Saya dihubungi kenalan, pegawai Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS, jam 3.56 petang tadi.
“Betul ke TV3 akan menjemput tiga tetamu termasuk Dr. Asri untuk program agama malam esok, cerita tentang pentauliahan?,” itu soalannya.
“Tajuk apa?,” soal saya untuk kepastian.
“Pentauliahan,” jelas beliau.
“Saya rasa TV3 tidak sebodoh itu, kita faham erti ‘contempt of court’,” jawab saya ringkas.
Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, 38 tahun, di tuduh di Mahkamah Syariah Gombak Timur pagi tadi atas dakwaan mengajar agama tanpa tauliah di No 2, Lorong 2 C, Taman Sri Ukay, Ampang Daerah Gombak di antara jam 8.10 dan 9.45 malam, 1 November lalu.
Saya yakin TV3 tidak akan terjerumus dalam kes menghina mahkamah (contempt of court) biarpun menjemput Dr. Asri sebagai tetamu. Tajuk Al-Kuliyyah malam esok, ‘Satu Aqidah’, bukan ‘Pentauliahan’, seperti dimaklumkan pihak tertentu kepada pegawai terbabit.
Al-Kuliyyah akan bersiaran langsung dari Dewan Bahasa dan Pustaka, jam 9 malam, 19 November 2009. Turut bersama Dr. Asri sebagai tetamu, Dr. Fauzi Deraman dan Dr. Uthman El-Muhammady.
Terfikir, banyak program agama dirakam atau disiarkan secara langsung syarikat televisyen swasta dan RTM selama ini. Pakar agama, ustaz mahupun ustazah tampil di kaca TV bertujuan berkongsi ilmu agama.
Bertauliahkah mereka menurut definasi perundangan JAIS?
Dr. Asri dilapor mengajar agama kepada lebih 100 orang sewaktu tangkapan dilakukan. Malam esok saya percaya, program Al-Kuliyyah akan disaksikan ratusan ribu penonton dari seluruh pelusuk tanah air.
Adakah semua tetamu bakal didakwa JAIS?
“Betul ke TV3 akan menjemput tiga tetamu termasuk Dr. Asri untuk program agama malam esok, cerita tentang pentauliahan?,” itu soalannya.
“Tajuk apa?,” soal saya untuk kepastian.
“Pentauliahan,” jelas beliau.
“Saya rasa TV3 tidak sebodoh itu, kita faham erti ‘contempt of court’,” jawab saya ringkas.
Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, 38 tahun, di tuduh di Mahkamah Syariah Gombak Timur pagi tadi atas dakwaan mengajar agama tanpa tauliah di No 2, Lorong 2 C, Taman Sri Ukay, Ampang Daerah Gombak di antara jam 8.10 dan 9.45 malam, 1 November lalu.
Saya yakin TV3 tidak akan terjerumus dalam kes menghina mahkamah (contempt of court) biarpun menjemput Dr. Asri sebagai tetamu. Tajuk Al-Kuliyyah malam esok, ‘Satu Aqidah’, bukan ‘Pentauliahan’, seperti dimaklumkan pihak tertentu kepada pegawai terbabit.
Al-Kuliyyah akan bersiaran langsung dari Dewan Bahasa dan Pustaka, jam 9 malam, 19 November 2009. Turut bersama Dr. Asri sebagai tetamu, Dr. Fauzi Deraman dan Dr. Uthman El-Muhammady.
Terfikir, banyak program agama dirakam atau disiarkan secara langsung syarikat televisyen swasta dan RTM selama ini. Pakar agama, ustaz mahupun ustazah tampil di kaca TV bertujuan berkongsi ilmu agama.
Bertauliahkah mereka menurut definasi perundangan JAIS?
Dr. Asri dilapor mengajar agama kepada lebih 100 orang sewaktu tangkapan dilakukan. Malam esok saya percaya, program Al-Kuliyyah akan disaksikan ratusan ribu penonton dari seluruh pelusuk tanah air.
Adakah semua tetamu bakal didakwa JAIS?
