Selasa, Ogos 04, 2009

Tuala Wanita Bersepah!

Tandas kotor, senario biasa dilihat di pelbagai premis berbeza di negara kita. Di kedai makan, di stesyen minyak malah di surau dan masjid.

Di rumah, majoriti pengguna lelaki atau perempuan lebih prihatin. Selepas menggunakan tandas, mereka jarang lupa ‘flush’ kerana kelalaian itu akan mengakibatkan mereka ditegur, dikritik dan dileter panjang ahli keluarga lain.

Bagaimanapun sikap kebanyakan pengguna berubah sejurus memasuki tandas awam. Sebilangan lelaki membuang air kecil atau besar dan kemudian selesa membiarkan najis berselerak di dalam mangkuk tandas. Selamba mereka keluar sambil bersiul dan kemudian membasuh tangan. Tidak langsung memikirkan pengalaman menjijikkan bakal ditempuh pengguna seterusnya. Mengapa berlaku begitu?

Perhatikan, golongan hawa seringkali kelihatan rapi dan molek apabila keluar dari tandas. Saya yakin selain membuang air, cermin besar di tandas digunakan wanita antaranya untuk tujuan menghias diri, berbedak, mengenakan gincu, membetulkan kedudukan tudung senget dan menyisir rambut kusut.

Namun, hemat saya, keadaan tandas perempuan mungkin tidak jauh berbeza berbanding tandas lelaki, malah mungkin lebih teruk.

“Jomlah pergi toilet lain, sini teruklah, busuk dan kotor gila, I sanggup tahan dulu,” komen perempuan bergegas keluar dari tandas..

Suami atau teman lelaki hanya menunggu di luar, tandas perempuan kawasan larangan. Lelaki waras tidak berani menjenguk apatah lagi masuk ke tandas perempuan untuk meninjau.

“Cis! Sial betul! Pad (tuala wanita) bersepah dibuang merata, pengotor tahu dia orang ni!,” komen lain sering didengar.

‘Dia orang’, merujuk kepada perempuan bukan lelaki, pastinya.

Sejauhmana benarnya kenyataan 'perempuan tidak berhemah bila menggunakan tandas'?

* Pondan dan pengkid masuk tandas lelaki ke perempuan?

29 ulasan:

  1. tidak pernah pula saya masuk tandas perempuan dan melihad 'pad' disepahkan. Tapi menurut kawan-kawan perempuan saya, perkara ini memang terjadi.
    sebetulnya, 'pad pakai buang' tu ditukar nama 'pad pakai sepah'!
    makhluk lelaki tidak kurang juga pengotornya:
    1) mencangkung di atas mangkuk tandas dengan berkasut (boleh nampak bekas tapak kasut yang kotor. diorang ni tak letih dan lenguh kah dengan posisi tersebut? atau dah 'emergency' sangat?)
    2) kencing di atas lantai tandas (ataupun kurang 'skill' untuk 'shoot the bull'!)
    3) berak dan tidak 'flush' sedangkan air ada!

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Cik Dol

    Makin meriah blog ni dah, tambah ek-se-so-ri..yo!

    Nk tanya naper tak letak iklan Nufnang kat sini.. banyak mashuk tuuuuuuu.... Rugi ar, visitors ghamai ni..

    Boley ler belanja Adam eskrim nnti he he..

    MamaAdam tak gamai visitor .. (malu..... tu yg tak letak....)

    BalasPadam
  3. nampaknya kena disiplinkan diri dengan HUKUMAN atau denda.

    sempat jugak yer cilok ayat KID dan pondan ...heeee

    BalasPadam
  4. sy ade jumpe mak nyah pakai toilet lelaki..

    p/s- sebijik cam perempuan.... susah nak pastikan dia mak nyah atau tidak (if xdengar suaranya)

    BalasPadam
  5. Dalam tandas awam, ada disediakan tong khas untuk mengumpul tuala wanita ini. Tapi tak semua tandas awam menyediakan tong khas ini, kalau ada pun, selalunya terlalu penuh, jadi jalan terakhir kebanyakan orang adalah membuangnya dalam mangkuk tandas. Lama-kelamaan tersumbatlah.

