Isnin, Ogos 17, 2009

Akhil Selepas 33 Hari

Berikut kenyataan penceramah bebas, Akhil Hayy Mei lalu, mengusik wartawan membuat liputan majlis pelancaran Cafe Akhil Hayy musim ke dua ditayangkan di Astro Oasis.

“Pada hari ini ana ingin mengumumkan Waheeda adalah isteri ana tetapi hanya dalam Cafe Akhil Hayy”

Kini, usikan itu terbukti menjadi kenyataan. Akhil, 40 tahun dan penyanyi popular, Norwahidah Abdul Wahab, Waheeda selamat diijabkabulkan di Masjid Ar Rahimah, Kuala Kubu Baru, Selangor semalam.

Akhil bernikah 33 hari selepas menceraikan isterinya, Maizawati Zainal, 33 tahun dengan talak satu pada 15 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, Perak.

Sejak 2 tahun lalu ‘Ustaz Rock’ dan Waheeda, 30 tahun dilanda pelbagai gosip dan spekulasi. Bekas isteri Akhil sebelum ini mendakwa mengetahui hubungan cinta di antara keduanya malah Akhil dikatakan pernah meminta kebenaran Maizawati untuk menikahi Waheeda sebelum dia menghilangkan diri.

Selepas itu ada pihak mendakwa Akhil dan Waheeda sudah berkahwin. Mereka kemudian menafikan berita itu dan mengaku hanya berkawan baik. Pada masa sama Maizawati menjelaskan kepada media berlaku pergolakan rumahtangga bersama Akhil dan Waheeda dikaitkan antara puncanya.

Akhil dan Waheeda pernah dilihat menonton wayang bersama di One Utama, Petaling Jaya, Selangor dan gambar didakwa pasangan sama bersama 2 anak Akhil di tepi pantai tersebar di internet.

Apapun semua episod itu sudah berlalu.

Berikut kenyataan Akhil selepas sah menjadi suami Waheeda pada jam 12 tengahari semalam.

"Jodoh dan pertemuan adalah urusan Allah. Sebelum ini pun, terlalu ramai yang bertanya bila kami akan berkahwin. Jadi hari ini, kami buktikan dan berharap ia dapat menutup segala spekulasi. Selebihnya, terserahlah kepada masyarakat kerana manusia boleh bercakap apa saja. Apa yang boleh saya katakan, ini bukan secara kebetulan dan bukan juga satu perancangan sangat pun”

Selamat pengantin baharu.

70 ulasan:

  1. terlebih dahulu kita ucapkan selamat pengantin baru buat ust Akhil Hayy dan Wahida, semoga jodoh mereka berpanjangan hingga ke akhir hayat. untuk Ust Akhil pesan saya jagalah isteri baik2 sebagai mana yang selalu ust dok pesan2 pada orang ramai dalam TV tu, jangan dok cakap aje tapi tak sama apa yang kita buat. malu.. malu kita pada orang ramai. ust akhil dulu adalah edola saya setiap CD @ TAPE ceramahnya semua saya beli dan dengar serta simpan sampai sekarang.. sekarang tak tahu apa saya nak cakap ... terpulanglah pada kita semua menilaikannya... ustaz ?

    BalasPadam
  2. eleh..tanak ngaku..last2 kawin gak...sian Maizawati..err..bro MAS,pic kt tepi pntai tuh, ank2 akhil??? biaq betoi??

    BalasPadam
  3. wah!!!
    hebat2...menjadikan spekulasi sebagai kenyataan...
    jadi ramai2 la kita membuat spekulasi...
    bolehkah begitu en.mazidul??

    BalasPadam
  4. mnutup speekulasi kahhhhhh>>?????atau semakin mnerangkan apa itu spekulasi?????????

    BalasPadam
  5. aku sebenarnya tak tahu nk ckp per..

    tapi ni 1st time buat aku hilang respect pd seorg yg bergelar ustaz!!!!!!!!!1

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah dah selamat berkahwin pun baguslah. Bina masjid ni bagus tapi alangkah bagus kalau masjid yg no 1 dikekalkan tapi masijid no 1 tak mahu kongsi apa nak buat.

    Moga Akhil+Waheed bahagia dan bekas isteri dia juga tak diabaikan serta anak anak.

    Dah tua nanti bila anak anak dah besar sejuk la tu.

    Cayalah sama lu Akhil. Gua respek lu.

    BalasPadam
  7. ya...memang benar kita tidak tahu apa yg terjadi antara mereka bertiga...tapi plz la...

    by doing this, it shows more who u are!!!!!!!

