“Suluh sana!,” arah saya kepada jurukamera bertugas.
Dia merangkak pantas bak buaya memburu mangsa di dalam paya cetek berair hitam dipenuhi pokok keladi bunting. Di sebelah saya, berdiri dua anggota polis wanita, WPC memerhati, serba salah.
Tanpa berfikir panjang, saya melompat dan secara kebetulan kedua kaki mendarat di atas belakang lelaki Cina itu. Ketika itu berat saya 115 kilogram. Dia meronta ganas cuba memboloskan diri. Hampir terjatuh, saya sempat merentap kolar kemeja lelaki bertubuh pendek tetapi sasa itu sekaligus melepaskan beberapa tumbukan kencang ke keningnya. Kedua belah kaki saya berasa sejuk, kasut Nike ACG baharu saya beli dimasuki air paya bercampur bahan kumbahan flat kos rendah di kawasan berhampiran.
“Ok! Ok! Cukup! Cukup! Gua talak lali!,” jeritnya kesakitan.
Dua WPC berpakaian preman tadi pantas terjun dari tebing dan beberapa saat kemudian mereka berjaya menggari lelaki terbabit. Darah merah mengalir di bahagian atas mata kanannya. Manakala, di pondok kayu berhampiran, pegawai dan anggota polis dari Bahagian Narkotik berjaya memberkas rakan suspek. Hasilnya, hampir 2 kilogram dadah jenis heroin berwarna merah jambu ditemui dan dirampas di pondok sama.
Kejadian itu berlaku di Johor Bahru, Johor pada tahun 2005, saya lupa hari dan bulannya. Liputan operasi terbabit disiarkan di dalam program ‘999’, cuma visual kejadian itu terpaksa saya sunting kerana pada ketika itu kes ini belum dibicarakan di mahkamah.
Pulang dari Pulau Rawa, kini saya di Johor Bahru. Semalam saya bertemu antara pegawai narkotik bertugas dalam operasi sama. Beliau, sahabat saya, kini berpangkat Cif Inspektor, 4 tahun lalu, Inspektor.
“Bang, Cina awak tangkap tu kena hukuman gantung. Dia sabit kesalahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Kawan dia pun sama,” ujarnya puas.
“Terpaksa tangkap tuan, kalau terlepas tidak dia akan ‘bunuh’ ramai anak bangsa,” balas saya.
Kami tersenyum bersama.
Pelbagai pengalaman cemas, ngeri dan mencuit hati saya tempuh sewaktu bertugas sebagai wartawan program ‘999’ sebelum ini. Banyak lagi kejadian seumpamanya tetapi biarlah saya simpan sebagai kenangan sebelum menutup mata.
* Hazrey, terima kasih kerana 1. belanja krew 360 makan di Restoran Singgah Selalu 2. bagi naik kereta baharu 7-seater 3. sudi 'lepak' bersama
Dia merangkak pantas bak buaya memburu mangsa di dalam paya cetek berair hitam dipenuhi pokok keladi bunting. Di sebelah saya, berdiri dua anggota polis wanita, WPC memerhati, serba salah.
Tanpa berfikir panjang, saya melompat dan secara kebetulan kedua kaki mendarat di atas belakang lelaki Cina itu. Ketika itu berat saya 115 kilogram. Dia meronta ganas cuba memboloskan diri. Hampir terjatuh, saya sempat merentap kolar kemeja lelaki bertubuh pendek tetapi sasa itu sekaligus melepaskan beberapa tumbukan kencang ke keningnya. Kedua belah kaki saya berasa sejuk, kasut Nike ACG baharu saya beli dimasuki air paya bercampur bahan kumbahan flat kos rendah di kawasan berhampiran.
“Ok! Ok! Cukup! Cukup! Gua talak lali!,” jeritnya kesakitan.
Dua WPC berpakaian preman tadi pantas terjun dari tebing dan beberapa saat kemudian mereka berjaya menggari lelaki terbabit. Darah merah mengalir di bahagian atas mata kanannya. Manakala, di pondok kayu berhampiran, pegawai dan anggota polis dari Bahagian Narkotik berjaya memberkas rakan suspek. Hasilnya, hampir 2 kilogram dadah jenis heroin berwarna merah jambu ditemui dan dirampas di pondok sama.
