Jumaat, Ogos 21, 2009

Jangan Bakar Kelambu

Saya berasa agak tersinggung apabila Adamdryx memperkecilkan kerjaya anak buah saya sebagai wartawan. Bagi saya mereka semua berdedikasi membuat pendedahan pelbagai isu untuk menyedarkan masyarakat. Biarpun mereka tidak dibayar elaun seperti diperuntukkan kepada pramugara di syarikat penerbangan.

Sekalipun tidak bersetuju dengan pandangan saya berhubung isu gay, hanya kerana Adamdryx gay, hemat saya dia TIDAK perlu sampai ketahap memandang rendah kerjaya wartawan penyiaran. Hal kerjaya tiada kena mengena dengan isu diperbincangkan. Mungkin marahkan nyamuk, kelambu dibakar?

Biarpun banyak ingin saya perkatakan berhubung kerja Adamdryx sebagai pramugara tetapi saya tidak layak menulis berhubung kerjaya itu.

Namun saya percaya, komen dihantar Kapten Zaren, pelawat blog ini mendakwa juruterbang mungkin menjelaskan segalanya. Beliau lebih berpengalaman melontarkan pandangan.

Berikut komen Zaren.

“Saudara Mazidul, pertama kali saya menulis setelah mengikuti blog ini sekian lama. Sebagai seorang juruterbang yang telah bekerja bertahun tahun dan berpengalaman bercampur dengan pramugari dan pramugara, saya telah masak benar dengan perangai kebanyakkan mereka yang boleh saya katakan kurang bijak, manja tidak bertempat dan serta mengejar keseronokkan semata mata.

Merujuk kepada komen saudara Mazidul "Komen saya, bagus sangat ke kerja PRAMUGARA? Adamdryx, saya ingin awak tahu bukan susah sangat hidup wartawan. Apapun paling pasti kami tidak akan meminta simpati awak untuk hidup biarpun sebutir beras."

Ingin saya katakan kerja wartawan adalah lebih bagus, lebih tingi darjatnya walau selalu di bawah, tidak semua orang boleh menjawat jawatan ini dan kebetulan juga saya dengar ada pramugara dan pramugari yang berjaya menjadi wartawan, tetapi kerana mereka bijak dan memajukan diri. Itu cuma sebilangan kecil yang terlalu kecil untuk di banggakan.

Untuk Adamdryx, usahlah terlalu bangga dengan diri anda, siapa lebih bagus, pilot atau pramugara atau wartawan? Jawapan saya ialah mereka yang kuat imannya. Saya telah menjelajah ke seluruh dunia dan apa yang saya dapati ialah hanya keimanan dalam diri yang harus kita pegang, Islam yang harus kita sandar, bukan alasan alasan 'tidak bijak'.

Saudara Mazidul mengatakan bahawa beliau telah pergi ke USA semasa Adam berusia 13 tahun, ini untuk menyatakan bahawa beliau adalah seorang yang berpengalaman, lebih senior dan lebih bijak dari Adam.

Adam apa ada? Kalau anda betul betul bijak, anda tidak mungkin bekerja sebagai 'pramugara', kerja ini tidak perlu ijazah atau sebarang kelayakan akademik yang tinggi (pada saya ia sama seperti kerja 'non-professional' yang lain).

Tambah lagi, jika anda betul betul bijak, dan lebih bijak daripada saudara Mazidul, anda mungkin sekarang ini bergelar 'lawyer', 'doctor' atau "managing director'.

Apa sangatlah hebatnya kerja sebagai 'pramugara'. Saya tidak menghina kerana saban hari saya akan bekerja dengan mereka di dalam satu kabin malah selalu saya menasihati mereka yang bekerja supaya menjaga keimanan dalam diri (bagi yang muslim) serta menjaga nama baik keluarga dan syarikat.

Akhir sekali, untuk saudara Mazidul, syabas saya ucapkan. Kerja wartawan adalah lebih mencabar dari seorang pilot (cuma tahap 'Pemandu@driver@Chauffer).