    BalasPadam
  8. yg kat tepi pantai tu rasanya bukan anak akhil.. lelaki dan wanita dewasa.. anak2 akhil ni, budak lagi...

    apasal wahida tu nampak 'gedik' sgt kat tv saluran astro smlm (masa majlis kat masjid tu) ek???

    BalasPadam
  9. nasib baik aku tak pernah minat "ustaz" nie

    smg mereka berbahagia...

    dan jadilah contoh yg baik buat yg lain yea...

    amin...

    waallahua'lam

    BalasPadam
  10. Jauh di sudut hati saya, saya amat berharapkan agar Ust Akhil Hayy merujuk kembali ke Maizawati Zainal demi membimbing anak-anaknya.

    Namun siapa dapat menolak jodoh, dengan kehadiran Wahida sebagai isteri mudanya yang sah; tentunya semakin payah membina kembali masjid yang telah runtuh ini. Sementelah amat payah seorang isteri mahu menerima hidup bermadu.

    Bagaimana pun saya yakin Ustaz Akhil Hayy pasti menunaikan tanggungjawab sebagai suami & ayah dengan sempurna. Agar jodoh bersama Wahida akan kekal, aman bahagia hingga ke akhir hayat, Selamat Pengantin Baru.

    BalasPadam
  11. tahniah akil hayy,
    Dakwah 3 bulan tak pulang umah. hasil dakwah dapat bini baru he..he..bagus la ko ni akil...sampah

    BalasPadam
  12. ok2, skang saye ase saye pon da ilang respek pade ustaz akil.

    BalasPadam
  13. Sorry la komen saya org x suka. Meluat dan menyampah pada org yg hipokrit. Bila diaorg bercerita tu, sungguh2 marah org cakap yg x betul pasal hubungan diaorg nih, tp last betul. Camne tu? Hipokrit kan mcm tu? tp ape pun saya agak dah benda ni ending dia camni. Predictable lah artis2/celebriti nih..

    BalasPadam
  14. Siapa lah kita nak menghukum dan menilai seseorang. Hanya ALLAH yang maha mengetahui...
    Setiap kejadian itu adalah untuk peringatan KITA yang berada disekeling ini.

    BalasPadam
  15. ALHAMDULILLAH. TERLEPAS DOSA MEREKA... SEMOGA KEKAL HINGGA AKHIR HAYAT. ORANG YANG BAIK JODOHNYA DENGAN ORANG YANG BAIK...BIASALAH SETIAP MANUSIA ADA BERBUAT KESILAPAN SEBAB IBLIS DAN SYAITAN TAK AKAN LEPAS ....LAGI TINGGI ILMU SESEORANG..LAGI BESAR IBLIS DAN SAYAITAN AKAN MENGGODA..

    SETIAP MANUSIA ADA NAFSU DAN AKAL....

    BalasPadam
  16. tahniah le ustaz akhil...semoga berbahagia hingga akhir hayat...harap lepas ni takde la keluar cerita yang kurang enak lagi...

    BalasPadam
  17. Memang mudah untuk menghukum sesama insan,tapi tak mudah untuk untuk kita memaafkannya.Buat Waheeda janganlah terlalu gembira kerana setiap perbuatan pasti ada balasan dari yang MahaEsa.Kita mungkin tidak perasan yang kita telah melukakan perasaan 'insan' yang terluka. Satu statement nya yang saya tak berapa suka "Saya tak kesah apa orang nak kata,lantaklah"....Wahai Waheeda 'Tak tumbuh tak melata,Tak sungguh orang takkan kata'

    BalasPadam
  18. huh... sukar untuk saya beri sebarang pandangan... sbb saya juga punyai suami... apa yang terjadi sukar untuk diramalkan... kita tidka tahu apa masalah dalaman antara akhill dan bekas isteri nya... manusia kan bernafsu...

    kalau tidka bertepuk sebelah tangan ia takkan menjadi...

    isteri kah yang membosankan.. tgk bekas isterinya cantik je...

    mengapa menceraikan?

    tak faham saya....
    hish!!!!!!!

    BalasPadam
  19. Jodoh dan pertemuan adalah urusan Allah. Sebelum ini pun, terlalu ramai yang bertanya bila kami akan berkahwin. Jadi hari ini, kami buktikan dan berharap ia dapat menutup segala spekulasi.

    statement tak tahan...
    mana mana lelaki yang nak apsnag satu lagi boleh guna pakai statement gini...

    hei waheeda.. tidak kah kamu mengerti akan kata kata itu...
    bukti dan tutup spekulasi... atas dasar sayang kah kalian bernikah?

