Saya tinggal di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Selama 3 tahun Persatuan Penduduk memohon Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ membina lampu trafik di simpang empat Jalan Kenyalang 11/3. Berikutan ketiadaan lampu trafik, kemalangan berlaku hampir setiap hari di simpang sama. Alasan diberikan MBPJ, projek perumahan dibina di kawasan berhampiran masih tidak diserahkan pemaju, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, PKNS kepada mereka.
Kira-kira 3 bulan lalu saya menemubual Pegawai Perhubungan Awam PKNS, Mohd Wazir Abdul Ghani di pejabat beliau berhubung permintaan penduduk. Menurut Wazir, PKNS akan berbincang dengan MBPJ untuk menyelesaikan masalah itu. Sebulan selepas pertemuan, tiada tindakan susulan diambil, lalu saya menghantar sistem pesanan ringkas kepada Wazir.
‘Kemalangan berlaku lagi hari ini tetapi tiada kematian. Mayat pertama terkorban saya akan usung ke PKNS’
Sebulan kemudian saya dimaklumkan bajet pembinaan lampu trafik diluluskan. Awal Ogos, lampu terbabit mula digunakan pengguna jalanraya. Terima kasih kepada PKNS dan MBPJ kerana mengambil tindakan biarpun terlewat.
Isu terbaharu, penduduk kawasan sama memprotes pembinaan pasaraya Carrefour, jarak tapak pembinaannya kurang 20 meter dari pagar kawasan perumahan terdekat, Gugusan Dedap. Dua meter di belakang tapak, Sekolah Rendah Kebangsaan Seksyen 11 Kota Damansara. Bantahan mula dikemukakan penduduk kepada pelbagai pihak sejak November 2007.
Bukan penduduk anti pembangunan tetapi di kawasan sama, Giant dan Tesco sudah lama beroperasi. Majoriti penduduk hakikatnya lebih bimbang, pembinaan Carrefour terlalu hampir dengan kawasan perumahan akan menyebabkan kesesakan lalulintas serius dan berbahaya kepada keselamatan pelajar sekolah.
Sewaktu sesi penduduk bertemu pengarah syarikat pembinaan Carrefour pada awal tahun ini, saya bertanya, mengapa pembinaan dimulakan tanpa mengambilkira pandangan penduduk setempat? Wakil syarikat gagal memberikan jawaban.
Timbalan Ketua Pemuda MIC, S. Murugesu saya hubungi jam 3 petang tadi berkata kerajaan negeri masih tidak membatalkan kelulusan pembinaan projek terbabit.
Carrefour dilapor telah melabur lebih 26 juta ringgit membina sebahagian struktur bangunan dijangka siap pada hujung tahun ini.
Menyokong bantahan penduduk, Ahli Dewan Undangan, ADUN Pakatan Rakyat Kota Damansara, Dr. Nasir Hashim dan masih terus mendiamkan diri berhubung isu ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Bantahan penjualan arak secara terbuka di Selangor diketengahkan Pesuruhjaya PAS negeri sama, Datuk Dr. Hassan Ali ditolak Tan Sri Khalid minggu lalu. Dalam kes ini, saya berharap pandangan beliau sama dengan pandangan ADUN dan rakyat di bawah kepemimpinannya.
Jangan nanti guna nama ‘Pakatan Rakyat’ tetapi rakyat dihimpit masalah. Jika itu berlaku, Pilihanraya ke 13 nanti pasti kesannya akan terasa.

Pakatan Rakyat: Paku dulang paku serpih, membangkang orang dia sendiri lebih!
BalasPadamlokasi tak betul. care4 tu nampak mcm kt dlm area perumahan situ je.
BalasPadamPolitik ni kekadang hanya janji tinggal janji. Saya dah mula bosan dengan ahli politik yang hanya tau berjanji semata-mata.
BalasPadamBro Mazidul, mujur kejiranan anda ada 'pendesak' seperti anda yang mempunyai pengaruh yang bukan sedikit.