Untuk Adamdryx, janganlah cuba menegakkan benang basah. Anda berada di pihak yang salah dan harus cepat cepat bertaubat. Terutama di bulan puasa yang mulia bakal tiba esok.

Selamat Berpuasa”

* Kepada Zaren dan semua pelawat blog ini, selamat berpuasa!

* Kapal terbang bergerak ke atas, ke bawah, ke hadapan. Apa terjadi jika bergerak songsang ke belakang? Eh! Boleh ke?

34 ulasan:

  1. salam bro...selamat berpuasa..
    ini pendapat saya..kalau bro (wartawan penyiaran)tak buka isu ni..kita tahu kah bahawa dunia ni dah terbalik?kalau bro(wartawan penyiaran)tak kupas isu ini dan jadikan satu topik perbualan..bolehkah kita lontarkan penadpat bernas kita?pada saya kerja bro(wartawan penyiaran)adalah murni kerana membuka mata banyak pihak tentang aper yang berlaku dusekeliling kita.saya amat sedih skali perkara ini makin berleluasa..kerana ia salah satu tanda kiamat..akhir zaman..tindakan bro(wartawan penyiaran)hanya menyebarkan yang benar bukan memfitnah orang..niat kita nk bantu..tolong yang boleh pulang ke pangkal jalan..yang keras ati tuemaybe belum seru mereka..saya lihat banyak pendapat bernas yang dapat kita lihat dari pelbagai pandangan serta background..aper yang saya harap bro janganla kecik ati yer..anda dipihak yang benar..niat untuk membantu tapi in your own way..alhamdunillah dari kita sibuk baca tepi kain artis kan lebih kita bincang untuk bantu umat kita yang tersesat..lebih mulia perbuatan itu..nak - nak bulan Ramadhan ni nak dekat..

    saya doakan bro akan lebih maju..tindakan bro untuk paparkan isu ini adalah bernas..try kupas isu lesbian plak..kita tengok sehangat ini tak..

    BalasPadam
  2. Abg Mazidul,

    Selamat Berpuasa.

    Tiada kata yang lebih indah, hanya mendoakan agar Abg dan ADam, bermaafan dan buang yang keruh ambil yang jernih. Tiada kesudahan 'peperangan' ini. Dan tentumya tiada siapa yang menang. Elok lagi berjihad di bumi Palestine, banyak pahala kita yang kita dapat dari bertempur tak tentu arah di sini.

    Maaf jika ada pihak yang tersinggung.

    BalasPadam
  3. Ini entry terakhir saya berhubung Adamdryx tetapi pastinya BUKAN entry terakhir menyentuh isu GAY. Jika Adamdryx terus mendakap kepercayaan dan amalan sama, itu keputusan dia. Moga dengan teguran dilontarkan pelawat blog ini, sedikit sebanyak membuatkan dia mampu berfikira secara lebih rasional.

    Jika dilihat, jarang pelacur membuat pengakuan terbuka, dia pelacur. Perasaan bersalah masih wujud di dalam diri mereka apabila melakukan perbuatan bertentangan tuntutan agama.

    Saya percaya ramai gay di negara kita. Contohnya, satu laman web gay saya kenalpasti mempunyai lebih 7,000 ahli. Mengejutkan? Mungkin tidak kerana masih ramai berkeliaran di lokasi berbeza antaranya di Central Market, spa dan kelab khusunya di ibu kota.

    Barangkali kerana sifat keterbukaan dan human rights, sebahagian mereka secara terbuka mengaku GAY. Saya melihat itu pilihan mereka.

    Di segelintir negara barat, berikutan 'rights', lelaki dibenarkan berkahwin dengan lelaki, begitu juga wanita.
    Diharap, kejadian sama tidak berlaku di Malaysia.

    Jika dilihat ulama dan golongan bijak ugama jarang menyentuh isu gay. Biarpun, pengkid diharamkan Lembaga Fatwa Kebangsaan sebelum ini.