Kejadian itu berlaku di Johor Bahru, Johor pada tahun 2005, saya lupa hari dan bulannya. Liputan operasi terbabit disiarkan di dalam program ‘999’, cuma visual kejadian itu terpaksa saya sunting kerana pada ketika itu kes ini belum dibicarakan di mahkamah.
Pulang dari Pulau Rawa, kini saya di Johor Bahru. Semalam saya bertemu antara pegawai narkotik bertugas dalam operasi sama. Beliau, sahabat saya, kini berpangkat Cif Inspektor, 4 tahun lalu, Inspektor.
“Bang, Cina awak tangkap tu kena hukuman gantung. Dia sabit kesalahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Kawan dia pun sama,” ujarnya puas.
“Terpaksa tangkap tuan, kalau terlepas tidak dia akan ‘bunuh’ ramai anak bangsa,” balas saya.
Kami tersenyum bersama.
Pelbagai pengalaman cemas, ngeri dan mencuit hati saya tempuh sewaktu bertugas sebagai wartawan program ‘999’ sebelum ini. Banyak lagi kejadian seumpamanya tetapi biarlah saya simpan sebagai kenangan sebelum menutup mata.
* Hazrey, terima kasih kerana 1. belanja krew 360 makan di Restoran Singgah Selalu 2. bagi naik kereta baharu 7-seater 3. sudi 'lepak' bersama
Salam ramadhan...
BalasPadamsaudara mazidul... sy sebagai rakyat malausia yang terluka dengan isu malaysia - indonesia sejak akhir2 ini makin keruh rasa terpanggil utk mengutarakan isu ini agar pihak anda akan memaparkannya pada saluran anda utk makluman umum, bukan utk membuat provokasi tetapi utk menyatakan pada rakyat kita apa sebenarnya yang pandangan indonesia pada malaysia sebenarnya.
1. Sy kecewa diatas tindakan sambil lewa pemerintah kita yang x alert tentang isu ini, mungkin ia nampak remeh pada kita tp tidak pada warga indo. Semua ini dapat kita lihat dalam blog2, forum2 yang terang terangan menhina malaysia. sy boleh bagi link nya:
http://www.topix.com/forum/world/malaysia/TP4054NVFBNTVA09R
http://rasasayange-malaysia.blogspot.com/
http://www.malaycelaka.blogspot.com/
http://www.nkrijaya.co.cc/
ttp://www.youtube.com/watch?v=PlEo_GeVo7w
http://www.youtube.com/watch?v=A3-CkkUTprY
http://www.youtube.com/watch?v=fwhIrWNFo-4
dan banyak lagi...
sampai bila kita membiarkan finomena ini berterusan... media merka tidak henti2 memmbuat provokasi menghasut rakyat mereka supaya membenci malaysia, terbaru adalah isu tarian pendet... Setahu sy tak pernah pn malaysia mengklaim tarian pendek tu... cuma apa yang berlaku adalah kesilapan teknikal discovery chanel... berkali2 dijelskan masih tak nak terima... tak tau la apa kena dengen indonesia ni... cuba korang tengok kat sini
apa media indonesia suka memaparkan berita secara membuta tuli... macam kes Ku TT & nabohara juga... masa dia org hentam kita sibuk mintak kita minta maaf, sekarang bila kebenaran terserlah nape dia orang x nk plak minta maaf???Sampai bila la dia orang nk hentam malaysia, mentang2 la kita senyap je... tv dia org sama naik buat provokasi hentam kita, tv kita dengan bangga pasang drama2 karut dia orang, tv3 siap promote melawat indonesia... kenapa la kerajaan tak alert benda mcm ni...walau pn dah berapa kali kita jelaskan bukan salah kita pasal isu tarian tu tapi mereka tetap nk hentam kita... bukan itu saja,
