Jumaat, Ogos 21, 2009

Tuhan Nampak

Sewaktu kecil, Ramadhan mempunyai pengertian tersendiri. Diakui, menahan diri daripada dahaga, antara cabaran terhebat berpuasa di zaman kanak-kanak.

Telan atau tidak? Persoalan menerjah minda setiap kali mandi tengahari di sungai berair jernih di depan rumah. Air sungai berbatu mengalir dingin dari gunung terasa mencabar kekeringan tekak. Telan atau tidak?

“Kalau tak puasa orang lain tak nampak tapi Tuhan nampak,” kata emak.

Air diceduk menggunakan tangan kecil, tiba-tiba menitis, tiris di celah jari basah.

Sejuk akibat penat berenang dan menyelam, perut semakin lapar, hampir kebuluran. Tekak kering kontang bagai air perigi di musim kemarau. Perlahan berjalan menyelinap ke belakang rumah, berdiri merenung buah rambutan masak ranum tinggi di ranting pokok. Rambutan berkulit merah, lekang berair dan manis. Perlahan galah buluh dicapai, rambutan dikait, jatuh ke tanah satu persatu.

“Apa fasal menjolok rambutan pula tengahari?,” jerit emak dari dapur.

Tiba-tiba rambutan di genggaman terjatuh sendiri bagai ditarik graviti.

“Untuk berbuka mak”

Alasan spontan terpancul dari mulut berbibir kering.

“Berbuka apanya? Ini baru pukul 1 tengahari,” balas emak bersahaja.

Di rumah, emak sibuk memasak kuih bahulu. Kepulan asap kulit kelapa diletak di atas tudung periuk, ditiup dek angin menerjah tingkap. Percikan api berterbangan umpama kelip-kelip di waktu malam.

“Aduh! Api masuk mata mak!”

“Pergi basuh mata di kolah tu. Melayan awak, sampai bila kuih nak masak,” rungut emak.

Berlari menuju bilik air, tangan pantas mencapai gayung terapung. Hati melonjak ceria, peluang muncul lagi buat kesekian kalinya. Air kolah terasa sejuk. Tekak meraung minta dibilas. Haus keterlaluan. Minum atau tidak?

“Basuh mata, bukan tekak,” nada suara emak sederhana.

Emak bagai memiliki deria ke enam. Gayung di tangan tiba-tiba terjatuh semula ke kolah.

“Tuhan nampak apa kita buat,” sambungnya.

Saya tersenyum sendiri.

Kini Ramadhan tiba lagi. Isteri mengingatkan dua anak kecil berulangkali.

“Puasalah selagi terdaya. Jangan mengelat, Tuhan nampak”

Saya tersenyum sekali lagi. Semoga Ramadhan kali ini lebih sempurna berbanding sebelumnya.

30 ulasan:

  1. Selamat Menyambut Ramadan bro. Teringat kita cover PGA di Tiram dulu.

    Kim salam mem besar.

    BalasPadam
  2. Azween, raya nanti datang rumah :)

    Hazrey, bukan mudah diperhatikan apabila duduk di belakang truck :)

    Nasib baik ada anggota PGA kata ..

    "Rileks la, tak ada apa"

    Peristiwa sama usah diulang di Pulau Rawa, faham?

    BalasPadam
  3. Salam Ramadhan,
    Moga bersama beroleh keberkatan, keampunan dan kemenangan dari Allah SWT.

    BalasPadam
  4. Bro Maz

    Selamat Ramadhan dan selamat bersahur.

    he he he

    Di luar negara bila bulan puasa lebih besar dugaannya, siapa pun tak tahu atau tak menegur.

    Sendiri mau ingat. Sendiri iman mau kuat. he he he kadang kadang ada gak aku terlepas...

    Nota: Pilot tu boleh tahan la, chun tapi tegas dan garang... he he he siap bagi nombor phone tu... he he he he he he

    BalasPadam
  5. Biasalah.zaman kanak kanak.Air paip pun sedap.Selamat berpuasa mazidul.

    BalasPadam
  6. mungkin saudara mazidul boleh masukkan pasal puasa ni dlm 360..psl org2 tak posa ni..

    BalasPadam
  7. kalau nak kenyang agak lama.. sampai ke petang.. banyakkan makan pisang waktu bersahur. Insyallah... budak2 boleh bertahan skit...
    _____________________
    View Profile: Rantong™

    BalasPadam
  8. salam ramadhan & selamat menunaikan ibadah puasa...

    BalasPadam
  9. peristiwa di bulan puasa ni banyak yang menggamit nostalgia. Saya kurang ingat ragam sendiri masa kanak2 dulu, mungkin tak berapa happening kot, hehehe....
    Cuma satu cerita tentang anak lelaki sy yg agk kelakar semasa dia mula berpuasa diusia 6 tahun...kiranya hari tu adalah hari pertama puasa, sblh ptgnya bila ambil dia di tadika (beserta daycare)dia dah mengadu, "tekak abg ni dh nk trbakar, mulut dh panas dah ni", hehehe, sy faham, dia haus sgt, nk minta buka puasa. Tp sy tetap encourage dia spy bertahan. So saya bawa dia ke bazar ramadan untuk beli juadah berbuka dan biarkan dia memilih sndiri. Dlm byk2 benda dia cuma pilih air bandung je, yang lain semua geleng. So sy belikan satu gelas utk dia, dan peniaga tu siap bg straw. Semasa drive pulang tiba2 terdengar " hmm, puas!" dan sy dapati air bandung tu dah setengah dikerjakannya. Marah, marah la jugk tp nak buat camana, lupa nak pesan mcm mak en mazidul, TUHAN NAMPAK APA YANG KITA BUAT....

