Selasa, Ogos 11, 2009

Nyawa Tiada Ganti

Setakat hari ini 32 mati akibat Influenza A, H1N1, Selsema Babi di Malaysia, di seluruh dunia angka korban mencecah 1,688.

Sebelum berlaku kes kematian, kerajaan Malaysia menasihatkan rakyat usah panik. Orang ramai mengikut arahan itu sehinggakan ada memandang remeh risiko pandemik. Lihat, berapa kerat sahaja mereka di luar sana memakai topeng penutup mulut dan hidung biarpun jumlah korban semakin meningkat.

Rawatan antiviral hanya berkesan jika penggunaannya dimulakan dalam tempoh 48 jam selepas dijangkiti. Vaksin selsema babi pula hanya akan berada di pasaran dunia 4 bulan lagi. Itupun tiada jaminan vaksin terbabit boleh digunakan secara berkesan, bergantung kepada faktor mutasi.

TV dan radio kini secara intensif berulangkali memapar dan memperdengarkan maklumat berhubung kaedah mencegah Selsema Babi. Isyarat jelas, penularan semakin serius dan selsema pembunuh ini nyata gagal dibendung.

Hemat saya, kerajaan tidak perlu menunggu lebih lama untuk bertindak menyelamatkan lebih banyak nyawa di negara kita.

Maka, SEMUA sekolah wajib ditutup dan majlis terbuka dibatalkan dengan kadar segera kerana peperiksaan dan majlis boleh ditunda.

Nyawa, tiada galang ganti.

42 ulasan:

  1. Salam bro..

    Nk tutup sekolah tu pn susah jgk. kt rumah pn bkn dia org ikut nasihat doktor. ramai yg salah gunakn cuti kuarantin yg di beri.

    BalasPadam
  2. Hisham, kalau pelajar di rumah sekurang-kurangnya dia boleh diawasi dek keluarga.

    Dua hari lalu, kerajaan mengeluarkan arahan setiap pelajar wajib diperiksa suhu badan sebelum masuk ke kelas.

    Tetapi rasanya, masih banyak sekolah tidak mengikut arahan itu.

    BalasPadam
  3. sekolah memang diarahkan memeriksa suhu badan pelajar sebelum ke kelas. tapi saya lihat ada pelajar di sekolah saya yang tidak demam panas tapi mengalami batuk dan selesema.

    untuk mengelakkan percampuran pelajar ini dengan pelajar lain, pelajar2 yang memiliki simptom berkaitan diarahkan pulang berehat di rumah sahaja.

    tapi, ada juga pelajar2 yang agak nakal yang menggunakan alasan ini untuk ponteng sekolah.

    tak tau la macam mana lagi nak sedarkan pelajar ni tentang bahaya H1N1 ni. kat tv dah banyak, poster lagi, doktor pun dah bagi taklimat kat sini. tapi masih main2.

    BalasPadam
  4. kenapa kerajaan tak wajibkan semua rakyat tak kira di sekolah, tempat kerja dan di mana2 saja kena pakai penutup hidung dan mulut??? sekadar menyuruh saja org masih tak ikut...risau sungguh dengan wabak ni.....

    BalasPadam
  5. Keluarga saya terpaksa dikuarantin lantaran kealpaan pihak Ampang Puteri Specialist Hospital segera mengesan pesakitnya dijangkiti Selesema B@bi.

    Saya & isteri tidak menyangka yang rakan sekerja isteri saya dijangkiti penyakit Selesema B@bi lantaran setahu kami dia sakit asma biasa & darah tinggi lalu ditahan di wad. Maka isteri saya berbuallah tanpa memakai topeng (mask) lebih dari sejam. Saya sekadar melawatnya sebentar lantaran abg kandung saya memang sakit kronik menunggu di kereta.

    Sehari kemudian isteri saya panik kerana mendapat SMS dari rakannya yang dirawat di Ampang Puteri Specialist Hospital itu positif Selesema B@bi. Isteri saya terus berjumpa doktor panelnya & diarahkan berkuarantin selama seminggu.Tapi sayangnya isteri saya tak mengerti kuarantin itu bagaimana. Mungkin doktor pun tak menerangkan apakah langkah yang perlu diambil. Isteri saya selamba tak pakai topeng, rimas katanya... siap salam cium-cium anak lagi. Nahas betul!.