tindakkan membuta tuli media indonesia yang terus menurus membuat provokasi menyebabkan isu rumahtangga dijadikan isu dua negara... hingga tercipta blog2, forum2 menghina rakyat malaysia dan kelantan, menghina pemerintah dan sultan, menghina maruah malaysia tanpa mengira sensitiviti org lain... sy sedih dengan isu ini, lihat saja skrg antara malaysia dan indonesia semakin tegang kerana media indo yang tidak henti2 membuat provokasi supaya rakyat indo membenci malaysia. Sya terkejut mengikuti reaksi media dan rakyat indo kebelakangan ini tentang "tari pendet" Umum sudah tau yang tarian itu memang dari jawa, dgr sj musik kita sudah tahu asal usulnya, nahas saja klu Malaysia mengakui itu budaya kita, namum walau pn sudah berkali2 diterangkan bahawa itu adalah kesilapan teknikal Discovery chanelHarus diingat DC itu milik siapa mungkin ada agenda utk menlagakan negara serumpun,siapa tahu?) dan pihak kita jg telah bertubi2 memohon maaf walaupn pd hakikatnya itu bukan salah malaysia namun warga indo ttp jg menghentam malaysia seenaknya. Malah semakin byk isu mengklaim budaya dibangkitkan seprti asalusul silat,keris,batik,wayang kulit lagu rasa sayang hey,ikan arowana sampai makanan seperti satay dan rendang pn menjadi isu antara 2 negara, sampai bila indonesia terus menerus membenci malaysia???
Aku bukan cuba membuat provokasi disini supaya membenci Indonesia kerna masih ramai diluar sana warga indo yang jerneh hati & fikirannya namun aku terfikir sendiri didalam Suasana Malaysia menerima kehadiran indonesia tak kira dari segi karya seninya, TKI, Pelancongan, rupanya2 setengah rakyat indo membenci malaysia dengan membakar bendera kita, mewujudkan blog2 dan forum menghentam malaysia, media indo tidak henti membuat provokasi... dan banyak lagi...
BalasPadam"MENGAPA FENOMENA INI HARUS TERJADI???"
Kita negara serumpun harus teguh bersatu bukan menghentam antara satu sama lain, apakah kita ingin jadi eperti negara2 timur tengah??? Apabila mereka tidak bersatu begitu mudah Israel & yahudi laknatullah menyerang mereka... apakah kita negara serumpun ingin jadi seperti mereka??? Guru aku selalu berepesan:
"Kita ini ibarat seikat lidi, jika kita banyak dan bersatu susah utuk orang nak patahkan kita, tapi jika kita cuma sebatang dengan dua jari sj org bisa patahkan kita"
Renung2 kan...
Saya rasa media kita juga harus memainkan peranan membela hati rakyat malaysia yang sudah cukup terluka dengan sikap membuta tuli warga indonesia menghentam malaysia, kita tidak pernah membakar bendera meraka, menyerang kedutaan mereka, media kita jg tidak pernah menghentam mereka walaupun warga mereka yang datang kesini merompak, meragut, merogol anak dan kanak2, menyiksa anak majikan... kerana kita mejaga sensitivity negara serumpun tapi mereka tidak pernah menggap kita negara serumpun mereka malah musuh yang patut ditentang...
kita menerima karya seni mereka, warga merekaviar pn insan seni kita begitu payah utk bertapak di negara mereka, namun mereka mencemuh kita, terbaru berkenaan isu tarian pendet universiti mereka juga mula menyekat kemasukan rakyat malaysia utk belajar disana...
Undip rejects student applications from Malaysian citizens
The Jakarta Post | Wed, 08/26/2009 8:37 PM | National
Diponegoro University (Undip) has rejected student applications from Malaysian citizens for the 2009-2010 academic year following the recent Pendet dance controversy.
“The decision is an expression of our patriotism,” the university's rector Susilo Wibowo said, as quoted by Antara state news agency on Tuesday in Semarang.
He said Malaysia did not appreciate Indonesia's cultural heritage as it kept claiming aspects of Indonesia’s culture as its own, such as the Pendet, Reog and Rasa Sayange traditional songs and dances.
The university, Susilo added, would continue to cooperate with some Malaysian universities in technology and other sciences.
The university's spokesperson Agus Naryoso said his office would still allow Malaysian students to finish their studies.