    BalasPadam
  4. kupas lagi bro..saye sokong.....
    ngeh222....bia la org nak cakap ape pun...janji ke arah kebaikan

    buang je lesung pipit tu amik lesung batu plak....

    bro tagline sye skrg

    " lesung batu atas bawah "

    BalasPadam
  5. komen yag bernas zaren!
    i like!

    ya..benar1
    kemana pun kita pergi, aapa pun kerja kita dan siapa kita, bukan itu yg menunjukkan siapa yg lebih baik..

    tapi IMAN itu lah yg kita perlu bawa ke mana pun kita pergis bg bekaLan...

    di akhirat kalaau Allah tanya apa yang kamu bawa sebagai peneman kamu apa kamu nak jawab adam???

    Takkan kamu nak jawab jadi gay makes me a better person???

    enough is enough!
    saya lihat kamu adam selale bercakap dgn mengeluarkan doa dan kata-kata yg berlandaskan agama tapi sedarkah kamu , kamu sendiri telah jauh terpesong????

    jangan jadi orang yg bijak tapi bodoh sebenarnya!

    selamat brpuasa to all of u...especially semua bloggers yg melawat ke sini..:)

    BalasPadam
  6. lesung batu atas bawah = konjer koya

    ewah ewah, beria nampak,

    ingat, gelak tawa akan di akhiri dgn tangisan...

    sudahkah anda lupa?

    BalasPadam
  7. Askum bang...

    Bukan nak menunding... Buka tirai yg tertutp... supaya ramai yg sedar ttg masalah ini... Dah ramai yg tak buat apa2 hanya baca jer... cuba untuk sama2 pikirkan jalan keluar... Sedikit sebnyk individu yg bermasalah tuh pasti ada rasa bersalah dlm diri mereka... Mudah2an terbuka lah pintu hati mereka...



    Selamat Berpuasa pd semua ;)

    BalasPadam
  8. Kpd Konjer Koya aka aper2 lah labu..sudah2 lah tuh..ko nie memalukan lah..jaga sikit bahasa tuh..selamat berpuasa semua..

    BalasPadam
  9. .....Adam di cipta untuk Hawa dan Hawa di cipta untuk Adam.Bukannya Adam di cipta untuk Adam.............fikir2kan lah..

    Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak buat saudara mazidul dan semua umat islam..

    BalasPadam
  10. SALAM . ORANG YG BERSALAH MANA MUNGKIN MAHU MENGATAKAN DIA BERSALAH...SEBAB SYAITAN TELAH MEMBERIKAN NAFSU DAN MENUTUP KEBAIKAN PADANYA....

    BAGI SAYA WARTAWAN INI KERJA MULIA....MENDEDAHKAN KEPINCANGAN SOSIAL....SELAGI MENGIKUTI ETIKA KEWARTAWANAN.SELAMAT MENYAMBUT BULAN POSA..

    BalasPadam
  11. Bro Maz

    Anak saudara saya cakap

    Kapalterbang tak boleh terbang undur

    sebab

    Tak de 'side-mirror'

    he he he he

    Jangan Marah

    Selamat Berpuasa untuk semua Umat Islam - Jom kita Tarawikh kat Masjid Kuning jom malam ni....

    BalasPadam
  12. saudara mazidul,

    jelas...perbezaan org yg memberi pendapat dgn ilmu (fakta) dan emosi...saya suka pendapat pilot zaren...dan anda juga...

    saya suka...saya suka...

    BalasPadam
  13. bangga ade pilot cam en zaren kat msia nih..

    juga bangga ade wartawan2 yang hebat2 kat msia nih..


    salam ramadhan..

    BalasPadam
  14. Terima kasih kepada En. Zaren. Sekurang-kurannya anda cuba menyedarkan orang yang terlalu bangga diri. Selamat Berpuasa kepada semua.

    BalasPadam
  15. Dalam kehidupan seharian ini, kita perlukan orang seperti En. Zaren. Bukan untuk memuji beliau berlebihan, tetapi beliau dapat memberi kesedaran kepada'seseorang' yang memperlekehkan kerjaya orang lain.

    BalasPadam
  16. Kepada semua pengikut blog Bro Mazidul, di ucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA, SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN DARI ALLAH S.W.T. Amin.

