Menurut akhbar The Star, pegawai masjid, imam, nazir, bilal dan siak di Selangor kini diberikan kuasa menangkap orang Islam meminum arak di tempat awam, menjual serta menyimpan minuman keras.
Kenyataan dikeluarkan Exco Hal Ehwal Islam Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali.
Dilaporkan lebih 1,500 penguatkuasa agama bakal melaksanakan enakmen terbaharu dijangka mampu mengheret suspek ke Mahkamah Syariah.
Justeru, untuk mengelak ditahan penguatkuasa agama, kaki botol Melayu di Selangor pening, barangkali mereka terpaksa membeli arak di kedai serbaneka dan mabuk di rumah.
Setakat ini kedai serbaneka di Selangor antaranya, 7-Eleven, menjual dan menyimpan arak, menggajikan majoriti pekerja Melayu.
Bersama kita perhatikan dalam tempoh terdekat, apakah tindakan 7-Eleven selanjutnya? Buang arak atau buang pekerja Melayu?
Kenyataan dikeluarkan Exco Hal Ehwal Islam Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali.
Dilaporkan lebih 1,500 penguatkuasa agama bakal melaksanakan enakmen terbaharu dijangka mampu mengheret suspek ke Mahkamah Syariah.
Justeru, untuk mengelak ditahan penguatkuasa agama, kaki botol Melayu di Selangor pening, barangkali mereka terpaksa membeli arak di kedai serbaneka dan mabuk di rumah.
Setakat ini kedai serbaneka di Selangor antaranya, 7-Eleven, menjual dan menyimpan arak, menggajikan majoriti pekerja Melayu.
Bersama kita perhatikan dalam tempoh terdekat, apakah tindakan 7-Eleven selanjutnya? Buang arak atau buang pekerja Melayu?
* Program 360 bertajuk 'Gay Terlampau', siaran minggu lalu ditonton 2,007,000 orang - AC Nielsen
* Korban Selesema Babi, 70. Mangsa terbaharu kanak-kanak berusia 3 tahun.
ada bagus tu, mabuk di rumah, berbanding mabuk di jalanraya. Para ibu/keluarga disarankan meletak benda tajam berdekatan dengan si pemabuk, lekas sikit masuk berita akibat mabuk.
BalasPadamAkan bertambah tugas para petugas masjid,
bila tambah tugas, hendaknya aktiviti di masjid tidak terganggu.
bro mazidul saya rase pasti mereka akan cari cara lain nak dapatkan kedua - dua skali..nak simpan pekerja n arak skali..sy dulu pun pernah kerja sebagai cashier di 7-eleven mase cuti blaja..menakutkan..pengalaman saya adalah diawal pagi subuh ader seorang pakcik pakai kopiah dan kain pelekat membeli sedikit barang di 7-elevan..namun disebelah pakcik tue ader seorang melayu berpakaian nak pergi kerja membeli..
BalasPadamyang menyedihkan saya..orang awal pagi bersolat memohon rahmat serta murah rezeki..tetapi lelaki tersebut memulakan dengan arak sebagai sarapan..
yang memeranjatkan saya adalah segelintir pelajar yang tidak segan silu membeli arak di situ..
saya harap bro dapat kupas isu ini dengan lebih mendalam..jika tidak...makin ramai remaja yang tidak segan nak membeli arak nanti..
sedih saya melihat generasi muder yang sudah rosak awal - awak lagi..
aper kate beri kuasa kepada mereka juga untuk menangkap orang yang tidak berpuasa...kiter lihat penuh ke tak van mayat tue...
BalasPadamselamat maju jaya bro..
bagus2 x de la jadinye kemalangan sebab mabuk.. biar mabuk kat umah kompom kene leter ngan family wakaka...
BalasPadamknpe perlu menjual arak secara terbuka...??
BalasPadamada sesiapa boleh menjawabnya??
Cek sama di Tesco, Giant, dan pasaraya2 yang terang-terangan menjual benda haram ini. Lagi satu, lapangan terbang...belambak bro...
BalasPadamSaya sangat bersetuju bila ia dilaksanakan, syabas..Tapi saya cukup yakin si kaki arak ini mesti mempunyai macam- macam helah untuk membeli arak mungkin juga dia akan meminta rakan bukan islamnya untuk membelikan arak untuk mereka..
