Ada pelbagai kaedah rakyat Indonesia memasuki negara kita. Antaranya, menggunakan visa kerja sah dikeluarkan Jabatan Imigresen Malaysia dan kemudian tinggal lebih masa, menyalahgunakan visa pelancong dan bekerja secara haram atau diseludup masuk melalui pengkalan haram persisiran pantai terutama di Johor.
Di negara ini, mereka berstatus pendatang tanpa izin, PATI atau ‘orang kosong’ kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah.
Sewaktu menetap di sini mereka memperjudikan nasib. Jika gagal diberkas penguatkuasa Imigresen, polis atau RELA, mereka tersenyum dan meneruskan kehidupan lebih selesa berbanding di negara sendiri.
Bagi PATI, Malaysia, ‘lubuk emas’. Buktinya, mereka sanggup membanting tulang melakukan kerja berat di ladang kelapa sawit dan getah biarpun pendapatannya tidak lumayan. Mereka sekadar ingin meneruskan kelangsungan hidup sambil menanti peluang pekerjaan lebih baik.
Mereka cukup gembira jika berpeluang menjadi buruh kasar di ribuan projek pembinaan di seluruh negara. Ketepikan soal visa dan permit kerja kerana mereka maklum pihak berkuasa Malaysia tidak mampu melaksanakan operasi memberkas PATI secara konsisten.
Pada masa sama sebilangan kontraktor utama projek pembinaan tutup mata kerana PATI, sumber buruh lebih murah berbanding pekerja sah. Jika gaji tidak dibayar selepas kerja selesai, PATI tidak mampu mengemukakan komplen kepada pihak berkuasa kerana status mereka buruh haram. Majikan tersenyum gembira, kantung bertambah tebal.
Sebilangan pemilik kilang di negara ini juga dilaporkan terbabit mengambil PATI bekerja di syarikat mereka. Jika pekerja PATI menimbulkan masalah, hubungi sahaja pihak berkuasa, PATI akan diberkas dan dihantar ke Indonesia. Dalam kes sebegini, jarang benar majikan dituduh sebagai pelindung PATI sedangkan itu hakikat sebenar.
Jam 8.30 pagi, 18 Ogos lalu, Pasukan Gerakan Marin Pelabuhan Klang menahan 102 PATI Indonesia berusia di antara 2 dan 48 tahun menaiki 2 bot di Sungai Mati, Pulau Carey, Pelabuhan Klang, Selangor. Setiap mereka terpaksa berlapar dan tidur di atas lumpur selama 5 hari menunggu air pasang untuk pulang ke negara asal. Mereka mengaku membayar di antara RM800 dan RM1000 kepada tekong bot, bertugas menyeludup mereka keluar dari Malaysia untuk pulang berhari raya di kampung halaman.
Saya bimbang membaca berita dimuatkan di akhbar itu. Jelas PATI sudah terlalu terlalu berani. Mereka menetap di negara kita secara haram dan cuba pulang ke tanah air mereka secara haram. Barangkali jika gagal diberkas, selepas sambutan hari raya Aidilfitri mereka akan menyusup masuk semula ke negara ini secara haram.
Semua haram, tiada halal.
Sesetengah pihak mungkin melihat kebiadaban PATI melanggar perundangan negara sebagai isu lapok. Mungkin kerana isu besar ini gagal ditangani secara pantas dan berkesan.
Tetapi saya tidak berasa hairan, kes lebih kecil turut menerima nasib sama.
Lihat sahaja ‘drama’ Kartika Sari Dewi Shukarnor, wanita kelahiran Perak reda dan menuntut disebat akibat minum arak. Sehingga entry ini ditulis masih menemui jalan buntu kerana pelbagai pihak saling bertelagah sesama sendiri untuk melaksanakan hukuman.
Dalam kedua kes, kita gagal membezakan di antara halal dan haram.
Barangkali.
* Saya dimaklumkan Professor Datuk Dr Ismail Salleh meninggal dunia pada jam 2 pagi tadi dalam penerbangan dari China ke Singapura. Takziah kepada keluarga beliau. Semoga rohnya di cucuri rahmat.