Ops! Saya terlupa, siaran langsung dipancarkan dari Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, bukan di Selangor.
salam saudaraku
BalasPadamkita dulu pernah beberapa kali join operasi jenayah
entah ingat ke tak kat aku yang marhaen ni
anyway dah lama aku jadi silent reader hang
kalau free, singgahlah blog aku
aku bagi biskut marrie, leh cicah ngan milo hujan-hujan ni yeop
salam.
Syahril, siapa mampu melupakan Syahril Kadir, wartawan jenayah hebat, kini dengarnya di FM.
BalasPadamTahniah,
BalasPadamDBP dan TV3 memang berani,
di bawah JAKIM.
(kecuali ada udang di sebalik mee)
BalasPadamWajah Mat Asmara terus berubah. Sikit pening. Macam berkerut pun ada.
"Laa... apa ler lembab ko ni! kalau imam ngan imam dah gaduh, makmum dah berterabur saf, canteek ler sikit aktiviti asmara aku. heh heh. "
Sambung Mat Asmara "Bukan aku aja, jaki jipang, mail judi, karim skodeng.. semua hepi! line clear beb. Takder sapa kacau!"
Petikan entri saya, menjelaskan setepatnya, apa yang saya rasa.
salam bro,
BalasPadammana pergi kredibiliti JAIS???
tahniah TV3 dan DBP..
Berani kerana benar... Takut pun kerana salah semata-mata...
BalasPadamRalat:
BalasPadamTakut bukan kerana salah semata-mata..
MAAF..
Go Dr Asri Go!
BalasPadam"Berjuang menempah susah, menanggung derita menongkah fitnah..."
Dari dulu saya menantikan kehadiran ahli agama seperti beliau.. yang membenarnya bukan Islam menjejak kaki ke Masjid/surau, yang memudahkan urusan talak/cerai, yang memudahkan urusan nikah kahwin, bahkan yang mengadili manusia seadilnya bukan melalui warna kulit atau mazhab yang diikuti.
Setiap artikel Dr Asri bernas. amat tajam mata penanya. Jais yang tidak cukup perisai bukan lawan Dr Asri. Ini sebenarnya satu cabaran pegawai Jais dan pegawai-pegawai agensi agama lain harus sentiasa bergerak cari ilmu, bukan sekadar terhenti di peringkat ijazah.
Kita perlukan lebih ramai ahli agama yang terbuka mata dan mindanya... yang menjelajah setiap pelosok dunia bergaul dengan semua bangsa di atas dunia....
Kerana ahli agama sebegini boleh menjadi ketua yang lantang, adil serta zuhud, tidak meminta-minta. Yakin dengan pegangan, tidak berganjak dengan kekerasan ugutan.
Go Dr Asri go!
Dude, 19th Nov, pemancar tv ke seluruh Selangor akan ditutup. lols lols.
BalasPadamCricket, jangan main dengan pemancar, boleh membunuh kromosom. Nanti kalau anak lelaki, lelaki all the way, kalau perempuan, perempuan semua :)
BalasPadam...Tahniah keatas dr.Asri kerana telah menjadi seorang penceramah bebas dan ini bermaksud ianya bebas kemana sahaja berceramah mengembangkan agama islam.Kita memang memerlukan orang seperti ini untuk menegur dan memperbetulkan mana yg tak kena..memberikan pandangan idea atau apa juga yg berkaitan dengan islam.Memang kalau kalau dipandang dari semua segi dr.Asri ini memang tidak memerlukan apa juga kursus atau sijil pertauliahan kerana taraf beliau seorang mufti(tinggi tu)....tapi adatlah sebab kita masuk negeri orang..lain negeri lain undang2nya..mungkin dinegeri lain dr.Asri tidak memerlukan sijil tauliah tapi tidak diSelangor..mungkin diSelangor dr.Asri diperlukan menghadiri kursus sijil tauliah JAIS untuk membolehkan beliau layak berceramah dinegeri ini...tapi agak malang jika orang seperti dr.Asri diperlakukan sedemikian sebab kita faham niat dan tujun murninya adalah kerana islam...teruskan dr.Asri....