    BalasPadam
  17. Kepada Saudara Mazidul teruskan usaha anda dan wartawan wartawan anda. Keep up the good work dudes.

    Terima kasih kepada areque,Nidza@umi dan lain lain yang menyokong hujah saya.

    Pemadam Baru dan Encik bazrul nazlan zainal serta semua, minta maaf nak memperbetulkan fakta, saya bukan 'encik'.Thanks.

    Selamat Berpuasa untuk semua.

    BalasPadam
  18. Kapten Zaren, terima kasih atas pandangan dilontarkan. Biarpun saya percaya anda selalu sibuk tetapi masih mempunyai masa membaca blog tidak seberapa ini. Jika ada perkara berfaedah, simpanlah, jika sebaliknya, ketepikan.

    Sepertimana kerap saya catatkan, pandangan tidak semestinya sama kerana kita manusia berbeza.

    Bagaimanapun, saya sudah menyatakan secara jelas kepada semua, ini entry terakhir saya tulis berhubung Adamdryx.

    Pada mulanya, penulisan saya hanya berkisar isu gay. Akibat tidak berpuas hati, Adam mula membuat serangan peribadi. Saya tidak bertujuan membalas setiap kenyataannya biarpun dia melontarkan penghinaan. Dia harus faham, pada awalnya saya hanya menyentuh isu GAY bukan Adamdryx GAY.

    Baca sahaja blognya. Jika dia mendakwa, pengikut blog ini mencercanya, bandingkan dengan tohmahan dilontarkan di komen entry Adam, GAY mendakwa kononnya kerap berdoa dan memohon Allah mengubah nalurinya agar menjadi normal.

    Hairan.

    Literally 'GAY' bermaksud joyful. Apapun saya harap Adamdryx dan rakan, gembira meraikan kehadiran Ramadhan.

    BalasPadam
  19. Saudara Mazidul, terima kasih juga kerana menerima pandangan saya, yang jarang saya lontarkan di mana mana blog. Benar saya sibuk dengan 'flight-schedule'. Cuma agak terkilan dengan sikap lelaki seperti ADam yang kebetulan 'satu line' dengan kerja saya, yang tidak sepatutnya memperlekehkan serta mempersendakan kerja dan tulisan saudara, walhal, ternyata bahawa beliau tidak sebijak mana.
    Bukan cerita GAY sahaja dikalangan kakitangan penerbangan, malah pelbagai cerita lain lagi yang 'memanaskan' syarikat, malah Negara kita. Saudara tentu masih ingat kisah-kisah video 'melampau' hinggakan ada rakan sejawat, malah saya sendiri menjadi MALU ntuk mengaku bekerja di sektor penerbangan. Ada juga terdengar desas desus dari orang ramai yang menentang niat anak anak mereka untuk menceburi bidang penerbangan akibat terlalu banyak mendengar cerita cerita 'tidak baek' tentang kaitangan penerbangan. Saudara tentunya faham apa maksud saya. Apa pun saya akui bahawa saudara telah melakukan satu usaha yang amat murni yang mungin tidak dapat dilakukan oleh mana mana pihak lain terutama 'pemandu pemandu' seperti kami, yang cuma di benarkan bercakap perihal ketingian, perlepasan dan ketibaan sahaja. Semuga dengan usaha saudara dapat menyedarkan masyarakat serta mereka yang terlibat dalam apa juga masalah social supaya kembali kejalan yang benar dan yang sepatutnya. Maafkan saya juga jika bahasa saya yang mungkin agak kasar serta nahu yang lintang pukang, juga saya bukanlah seorang yang begitu alim perihal agama, tapi berusaha untuk mendalaminya sebaik mungkin, Saya juga cuba untuk menjadi seperti saudara yang menulis 100% dalam BAHASA MELAYU TULEN walaupun berkelulusan luar negara. Tambahan pula lagi saya akan menerbitkan buku penerbangan dalam Bahasa Melayu tidak lama lagi dan sekarang dalam proses pengumpulan maklumat. Hingga sampai di sini, kerana minggu minggu yang akan datang saya terpaksa bertugas mengikut jadual dan mungkin akan ketinggalan lagi beberapa topik menarik yang di utarakan oleh saudara, namun begitu saya cuba untuk membaca semua artikel yang ketinggalan.
    Akhir kata, saya lebih rela membuang masa membaca jadual penerbangan serta lain lain dokumen dan Blog Saudara Mazidul daripada membazirkan waktu membaca blog seorang GAY. Faham maksud saya? Thanks.

