Rabu, November 25, 2009

Perjumpaan Bloggers Lembah Klang

Saya meminta bantuan blogger Azrul untuk mengkoordinasikan perjumpaan di kalangan kita. Dia bersetuju seperti dinyatakan di ruang komen blognya. Azrul bertugas sebagai Pegawai Penyokong Teknologi Maklumat, pelajar lulusan Sarjana Muda Sains dari Universiti Malaya dan ditauliahkan pangkat Leftenan Muda, Rejimen Askar Wataniah.

Tarikh: 13 Disember 2009 (Ahad)
Lokasi: FRIM, Kepong, Selangor.
Masa : 10 pagi - 2 petang.

Kita ‘pot luck’, semua bloggers, berkahwin dan bujang akan membawa makanan dan minuman dari rumah (read: beli pun boleh). Masak sesedap mungkin (read: kurang sedap ok) kemudian kongsikan dengan rakan lain. Sila bawa keluarga, anak, isteri, suami dan amah (read: isteri kedua boleh, lelaki simpanan dilarang, amah warga asing wajib lengkap berdokumen). Kepada bloggers bujang, bawalah boyfriends atau girlfriends terkini, bakal boyfriends atau girlfriends, bekas boyfriends atau girlfriends, tiada masalah. Asalkan jangan bawa lelaki Lombok ke lokasi terbabit, bimbang nanti dia tidak balik (read: kerana sibuk mengayat anak dara bloggers).

FRIM, kawasan sungai berair terjun dan diserikan pepohon hijau, oleh itu sila bawa pakaian sesuai untuk bermandi manda (read: swimming suit hanya dipakai bloggers memiliki body cantik, mengikut berat ideal, berusia di bawah 21 tahun sahaja), no kain batik atau pelikat, please. Jika tidak tersilap, setiap kenderaan memasuki kawasan terbabit dikenakan bayaran RM2 sahaja.

Sesiapa boleh hadir, sila emailkan nama penuh (read: mengikut kad pengenalan) dan nombor telefon bimbit ke mazidul.

Update Bilangan peserta setakat ini : 7

60 ulasan:

  1. sila2....bro MAz, no hp saya dah send kat e-mail bro... :)

    BalasPadam
  2. Wow mesti seronok nihhh... nak join bleh... hehehe...

    BalasPadam
  3. Azrul, saya sudah dapat hp awak, thanks.

    Kak Cik, silalah.

    Yah, baharu kali pertama nampak nama awak di ruang komen. Thanks, sila datang.

    BalasPadam
  4. musim hujan bahaya g mandi air terjun.. huhuh.. pe kate g mandi swimming pool je? idea bernas? haha.. gud idea bout gath..

    BalasPadam
  5. Fhad, alah! Iwan dengan Amalina pun berpayung di bawah daun pisang masa hujan dalam video klip lagu duet dia orang.

    Tempat itu InsyaAllah selamat sebab di kiri kanan kawasan lapang.

    BalasPadam
  6. huhuhu cam bez je kn tp malu plak hik²..

    BalasPadam
  7. lawak...lawak...makcik ske

    Best kan potluck-potluck ni...bila lagi nak tunjuk skil memasak.

    BalasPadam
  8. bro FRIM sg buloh via kepong kan bro mazidul??

    ke kat sg buloh ade frim gak..

    BalasPadam
  9. Sha, Yes! Jalan lama to airport Subang. Besar signboard 'Institut Penyelidikan Getah Malaysia'.

    But, no getah beku, so don't worry, the veneue is not smelly.

    Me, datanglah. Pasti ramai Pak Lawak nanti, boleh awak ketawa.

    BalasPadam
  10. menarik nih
    boleh lah merempit ke FRIM Kepong
    ehehehehehhee

    sebenarnyer kompius gak nih

    FRIM tuh kat kepong atau kat SG. Buluh

    BalasPadam
  11. Salam BRO MAZ...

    terimakasih mencadang dan mengundang. Terimakasih juga kepada AZRUL yang bakal berusaha merealisasikan impian bloggers ni..

    InsyaAllah, akan diusahakan. Sebab ini mungkin menjadi gathering terhebat tahun ini. Sekali jer dalam tahun ni (sebab dah ujung tahun pun...)