“Many Malaysian students used to study at the medical school, but there are none this year as we are no longer accepting students from our neighboring country,” Agus said.
The university, Agus added, had welcomed 9,151 new students this academic year. (ewd)
klu nak diceritakan disini memang panjang berjela2, sy dan blogger2 yang selama ini pertnah berhadapan dengan blogger2 indo yang biadap dan terang terangan menghina malaysia amat berharap pihak 360 atau apa saja bentuk siaran boleh mengutarakan isu ini agar ada pihak yang akan mengambil tindakkan seterusnya utk memulihkan hubungan yang kian karuh...
apa-apa pun selamat bertugas..
BalasPadamhazrey beli kereta baru... mintak dia belanja aku sekali bro.. ekekekek...
BalasPadamapapun tahniah bro MAS... tidak sia2 kasut baru itu terbenam dalam lumpur.. ekekekke
salam kat semua
BalasPadamBang, sekurang2nya abang dah selamatkan; kalau tak ramai sedikit anak bangsa kita..Allah will pay you on the good deeds..insya allah
media kita tak main peranan??? atau kita masyarakat bersopan santun??? rakyat malaysia malas nak layan perangai "kebudak-budakkan" indo??? adakah pihak berkuasa kita kurang mengambil perhatian???? ....yang jelasnya memang mereka memijak kepala kita. tepuk dada, tanyalah selera. wajarkah????
BalasPadamwow..bro Maz landing atas lelaki Cina tu, mesti sakit badan lelaki tu...hehe....
BalasPadamIsu rakyat Indonesia membuat provokasi serta menghina Malaysia memang dah lama saya pantau....sejak akhir-akhir ni hubungan antara kedua-dua negara agak 'panas' disebabkan isu tarian Pandet dan juga isu blok Ambalat...
Sebagai anak jati Malaysia, tuduhan yang dilemparkan oleh pihak Indonesia terhadap Malaysia agak keterlaluan dan melulu...ditambah lagi dengan provokasi oleh pihak media negara tersebut...
Harap pemimpin-peminpin Malaysia segera melakukan sesuatu dalam menangani provokasi negara jiran..
Siapa tidak panas bila negara kita dituduh sebagai "maling" = pencuri oleh rakyat mereka...dan juga penghinaan terhadap Yang Di-Pertuan Agung, lagu kebangsaan, jata negara, bendera Malaysia dan lain-lain lagi...harap bro Maz boleh mengupas isu ni...
Bro, tu semua masuk bil. Haha. No prob. Make sure kasut tak berpasir bila naik keta tu.
BalasPadamSdr Mazidul
BalasPadamKerjaya Wartawan ini memang menguji kesabaran. Bukan calang-calang orang yang terpilih & berjaya dalam kerjaya ini. Malahan jika Wartawan itu ditugaskan di medan perang belum tentu peluru itu mengenal mangsanya.
Saya berharap sangat satu ketika nanti seorang Wartawan yang melibatkan jenayah seperti Sdr dibenarkan memiliki senjata api untuk keselamatan diri. Paling tidak ada kawalan dari pihak keselamatan jika mahu ke sesuatu lokasi. Menyamar dengan tangan kosong memang amat bahaya.
Bila saya mengikut perkembangan kerjaya Sdr Mazidul pun, kerap amat diugut malahan pernah dilokap perbagai. Semata-mata mencari isu kebenaran, apalah bedanya dengan Polis atau Petugas jenayah yang lain. Sementelah jika wartawan menyentuh isu politik begitu ramai wartawan yang disumbat ke ISA.
Jika saya menjadi Sdr pun tak dapat dibayangkan bagaimana sukarnya mahu melelapkan mata bilamana bersama dengan perbagai kejadian trajis & ngeri.
Kes provokasi jiran kita dari seberang itu sesungguhnya kerap kali menaikkan tekanan darah tinggi saya. Saya banyak mengulas masalah remeh Manohara yang dipolitikkan di blog saya sebelum ini & berharap amat kebenaran itu akan memihak kepada kita.
Bayangkan dari asal kejadian kes tersebar di YouTube tenguk wajah Monahara memang saya teruja sekarang bilamana tenguk imbasan bayangnya pun saya amat benci. Apatah lagi tenguk wajah ibunya!.