BalasPadamsanggup dengar apa jua kupasan yang akan di berikan.. Sebab semuanya berinformasi..
BalasPadamseingat sy rmi lagi ustaz2 & ustazah kt luar sana mengajar tanpa dpt kelulusan "sirim" dr pihak JAIS, ok aje, bknnya depa nak ajar ilmu sesat mcm ayah pin bagai
BalasPadamAssalamualaikum....
BalasPadamMinta maaf saudara Mazidul, kalau apa yang saya dengar ini salah. Dikhabarkan kes ini berlaku semata-mata kerana JAIS bimbang dengan penyebaran ajaran wahabi/salafi "dipercayai" dibawa oleh Dr. Ashri. Umum mengetahui negara kita berpegang pada mzhab Syafie dan ahlusunnah. Sedikit daripada pembacaan, wahabi/salafi merupakan bawaan Mazhab Hanbali melalui Muhammad Bin Abdul Wahab. Mazhab Hanbali menggunakan metode secara tekstual dalam menelusuri agama Islam dimana mazhab ini hanya berpegang teguh kepada teks semata-mata dan menolak secara total penggunaan akal dalam memahami agama. Maafkan saya jika pembacaan saya ini salah. Mana-mana individu yang berpengetahuan agama, silalah perbetulkan jika silap, bimbang akidah terpesong.
Cuma yang saya ingin sampaikan di sini, tidakkah keterlaluan atas dasar syak wasangka itu(mempercayai Dr. Asri berfahaman wahabi) sehingga sanggup meletakkan tuduhan mengajar tanpa tauliah? Apa yang Dr. Ashri bawakan itu? bercanggahkah dengan agama Islam? Bercanggahkah dengan Al-Quran dan As sunnah? Usaha mengembangkan ajaran Islam dihalang oleh orang Islam sendiri atas dasar perbezaan aliran? Tidakkah kita sepatutnya lebih menumpukan soal-soal asas agama seperti rukun Islam dan Rukun Iman, yang kelihatan semakin luntur dalam ingatan muda-mudi? Tidakkah kita sepatutnya lebih menumpukan bagaimana meningkatkan kualiti pembacaan Al-Quran di kalangan remaja dan mendidik mengenai solat pada anak-anak kita? Bukankah itu lebih penting? Benda-benda asas itu tanpa sedar semakin hilang dalam masyarakat Melayu Islam hanya kerana sibuk membahaskan soal perbezaan aliran yang kita ketahui tidak salah selagi berpegang pada 2 pekara; Al-Quran dan As-Sunnah.
Sesama Islam berkelahi, Kafir yang mungkar memerhati sambil ketawa sendiri.
Assalamualaikum...
Yus,
BalasPadamsaya melihat DR.Asri merbahaya kepada kelompok tertentu lebih besar dari sudut Projek dan periuk nasi berbanding aqidah. Teguran Dr,. Asri menjurus kepada;
"Elaun, kereta besar, makan angin, meeting, hawa dingin,tutup mulut, goyang kaki, perjumpaan, persatuan"
dan sebagainya memberi kesan kongkongan kepada kedudukan golongan tertentu.
Sokong yus_anakmelayu.
BalasPadamSaya salah seorang yg mengikuti tulisan Dr. Asri.
Pelik ya, bekas Mufti-ilmuwan agama dipertikaikan hanya kerana Sijil Pentauliahan.
Salah satu agenda politik?
Jika tidak benar buktikan.
Dah nampak pita warna merah, lebar dan panjanggg......
BalasPadamKenapa eh, masa dulu-dulu tak timbul pun perkara ni?
assalamualaikum..