* Korban Selesema Babi, 71
Satu sahaja yang di puji tentang PATI ni.. Mereka sanggup melakukan pekerjaan yang rakyat kita sendiri (Malaysia) tidak mahu melakukannya. Buruh ladang, pekerja binaan bangunan yang tinggi.
BalasPadambtol kate bazrul..one thing that we need to appreciate about them is that they are willing to things that malaysian citizen won't do..tapikan..mereka juga sudah berani untuk tonjolkan diri..mengorat orang malaysia..beli motor kuasa tinggi..pelikkan..mane dapat duit?
BalasPadamayat tidak KONSISTEN kena besar-besar dan ulangi 30kali sebulan..
BalasPadamTakziah buat Keluarga Datuk Dr.
PATI memangla bagus dalam sektor2 buruh yg jarang2 org Msia mampu melibatkan diri. Tetapi sekarang ini mereka telah melibatkan diri lebih jauh dari itu dengan merompak,mencuri dan pelbagai aktiviti jenayah yang lain..
BalasPadamApabila mereka terlalu ramai,ini mendatangkan ketakutan kepada kami di kalangan pelajar yg mana kawasan perumahan terdapat ramai PATI2 ini..Ini berdasarkan pengalaman saya yg menyewa di salah sebuah pangsapuri berdekatan MITC Melaka yg kebanyakannya para pelajar menyewa di situ terutama perempuan..mungkin ada yg menyatakan kenapa masih duduk di situ walaupun sudah tahu pendatang ramai di situ, maklumlah kami pelajar seboleh-bolehnya ingin mendapatkan kediaman yg murah sewanya dan kemudahan yg mudah didapati supaya mudah untuk kami berurusan di kampus atau pun di sekitarnya..sukar utk dipastikan samada mereka ini benar2 pendatang yg sah ataupun PATI..kami sendiri berasa seolah-olah berada di negara asing walaupun pada nyatanya kami berpijak di bumi sendiri..selagi ada orang2 Malaysia yang meng'halal'kan kedatangan mereka ini..selamanya ia tetap sukar dibendung..
Sekarang ni selalu je ada kes-kes jenayah yang melibatkan warga asing terutamanya dari kalangan warga Indonesia....hakikatnya dikalangan mereka yang melakukan jenayah selalunya maut ditangan pihak polis..
BalasPadamHarap pihak berkuasa melakukan operasi berterusan dalam membanteras kebanjiran PATI kat negara ni....nak jalan kemana-mana pun dah rasa tak selamat....huhu
Bro Maz
BalasPadamKepada semua, kalu nak tau, saya dah bertahun tahun menjadi 'PENDATANG ASING' di negara orang atau dalam passport di tulis "EXPATRIATE". Insya Allah beberapa bulan lagi akan pulang ke Tanah Air sementara nak renew contrak dan permit. Tidak pernah pula terdengar di negara yang pernah saya duduk ada PATI. Mungkin Kerana 'pihak berkuasanya' tegas atau negara tu memang susah nak cari rezeki tidak sama seperti Malaysia.
Ucapan Takziah untuk Keluarga Professor Datuk Dr Ismail Salleh Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech. Dan Merupakan OKU Pertama dilantik menjadi Senator di Dewan Negara Parlimen.
Nota: Pernah di Twintech, masa tu L & G Twintech, Sri Damansara, 1999/2000, mengajar Sc. Komputer.
Alfatihah...
Bila PATI ramai-ramai buat bangunan kita, terjamin ke kualiti? Itu yang boleh retak sana sini, rekah sana sini..
BalasPadamBila maid lari, mereka pun jadi PATI bila majikan batalkan permit kerja mereka. Hehehe.. memang ramai PATI. Soal keberkesanan pihak berkuasa menangani PATI memang payah. Yang masuk secara sah pun kemungkinan besar bekas PATI. Mereka boleh membuat paspot baru dengan mudah. Apatah lagi memalsukan tarikh lahir.. itu saya alami sendiri apabila mengambil PRA dahulu...
Kontraktor binaan memanglah senang hati kalau dapat jimat kos. Yang sebenarnya kontraktor macam ni la yang patut dihukum seberat-beratnya kerana tidak menitikberatkan kualiti dan keselamatan.