Agaknya, kalau setiap taman dan kejiranan mempunyai watak Mazidul, selesai masalah berkaitan kemudahan awam...
..Agaknyalah..
itu saudara mazidul yg ada nama buat aduan.. kalau org biasa mcm kami ni.. lagi la tak dihiraukan gamaknya..
BalasPadamBrahim, kekadang terfikir, banyak masalah orang lain kita bantu selesaikan, bila masalah berlaku di komuniti sendiri kena cepatlah menghulurkan pertolongan :)
BalasPadamAwakpun akan buat tindakans sama, I believe.
Politik bergantung jasa serta membalas budi. Segan.
BalasPadamMalu dengan budi yang lepas, jika pegawai kerajaan yang banyak menolong orang semasa berkhidmat ramai akan hormat bukannya takut.
Malu kepada orang yang kerja dengan media masa pun logik juga.
Saya tinggal di Tropicana, hampir sekali dengan Kota Damansara tempat Incik Mazidul.
BalasPadamSekiranya bantahan dikemukakan, saya amat menyokong. Pada saya Kota Damansara sedang dan amat elok sebagai kawasan perumahan yang makmur. Menambah Giant menyesakkan kawasan sedangkan Tesco, The Curve, IKANO, IKEA, Cineleisure bla..bla.. di kawasan yang sama sudah mengundang kesesakan yang menjengkelkan.
Bawa saja pembangunan itu di kawasan luar bandar. Usahlah berebutkan tanah sejengkal di kota dan membiarkan tanah sepelaung di luar kota.
Saya benar ingin biarkan saja kawasan Kota Damansara kekal sebegitu kerana sudah banyak projek perniagaan. Pada saya ianya sudah lebih dari mencukupi.
p/s: Amat menjengkelkan LDP itu. setiap kali petang hari Jumaat, setiap kali bermula musim perayaan, kesesakan tahap yang menyakitkan. Org dewasa tertekan, kanak-kanak terseksa. *Sigh.
en mazidul combi sgt tension skrg.hari-hari kawasan kami,tuaran,tamparuli dan kawasan yg sewaktu dgn selalu teda karen.pehal dgn SESB ni.
BalasPadambayangkan sehari catuan smpi 2 kali.sekali catuan 2 jam dan KDG2 smpi 4 jam.perkara ini dah berlarutan dari bulan may dan sehingga skrg.suda ler siang dicatu mlm masa org nak relaks pun dicatu..adehhh
perkara yg sama ketika combi mula-mula jejak kaki ke sabah tahun 1985 dahulu.hari-hari ada masalah blackout.hari sabtu dan ahad jgn harap dapat lepak dirumah ler.bikin sakit hati dan sakit kepala.semua kerja terganggu.sudah ler skrg musim panas dan berjerebu.
sedeh rasa dihati kerana kita akan menyambut kemerdekaan ke 52 tahun tp masalah karen,air,jln raya mmg masalah utama disabah.malas nak ckp lagi.kpd bapak menteri 'lu pikir ler sendiri'
saja nak reles tensi disini.kalau out of topic sori yer en mazidul ^_^
setuju dengan nyonyaciber. kalau takde orang macam encik mazidul, suara orang biasa mungkin tak didengari.
BalasPadamsekarang ni kalau ada masalah, baik terus ngadu kat media je. bukan tak nak ikut prosedur, tapi malas nak lalui kerenah2 yang menyakitkan hati.
echah.. saya ada mendengar rungutan sebegini dari kawan2 dia sabah jugak.. harap pihak bertanggungjawab dapat mengatasi masalah ini secepat mungkin.. negara dah merdeka.. sepatutnya masalah seperti itu tak timbul lagi.. kesian masyarakat di sana..
BalasPadam... rasakanlah peritnya duduk dikota; habis tu siapa suruh asyik mahu hijrah ke kota...