    BalasPadam
  20. masuk Islam boleh kahwin ramai...
    itulah sebab orang cina dan india mahu masuk Islam...


    http://pkrpasdap.blogspot.com

    BalasPadam
  21. Askum...
    Mcm tak percaya jer bila dpt tau diaorg menikah.... aneh kan zaman skrg .. mereka2 yg ingat bleh percaya dgn apa dia kata akhirnya cam ni jugak... kata tak de org ketiga... ish... rasa x mau cerai... kawen lg.. x-wife lom abis edah dah kawen dahh... yg pompuan tuh x rasa bersalah ek... Hipokrit..

    BalasPadam
  22. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  23. entah ler..
    (manusia memang tak terlepas dari kesilapan..)

    mungkin kafe akhil musim baru boleh buka tajuk ni untuk dibincangkan. boleh jemput waheeda dan bekas isteri tu jadi tetamu..

    BalasPadam
  24. Assalamualaikum wbt..

    Sebelum berkata, saya ucapkan "SELAMAT PENGANTIN BARU" buat Ust Akhil Hayy dan Waheeda.

    Siapalah saya mahupun kita utk bercakap mengenai mereka berdua ni TETAPI....

    Kenapa statement ustaz seorg ni tidak sama spt yg dicakapkan semasa perbicaraan di Ipoh dahulu? Bercakap bohong itu satu dosa, betul tak Ustaz? Tolonglah jaga maruah ustaz2 lain. Terima kasih.

    Dunia ini tersangatlah kecil, mungkin kita tak sedar dgn apa yg telah kita cakapkan. Masyarakat yg peka senantiasa memerhati dan belajar dari apa yg berlaku. Tambah pula jika sesuatu perkara itu melihatkan org2 yg popular.

    Saya sangat bersimpati dgn bekas isteri ustaz ni, iaitu Puan Maizawati Zainal yg sgt penyabar, sopan, lemah-lembut dan cantik itu. Semoga Allah berikannya kekuatan dan rahmat untuk meneruskan kehidupan yang mendatang.

    Kepada Waheeda, diharapkan jgnlah suka bercakap bohong. Anda membawa imej wanita Islam bertudung, silalah jaga maruah Muslimah lain.

    Sekadar meluahkan apa yg terbuku di hati... sgt terkilan dgn statement pasangan ini yg selalu berubah2.

    Wassalam.

    BalasPadam
  25. cemuih nak layan statement depa ber2 nihh..cakap tak serupa bikin...

    BalasPadam
  26. ade org ckp gelaran 'ustaz' tu org yg bg. akhil tu bkn ustaz pun. btoi ka???

    BalasPadam
  27. membina masjid tu sesuatu yang baik.

    tapi honestly saya kurang sedap hati dengan pernikahan mereka berdua ni. terasa "plastik" betul!

    saya memang bukan peminat setia diorang ni. bila dah ada kisah camni lagi la tak minat. bagus la wahida quit dari bidang seni. rasanya sape pun tak ingin nak tgk dia lagi.

    BalasPadam
  28. "Ana xbersalah" kata Ostad iteewww.

    puihhh...talam bermuka2.2,2 sama.

    BalasPadam
  29. >>RQ>>
    nasib baik aku tak pernah minat "ustaz" nie..,'',
    benci nampak???

    hati-hati..lepas ini RQ calon ke...

    AMinn.
    moga-moga berbahagia..

    Semoga kata-kata ucapan/ajaran/dakwah USTAZ boleh selari/mengikuti amalan hidup.

    . USTAZ kena sabar dan tiada ungkitan masa lalu..

    BalasPadam
  30. bleh je kalu nk rujuk..sbb still dalam idah..maizawati kena jadi no 2 la..

    ada satu drama ppernah guna taktik ni...cerai yang first,kawen baru n rujuk blk..
    no 1 jd no 2(isteri)..x payah nk mntk tndatangan no 1..

    hehehe

    BalasPadam
  31. buat WAheda dan isteri yang serupa, (betapa nikmatnya bercinta dengan suami orang)..

    ..jangan salahkan ILLAHI dan hukum bila sang suami mula cari lain bila sudah ada anak 2 atau 3..
    suami mula bosan, terasa nak ubah RASA..(betapa pedihnya masa itu)

    BalasPadam
  32. Masjid no 1 takmo kongsi ke masjid no 2 yang takmo kongsi? heheheheheh...