Saya tak tau samada PATI yang ditangkap dan dihantar pulang itu diambil cap jarinya supaya boleh dipantau pada masa depan jika mereka cuba memasuki negara ini samada secara sah atau tidak. Cap jari adalah unik dan boleh disimpan dalam database untuk mengesahkan identiti seseorang. Sudah sepatutnya sesiapa yang menjadi PATI dihalang sama sekali dari memasuki negara ini.
Tetapi apapun, bergantung kepada sejauh mana aktif dan berkesannya tindakan pihak berkuasa yang berkaitan. Kita terlalu dekat dengan Indonesia.. amat mudah untuk mereka menyusup masuk. Seperti mana yang berlaku di US.. begitu ramai orang Mexico, Cuba dan sebagainya menyusup masuk ke US dan menetap di sana mencari rezeki.
P/S: Salam takziah kepada keluarga Prof. Datuk Dr Ismail Salleh atas pemergian beliau secara tiba-tiba. Beliau memang merupakan antara tokoh yang saya kagumi sejak dari kecil.
Kemakmuran negara kita menjadi lambaian PATI menyelinap masuk ke sini. Lagi pun nilai mata wang antara dua negara amat berbeda di samping nilaian upah atau ganjaran juga memang negara kita lebih lumayan. Banyak lagi faktor mereka suka negara kita.
BalasPadamSeperkara lagi kerajaan kita kena sedar, jika pendatang luar ini datang secara sah melebihi 10 tahun, mereka telah layak memohon menjadi pemastautin tetap (PR) yang sah di negara ini. Jika pandai pula menggoda penduduk tempatan, nikah dengan orang sini; 5 tahun telah layak memohon PR.
Dua tahun lalu sahaja bilangan mereka yang diberikan PR adalah seramai 377,842. Mereka terdiri daripada pelbagai negara seperti Indonesia, China, India, British, Thailand, Filipina, Singapura, Jepun dan lain-lain.
Bila dapat PR kerajaan kita memberikan banyak hak kepada mereka malahan jika memang mereka ini pemodal besar, bukan mustahil bumi kita juga akan menjadi milik mereka. Sila rujuk di alam maya sedangkan Bukan Pemastautin pun punya hak perbagai di negara kita kini. Pembelian Aset, Pinjaman Bank perbagai kemudahan pelaburan apatah jika mereka mandapat PR. Ini kita kena sedar.
Dengan limpahan PATI & PR ini apa kan jadi bumi kita yang dulunya bernama Tanah Melayu ini.
Rujukan
http://www.bnm.gov.my/files/publication/ar/bm/2007/zcp07_001.pdf
http://idanradzi.blogspot.com/2009/08/pr-di-malaysia-tahun-2007-ceritera.html
Alangkah elok jika ada satu laman atau surakhabar yang melapurkan semua kes kecil samada pergaduhan ragut telefon di lembah Klang bagi amaran warganya.
BalasPadamkesan warganya akan takut nak keluar kerja atau membeli-belah ke bandar,
kesan sunyi..
baru tau.
dalam sehari di sekitar Kota raya ada dua tiga kes kecil..gaduh ragut, pukul dll khasnya hari cuti am, yang tidak diketahui orang ramai..
Salam Mazidul dan semua pengunjung blog,
BalasPadamKisah pendatang haram tanpa dokumen ini memang berlambak dan menjadi-jadi di Malaysia sekarang.
Jadi Minta 360 siasat betul ke berita ni:
KLIK DI SINI
Biaqpila..
BalasPadamamboi senang2 jer arah orang siasat., macam SPRM pulak tugas 360..
hhee..
Zeqzeq, Biaqpila tu bukan ke BOS baharu saya.
BalasPadamJelas, dia tidak bijak membezakan di antara media dan pihak berkuasa.
Apapun, saya ingin membalas komen dia ...
"Hang dok suruh orang buat itu ini, hang buat apa?"
Haha, biqpila tu baru dapat kerja kat primeworks.
BalasPadamHahahah.
hehhehehe biaq pi la kat dia... dia nak belajaq cara2 nak buat aduan tu... :p
BalasPadam