BalasPadamSaya juga bersetuju pendapat mereka yang mengatakan MUNGKIN jumlah kemalangan dapat dikurangkan, tapi jika mereka fikir mereka ISLAM saya rasa bukan kemalangan sahaja akan berkurangan malahan semua jenayah pasti akan lenyap.
Seandainya pekerja Islam terpaksa dibuang, sahabat- sahabat semua harus percaya pada rezeki Allah dan ketentuanNya pasti ada hikmah
salam... saya pernah tersilap ambil botol arak...sebab diletakkan sekali bersama dengan minuman ringan lain..selepas kejadian itu, saya tak buka lanmsung peti display dia..
BalasPadamrela pergi kedai lain
kalau tokey dia melayu lak macam ner. Nak tukar nama kedai atau buang arak dalam kedai tu?
BalasPadamtu baru selangor..lain2 negeri camner?apa cer?halal ke arak kat negeri2 lain?
BalasPadamZua, soalan itu awak jawab sendrilah.
BalasPadamkenapa tidak JAKIM kuatkuasakan selaras semua negeri..kan senang nak buat penguatkuasaan..
BalasPadamSelangor je...KL masih boleh kan? Seharusnya Jabatan agama negari lain juga melaksanakan perkara yg sama baru standard..kadang2 saya pelik knp negeri d Msia ni x selaras undang2 agama..mcmlah kita ni ada lain2 Tuhan.Undang2 agama kan standard..
BalasPadamSaya pelik bila org Islam amat geli melihat daging babi,atau khinzir itu, tapi arak mereka tak kisah pulak, bukankah najis itu sama tarafnya..
Kpd Kartika yg sanggup dsebat, semoga menjadi pengajaran yg lain, lepas ni nak tgk artis kena sebat pula...
diharap bukan yg minum arak je,yg dtangkap bzina, tak puasa pun kita buat mcm tu baru adil...
kpd pembaca Muslim...semoga ramadhan kali ini disusuli dgn terawih, tadarus dan amalan yg lain..
Rasanya buang pekerja la kot. Takkan nak hentikan jualan barang yang dikira antara yang laku? Betul tak?
BalasPadamItu baru di kedai serbaneka.. yang kat hotel-hotel, restoran mewah, pub, bar, macam mana pulak?
P/S: Kaki botol lari ke KL pulak! Hehehehehhe...
bagus la tue..kurang sikit bebudak melayu yg beli arak kt 7eleven.Mana yg dpt tangkap tue bg sebat jer..buat kt khalayak ramai..apa macam?? Kan bagus kalo semua negeri buat mcm tu..nape?? sensitif sangat ke nak menegakkan hukum islam ni??..geng 'atasan' tolong jawab..
BalasPadamen mazidul..mlm2 ramai remaja & remaja tua beli kondom di sini.adehhh ! ^_~
BalasPadamsalam
BalasPadamhehe..Bila isu Kartika riuh sana sini. Orang itu itu pun mulalah buat kerja itu ini. Islam itu Indah, tak payah nak tunggu orang itu ini pegi tangkap dll. Semuanya menjadi tangungjawab kita semua yang mengucap dua kalimah syahadah ni untuk menegur. tapi ada berani ka ? mau kena tengkalung kepala nanti..hehe
Setiap pegawai masjid akan ditugaskan menjaga setiap oultet Seven Eleven dan sewaktu dengannnya ? wahhh....
Alhamdulillah di negara saya, minuman keras ni, takdalah berjual di kedai kedai, cuma ada di army - untuk british or gurkha army only.
BalasPadamWalaupun di haramkan penjualan benda ni, rasanya pasti ada penjual illegal.
saya stuju dengan zua,kenapa selangor jer yang buat...negeri lain macammana?tak terfikir ker untuk memperluaskan ke seluruh negara...kiter tengok macammana kaki botol jadi cacing kepanasan..hahaha..masa inilah pihak kerajaan mainkan peranan mereka sebagai penegak agama..
BalasPadamharap-harap selepas 7Eleven, mereka juga patut memantau di kelab malam dan disco. ramai remaja yang sebaya dengan saya meneguk ketika berclubbing...