BalasPadamsbg mantan mufti yg pernah bertugas di institusi agama sepatutnya dr asri paham prosedur dan proses 'pentauliahan' individu utk mengajar agama.. maka selayaknya sbg seorg alim & ilmuan bersifat merendah diri & menghormati peraturan yg dikuatkuasakan oleh Jabatan Agama ISLAM.. ya saya ulangi, AGAMA ISLAM..apakah kita terfikir masyarakat bkn islam boleh menghormati institusi agama ini sedangkan orang islam sendiri ( tambahan pula bekas mufti ) mempertikaikan kuasa dan peraturan jbtn agama ini?
dr sudut yg lain sbg perbandingan, apakah seorg pegawai tertinggi JPJ yg tidak mempunyai lesen memandu boleh dibenarkan membawa kenderaan?apakah menjadi suatu kesalahan pula andai polis trafik mengambil tindakan menyaman beliau?hilangkah taraf dan ilmunya sebagai pegawai tinggi JPJ?
dipihak JAIS pula,apakah mereka terburu-buru melaksanakannya? apakah JAIS langsung tiada jln penyelesaian melalui perundingan?bknkah digalakkan kita bermusyawarah serta berbincang dgn baik terlebih dahulu?
dr sudut yg lain,apakah ada 'wahyu' memerintahkan penguatkuasaan ini dilakukan?
pernahkah kita terfikir undang-undang mensyaratkan 'pentauliahan' ini dibuat demi kepentingan/maslahat masyarakat islam itu sendiri?tatkala kita dikejutkan dgn pelbagai ragam spt nabi palsu,al arqam,rasul tiruan, lebai penipu dan mcm2 lg, jbtn agama sering ditempelak kerana tiada penguatkuasaan,lambat bertindak,tak efektif,tak mesra pelanggan dsb..bila dah wujud undang2 ini lain pula diperkatakan..mungkin undg2 dah ok tp cara perlaksanaannya pula tak memuaskan hati sesetgh pihak..
yeah, dulu2 mmg tak de perkara2 mcm ni.. dulu2 org tak byk buat hal berbanding sekrg yg dah pandai merekacipta ragam maka perlu ada langkah pencegahan..
AM rasa yang menghubungi TV3 itu bukan pegawai tinggi JASI. Jauh sekali kalau itu soalan dari mufti atau pengarah JAIS.
BalasPadamAM cukup pasti itu adalah pegawai berpangkat rendah yang rasa dirinya cukup berkuasa.
Sebenarnya ramai disekeliling kita yang 'lebih sudu dari kuah' seperti itu.
Jika benar JAIS serius hendak menangkap orang yang tidak ada tauliah, setiap malam mereka boleh mengumpul satu bas, orang yang mengaku ustaz, berceramah di surau dan masjid di negeri Selangor.
www.anak2merdeka.blogspot.com
AM, seperti saya catatkan, kenalan saya dan BUKAN pegawai JAIS berpangkat rendah.
BalasPadamYOP SOKONG jiMs. JAIS BERTINDAK BUKAN TERBURU2. MINTA MAZIDUL KUPAS ISU FAHAMAN WAHBI YG DIBAWA OLEH DR ASRI DAN BAHAYA PENGARUH FAHAMAN TERSEBUT DALAM MASYARAKAT ISLAM MALAYSIA TERUTAMA ORANG MELAYU ISLAM SEBAGAIMANA ISU TIGA LINE DULU.
BalasPadamYop, jika isunya fahaman Wahabi, mengapa beliau didakwah kerana mengajar agama tanpa tauliah?
BalasPadamAda Wahabi jadi isu dan bertentangan dengan ajaran Islam, mengapa tidak beliau didakwa kerana menyebarkan ajaran terbabit?
Dipersilakan untuk menjawab, terima kasih.
biar laporan METRO ni yg jawab http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/AdDin/20091106101829/Article/indexv_html
BalasPadamyop dag email kan kat mazidul 8 artikel berkenaan bahaya wahbi da kenapa mereka2 ini tidak boleh di dakwa. sila baca terima kasih
BalasPadamYob mungkin tidak faham apa saya ajukan.
BalasPadamJika Wahabi itu 'bahaya' dan dihubungkaitkan dengan bentuk ajaran Dr. Asri, mengapa beliau dituduh dan didakwa atas kesalahan mengajar agama tanpa tauliah?
Bukan ke seharusnya JAIS mendakwa beliau kerana mengajar fahaman Wahabi?
Itu persoalannya.
Jika berhubung dengan kes bukan berhubung soal agama, berikut analoginya.