    Ada juga tandas awam berbayar, masuk, wangi semacam, bersih la konon, tapi bila masuk ke bilik kecik tu, air bilasan takde, pam tak jalan... akhirnya bau hancing tu melekat. Ada juga tandas awam, kononnya canggih dan serba serbi nampak moden, tapi paip air bilasan takde, yang ada cuma kertas tisu tandas.

    Ada juga tandas awam terutama di pusat membeli belah menyediakan paip air, tapi muncungnya pula terletak di mangkuk tandas itu, bila dibuka paip, muncung ini akan keluar dan air akan memancut dari muncung paip ini. Saya berasa geli dengan teknologi ini kerana saya pernah lihat ada kesan tahi manusia melekat pada muncung tersebut dan tidak dicuci oleh penjaga tandas.

    Pada pendapat saya, ini semua bermula dari pendidikan di rumah. Dari seawal umur 1.5 tahun (apabila kanak-kanak sudah tegap berjalan dan boleh berdiri tanpa perlu memegang apa-apa sokongan), kita boleh ajar anak-anak soal kebersihan diri. Bila tukar pampers, bersihkan kawasan yang berkaitan menggunakan air, bila buang air besar, guna air untuk mencuci dsb.

    Bila perempuan mula-mula didatangi haid seawal umur 9 tahun, seharusnya ahli keluarga (selalunya ibu) mengajar bagaimana hendak menguruskan diri sewaktu dalam haid.

    Bila dah jadi tabiat, ia takkan dilupakan atau ditinggalkan.

    BalasPadam
  6. den rase pondam masuk tandas wanita la.. hari tu kek pasaraya ade sekali den bertembung dengan golongan pondan dalam tandas ni... tapi ape yg bro mazidul cakap ni mmg betul . bukan setakat tuala wanita, pampers anak pun bersepah dalam tandas awam ni wanita.
    den kalau x terdesak mmg x masuk tandas awam ni... ish2 memualkankan .. tandas masjid pun ade gak yg camni.. dulu mmg den elakkan masuk tandas awam ni.. tapi kalau travel jauh mmg kene guna jugak.. kat tol2 tandas mmg bersih mmg den suko la..

    BalasPadam
  7. ya Alllah termuntah aku baca citer ni ...

    BalasPadam
  8. antara sebab saya tak sanggup guna public toilet.... ini la sbbnya.. kotor tak ingat... kecuali emergency sgt jer masuk... saya suka tandas d R&R Plus.. bersih jer selalu.. kadang2 tandas kat masjid pun kotor.. apa nak jadi ngan manusia nih... pengotor tak kira tempat..kesimpulan bg saya.. org2 yg mcm nih.. mmg hidup dia org kat rumah pun pengotor.. sbb tu la jadi mcm tu..

    BalasPadam
  9. tandas kat umah jugak yang layan nak carik idea
    eehehehehheheh

    BalasPadam
  10. Dalam pemerhatian sayalah kebanyakan orang luarbandar tak tahu nak jaga kebersihan. Agaknya tak tahu nak gunakan tandas awam sebabnya ia berlaku dipejabat saya dimana saya bertugas.

    BalasPadam
  11. bercerita tentang tuala wanita di tandas ni, memang panjang la ceritanya. tak tau la bila nak tamat cerita ni.

    sebagai seorang warden asrama di sekolah saya, setiap awal tahun, bila intake form 1 masuk, kerja saya ialah memberi taklimat kepada pelajar form 1 tentang pengurusan pad yang telah digunakan.

    masa bagi taklimat tu, bila kita buat sesi soal jawab, semua macam terrer dah. tapi lepas beberapa bulan, mula la toilet sumbat. bila check, ada benda ni.

    bila kita sound, ok jap. pastu tak lama jadi balik. tak tau la kenapa. nak kata tak diberitahu, dah tahu. takkan diorang harap kita check everytime diorang guna toilet kot. itu tahap melampau.

    rasanya ini bukan sebab tak tau tapi soal sikap. macam salah satu komen di atas kata, dia anggap itu bukan toilet dia dan dia anggap ada org lain akan tolong settle itu semua untuk dia.

    letih dan menyampah dengan senario ini.