BalasPadamIsu 7eleven ini rasanya telah lama berbangkit tetapi senyap begitu sahaja.
BalasPadamStaf biasa sememangnya datang & pergi, isunya Pengurus 7eleven juga ramai kalangan orang kita Melayu. Pengurusnya memang berkerja tetap & kekal lama. Saya tak pasti siapa pemegang saham terbesar 7eleven di Malaysia ini. Cumanya sudah pasti ceriteranya sama dengan JUSCO, TESCO, GIANT & banyak lagi Supermarket & Hypermarket yang besar menjual arak.
Isu arak ini amat sensitif jika kita persoalkan kenapa kerajaan memberikan lesen jualan arak. Jika kita merujuk ke hukum hakam memanglah Islam mengharamkan apa saja berkaitan dengan arak. Membuat, membeli, menjual, membawa, membekal apatah lagi meninumnya semuanya diharamkan agama kita. Kita rakyat marhaen dapat tegur sahaja, biarlah VVIP kita yang membuat timbang tara.
Bagi saya jalan tengah sementara mahu menyekatnya agar arak ini tiada lagi. Jangan libatkan kita orang Islam dengan arak: yang telah sahih memeluk agama Islam. Majikan kena faham orang Islam diharamkan "terlibat" dengan arak; maka jangan jual, atau menghidangkan arak bilamana ada pekerjanya beragama Islam. Itu langkah pertama paling mudah.
Nak berhentikan semua pekerja Islam sebab nak jual arak rasanya adalah langkah tak rasional atau sungguh tak relevan.
Di samping pergiatkan dakwah Islamiah kita yang arak itu memang najis serta dibenci oleh semua kaum & agama. Di TV kita tak nampak iklan arak. Moh! kita tenguk wayang pasti kita diwar-warkan iklan arak. Ini kena diperbetulkan.
Sdr Mazidul,
Isu arak ini melibatkan semua, bukan setakat Supermarket & Hypermarket tetapi melibatkan juga Hotel, Syarikat Penerbangan, Pemandu lori yang bawa arak & adoi! rasanya rumit amat. Tapi itulah hakikatnya bila isu arak ini telah menjadi bagaikan "Nasi sudah jadi Bubur". Sejak zaman panggung bangsawan & purbakala lagi ianya telah dibawa pedagang ke negara kita. Kita tak sekat sejak "sebermula". Musibahnya inilah yang terpaksa kita terima.
soalan macamni biar melayu islam sendiri yang jawap. kalau dia rasakan betul2 islam mesti dia tak minum & beli . orang bukan melayu tengok orang melayu minum apa tah lagi tangapan dia orang.
BalasPadamsaya bukan melayu. semalam i kerja (kerja cc je) nak merokok aku kena sembunyi2 pegi toilet kasi hormat sama Melayu , terkejut bila i masuk toilet tgk ada anak muda melayu merokok. haha.. itu melayu layu.
bab. 7 E arak , atau buang pekerja Melayu . banyak lagi kerja di Malaysia. Terbukti bila ramai pendatang Asing hidup serba mewah.
Renmarena,
BalasPadamBabi atau yang sewaktu dengannya adalah najis berat. Kalau nak bersuci, kena 1 kali air tanah dan 6 kali air mutlak.
Arak pulak najis pertengahan. Kalau nak bersuci (kalau terkena baju ke contohnya), cuci dengan air mutlak sehingga hilang ainnya (bau dan warna).
audra sazreena,
BalasPadamsaya tau hukum dr segi penyucian (samak) tapi saya maksudkan mengapa nak consume benda tu dengan mudah, sy tekankan 2 benda ni masuk tekak...rasa geli...kalau setakat kena baju memang mudah cuci dengan air, air tanah dsbgnya
mungkin org islam pandang najis ni dr segi penyucian...tapi bila dah makan xboleh samak perut kita utk mensucikannya semula..kan begitu
Frame..
BalasPadamitu orang politik atau penggubal dasar yang kena jawab, awak sendiri pun bolhe sebagai mewakili..
heh hee
Sokong dengan tindakan majlis agama islam negeri Selangor. Meluat juga kedang-kadang tengok orang melayu yang beragama islam meneguk 'air iblis' tu.