    Sdr Mazidul birus ini amat cepat merebak, semua anak saya mendapat demam, batuk & ada yang cirit-birit. Mengikut kekuatan antibody masing-masing.

    Maka itu saya meletakkan tanda @ di perkataan Babi bagi wabak Selesema B@bi ini di blog saya lantaran cepat amat birusnya membiak bagai e-mel layang merebak seantero dunia.

    Isunya kini kenapa Ampang Puteri Specialist Hospital tidak memandang serius wabak ini; saya perhatikan di hari tersebut ramai kalangan jururawatnya pun tidak memakai topeng. Malahan sampel darah telah pun diambil sehari sebelum kami melawat beliau. Apakah ianya mengambil masa yang panjang untuk mengesahkan pesakit diserang Selesema B@bi ini.

    Untuk pengetahuan Sdr Mazidul Pusat Kesihatan UPM (PKupm) telah lebih dari sebulan mewajibkan setiap pengunjung ke PKupm memakai topeng. Termasuklah staf, doktor & jururawat mereka memakai topeng. Topeng percuma tersedia di pintu utama PKupm. Saya memang pesakit kronik sentiasa menerima rawatan terapi & berulang alik ke sana. Kerajaan seharusnya mengorban sikit duit@harta negara agar memastikan semua pengunjung hospital yang ada pesakit Selesema B@bi ini memakai topeng. Sementelah setiap negeri ada hospital tertentu sahaja yang merawat pesakit ini. Sememangnya pesakit ini perlu diasingkan selagi vaksin dari WHO belum kita terima.

    Nasihat saya pada semua belilah topeng sendiri yang lebih kedap & selamat jika berkunjung ke klinik atau hospital swasta. Sebab memang di sana tumpuan pesakit Selesema B@bi ini berkunjung sebelum sahih & positif mereka dijangkiti.

    BalasPadam
  6. bro pasti ke di rumah family akan awasi anak2 mereka...

    sedangkan time cuti sekolah pun dorg xtau anak dorg pergi ke mana n terlibat dengan apa..

    tau2 je ade yg merempit... hisap dadah..tue pd negetifnya

    bagaimana dengan positifnya..?? kekdag mereka nie bukan jenis suka dikongkong n duk rumah je... pasti hari2 mereka di isikan dgn sesuatu aktiviti...

    yup betul tue.. kebanykan cuti yg diberikan pada IPT sudah cukup membuktikan ade sesetgh insan menyalah gunakan cuti yg diberi untuk makan angin dan bukan dok kurantin di rumah

    BalasPadam
  7. Askum bang...

    Anak saudara sy pernah dinasihatkan dokter untuk buat test H1N1 di hospital setelah 3 x ke kelinik. Dpt surat dokter untuk further check up. Sampai hospital register kat emergency, receptiont tuh kata "Ada 45 org nih, awk nak tgu ker?". Kita dlm keadaan yg bimbang, sudah tentu memilih menunggu. Ini demam biasa jer kan... Adek sy jawab... Ha'a sy dpt surat dokter & sy x rasa H1N1 pun biasa2 jugak ...sambil mencebik... Reception tuh pun kata "Awk amik no & tgu". Lebih kurang sejam nama dipanggil, sbb hospital tuh beri piority bg mereka yg demam.
    Adek sy ke reception tuh dan berkata... tak lah lama sngt pun... & terus beredar...
    Mcm mana sama2 kita nak atasi klo sikap segelintir cam ni...

    BalasPadam
  8. Kalau sekolah tutup, budak-budak duduk kat rumah, sapa nak pantau mereka? Ibu bapa terpaksa keluar bekerja juga.

    Pada pendapat saya, mana-mana sekolah/pejabat/bangunan pejabat yang ada kes selsema babi ni, ditutup, dan seluruh kawasan itu dibasmi kuman, dan semua keluarga ahli keluarga terbabit dikuarantin di rumah atau di sebuah pusat untuk lebih senang memantau.

    Dan seharusnya pada masa sekarang, kerajaan patut mengeluarkan perintah/prosedur yang wajib dipatuhi kepada sektor awam dan swasta apabila ada kes selsema babi di tempat kerja.

    Sekarang ni, yang saya tahu dan dengar, walaupun ada kes selsema babi di bangunan pejabat (tak kira syarikat mana pun), semua yang bekerja di bangunan pejabat tersebut harus datang bekerja juga, tapi dengan memakai topeng.