    BalasPadam
  33. dah banyak kes artis tak mengaku, spekulasi konon last2 jadi realiti. hipokrit!!! hilang respect kat dorang ni...

    BalasPadam
  34. Tahniah, org di luar sana xyah nak kata dia tak betul, jaga je rmh tangga korang, mana tau tiba tiba laki ko rang nak kawen lak.. kalau xsanggup kena madu pasti kau minta cerai kan? sama la dgn Maiza tu..ini kes tak mau madu la...ramai lagi ustad lain yg kawen 2 3 4 tapi bini diaorg xminta cerai..kalau saya di tempat Akhil pun saya ceraikan Maiza juga, dah sibuk sgt bwk keluar cerita ni, pompuan tak reti jaga maruah suami.!!

    BalasPadam
  35. firstly, selamat pengantin baru.

    secondly, agak kecewa dgn statement diorang berdua ni. dulu cakap lain, skrg cakap lain. kejap takde, kejap ada, mcm chipsmore la pulak...

    donia, donia...

    BalasPadam
  36. menyampahlah aku kes derang ni... kaki kelentong... !
    Tapi Allah itu Maha Kaya!

    BalasPadam
  37. Sy selalu beli kaset ceramah Ustaz Khazim alHafiz aje...rasanya tak ada stok kaset ustaz yang dalam cerita ni di rumah saya....sorry. Tak ada aura kut utk diminati!!!

    BalasPadam
  38. Sy rasa isu mcm ni xsesuai utk ruangan Br Mazidul, byk lagi topik lain yg lebih baik diperkatakan, cukuplah wartawan hiburan lain menghina mengekeji pasangan ini..Akhil bukan buat cerita zina ke kes khalwat, yg org diluar sana nk marah dia apa HAL?Bukan dia nak ceraikan Maiza, Maiza yg minta cerai..saya nasihatkan yg ada laki jgn je rmh tangga korang, yg ada bini pun belum tentu korang setia pd isteri...yg belum kawen kot la tersangkut dgn laki org ,,jadi xyah la nak kata mrk,hilang respek la..xngaku dia ustaz la, asalkan Allah mengiktiraf dia...lu org SAPA nak hukum manusia????
    Bro Mazidul pasti xsuka kalau org tanya pasal rmhtangga dan di paparkan di kahbar jika ada perkara buruk terjadi?? jadi sebelum tulis tu fikirkannnnn

    BalasPadam
  39. zeqzeq:
    uit pedihnya statement mu!
    kenapa nak bosan... yang penting akal!!! nafsu kita kawal!!!

    buat WAheda dan isteri yang serupa, (betapa nikmatnya bercinta dengan suami orang)..

    ..jangan salahkan ILLAHI dan hukum bila sang suami mula cari lain bila sudah ada anak 2 atau 3..
    suami mula bosan, terasa nak ubah RASA..(betapa pedihnya masa itu)

    BalasPadam
  40. hahahaha...

    well...kita semua faham-faham sendiri sajalah ..

    yang mana yang betul..yang mana palsu

    p/s suka ngan kenyataan Maziah dalam Mstar.com.my...ngeee

    BalasPadam
  41. kadang2 dorang ni fikir yang orang yang melihat nih tak tahu berfikir..
    dorang silap la..

    kita tengok je la ape sudahnya hubungan yang dibina atas air mata seorang isteri ni.. semoga mereka berbahagia..

    whot goes around comes around..
    arini kite suke bergmabar kat paper bile ape yg kite nak kite dapat.. tapi jangan nangis lak nnti bile tgok kat paper gmabr org lain dapat ape yg kite punye..

    BalasPadam
  42. 1st, Tahniah dan selamat pengantin baru kepada keduanya. Inilah yang di katakan orang cakap-cakap yang menjadi kenyataan.

    BalasPadam
  43. Selama ini mereka asyik menafikannya, akhirnya terbukti cerita yang di gosipkan tentang mereka selama ni.

    BalasPadam
  44. 33 hari! dah kahwin waheeda, sekiranya lafaz talak dilakukan 33 yang lalu, maka Akil masih punya 57 hari peluang untuk merujuk kembali pada Maizatul. (rujuk dalam masa tiga kali suci @ 90 hari dari lafaz cerai yang sah).