    BalasPadam
  10. Selamat menjalani ibadat puasa kepada semua rakyat Malaysia...semoga ibadat kita pada tahun ini adalah lebih baik daripada tahun2 sebelumnya

    BalasPadam
  11. selamat Berpuasa kepada semua pelayar.

    di Kelantan bila mula Ramadhan jer, mula la bunyi mercun 9/10 das ke udara,
    setiap malam.

    BalasPadam
  12. slm ramadhan al mubarak en mazidul..

    teringat kisah dulu-dulu combi pun sama kjap-kjap gi bilik air nak basuh muka kunun tapi..hehehe :p

    ayah dah warning "sape yg tak puasa jgn harap dapat makan bersama" :(

    sampai lembek muka pucat pun sanggup tahan lapar sbb nak buka puasa bersama dgn dorang.

    ustaz pun ckp gak..kalau sape tak puasa nnt tak bole masuk syurga yg dibayangkan mcm disneyland tuu..ekeke :p

    siok oooooo jadi budak-budak kan.. ^_~

    BalasPadam
  13. salam semua,

    gunung jauh seberang sempadan
    mentari berlabuh diufuk barat
    selamat menyambut bulan ramadhan
    tambahkan ilmu amal ibadat

    BalasPadam
  14. Salam Ramadhan buat abang Mazidul sekeluarga, semua krew2 360 serta para bloggers...

    BalasPadam
  15. 1st, Selamat berpuasa kepada Bro Mazidul sekeluarga.. Cerita yang Bro kisahkan tentang telan atau tidak ni, mengingatkan aku tentang kisah di zaman kanak-kanak. Tapi, Bro masih terselamat dari minum. Aku.. hehe.. Tuhan sahaja yang tau. (Tapi zaman kanak-kanaklah)

    BalasPadam
  16. Janganlah kita berpura-pura mempunyai penyakit yang menghalang kita dari berpuasa. Sesungguhnya, ALLAH maha mengetahui.

    BalasPadam
  17. Dua kali membaca kisah Tuhan nampak ni, terasa geli hati mengingatkan kembali zaman kanak-kanak. Huuu..

    BalasPadam
  18. Bos!!!

    Selamat Berpuasa dari kami sekeluarga Bossssss!!!

    Dj Epoi Family

    BalasPadam
  19. Ramadan Di Sungai Bil tentunya tak sepanasnya bahang di kota, cumanya Sdr Mazidul cabaran di kampung mesti jauh lebih mencabar berbanding di kota. Ianya benar-benar menguji kita tentang kejujuran & keikhlasan kita dalam berpuasa.

    Di kampung kita lepas bebas, jika nak menyorok berbuka pun siapa nak ambil tahu. Tambahan Sg Bil tu kan ada jeram yang dingin untuk berendam. Di kota jangan main-main siap-siap ada yang kena arak dengan Van Jenazah seantero kota. Kesibukan & bahang kota yang rakus jika dijadikan sandaran untuk cabaran beribadah ianya juga amat menyedarkan betapa puasa itu benar-benar menguji kita. Pun puasa itu banyak menghimpun rahsia diri terutaman di jiwa dalaman kita. Bagaimana pula mereka di perantauan?..

    Selamat berbuka puasa.

    iDAN: Teringat akan Kerabu Bunga Betik Arwah Emak

    BalasPadam
  20. salam Idan,

    (buta sejarah sikit) sungai BIL tu sebelah Sg NIL kerr??

    BalasPadam
  21. Idan.

    Cabaran itu subjektif,
    masa, lokasi, umur,cuaca,godaan, Seksi depan mata, pekerjaan burh kasar, samada dalam bilik berhawa dingin atau tidak dan lain-lain.

    BalasPadam
  22. Slm ramadhan.
    smga amalan kita mendapat keberkatan.

    BalasPadam
  23. saya senyum membacanya... "tuhan nampak"..salam ramadhan

    BalasPadam
  24. zeq>>>>>>>>wakakkakakak
    gi google..
    go go...

    BalasPadam
  25. dlm sejarah adik beradik areQue...areQue la teruk ckit kot..

    start pose penuh masa darjah 4..

    wakakkakakka

    adik beradik aku sume pose penuh start drjh 1...hhehehehhe

    BalasPadam
  26. Kanak-kanak zaman sekarang kebanyakannya dididik dengan "dangling carrot" - setiap puasa penuh akan diberi minimum RM1. Jadi kanak-kanak ini akan sedaya upaya berlapar supaya pada hari Raya nanti dapat la "carrot" tadi.

    Pada saya, cara ini adalah salah. Dan saya tidak akan mendidik anak saya dengan cara ini. Cara ibu Mazidul lebih bagus. Dan sememangnya ibu ada deria keenam dalam soal mendidik anak.. hehehehe..

    BalasPadam
  27. Teringat gak dulu kecik2 saje jolok jari dalam mulut supaya muntah dengan sengaja. Alasan paling berkesan tak nak berpuasa. Masa kecik mmg banyak akal nak kelentong mak.ish3..hehe =)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.