    BalasPadam
  9. Ramai yang tak patuhi dan memahami larangan bila disuruh 'kuarantin'. Ada yang paham tak perlu pergi sekolah atau pejabat, tapi ketempat lain takpe. Ada yang anak kena virus ni, tapi mak bapak dia ttp keluar bekerja mcm biasa. Mmg kerajaan perlu segera buat kempen penerangan secara lebih berkesan. Ramai lagi berpusu2 di tempat yang sesak tanpa topeng di muka.

    Saya setuju dengan pandangan Bro Mazidul, even Guru sendiri tak pasti nak buat ape sbb takde arahan yang jelas. Patutnya semua sekolah sudah melakukan saringan sebelum bermula sesi persekolahan, setiap hari.

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah, anak kakcik yg dikuarantin di rumah dah sihat semula...

    Takkan nak tunggu "somebody" yang kena virus ni, baru nak ambil tindakan drastik kot???????

    BalasPadam
  11. sokong. semua sekolah dan industri ditutup patut seminggu. semua parent jaga anak-anak di rumah. permulaan puasa ni masa terbaik. bila puasa, kadar air kurang 8 gelas dlm badan, maka H1N1 lebih mudah bertindak. tapi kena betul-betul la..Polis kena kawal, buat mcm darurat ..(emmm...tapi nanti peniaga saman kerajaan pulak sebab rugi bilion-bilion... nyawa bukan penting bagi diorang..)

    BalasPadam
  12. menunggu arahan pihak berkuasa,,,sedang menanti apa tindakan selanjutnya...

    belum kena anak -anak dan saudara mara Pengubal Dasar Negara atau anak-orang besar-besar..

    BalasPadam
  13. Hemat saya, jika sekolah ditutup, sekurang-kurangnya pelajar berada di rumah, sekaligus mereka tidak berada di khalayak ramai. Maksudnya, kebarangkalian dijangkiti air-born virus bertambah kecil berbanding di sekolah.

    Jika sekolah ditutup, kebajikan pelajar menjadi tanggungjawab ibu bapa. Selsema babi, masalah besar, mampu meragut nyawa anak mereka. Justeru, ibu bapa harus lebih peka dan WAJIB memastikan anak 'bercuti' berada di rumah. Jika mereka lalai, nyawa anak sendiri diperjudikan.

    Mewajibkan setiap rakyat memakai topeng muka ketika keluar rumah, satu cadangan baik. Jika dilihat, biarpun 32 terkorban setakat ini, masih ramai anggota masyarakat kelihatan selamba berada di khalayak ramai tanpa mengambil langkah pencegahan.

    Sebilangan syarikat pula dilapor terlalu 'berat' membekalkan topeng muka kepada pekerja, mungkin kerana membabitkan masalah kos.

    Lebih malang, saya dimaklumkan, ada syarikat secara senyap mengarahkan pekerja tidak menghebohkan kes kakitangan dijangkiti selsema babi, bimbang diketahui Kementerian Kesihatan. Kononnya, jika kementerian tahu berhubung penularan berlaku, syarikat akan ditutup dan terpaksa menanggung kerugian. Pemilik syarikat jelas lebih memikirkan soal keuntungan berbanding nyawa pekerja. Tindakan bodoh dan kejam.

    BalasPadam
  14. kenapa ada sesetengah ipta yg bilangan suspect H1n1 nya lagi byk tp ipta itu tidak ditutup pn tetapi yg lainnya di mana sekadar demam shj trus sibuk nak tutup..agak pelik..

    ramai student yg demam dan batuk tidak suka dikuarantin dan masih ke kelas sprti biasa kerana tdk mahu terlalu byk ketinggalan.ttp tdk sedarkan bhw tindakan mereka itu mengundang perasaan bimbang pd student2 lain..mereka lagi rela batuk berdekah2 daripada pakai mask supaya org tak pandang mereka dgn pandangan pelik..

    BalasPadam
  15. dekat2 nak ramadan da nih... abis la...
    bazaar ramadan lagi sesak ramai orang...terawih.... huummm...

    BalasPadam
  16. Komie, Perdana Menteri mengakui kes selsema babi semakin serius biarpun tidak kritikal.

    Setiap hari berlaku jangkitan dan kematian. Ramai berfikir, jangkitan dan kematian hanya boleh berlaku kepada orang lain, bukan kepada mereka. Tanggapan harus dibuang dari minda kita.