Samalah kes TKI/PATI bagi rakyat mereka di sana terusan menyalahkan kita tetapi moh! ke Penjara Kajang ribuan TKI/PATI terpenjara di sana.
"Tarian Pandet" yang Azrul Hisham ceriterakan silap-silap buat kita terusan melatah.
Dalam masa yang sama keluarga mertua saya masih ramai saudara mara di Jawa Barat. Malahan Mak Mertua Muda,... muda dari isteri saya, wanita muda saya kena panggil emak! Alahai!!! (Arwah Pak Mertua saya kawin dengan orang Indonesia) pun orang seberang.
Bak kata Amoymelayu jernih hati & fikirannya masih ada. Si Anif anak ke tiga saya pun dibesarkan oleh si Seri orang Jawa Timur. Baik gadisnya, lebih dua tahun dia tinggal bersama keluarga saya. Suka sangat bunyikan jam loceng jam 1:00 .. 2:00 pagi. Dia lari rumah sebab ditipu oleh Mas Joko lantaran kena panah asmara. Bibik janda Madura pun hampir setahun jadi pembantu rumah saya. Baik & rajin sangat; orang Madura memang kita tahu akan garangnya, dia lari lantaran sering mengadu isteri saya memang lagi garanglah banget.
Malahan jika saya ke Meru ke rumah Pak Toyo pangkat Pak Saudara orang rumah saya. Segala ulam-ulaman dia sediakan untuk saya. Dia tahu saya memang hantu ulam. Pak Toyo pun masih dikira PATI.
Banyak lagi kisah jernihnya hati orang seberang. Terutama siapa tak kenal Ulama & sasterawan Prof Dr. Hamka. Saya amat menyanjungi Allahyarham Pak Hamka termasuklah yang baru pergi meninggalkan kita WS Hendra dunia penyairannya amat saya kagumi. Belum artisnya, sejak bujang saya amat gila akan Titiek Puspa.
Maka itu saya sering menulis, jika kita marah seseorang ingat akan kebaikan seseorang itu, pasti ada sesuatu yang baik sejak kita kenali dia; pasti sesuatu yang baik itu akan jadi penawar. Lagi pun kita kena faham semua kita punyai kelemahan diri... api kemarahan akan cepat padam dengan memujuk hati kita berfikiran positif begitu; berbaik sangka.
Jadinya kita lupakan sahaja provokasi yang mereka mainkan. Ada sesetengah masalah itu akan terlerai dengan sendirinya. harap-harap begitulah. InsyaAllah
Tarian Pendet:
BalasPadamhttp://id.wikipedia.org/wiki/Tari_Pendet
Jika kita suka filem Melayu dahulu pasti kita perasa sering pelakonnya menyebut.. hai Dewata..
Baik Hindu atau Jawa memang ramai kaum ini di Malaysia. Orang Melayu pun semua tahu Tawarikh kan..
Jikalau Parameswara tidak memeluk Islam pada tahun 1414 melalui perkahwinannya dengan Puteri Pasai, Indonesia dan menukarkan nama beliau kepada “Raja Megat Iskandar Shah”, Melayu pada hari ini... mungkin masih lagi beragama Hindu. Entah-entah Puteri Pasai ini pandai menari Pendet.
Tarian Pendet memang sejarahnya dari seberang tapi apa salahnya jika kita anggap milik bersama. Yang bawa pun orang seberang. Ramai amat sejak merdeka orang seberang pun telah jadi warganegara di sini. Bagi saya nak buang Tarian Pendet sebagai icon negara kita, macam kita nak buang bini kita juga. Asal kejadian isteri saya pun orang seberang. Isteri saya kalau marah pasti cakap jawa... saya & anak-anak tak faham pun...Sayang saya tak pandai menari Pendet nak memujuk bini marah!!! Macama mana tu?!¿.
Bro Mazidul,
BalasPadamTahniah bawak pengedar dadah ke tali gantung. Isunya bukan sama ada dia Cina, India, Melayu atau apa saja. Tak kira siapa, kalau jual dan edar dadah, memang patut pun tak ada di bumi bertuah ni.