BalasPadamSdr Mazidul nasihat sy kumpul duit banyak-banyak dah agak mencukupi moh! kita balik kampung. Sungai Bil tu perasan kan estet sahaja sepanjang jalan.
Apa ke jadahnya nak tua di kota, amboi! nak bersesak sampai umur 58! macamlah handal sangat. Biarlah Mat Rempit sahaja berlumba di celah hutan batu di Kota Damansara tu!. Kita kena merancang mencari damai cara yang lain. Mereka yg berduit mana nak layan kita yang tersepit ini.
- knape projek pembinaan pasaraya carrefour diluluskan? saya tak dpt bygkan kesesakan yg bakal penduduk kota damansara hadapi nnt? tak cukup dgn sesak depan dataran sunway tiap2 ari..tk cukup lg ke psr raya BESAR yg ade kt sni? bina psr raya sblh sekolah plak tu..ape lar dorng nie...klu projek tu dpt dihentikan alangkah bagus...-
BalasPadamBuatlah Carrefour di Setia Alam atau di Aman Perdana, atau di Puncak Alam.. rasanya tiada yang akan membantah kerana lokasi kawasan tersebut yang sememangnya tanah lebih sepelaung..
BalasPadamTapi di Kota Damansara nak buat Carrefour? Giant dibina sebelah lebuhraya pun menambah kesesakan yang sedia ada dek The Curve, Ikea dan Tesco...
Dari aspek perniagaan, ditambah dengan kepadatan penduduk, tentunya Carrefour mahukan sedikit dari keseluruhan "carta pai" di situ!!!
Saya tinggal di kawasan itu. Kesesakkan dah bertambah walaupn carrefour masih dalam pembinaan. Ini kerana byk kereta yg menggunakan jln kenyalang sebagai jln pintas masuk jalan utama ke LDP waktu pagi dan petang. Di tambah pula dgn kereta, bas, lori yg di letak dibahu jln berhadapan sekolah seksyen 11 hingga ke flat Dedap. Nak hantar/ambil anak sekolah pn susah. Bagaimana nanti kesesakkan jika pasaraya dah siap?
BalasPadamPendapat saya mereka yg meluluskan pembinaan pasaraya sedangkan ia melanggar undang2 yg telah ditetapkan patut dikenakan tindakan undang2. Mereka tidak boleh dibiarkan lepas tangan sahaja.
no komen..
BalasPadampolitik mmg menjengkelkan dan kotor..
mana-mana pun sama jer
hauhauhauah
dunia sudah terbalik..
Saya hairan membaca komen IDAN. Catatnya ...
BalasPadam'rasakanlah peritnya duduk dikota, habis tu siapa suruh asyik mahu hijrah ke kota...
Sdr Mazidul nasihat sy kumpul duit banyak-banyak dah agak mencukupi moh! kita balik kampung. Sungai Bil tu perasan kan estet sahaja sepanjang jalan'
Haaaaa????
Buat IDAN, awak pastinya bukan penentu rezeki saya serta orang lain tinggal di bandar.
Saya percaya tuntutan kehidupan kita jauh berbeza.
Usah menulis dan mahu kelihatan bijak sedangkan saranan dikemukakan sukar diterima akal.
Saya berhijrah ke kota kerana mencari pekerjaan bersesuaian dengan minat dan kelulusan akademik saya. Tetapi pada masa sama saya tidak pernah melupakan kampung, tempat saya dilahirkan.
Ya, mungkin satu hari nanti saya akan kembali ke kampung halaman tetapi bukan sekarang unless kalau awak menyediakan kerja untuk saya menampung keluarga.
Ada?
abg mazidul... kalau semua org pakat balik dok kg,... byk benar ker kerja kat kg yg boleh menyara kita anak beranak.. siapa pula nak menggalas tanggungjawab menjana ekonomi di bandar.. hehehe perpindahan ke kg bukan jalan penyelesaiannya... mcm abg mazidul.. saya pun kalau ada kerja tersedia kat kg.. nak juga balik dok kg.. tp apakan daya...
BalasPadam