    BalasPadam
  17. en mazidul..sebenarnyer ibubapa bukan risau pasal anak kena gi sekolah tapi lebih risau kalau anak cuti sbb teda org nak tengokkan kat rumah.serius ni!

    ramai dikalangan ibubapa yg mmg suruh anak-anak pegi sekolah walaupun demam sbb kebanyakkan dorang teda pembantu rumah.kdg2 cikgu pun naik heran sbb anak-anak yg demam disuruh cikgu yg tolong tengokkan.ape kes??

    kesian cikgu disamping mengajar kena jadi bibik pulak.wat to say :(

    BalasPadam
  18. Bukan selsema babi je orang Malaysia ni tak heran, penyakit lain pun macam tu gak tak ambil berat. Denggi membunuh ramai orang dah tapi orang buat tak kesah gak. Cancer kerana merokok pun macam tu gak. Semua orang tahu merokok membahayakan kesihatan tapi masih ramai tak kisah juga.

    Sebab orang ramai selalu dah terbiasa "nak mati-mati juga, kat maner-maner pun boleh mati".

    Memang betul tapi kalau memandu kenderan dengan pejam mata lepas tu kemalangan boleh ke kita kata "dah takdir nak kemalangan". Kesian kat metaliti orang Malaysia ni dah terkena baru nak ber"aduh". Dari rakyat hinggalah ke atas-atas tu.

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum blogger.

    Apa yang terjadi hari ini adalah kerna sebilangan dari pemimpin tidak mmengambil berat dan tidak pernah mengikuti nasihat Rasulullah SAW.

    Sabda Rasulullah SAW.
    “Apabila kamu mendengar ada wabak di satu kawasan, janganlah kamu memasukinya, dan apabila kamu mendengar wabak berlaku di satu kawasan, kamu pula ada di sana, janganlah kamu keluar dari kawasan itu untuk melarikan diri.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

    Dari pandangan saya, apabila H1N1 atau lebih popular dengan nama selsema babi merebak di Pengajian Tinggi, lebih mengejutkan Pengetua/Pensyarah (yg saya maksudkan adalah ketua sesebuah universiti, saya kurang Ilmu kerna tak pernah masuk U) telah mengarahkan seluruh pelajarnya balik dan mengistiharkan tutup.

    Pihak terbabit sepatutnya meng"kuarintin"kan seluruh pelajar dgn kerjasama kementerian kesihatan bagi memastikan mereka bebas selsema babi sebelum mereka di benarkan pulang.

    Apapun ini sudahpun berlaku.
    Jika mereka mengikut nasihat Rasulullah SAW, insyaAllah kejadian ini dapat di kawal.

    Kesimpulannya.

    Apa yang berlaku hari ini harus di jadikan teladan. Kembalilah kepada pemerintahan yang sebenar-benarnya dgn Al-Quran dan Sunnah.

    Kerna Islam itu sudahpun mempunyai cara penyelesaian bagi setiap permashalat di alam sementara ini.

    Sekian Wassalam.

    ---------------------------------

    Maaf tuan blog.
    Maklumat dan renungan kepada semua tentang keharaman BABI.

    Link : http://mykhilafah.com/sautun-nahdhah/373-sn170-babi--pemimpin-islam-terkeliru-atau-tersepit

    BalasPadam
  20. Petikan dr Berita Harian

    Tengku Puan Pahang,
    lima anakanda hidap H1N1

    Baginda juga meminta kerajaan dan rakyat lebih serius menangani wabak itu yang kini mengorbankan banyak nyawa di negara ini.

    "Saya bimbang kerana pihak tertentu dan orang ramai seolah-olah tidak memandang serius wabak ini. Kesedaran kurang dan majlis yang membabitkan orang ramai masih dianjurkan walaupun penyakit mudah merebak," katanya.

    BalasPadam
  21. dulu mase selsema burung habis burung ngan ayam mati kene bunuh.. sekarang ni selsema babi nape x bunuh babi.. abg mazidul boleh terangkan x kenapa...?? risau2 saya ngandung 7bln... nak gi chek perut kat klinik pun sy takut,,,

    BalasPadam
  22. SALAM. KERAJAAN AKAN BERTNDAK KALAU..