Katalah seseorang itu diketahui memperdagangkan manusia, peliknya dia kemudian ditahan dan didakwa atas tuduhan mengadakan perhimpunan haram?
Macam itu ke? Kegiatan dia memperdagangkan manusia tidak selesai dengan melaksanakan tindakan perundangan sebegitu, kan?
Atau ada penjelasan lain boleh dikongsikan di sini?
baca dulu artikel yg yop emailkan tu
BalasPadamMudah-mudahan Dr.Asri tidak menyaman bloger di sini bila kena tuduh amalkan wahabi.
BalasPadamKenapa siaran Al kulliah tu tak disiarkan? Saya tunggu punya tunggu tapi tak ada yang ada rancangan 999,kenapa dibatal kan disaat akhir,saya tak faham?
BalasPadamOrang yang berani tak kekurangan senjata.Tanpa kebenaran dan ketabahan tak ada kebenaran dan tak ada kebenaran tak ada kesusilaan.(Sir Haiter Scott).
Ajak, menurut berita dimaklumkan kepada saya, Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi, MCMC tidak membenarkan siaran secara langsung di saat akhir.
BalasPadamDirakam dan InsyaAllah akan disiarkan pada minggu hadapan. TV3 sudah merancang tetapi kuasa penentu bukan tertakluk kepada syarikat penyiar.
Kalau dah dirakam pastinya ada tapisan...tapi Alhamdulillah ada juga daripada tak ada langsung.
BalasPadamTerima kasih Saudara Mazidul..
Tanda orang berakal-
a)cinta kepada ilmu.
b)tidak berubah mendengar umpat dan puji.
c)bagus jawapannya.
d)banyak benarnya.
saudara mazidul..ada benarnya soalan saudara pd yob itu..cm apa yg blh saya katakan ialah seseorang itu hanya akan dipertuduhkan atas suatu kesalahan yg dia lakukan..dr asri tatkala ditangkap hanya melakukan suatu kesalahan iaitu tidak mempunyai 'tauliah' ketika mengajar..tidak pula dilaporkan dlm mana2 berita mahupun kenyataan dr JAIS bahawa dr asri pd ketika ditangkap sdg membuat pengajaran berkaitan dgn ajaran Wahabi..tidak pula dikhabarkan bhw pihak JAIS membuat apa2 rakaman audio@visual berkaitan dgn pengajaran yg dibuat oleh beliau ketika itu..maka dari situ kita maklum bahawa kesalahannya hanyalah kerana dia tidak mempunyai 'tauliah' shj..
BalasPadamsaya tak pasti bila masanya isu Wahabi ini dikaitkan pula dengan pertuduhan dan kesalahan yg dilakukan oleh dr asri..pihak JAIS juga maklum bahawa isu Wahabi tidak boleh dikaitkan dgn dr asri kerana tidak difatwakan malah tidak diwartakan dlm mana2 negeri di malaysia bahawa ia merupakan suatu ajaran yg sesat/salah/menyimpang dr landasan syarak..maka dr asri bebas utk berpegang dgn apa yg dipelajarinya dan mempertahankannya..namun dipihak JAIS mereka juga bertindak atas kuasa undang-undang yg telah diluluskan oleh kerajaan negeri pd ketika itu dan kekal berkuatkuasa sehingga sekrg..apakah itu juga tidak wajar dan profesional?
maaf klu jawapan ini masih tidak menjawab persoalan saudara atau tidak memenuhi standard jawapan seorang wartawan..bg saya,sebaiknya isu ini biarlah diselesaikan sebagaimana sepatutnya tanpa kita mengandaikan sesuatu atau membuat kesimpulan hingga menyebabkan boleh dikira menghina mahkamah dan mengganggu prosiding yg masih/sdg berjalan ketika ini..
Rentetan dan pecahan komen terbahagi kepada;
BalasPadam* Pertauliahan
* Wahabi
* sijil /Ijazah
* Hak kuasa Negeri Selangor (Jais)
Tajuk di atas tertulis
PERTAULIAHAN, sekali lagi pertauliahan.