    BalasPadam
  20. Kapten Zaren, saya pernah menulis buku sebelum ini.

    Jika memerlukan bantuan untuk saya 'tengok-tengokkan' buku hasil tulisan itu nanti, sila SMS nombor dan tuliskam 'Zaren Blogger 'untuk dihubungi ke 019 2345 360. Terima kasih.

    BalasPadam
  21. Kapten Zaren, terima kasihlah. Sebenarnya apa jua pekerjaan itu mulia, selagi niat kita betul dan apa yang kita lakukan itu mengikut lunas lunas Islam. Sama dengan perbuatan kita. Tiada pekerjaan yang tak baik selagi ia diperolehi dari jalan halal dan digunakan untuk perbelanjaan halal.

    Terima kasihlah kerana memahami kerja wartawan ni. Bukan senang kerja wartawan ni.

    Dan disebabkan kami dah kenal Kapten Zaren, adakah ini bermakna kami akan dapat duduk di jump seat? Dulu selalu dapat sebab ada geng, sekarang sejak si badigol sood tu pi langgar WTC kat NY, terus saya tengok ada selak kunci macam kat toilet rumah. Ciss..

    BalasPadam
  22. sejuk perut ibu yg kandung kapten zaren yer.. :)

    anak combi pun bercita-cita nak jadi pilot gak.insyaALLAH kalau ada rezeki.

    BalasPadam
  23. kak zaren>>>> tabik spring kat akak ..
    hehheheh...
    nnt blh la bwk rq naik flight akak yea..xooxoxoxox..

    hhhahhhahahha...salam ramadhan:)

    BalasPadam
  24. Sdr Mazidul

    Saya dapat rasakan jauh di hati Sdr memang tak ambil hati sangat dengan sikap pun ketelanjuran ADam. Malahan segala apa yang tertera baik di blog ini atau di 360 rasanya lebih kepada sikap "Keterbukaan" murni wartawan.

    Kerja wartawan atau penulis buat kata Kapten Zaren memang mulia jika kita bersikap jujur & ikhlas dalam penulisan & kita memang amat perlukan wartawan seberani Sdr Mazidul.

    Saya sendiri terkadang pelik mana Sdr Mazidul dapat segala kudrat & ilham, tengah malam berjaga sampai dinihari, pasti selalu tak tidur sampai siang... pagi subuh pula terpacul jadi Pengacara di TV3. Siap dengan senda gurau, gelak tawa dengan si Abby tu... tak nampak mengantuk pun. Bila pula masa tidurnya.

    Bagaimana pun saya harapkan Sdr Mazidul terus mendapatkan kekuatan dalam dunia wartawan ini. Kesihatan itu perlu juga sering diambil berat.

    Berbuka apa agaknya hari ini?. Selamat berbuka puasa & tenang menunaikan ibadah.

    BalasPadam
  25. tahniah Sdr Zaren, telus walaupun pahit,
    Iman tidak boleh dijual beli..

    kalau ada luahan Pramugara atau Pramugari lagi elok supaya ada seimbang tanggapan dari masyarakat, terhadap dunia mereka.

    BalasPadam
  26. '''Kesihatan itu perlu juga sering diambil berat'''

    ehem heem nasib baik ada orang prihatin.


    RALAT: Sdri Zaren

    BalasPadam
  27. salam semua
    Cayalah pilot pompuan..proud of you..
    saya pun pilot jugak..tapi pilot atas jalan raya..huhuhuhu

    BalasPadam
  28. syabas KApten.. syabas bro mazidul.. selamat berpuasa.. semoga di bulan ramadhan ini gay2 pun dpt ambil kesempatan utk menginsafi diri...dunia ini semakin singkat utk kita semua bukan semakin panjang...