    A) ADA ANAK MEREKA YANG MATI
    B} ADA BERATUS ORANG MATI SETIAP HARI
    C) BOLEH BUAT BISNES DENGAN
    MENDAPAT TENDER MEMBEKALKAN VAKSIN

    BalasPadam
  23. Salam..

    pemakaian topeng pun tidaklah banyak membantu dalam membendung penyakit ni. Kita masih bernafas dengan udara yg tercemar melalui celah topeng muke yang dipakai. Jenis topeng muka seperti n95 pun tidaklah selamat sebagaimana yang diwar2kan. tapi takkan nak pakai 'air-tight mask' pulak kan?

    Cuma dengan pemakaian topeng, sesiapa yg dijangkiti dapat mengelakkan penyebaran virus berkenaan dari berlaku. Individu lain, masih terdedah kepada ancaman virus berkenaan. Elakkan kawasan sesak, tumpuan ramai, membasuh tangan bila perlu. Jika batuk @ selsema yg teruk, elakkan keluar tanpa bertopeng jika anda yang sakit.

    setuju ngan bro zulhassan. kita mmg akan mati, tak kira kat mana, tp jangan sbb org lain mati kerana kejahilan kite.. betul tak?

    BalasPadam
  24. INILAH DUGAAN ATAU UJIAN DARI ALLAH S.W.T BAGI MENGUJI KEIMANAN HAMBANYA MAKA BERSYUKURLAH KERANA IA TANDA ALLAH SAYANG KAT KITA DAN SENTIASA SOLAT HAJAT AGAR UJIAN INI TIDAK BERPANJANGAN

    BalasPadam
  25. Memang ngeri memikiokan pandemik H1N1 ni. Saya satu kuage demam, syukur demam biasa. Ni pun masih pening-pening lagi. Tekak rasa loya, sekarang ada tanda-tanda nak kebah.

    Bro Mazidul, saya setuju beno sekolah ditutup. Ramai pelajar di sekolah yang menghadapi risiko dijangkiti pandemik ni.

    BalasPadam
  26. Assalamualaikum wbt...

    Semua rakyat Malaysia kini sgt takut dan risau dgn wabak merbahaya H1N1 atau Selsema Babi.

    Saya yg tidaklah pandai dan tidaklah tinggi ilmu ini melihat dan mengamati.. Wabak ini berpunca daripada babi/khinzir... itu sudah pasti..

    Macammana sesetengah pihak berwajib menganggap kes kematian berpunca daripada virus merbahaya ini 'masih tidak serius'? Jika setiap hari semakin bertambah jumlah kematian, masih tidak seriuskah??? Apa peranan Menteri Kesihatan?

    Saya tidaklah ingin menuding jari kepada sesiapa tetapi sebagai rakyat Malaysia yg mengamalkan cara hidup bermasyarakat majmuk, kali ini Kerajaan sendiri harus bertindak tegas.. Sebagai contoh, hapuskan semua ternakan babi di Malaysia. Diulangi, hapuskan ternakan babi.

    CUBA IMBAS semula, dulu ketika negara diserang dgn virus/penyakit kuku dan mulut serta selsema burung... habis semua haiwan yg dirasakan pembawa virus tersebut dihapuskan... Sehingga ada pakcik makcik di kampung yg membela lembu kambing dan ayam masa tu sgt rela dan turut akur lagi taat dgn langkah Kerajaan utk menghapuskan ternakan mrk demi memulihkan kesihatan rakyat yg terancam ketika itu... itupun mereka (org2 melayu) dgn suci hati dan sanggup hilang ternakan mereka sekalipun mengalami kerugian...

    Kini, apa yg dibuat terhadap babi? Babi masih bertambah dan tiada sesiapa yg berani utk menghapuskannya? Di mana sumbangan idea yg membina daripada Menteri Kesihatan?

    Sangatlah tidak wajar jika babi diselamatkan dan pihak tertentu hanya menyarankan langkah2 yg tidak efisien kerana "punca penyakit sebenar" tidak mahu dimusnahkan. Dalam Islam ada menyatakan bahawa "MENCEGAH/MENGHAPUS SESUATU YANG MERBAHAYA LEBIH BAIK DARIPADA DARIPADA MERAWAT".

    Pepatah Melayu pula ada mengatakan, "JIKA TIDAK DIMUSNAHKAN BUSUT MANAKAN MATI ANAI-ANAINYA". Ada juga pepatah lain yg biasa didengar "JIKA TIDAK DIPECAHKAN RUYUNG MANAKAN DAPAT SAGUNYA".