    Sekiranya Akil kesian kat Maizatul dan rujuk Maizatul maka berpoligamilah Maizatul dan Waheeda, tapi statusnya menjadi Waheeda isteri pertama dan Maizatul isteri kedua.. kwang ... kwang ..kwang

    BalasPadam
  45. wah gitu uncle zeq....
    huahuhauahuaha..

    jadi calon sape????
    "ustaz" itu kah atau another "ustaz"????

    express benar cinta itu berputik dlm ms 33 hari kan???

    maklumlah...b4 diz kan mereka kata takk pernah ada apa2...

    lps cerai, trus ada apa2..
    hehhehehheehheheheheh

    sekadar berfikir kenyataan seseorang yg rasa mereka ni mmg kaki belit..

    takpelah...
    Hnya Allah yg Maha Mengetahui...

    kita doakanlah terbaik utk mereka yer...

    BalasPadam
  46. Renmarena, saya periksa profile awak, there is no data about you at all. So, who are you anyway?

    Beginilah, sesuai atau tidak entry ini, hak saya untuk menulis, pandangan awak cukup subjektif. Rasanya tiada sebarang maklumat dicatatkan berbentuk kutukan atau hinaan. Atau ada pada pandangan awak? Jika ada, sila jelaskan :)

    BalasPadam
  47. geram geram geram. huH~ 33 hari terlalu cepat aduyaii.. pelik bin melik erkk ajaib .. emm ROWKKK oOOOWWW . rasa2nya memang ada apa2 kot antara 2 orang nih!. mustahil or telah laama erkk .. No komen.. isk Artis Artis. macam2 hal ada.

    BalasPadam
  48. Ren..

    ada saya kutuk U ker?? maaf laa kalau terasa.
    .

    tau tau Ustaz pun ada nafsu, cuma saya kurang belajar agama manakala ustaz banyak belajar dan banyak mengajar, itu yang menyebabkan RUANG FITNAH tercipta..

    kita kawan-kawan bukan lawan lawan seISLAM.

    kalau wartawan tanya kalau jawab NO komen boleh ker??

    BalasPadam
  49. combi sokong en mazidul..kalau tak suka takyah masuk sini bah..!

    uishhh..pelik bin heran :p

    BalasPadam
  50. Renmarena,

    Akhil adalah public figure, ta kada salahnya beritanya ditulis. Lagipun, ia menjadi pengajaran kepada manusia lain.

    Akhil punya karektoe, tapi di mata saya, reputasinya sudah musnah.

    Dia tidak layak berbicara soal menjaga kebahagiaan pasangan dan seumpamanya, sebab dia sendiri tidak mampu mempertahankan mahligainya.

    Apa pun, saya doakan dia dan Waheeda kekal ke akhir hayat.

    BalasPadam
  51. Kalau di perhatikan, sepadan juga Ustaz Akhil dengan Waheeda ni. Itulah, sudah jodoh kata orang..

    BalasPadam
  52. Banyak betul yg mencela masjid baru yg dibina. Majoritinya golongan wanita sebab pantang dengar bermadu atau laki kahwin lain.

    Memang sah orang lelaki akan disalahkan walau apa pun alasannya.

    Ada pulak yg seolah olah berdoa semoga apa yg telah berlaku akan mendapat balasan serupa. Masyallah sampai begitu sekali harapan semoga masjid yg ada diruntuhkan.

    Pada saya yg terbaik biarlah Maiza rujuk balik dan jadi isteri ke 2. Untuk kebaikan anak dan diri dia. Tinggalkan ego itu diluar.

    Doa saya semoga semua (termasuk kita) dirahmati dunia dan akhirat.

    Ann

    BalasPadam
  53. REN...


    Tak salah kan saya bergurau dalam BLOG, lagi pun Akhil pun pernah bergurau soal kawin dalam CAFE Akhil..

    BalasPadam
  54. Bro Maz

    Memang tepat benarlah kata orang tua tua bijak pandai:-

    "Enggang sama Enggang
    Pipit sama pipit"


    Nota: Jom gi ngeteh jom...aku hantar supir jemput kat rumah la nanti...he he he

    BalasPadam
  55. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  56. salam...
    jujur la aku cakap yg aku memang lansung x minat akhil sebelum dan selepas dia cerai..
    sebab??
    sebab dia rambut panjang!!!
    tapi,janganlah doakan runtuh masjid dia..
    kita sama-sama doakan yg terbaik untuk depa..
    aku cuma harap akhil x lupa nafkah pada ank2 dia..
    x kahwin kena fitnah,dah kahwin pun kena fitnah..
    nak buat cam na tu ek?
    pengajarannya,jangan hipokrik la..
    kalau suka,cakap jer lah kan hal yang sebenarnya..
    pape pun,slmat berbahagia...