    BalasPadam
  29. Idan, kekuatan itu lahirnya daripada minat.

    Saya hanya tidur kira-kira 3 jam sahaja dalam tempoh 24 jam. Bagaimanapun, tidur saya cukup nyenyak.

    Waktu kerja, 9-6 tetapi tidak semestinya berada di pejabat kerana saya boleh dihubungi majikan pada bila-bila masa tanpa masalah.

    Untuk menulis dan berkarya di TV, kita seharusnya kerap bergaul dengan masyarakat bagi mendapat maklumat tepat. Jika duduk di pejabat, apa dapat? :)

    Itu, ringkasannya.

    BalasPadam
  30. pandangan yang singkat dan padat...dapat dirasa ianya pandangan jujur dari hati,,,

    BalasPadam
  31. memang betul..apa sangat gahnye pramugara sehingga perlu pandang orang lain kecik dan orang lain semua salah..

    sama macam cleaner di pejabat kerana kena cuci tandas,bersihkan flight,kutip sampah,kutip plastik muntah...

    sama je macam penjual pasal malam sebab tolak troli jual makanan...

    cume beza mereka terbang diatas..tu jer..

    ingat la..tatkala asyik terbang tinggi di atas jangan lupa untuk dongak ke bawah.setingggi mana pon terbang pasti ke bawah juga kita akan landing...

    para pramugara2 ni mungkin berasa mereka sangat istimewa kerana berada di dalam serta dikelilingi wanita2 cantik serta lelaki yang tampan2 belaka..

    tq zaren...paling kurang ada la yang lain sedar jika siapa yang anda tuju itu tidak sedar

    BalasPadam
  32. wartawan kat mesia? hmmmm balik umah gulung tikar. Kalau xde ethics xde makna nye.. Journalists in Malaysia has no face value. I give no credibility to whats written in the paper..

    yg ok nyer sama gak dengan blogger, dua2 xde kredibiliti tapi dgn bloggers we get to know the author, and we can decided whether we want to believe it or not. Nobody's word is Law. Dgn internet, kite boleh baca pandangan org lain begitu saja.

    BalasPadam
  33. i have to agree and disagree with your entry ni.

    just a friendly comment,

    memang btol gay zaman skarang nie telah berleluasa dan kita semua tahu ini adalah salah dan dianggap luar tabii.

    for me, the best is kita study benda nie dengan lebih mendalam.

    adakah gay ini satu pilihan hidup?
    ataupun kejadian lumrah?

    i have a lot of gay friends of my own. it's not that i condone their activities in their daily lives.It's just that i try to put myself in their shoes.

    If let say gay-ness is actually a choice, why would gay people choose this kind of lifestyle when they knew it's going to life even harder for each step of the way?

    Is gay-ness somekind of mental-ilnesss?

    further study need to be research on this topic, sebab percanggahan pendapat dan kepercayaan teramat banyak.

    Saya bukan kata kita patut sokong kaum2 gay. Just an opinion to give it a different perspective in viewing this kind of things.

    if you realize something, most of the gays that has been interviewed before semua penah cakap yang they want to be straight.

    How come being straight is so difficult for some of us when most of us is blessed to like the opposite sex naturally?

    renung2kan...

    slamat beramal :)

    BalasPadam
  34. Salam Mazidul….

    I've seen most gay men act feminine or they move feminine...seriously if you were gay why not just be gay and act normal. Why act so feminine?

    I understand that this is a frustrating issue to discuss because it evokes lots of passionate feelings and opinions. However, it is really very important to remember that we are all human beings and that we all deserve respect. There is no need for insulting and degrading words being hurled at others. Let's all take a deep breath and continue discussing these issues but with a sense of mutual respect.

    People do not choose to be gay anymore than they choose to be short or tall, blue eyed or brown eyed. Does anyone choose to be born Malay, Chinese, Indian, Indian, heterosexual, or homosexual? No, they do not.

    No one wakes up one day and says, "gee, I'm going to be gay." Even to write it sounds silly.

    Try to understand and be more tolerant stop being so judgemental...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.