    Fikir2lah sendiri...

    Dan...

    Adakah mereka (penggemar makanan babi) itu sayang utk menghapuskan babi kerana tidak dpt menghilangkan ketagihan mereka utk menjamu BAK KUT TEH??? Dlm hal ini... Kpd penggemar daging2 babi, sila beri kerjasama dan hormat kepada kaum lain terutamanya kaum Melayu dan Umat Islam di Malaysia. Jgnlah kerana lahapnya diri anda meratah daging babi, umat Islam yg tidak berdosa terpaksa menerima akibatnya pula... Di mana amalan setia kawan dan hormat menghormati sesama rakyat pelbagai kaum??

    Saya merasa sedih dan merasakan dgn virus H1N1 yg kini semakin kritikal. Sudah ramai org awam yg mati kerana virus ini, sampai bila kita hanya mahu berdiam diri? Babi tetap bertambah dan semakin serius menyebarkan penyakit...

    Saya mengharapkan Kerajaan cepat2lah bertindak dan hapuskan semua ternakan babi di seluruh negara.

    Kita di Malaysia mengamalkan cara hidup saling hormat-menghormati antara semua kaum. Jika hal sebegini tidak dapat dibanteras, kita akan hanya "putih mata" melihat kematian yg semakin meningkat setiap hari.

    Saya amat berterima kasih jika Kerajaan dapat lakukan tindakan yg sewajarnya. Dan juga, semoga PM kesayangan kita semua Dato' Seri Najib Tun Razak akan mengambil langkah terbaik bagi menghapuskan virus yg sgt merbahaya ini. Terima Kasih.

    "NYAWA TIDAK BOLEH DI CARI GANTI"

    -Sayang Agama, Diri, Bangsa & Negara.

    BalasPadam
  27. aik..bukan 38 kew???
    rasa baca td 38 orang...
    jap jap amik sources

    BalasPadam
  28. KUALA LUMPUR 11 Ogos - Jumlah kematian akibat H1N1 meningkat kepada 38 orang apabila 6 lagi kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam. Jumlah kes juga meningkat kepada 2,253 kes dengan 270 kes baru dilaporkan, kata ketua Pengarah Kesihatan..

    -utusan

    BalasPadam
  29. Ramai yang menulis di dalam Blog dengan perkataan ’selsema babi’ termasuk juga akhbar sedangkan perkataan yang telah ditetapkan ialah ’selesema babi’.

    Apabila saya sedari perkataan selsema dieja dengan selesema mengikut kamus dewan DBP. Rujukan seperti di bawah:-

    selesema = demam penyakit mudah berjangkit yg menyebabkan penghidap demam serta berhingus - sumber Kamus Pelajar

    selesema - sakit sejuk: demam beringus, sentiasa keluar ingus - sumber Kamus Dewan Edisi Tiga & Empat

    demam selesema (sesa-sesa) = demam yang menyerang saluran paru-paru & menyebabkan pesakit berasa kesejukan & selalu mengeluarkan hingus, influenza; - sumber Kamus Dewan Edisi Empat

    selesema = hingus sentiasa keluar dari hidung; berhingus Sumber Kamus Pelajar

    Eloklah kita perbetulkan ejaan ini.

    Mungkin semua pihak perlu lebih aktif untuk memperbetulkan kesilapan seperti membuat rancangan bahasa di radio atau televisyen ketepatan ejaan ini.

    Kecualilah Blog saya; saya pula suka menulis Selesema B@bi di Blog saya. Nak menunjukkan betapa cepatnya ia merebak.

    BalasPadam
  30. ini lah tanda akhir zaman...

    hehehehehehehehehheh..

    tapi sayang, kenaapa ada pihak pihak yg masih tidak mnyedari mngapa ini berlaku...

    berapa byk nyawa mahu dikorbankan??

    knapa mahu trus mnerima dan mmbiarkan org masuk keluar negara kita sesuka hati???

    mana tindakan kmntrian plancongan dn kmntrian luar negeri????

    sedarkah bagaimana ia merebak???

    mngapa masih mahu difikirkan keuntungan???

    mahu trus dibiarkan brjuta org mati bru nk amik tindakan kew????

    ish ish ish...sngguh aneh bin pelik bin hairan lg mngajaibkan...