Saya sokong ulasan blogger lain tentang bertapa rendah pandangan Indonesia terhadap negara kita. Hakikatnya, dahulu sebelum merdeka, Soekarno juga melancarkan "Ganyang Malaysia" kerana mahukan kita menyertai pakatan 'Indonesia Raya' yang menggabungkan TM, Jawa, Sumatera, SIngapura dan Borneo, tetapi ia gagal kerana Tunku bertindak membentuk Malaysia.
Agaknya, api kemarahan Soekarno masih bernyala dan bertambah marak dengan provokasi media yang tidak matang.
Sabar jerlah, macam penyokong ARsenal yang kalah dengan Man U malam tadi, keh keh keh keh...
Bro, kalau ada cerita lagi yang menarik untuk di kongsikan, apa salahnya di sertakan dalam blog ni. hehe. Seronok untuk di baca.
BalasPadamAnda seorang yang berani.. hehe
BalasPadamSebenarnya aku sedikit tekilan dgn keadaan hubungan Malay-Indo..
BalasPadam80% rakyat Indo sgt membenci Malaysia.. tidak hairanlah jika masalah kecil adalah sensitif bagi Indo..
Aku bukan nak buat Provokasi tapi cuma nak ketengahkan apa yang sedang berlaku..
Jika kamu pergi ke mana2 Forum,web/blog atau Youtube..korang akan dpt rasa bahang panas Malay-Indo.. masing2 saling memaki hamun..
Tersemat di hati Indo..Malaysia harus di Ganyang!.. Malaysia hamba British! Malaysia harus di hapuskan! Malaysia Maling! Byk lg kata2 kotor yang di hamburkan.. Suasana tegang bermula setelah penubuhan Malaysia.. pasang surut yg tak kunjung habis..
Media masa Indonesia sgt memainkan peranan dalam mengeruhkan lagi hubungan Malay-Indo..
Yang terbaru berita TV Indo menyiarkan tentang penulisan comment forum yg menghina lagu Indonesia..seperti biasa media Indo ternampak jelas berada di belakang tabir kekacauan.. (comment tersebut sgt di ragukan kerna ada perkatan indo yg x di fahami)
Walhal caci mencaci antara satu sama lain sudah lama berlaku.. Mengapa media tidak ketengahkan comment rakyat Indo yang mencaci lagu kebangsaan Malaysia? comment2 yang menghina rakyat Malaysia? kata2 kesat yang sgt menyakitkan? gambar bendera Malay yg di bakar.. di injak2.. Apakah rakyat Indo di beri lesen untuk menginjak rakyat Malaysia? Apakah rakyat Indo sgt Mulia di sisi tuhan? Apakah rakyat Malaysia sgt hina dan jahat2 belaka? comment negatif yg terpancing emosi pasti akan keluar bila di caci-maki.. dan ia amat di tunggu oleh Media Indo sbg bahan keuntungan.. Kadang2 manusia sanggup melihat mayat bertimbun demi keuntungan dunia sementara..
Hal ini bukan terjadi di sekitar saja.. malah kpd pelajar Indo-Malay yg berada di luar negara..Malah mereka memandang hina pelajar Malaysia..dulu lecturer n mber kuliah aku ada dr Indo (Harap2 mereka tidak benci aku tanpa sebab)
Esok adalah Hari Kemerdekaan Malaysia..Tapi bilakah pembentukan Malaysia?(hal ni patut di bincangkan rakyat Malaysia shj) Malaysia dikatakn merdeka tanpa pertumpahan darah rakyat. Adakah benar? Apakah contoh pahlawan yg di tembak British dan mayat di pamerkan itu bukan pertumpahan darah.Malah banyak lagi mereka yg shahid tp tidak di dedahkan dlm sejarah kerna kepentingan keji orang2 tertentu.. Malah di era yg di katakan Merdekanya Malaysia.. 3 kuasa besar bertembung Di Malaysia.. BRITISH,JEPUN,KOMUNIS.. Bumi bertuahku Malaysia.. Ada yg shahid menentang British, shahid menentang Jepun, shahid menentang Komunis.. Komunis adalah paling bahaya dan pembunuh yang amat kejam.. Ideology Ini bukan hanya di Malaysia..bahkan sangt berkembang di ASEAN..
