi hasilnya bayangkan betapa mewahnya mereka bila pulang semula kenegara mereka..

    BalasPadam
  27. Salam Bro Madz,
    sokong 101% tu.. memang tu lah realty nye dunia zaman ni, Depa tu dah le pemalas, choosy plak tu. Ukur le dulu.... yea!
    Mgkin dier org ni dah biasa merasa senang dan terlalu dimanjakan, sound2 je, mesti dapat punye, Dari kecil dah org tua kita yg suapkan, tak kan dah besaq panjang pon nak jgak kot... Kesenangan dan kemewahan selalu mengajar manusia melupakan erti kesusahan dan kepayahan hidup.
    Kita dulu lepas spm pon pernah keja ikut contractor bangunan. Sekurang2 nye dapat gak duit saku, tak le menyusahkan org tua. Alhamdullilah.. dpat gak membantu meringankan beban keluarga,
    Nak malu pe mende.. yg penting halal. Daripada membuat keja2 yg tak berfaedah tu....., kalo dah tertangkap, tak malu ke...??
    Keja tu banyak, cuma depa tu banyak sangat pantang larang nye... he..2!
    lu pikiq le sendiri......!

    BalasPadam
  28. Salam Uncle. Dah lama jadi silent reader, hari nak komen pulak. :)

    Setuju. Pengalaman saya, orang asing lagi sanggup tak malu membuat kerja-kerja teruk tetapi halal. Orang negara sendiri sanggup buat kerja kotor dan senang sebab terlampau nk cepat kaya. Tu semua simptom2 penyakit malas. Mereka lebih rajin melepak dekt 'mapley' dan mintak mak bapak duit dr usaha sendiri. Lagi2 lelaki, lebih menyedihkan.

    Tapi, saya pernah je jumpa seorang lelaki graduan universiti tempatan kerja sebagai pengutip sampah. Sebak tengok dia tapi, yang penting dia berusaha gigih sebab waktu tu ekonomi meleset. Terpulang kepada masing2. Selagi perkataan MALAS tu tertulis di dahi selagi tu takde kesedaran nak jadi rajin.

    BalasPadam
  29. Kemalasan anak bangsa sendiri jangan dibandingkan dengan pendatang haram tu;

    Ada ke mereka dari negara maju, jepun jerman mat saleh datang sini kerja buruh kontrak?

    Mata wang mereka juga memainkan peranan!.

    Anak bangsa jadi malas tu sebabnya kita yang manjakan.. tidak terdedah dengan kesusahan sejak azali, terutama dunia perniagaan... tak semua nak makan gaji.

    Setakat bercagar kapcai nak buat lone bisnes minta maaflah... cubalah minta bantuan kerajaan kalau bukan rapat dengan orang kerajaan. Kabel tu penting.

    Ramai kalangan rakan saya bergraduan buat kerja pelik-pelik juga, jual goreng pisang kat bangi pun ada!... jual barangan terpakai di Shah Alam pun ada., wakil insuran pun ada, buat kerja MLM pun ada... Bela ikan keli di kampung pun ada, tanam tebu & buat bendang! ramai jua.

    Kerja kontrak itu taukenya sapa?... cubalah kerja barang sebulan dua, bagaimana kaum ini memperkotak katikkan kaum kita!.

    Yang gerladangan tu mungkin tak ramai! janganlah diwar-warkan sangat.

    BalasPadam
  30. Salam Bro

    Sebenarnya tak semua malas

    tapi pihak yang menyediakan 'peluang kerja'

    Mentang mentang mereka tauke, mreka tak mahu ambil anak tempatan

    Bila di tanya kenapa? Alasan mereka 'Orang Melayu Malas kerja'

    Cuba tengok iklan kerja di akhbar akhbar
    Contohnya:-
    1. Memiliki Ijazah dalam bidang tertentu
    2. Fasih berbahasa Mandarin.

    Ini mungkin satu daripada sebab

    Sebab ada sorang budak Melayu tu, GPA 3.88, FIrst Class Degree, pergi banyak interview tapi tak dapat dapat, bangsa Cina yang kelulusan cukup makan setakat GPA 2.70, sekarang dah mampu kereta mewah. Budak melayu tu pulak yang merantau ke negara orang.

    Nak berniaga sendiri, modal tak de, minta modal dengan kerajaan, macam macam 'penapis'.

    Kesimpulannya:-
    Anak Melayu makin terpinggir
    Tiada kerja bermakna tiada kuasa membeli, tiada kuasa membeli rumah bermakna satu satu kawasan perumahan itu hanya mampu dibeli dan diduduki oleh orang dia.

    Lepas tu undi pun orang dia, lepas tu kawasan tu orang dia yang control. Orang Melayu semua duduk luar bandar. Penang, Ipoh dan Melaka adalah contoh paling baik.

    Yang mampu hire orang gaji dari Indon pun orang dia, sebab sekarang satu kepala hampir RM10ribu. Orang kita berapa ramai yang mampu?

    Dia buat hal, dera dan siksa orang Indon, Melau yang dpat nama busuk. Indon semua nak ganyang Malaysia.

    Siapa kata Melayu Malas?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.