    BalasPadam
  57. fuh...bberbusa ayat ren...

    BalasPadam
  58. salam semua
    Hanya yang terkena sahaja tahu keperitannya..

    BalasPadam
  59. salam... memangnya ajal maut jodoh pertemuan di tangan Tuhan.
    Tapi beginikah jadinya jodoh yang diinginkan.
    memang tak paham...
    seharian memikirkan... mengapa ustaz jadi begini.
    Aye juga sebahagian drpd peminat... suatu masa dahulu, tapi lama-lama dah semakin pudar... macam tak percaya dan kalo buleh tak mau percaya kenapa begini jadinya

    BalasPadam
  60. Dahlah Ren, jangan memarah, meh kita kahwin meh. Mehlah.

    BalasPadam
  61. amboi hazrey..nak buat ren bini nombor brape..hiks :p

    BalasPadam
  62. Bro Mazidul,

    Saya hanya peminat setia awak En Mazidul, suka membaca pandangan manusia di blog awak, saya cuma bg pandangan cerita artis xpayah la nak masuk d blog awak, saya suka bila isu lain yg lebih penting diperkatakan utk dedahan pada umum, lebih bermanafaat,lebih memberi ilmu dan pengajaran...
    Saya hanya org biasa,tiada pangkat, tiada gelaran dan tidak hebat mcm En mazidul..sebab tu saya x dedahkan siapa sy di profile..suka hati En mazidul la nak tulis apa, saya sekadar beri pandangan,tgk la berapa ramai yg reply di ruangan ini...kalau isu lain setakat 30 org je yg respon..
    uhhh.. apa pun jika crew TV3 dtg ke KK boleh email pd saya boleh belanja seafood....Jgn mareee
    bye
    Bhaminyior, jika kita rasa dia xlayah digelar ustaz tak perlu la dengar apa yg dia kata, byk lagi ustaz lain... bagi saya kalau pun dia bukan ustaz dia boleh berlakon jadi ustaz mcm M Rajoli

    BalasPadam
  63. Sdr Mazidul; telah menulis sebaiknya. Rasanya tulisan Sdr memang ikhlas & jujur. Tidak memihak apatah lagi mengutuk mana-mana pihak. Memang itu sebenarnya tugas yang berisiko seorang Pemberita. Berkata benar tetapi pahit, maka memang ada yang tak setuju apa yang dibongkar.

    Renmarena memang terkilan lantaran kenapa mesti kita mahu kutuk seorang Ustaz. (mesti ada kata Ustaz yang bagaimana?) Memang saya sendiri akur, iman kita ini pun entah bagaimana berbanding Ustaz Akhil Hayy yang tentunya telah di anugerah Ilahi punyai keistimewaan seadanya. Yang jelas jauh lebih mulia berbanding diri ini.

    Jodoh Waheeda bukan ketentuan kita. Bila Cikgu Asilah sebut terasa "plastik" betul! dalam ceritera Ustaz Akhil Hayy ini saya tersenyum lebar.

    Cuma satu yang saya terfikir ...kata-kata yang baik itu adalah satu sedekah, kenapa mesti kita bandingkan kata-kata baik itu dari siapa...

    BalasPadam
  64. salam..sy rasa artikel ni takde bentuk provokasi pun.but personally,isu ni buat sy hilang respect pd golongan 'ustaz' yg sebegini.semoga ada kebaikan di sebalik semua yg berlaku...amin..

    BalasPadam
  65. kelakar la pulak.. bro mazidul keluar topik nih pun ada yg tak suka.. hehehe blog milik persendirian, ikut suka tuan punya blog nak ketengahkan topik apa pun.. kalau suka letak komen.. letak jer.. tak suka abaikan.. adoii kelakar la pulak.. berdebat pasal topik pun ada.. hehehe

    BalasPadam
  66. Waheeda! Waheeda! tak dak jantan lain ka yang hang berkenan?

    BalasPadam
  67. "itu semua kerja Tuhan" ayat ustad tu salu pakai kat 106..

    *huh* menyirap-menyirap.. komen lelebih kang kene saman plak..

    to bloggers: dia da warning

    BalasPadam
  68. Renungan baik untuk kita semua, iA..

    http://ms.langitilahi.com/motivasi-sahabat-jangan-bersedih/#more-1866

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.