Dah banyak aku membebel.. nak sahur lak..
Untuk mereka yg rasa kita merdeka esok..
aku ucapkan selamat menyambut hari
KEMERDEKAAN...
Sabtu, 29/08/2009 14:08 WIB
BalasPadamMalaysia Berniat Jadi Induk Budaya Melayu
Irwan Nugroho - detikNews
Jakarta - Malaysia sudah membeli semua karya sastra dan budaya dari Kepulauan Riau dan Mentawai. Malaysia akan segera mendeklarasikan diri sebagai induk budaya Melayu.
"Hari ini Malaysia sudah membeli semua karya sastra dan budaya dari Kep Riau dan Mentawai. Indonesia nanti hanya bagian kecil induk budaya Melayu," ujar pegiat masyarakat nusantara Bondan Gunawan.
Bondan mengatakan itu dalam diskusi bertajuk 'Menjaga Bumi dan Budaya Indonesia' di Warung Daun, Jl Pakubuwono 10, Jakarta Selatan, Sabtu (29/8/2009).
Bondan menilai, langkah Malaysia yang membeli karya sastra dan budaya Indonesia dapat dikategorikan teror budaya. Malaysia telah mendeklarasikan perang budaya terhadap Indonesia.
"Apa yang harus kita lakukan marilah kita berpegang kepada Pancasila yang menyatukan persatuan nasional," sarannya.
syabas!
BalasPadamBuat sekian kalinya Malaysia dituduh lagi kali ini isu lagu Indonesia raya... suka2 hati je dia orang main tuduh, bila cuat checkup IP add adalah dari us... maybe ada dalang yang cuba nk lagakan negara serumpun... sy setuju dengan amoymelayu... cuba bezakan disini
BalasPadamhttp://www.youtube.com/watch?v=pk6MnJ78okc&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=SYnJFx34fkg&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=VQybgmmWe9U&feature=related
yang di sape nak jawab pulak??? Bila lagu negara ku kita ditukar liriknya... tak biadab ker??? TV kita tak ada pn nak buat liputan??? Esok adalah hari kemerdekaan kita..
http://www.topix.com/forum/world/malaysia/TFO4FPJS2Q6CTVNJG/p2
http://www.topix.com/forum/world/malaysia/TFO4FPJS2Q6CTVNJG
Amoymelayu...
BalasPadamJiwa saya juga selalu mengamok bilamana hak negara & jatidiri kita sebagai anak Melayu sering dihina oleh pemblok dari seberang.
Tapi bila kita lihat wajah empunya diri serta sikap tenang Tengku Muhammad Fakhry yang diaibkan, jiwa kita terasa tenang sangat. Sila amati temubual beliau dengan wartawan di YouTube.
Berapa berat mata memandang, berat juga bahu memikul.
Samalah dengan kes Sdr Mazidul andaikata lelaki Cina bertubuh pendek tersebut terlepas dari hukuman & berdendam pasti Sdr Mazidul kita gusar hidupnya.
Namun..Ilahi Nan Esa petah mengatur segalanya.
Seyogia kita jangan sampai tunduk segala. Gabungan sasterawan, karyawan pun pemblog memang antara yang perlu menangani isu ini dengan sabar & jitu. Alam maya ini mana ada sempadannya. Kebebasan ini kita perlu pandai menguasainya.
Media massa kita mungkin jauh lebih matang & tidak mahu bersikap kebudak-budakan bagai media massa di Indonesia. Maka itu media kita tidak mahu memainkan peranan menambah keruhkan hubungan antara dua negara.
Jikalau ular menyusur akar, tiada hilang bisanya.
Harap-harap ada pertunjuk nan akan mengeratkan hubungan antara dua negara ini. Sabar-sabarkan jiwa itu Amoymelayu.
selamat hari merdeka utk team 360 dan seluruh rakyat malaysia....
BalasPadamhehehe..bro mazidul ader bakat jadi Inspektor nampak...nak tukar profession ker??..tahniah atas penagkapan tersebut..
BalasPadam