    BalasPadam
  31. Emosi nampak..WAN??

    lebih emosi jika saudara WAN yang terkena.

    BalasPadam
  32. kesedaran masyarakat juga penting,.. bukan totally salah pd kerajaan.. kita kena proaktif dlm memastikan keluarga kita tidak terkena jangkitan H1N1 ini..disamping langkah2 yg perlu diambil.. jgn lupa berdoa dan bertawakal pd Allah Taala..

    pengalaman saya dua tiga hari lepas.. terpaksa ke shah alam bersama anak2.. kami anak beranak memakai topeng muka bagi mengambil langkah keselamatan.., namun yg amat mengecewakan bila orang ramai yg nampak kami pakai topeng memandang kami seolah2 kami pula pesakit H1N1.. hinggakan anak2 bercakap.. "mama kenapa org2 pandang kita mcm pelik jer.." pada hemat saya masih ramai warganegara kita tiada kesedaran tentang hal ini. bagi mereka ini bukan pandemik..dan yg mengejutkan.. sepanjang saya menyelesaikan urusan di shah alam tempohari, hanya saya dan anak2 sahaja yang mengenakan topeng muka sedangkan org lain tidak.. malahan pekerja farmasi pun tidak mengambil langkah berjaga2 ini...

    BalasPadam
  33. langkah lebih agresif perlu diambil bg mengatasi perkara ini.. sekarang ni tgk bukan setakat budak sekolah yg kena kuarantin tak ikut arahan.. tp ada juga student ipt yg sepatutnya kuarantin tp masih mengambil kesempatan berkeliaran di bandar..

    BalasPadam
  34. skrg ni dah start pakai topeng...risau jugak bila dengar kes kematian dah bertambah sampai 32 orang kat negara ni...

    BalasPadam
  35. Hadis Rasulullah S.A.W, Ummu Salamah R.A berkata "Aku mendengar Rasulullah bersabda apabila kemaksiatan dilakukan berterang-terangan di kalangan umat manusia maka Allah akan menurunkan bala besar ke atas mereka secara menyeluruh"

    Kemudian aku bertanya lagi "Ya Rasulullah, apakah ketika itu tiada umatmu yang baik?" Rasulullah menjawab; "Ya memang ada". "Aku bertanya lagi "Apa terjadi dengan mereka?" Rasulullah menjawab " mereka juga akan terkena apa yang manusia kena. Kalau mereka mati ketika itu Allah akan meredhai mereka" Hadis riwayat Ah-mad bin Hambal (Hadis Sahih).

    BalasPadam
  36. walau di tempat saya sekarang wabak ni belum ada kematian

    saya sangat risaukan keadaan di malaysia

    minggu pertama wabak ni dikesan - sebuah suratkhabar di us (kalau tak silap saya) menggambarkan kerisauan, adakah virus H1N1 adalah virus yang akan menyerang majoriti penduduk dunia dan bakal menjadi punca kematian ratusan ribu jutaan penduduk. wabak yang di predict sejak puluhan tahun dulu.

    melihat tahap kesedaran kita, prediction tersebut mungkin jadi kenyataan..

    BalasPadam
  37. Jumlah kematian akibat selesema A (H1N1) meningkat kepada 40 orang apabila lapan lagi kematian - termasuk dua kes yang disahkan di Johor hari ini.-malaysiakini

    BalasPadam
  38. bersama2 berdoa dan meningkatkan tahap kesihatan masing2..

    BalasPadam
  39. sekolah tutup/... budak2 bukan boleh duduk diam2 kat rumah.. keluar tgk wayang!!

    BalasPadam
  40. pelik kerana pada saat masyarakat tgh sibuk dengan virus H1N1 ni ada segelintir manusia yang mengambil kesempatan dengan merompak kedai emas dengan memakai mask.

    pekerja kedai emas yang tidak mencurigai apa2 dirompak dengan menggunakan pistol.so,wajarkah pemakaian mask diwajibkan?

    bagi bro mazidul, wajar ke IPTA di tutup untuk satu tempoh masa kesan dari penularan virus ini?

    BalasPadam
  41. Budak-budak kecil masih boleh di awasi kalu sekolah tutup. masalah yang akan timbul dengan budak yang dewasa ( sek men). Boleh ke diaorang ni duduk kat rumah. DI bimbangi mereka keluar dan menghabiskan masa di luar lebih lama dari di rumah.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.