BalasPadamBukan setakat di Selangor sahaja, kalau boleh semua negeri di Malaysia kuatkuasakan undang-undang macam ni. Bukan apa, kan dalam Al-quran pun dah bagitau arak itu haram. Buat apa di minum lagi.
BalasPadamsemoga sama-sama kita bantu-membantu dalam membanteras gejala minum arak di kalangan umat islam ini. Kita semua adalah bersaudara sesama islam.
BalasPadamArak ternyata membawa kesan buruk kepada kaki botol tanpa mengira bangsa dan ugama.
BalasPadamIndia mabuk, ada berbunuhan. Cina mabuk, ada terbabit dalam kemalangan jalanraya dan mendakwa kononnya ada jelmaan hitam melintas jalan :) Melayu mabuk, pantang bersentuh bahu dengan orang lain, dia rasa kuat dan mencabar orang lain bergaduh.
Itu antara contoh jelas kesan individu berada di bawah pengaruh alkohol.
Jika Selangor berjaya melaksanakan enakmen terbabit, semua negeri di Malaysia wajib mengikut perlaksanaan sama tanpa mengira parti pemerintah.
Penyokong PAS, PKR dan BN jika memandu mabuk, terbabit dalam kemalangan jalanraya, cedera atau mati, darah mereka semua tetap sama warna, merah.
salam.
BalasPadambukankah sudah jelas.
setiap yg memabukan itu hukumnya adalah haram.
tak kira apa jenis sekalipun.
bila sesaorang itu mabuk.
setiap apa yg dilakukan adalah melalui naluri atau emosi. iaitu diluar daya pemikiran.
apa yg ingin saya pesan pada diri sendiri & adik2 semua. jgn samapai kita mati dlm keadaan diluar kesedaran@mabuk.
apa yg merisaukan kita skrg ini.
adik2 kita yg masih dibangku sekolah, mereka bangga dgn apa yg mereka lakukan itu.
sama2 kita fikirkan, adakah semua ini kerana kesilapan pihak berkuasa? yg sudah jelas lagi disuluh. pengedar dadah hukumnya digantung sampai mati.
tetapi kenapa bangsa melayu@islam yg menopoli.
as'kum bro mazidul
BalasPadamSaya pernah bekerja di 7E. start dari casher sehingga menjadi pengurus. masalah arak ni memang dah lama. sebagai pekerja baru dulu saya takut sangat nak jual. nak pegang pun taknak, tapi lama-lama dah jadi biasa. tapi bila dah jadi manager baru saya terfikir... berapa banyak la dosa saya. dulu scan je, tapi bila dah jadi manager kene buat order lagi. kene pastikan stok arak tak putus terutama masa cuti perayaan. untuk pengetahuan semua hanya ada 1 stor 7E sahaja yang tak jual arak. kalau tak silap saya di bangi. penduduk mogok pecahkan cermin kedai. baling ngan batu. buat banner besar2 kat masjid suruh boikot. lama2 pihak HQ tarik semua arak keluar dari stor tu. so? ada berani nak buat macam tu? dulu saya tak boleh komen pasal masih bekerja. sekarang.... "kita kasi pecahhhh laa...!!!" (ikut dialog ali baba bujang lapok)
Hafeez, terima kasih atas penjelasan awak.
BalasPadamharap - harap kerajaan persekutuan akan melihat hal ini dengan lebih serius..jika tidak..jangan salahkan mak ayah jika generasi muda sudah rosak dari awal lagi..
BalasPadamterima kasih Hafez,,
BalasPadamIni yang dinamakan HIJRAH, dah tau terus hijrah, bukannya masih di situ.
saya setuju kenyataan mohd hafeez itu. Kalau kita fahami hukum hakam mesti kita tak nak bergelumang dengan perkara2 yang salah disisi agama islam. Sebolehnya2 kita jauhi @ hindarinya.Sebolehnya2 kalau ada pekerjaan melibatkan perkara2 haram baik tak payah bekerja ditempat itu. Carilah kerja yang tidak terlibat benda2 haram. Banyak lagi kerja tempat lain yg tidak melibatkan benda haram.
BalasPadam