    Impian (angan-angan) saya masa gathering nanti:

    1. duduk semeja dengan ketua Penganjur AZRUL dan BRO MAZIDUL

    2. bergambar dengan anak bujang MAZIDUL (kalu dia bawa). dapat 5 pose jadi lerrr.. hehehehe

    3. Makan 3 round minum 5 round, (mandi sungai mungkin 5 round jugak kot..) hahahah...

    4. ada tukar-tukar cenderahati tak?

    ehhhh banyak nyer angan-angan ku.... hmmm

    *teringat 3 tahun dulu, masa pertama kali buat perjumpaan (Reality vs Virtual) kami kena tulis nama dengan pen marker atas taping besar dan lekat kat dada baju... supaya tak terlupa nick masing-masing.

    BalasPadam
  12. Daydeck dan semua, sorry, FRIM, Kepong. Pembetulan dilakukan.

    Susah, saya lahir di London, sekolh rendah di Melbourne, menengah di Narita, Jepun.

    Ya! Ya! Confirmed di Kepong, Selangor.

    BalasPadam
  13. En Mazidul, Kat FRIM ke RRIm, FRIM yang dekat Hospital selayang tu dan RRIM yg dekat jalan lama ke subang Airport tu!!

    BalasPadam
  14. Azie, InsyaAllah saya bawa 2 anak, 1 isteri. Tadi called my wife, bagi tahu dia mengenai gathering, dia akan masak, ayam masak kicap, buat sambal dan sediakan ulam.

    Nanti kalau jadi, tengok karekter anak saya, kilang sama, perwatakan berbeza sangat. Satu reserved, satu outspoken.

    Anyway, Azrul cakap, I called him just now, dia akan membodek girlfriendnya, Ayu, untuk membeli kuali baharu hari ini, persediaan masak rendang :)

    BalasPadam
  15. Sebuah Perjalanan, FRIM, Kepong.

    Anak Banjar, tiada syarat dikenakan, asalkan selalu membaca blog kerap update (mine).

    Anak Mandailing, Jawa, Bengkulu, Bugis semua boleh datang, tidak ketinggalan anak Banjar. Welcome!

    BalasPadam
  16. best tuh gathering...
    ;( dari tarikh tu sue baru jer nikah 2 hari...

    BalasPadam
  17. Sue, saya tahu dan tahniah! (alasan tidak hadir: sibuk ambil bunga telor, bunga paha, try baju pengantin, check catering ok ke tak, pastikan Mak Andam datang dan banyak lagi)

    Mengapa tidak menjemput saya datang? Kalau pakai MC, saya bagi half price, special for you. For sure tidak perlu pakai script :)

    BalasPadam
  18. salam bro... sy ni one of ur silent readers tp kalo nak join gathering ni bley ke? gathering kat jb aritu i da miss... sepatotnye aritu i ada kat jb tp terpakse kensel psl ada hal yg tak dpt dielakkan... hopefully gathering kat frim i dpt terjah... keh3

    BalasPadam
  19. en maz, nanti nak confirm dgn cik abang, hope dia ok. hati ni dah menggebu2 nak pegi, tak sabar nak jumpa kak azie, kak cik, dgn isteri en maz....

    nanti kalau bole bg map, takut sesat...kui kui kui...

    BalasPadam
  20. amboii kejamnyer yg body cantek jer bole pakai swimming suit!

    majuk ni..kensel laa.tak jd join :(

    .........

    uishhh rugi ni kalau tak pegi ade azie,kakcik dan ros :)

    BalasPadam
  21. Echah, jangan pakai swimming suit, nanti semua orang kena tutup mata :) Kawasan itu berbatu, nanti ramai tersungkur akibat kaki tersadung.

    BalasPadam
  22. nak gelak mcm alid..

    ha ha ha :D


    ........

    combi rasa mcm tak dapat join sbb combi dah beli tiket keretapi utk balik perak pada ptg 11hb jam 2pm.aduiii sedehnyer!

    combi fly dari kk 10hb ptg.lepak kl semalam so besok 11hb ptg balik perak.uwaaaaaaaaaaa tak dapat join :( *nangis sambil guling atas lantai ni

    BalasPadam
  23. Salam....Bro...

    Walaweiiiiiiii....
    Nak itutttttttttttt!!! gak...
    Boleh jumpa sekali ngn ALID YANGON..yang dah sampai kat tanah Malaysia....nih....

    Tak Sabaq ohhh..nak jumpa Bro sekali..

    Insyaallah sampai!!!

    Kak Echah ....SABAH
    Sila buat tempahan tiket BELON dengan segera..heheeh
    Takut nanti TIKET abissssss!! hehehehehehe

    BalasPadam
  24. cambest. nak join tppp malasnya nak email tenet slow. DM in twit bley tak u??

    BalasPadam
  25. kak echah, kalau tibe2 terterbang ke semenanjung time tu, sila2 la ye... best nanti bole chat2, live lg

    BalasPadam
  26. Sayangnyaaaa....!
    Anak lelaki saya berkhatam & berkhatan pada 6hb Dec ni En. Mazidul. Kesian pula nak tinggalkan dia lepas seminggu 'dipotong'.

    Dah kebetulan bercerita pasal majlis Doa Selamat ni, saya dengan sukacitanya menjemput En. Mazidul sekeluarga ke rumah kami di Bdr. NusaRhu, Sec.U10, Shah Alam pd6/12/2009 @ 11.00pg (ini jemputan pertama untuk org luar ni - jiran pun belum jemput lagi tau..).

    Sudi ke teratak hamba yg x seberapanya ini?

    BalasPadam
  27. Best juga yek..macam nak joint je tapi takut hari tu kena duty lah pulok...ahh tengoklah macam mana..

    Tidak bisa bersatu kalau tidak ada persaudaraan,tidak jadi persaudaraan kalau hati tidak bersatu.

    BalasPadam
  28. teringin juga~
    tapi sebab jauh, redha aja tak dapat~
    hehehe~

    dan tadi tengok 360.
    Memang boleh buat terbakar hati~

    BalasPadam
  29. wahhh dah dekattttt sangat dah dgn rumah saya. Tapi frim tu besort. Which part of frim bang mazidul?

    BalasPadam
  30. Pn. Liza, saya 3-8 Disember, di Dhaka, Bangladesh.

    BalasPadam
  31. nak join gak..tapi..x der sapa2 nak ajak tuk teman....kawan2 semua der hal masing2....bf lak takder....nak g sendiri tak tau jln..ermmm mcm mana ni...x palah..kalau x dpt join nanti bro mazidul upload k gmbr bnyk2 mesti seronok.......

    BalasPadam
  32. Aryiana, awak cakap sahaja setuju. Saya YAKIN akan ramai blogger lelaki single berkata, "Kecil tapak tangan, nyiru hamba tadahkan".

    I bet my head on that!

    BalasPadam
  33. AM tak dapat ikut serta walaupun berat hati untuk bersama.

    Apapun didoakan semoga semuanya success dan insyaAllah jika buat sekali lagi dan diizinkan Allah, AM akan turut serta (read jika dipelawa) :)

    psst, Aryiana, kita gi lain kali je la ok? heheheh kidding

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  34. macam meriah jer..
    sesekali kumpul ramai2 best gak kan bro...
    saye nie bkn anti sosial tapi bile time nak kumpul ramai2 nie saye jatuh segan la bro...
    ada petua nak ilangkan segan nie tak??

    BalasPadam
  35. kecik ati saya kate getah berbau..sob..sob..sob..coz saya nih penoreh getah dulu mase kecik2..uwaaa...bukan ker frim tu tempat maya karin kawen..wah..ade kelas gitu!!huhuhu..

    boleh gi kan, nanti nak bawak my hubby (org KL) tgk pokok getah camner rupenyer..leh motong skali..pastu bro maz buat contest sape terer motong gotah..wakakakkak!!

    BalasPadam
  36. Waaa meriah meriah... kat komen jer dah meriah dan berkobar-kobar..

    uikkk ROS? COMBI? nak jumpa eeeekkk.. heee korang ni, alamat tak ada, no fon tak ada, email tak adaa, tiba-tiba nak jumpa..! >> sila baca ayat ini dgn tonasi WAK dlm Bujang Lapok...

    eh nak ngadu niii... swimming suit saya dah tak muatttt.. wuaaaaa.. nak beli baru..! nak beli baru..!

    BalasPadam
  37. Yahooooooo.... at last ada juga gaythering eh silap ghatering dekat lembah Klang. Saya mau pergi!!! Mau bawak ayah, mak, adik, nenek (eh lupa nenek saya dah 20 tahun meninggal dunia).

    Aiseyyman... tak bleh pakai swimming suit plak. (Rasanya swimming suit pun dah tak muat.)
    Takpe la... sy pakai simple2 je.. scuba suit, kaki itik, goggle dan juga tong gas oksigen.

    Jumpa di sana....

    BalasPadam
  38. Salam bro mazidul..

    RM5 untuk public kalu nak masuk FRIM dengan kereta.. tp kalu parking kat luar nak jalan kaki ke air terjun tu RM1 sahaja.. (20 min jalan kaki ke air terjun tu) :)

    BalasPadam
  39. Owh... En. Mazidul ke Dhaka...

    Tak apa, moga di lain waktu ada ruang & peluang dapat bersua muka, InsyaAllah.

    Semoga semuanya ceria & mesra di FRIM, Kepong pd 13/12/2009 nanti - Eratkan ukhuwah sesama kita.

    BalasPadam
  40. Bro....
    Gua salah seorang yg berkata seperti skrip diatas hehehe

    BalasPadam
  41. Alaahhhhh.... masa tak kenalah.. kalau tak, memang saya semestinya nak join sekali!!

    Disember bulan yang sangat sibuk kerana adik ipar nak menikah.

    Takpelah. Mungkin pada waktu yang lain, panjang umur dan ada rezeki nak bertemu..

    BalasPadam
  42. nak follow gak..tp kene anta report praktikal by 14 dec kat uum..

    alahai~~

    klu ada gathering mcm ni lg mesti join...

    BalasPadam
  43. aryiana takde geng nk pegi ke?meh arr naik ngan aku....ahaks...bro mazidul,brape pax yg pegi ye?ingat nk beli air tin je la kut...huhuhuhu

    BalasPadam
  44. heee bestnye ada gathering..aiseh saya nak pegi tapi im still in first trimester second pregnancy...
    asyik mual+pening+muntah...

    tau tak saya teringin nak makn barbeque tepi laut...heheh makn ikan bakar,udang bakar, sotong bakar...huhuhuhu..tak dpt tepi laut tepi sungai pun jadila... hahahahha

    insyaAllah ada kelapangan and jika hubby tak busy kami akan TERJAH....

    P/S: mesti seronok kalau ada game kt dalm sungai..hehehe saya ni pantang tgk sungai jadi jakun..hahahaha

    BalasPadam
  45. "kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan"..
    sue dah inform kat tunang nak 'upah' encik mazidul jadik MC.. dia setuju sangat-sangat..
    sue email-kan detail tarikh kawin sue ok..

    BalasPadam
  46. Bro

    Tumpang sat

    DJ, epoi...aku dipaksa dan terpaksa datang...awwwww

    ha ha ha

    poi - makwe operator tu kim salam kat hang

    ha ha ha @ LOL @ Lough Out Loud @ Ketawa guling guling @ ketawa sampai keluar air mata @ ketawa macam orang toLOL

    BalasPadam
  47. Bro

    tumpang lagi

    Amboi Azieazah, sampai tak hengat...

    Telus dan jujur

    Jangan lupa karipap beku 500 biji

    BalasPadam
  48. Aryiana, jom jer la joint
    insyaallah saya teman kan awak
    saya pun sorang jerk
    wakakakakakaka

    BalasPadam
  49. wahh menarik... nak join gak.. tp nak kena bg tau cik abang dulu... nanti kita msg bro..

    BalasPadam
  50. alamak... 13 dec 09 ek.. uwaaa tak leh la joint.. exam tu hari tu..huhu frust nih!

    BalasPadam
  51. err...kuali baru?? hehe :D

    Actually, awek saya setuju nak join sama gathering nanti...memula dia terkejut gak bila saya bagitau pasal gathering ni...

    Dia teruja nak jumpa bro Maz nanti...

    BalasPadam
  52. ..tengoklah kalau map ni blh bantu anda...http://www.dromoz.com/directory/place/?id=1326&p=Kepong+Ulu

    BalasPadam
  53. Saira, saya daripada darjah 1 sampai tingkatan 5, setiap hari kecuali hujan menolong ayah menoreh getah, memesin getah. Jam 12.45 tengah hari baharulahs saya ke sekolah.

    Raziff, thanks.

    AM, biarlah Aryiana pergi, ramai akan bawa dia. She will be in a good hand :)

    BalasPadam
  54. Bro ,

    klu hujan jgn main air terjun,bahaya tau.

    have a nice day

    BalasPadam
  55. hoho.da ade gath kat kl plak yep.buat sesapa baru 1st time nk gie tapi rasa malu², buang la rase malu tu jauh²..gath kt jb aritu mmg happening..nie gath lg skali mesti lg "pening" kan bro kan? haha..

    BalasPadam
  56. .musim hujan nih sikit bahaya area camtu.beringat sebelum terkena.harap semua hati-hati.

    BalasPadam
  57. sdra mazidul,

    perjumpaan ni untuk any blogger ker? saya pun seorang blogger. Blog saya http://gilocatur.blogspot.com/ . baru tersesat dan terjumpe ke blog sdra.

    menarik gak gathering ni. kalau open to any blogger, boleh sya tolong promote & extend to my blogger friends, mostly chess bloggers. :)-

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.