    BalasPadam
  12. tandas lelaki & tandas pompuan sama jer en mazidul..

    tandas pompuan bukan jer pad kdg2 diapers anak2 pun bersepah.heran betul ngape tak dilipat kemas2 dibungkus baru dibuang.eeeeeaa :(

    tandas lelaki pun sama gak bersepah dgn puntung rokok.

    BalasPadam
  13. salam...
    saya kini tinggal di bumi saudi..kalau nak tau dulu saya pon slalu bising dgn kisah pad2 semua nih...tapi bila dah ada d negara org,tandas Malaysia boleh dikatakan antara yg terbaik!!!percayalah!!!bila kita di luar barulah kita hargai apa yg kita ada.....

    BalasPadam
  14. saya pernah beberapa kali ke tanah seberang (Jakarta, Bandung dan Surabaya)...pernah juga beberapa kali menjengok tandas mereka (membuang air lah...) dan saya berpendapat, dari lawatan saya setakat ini, tandas mereka jauh lebih bersih dari kita, walaupun tandas mereka tidak ada pam (cuma tandas cangkung) dan ada pili air disebelah....memang ada tukang jaga dan mereka menjalankan tugas mereka sebaik mungkin. Mungkin juga rakyat mereka amat berperihatin, saya kurang pasti. Apa pun, lawatan saya ketandas tidaklah memualkan sepertimana tandas di sini. Ada sesiapa disini yang boleh menyokong /menyanggah kenyataan saya?

    BalasPadam
  15. Semuanya bermula dengan sikap seseorang...kalau jenis yang pentingkan diri sendiri tu memang dah tak hiraukan perasaan orang lain yang turut sama menggunakan kemudahan tandas tu...malu jugak kalau pelancong luar negara tengok...kita mungkin ada kemudahan kelas pertama tapi kebanyakan orang kita (tak semua la) ada minda kelas ketiga...

    **kalau pondan guna tandas perempuan, bukan ke itu melanggar pencabulan hak bagi wanita normal untuk menggunakan tandas kerana pondan ni kan lelaki??

    BalasPadam
  16. Bro Maz

    Sikap 'toilet-trained' dan 'toilet-caring' ni sebenarnya perlu disemai dari kecil.

    Ianya adalah habit atau tabiat

    Mereka yang tidak suka melihat tandas bersih bukan berubah sikap dalam satu malam.

    Tapi mereka yang tidak suka 'flush' tandas mungkin akibat penyakit keturunan... lepas hajat main lap dengan kertas.

    Kalau orang kita mesti amalan kebersihan di utamakan, sebab kita orang Islam kebanyakkannya kuat Iman dan pembersih.

    Tandas semua orang guna.

    nota: beberapa tahun dulu pernah round satu Malaysia dengan 'geng 4x4', bawa sabun serbuk dua tiga guni, berus elektrik, dan sebagainya, singgah di surau dan gotong royong bersihkan tandas surau yang 'kurang bersih'

    BalasPadam
  17. bro alid, bagusla aktiviti tu. pertama kali dengar..

    semoga dikurniakan Allah pahala yang banyak. amin..

    BalasPadam
  18. salam Bro,

    kalau pengkid masuk tandas lelaki siap lah aku 'kerjakan' ~ Ganaz~ .Keluar dari tandas aku rasa pengkid tu akan berubah 100% jadi wanita . hiih.. kalau aku tau yang masuk tandas lelaki pengkid tu Pengkid' hah. aku gombol2 , picit3 dada dia. baru dia rasa dia tu masih lagi Pompuan~ . aku rasa macamtu kot nak bagi pengkid ni sedar.

    anti pengkid.

    BalasPadam
  19. saya pernah g terngganu..dan masa tu mmg terpaksa masuk tandas awam walaupun aku bnci sgt2 gne toilet luar nie...

    dan hasilnya mngjutkan...

    busuk nak mmpos..

    bile rq masuk, buek trus..tk jd nak masuk..

    aku kuar balik...(smbil tu tutup hidung ngn kain tdung)..cube amik nafas angin alam sekitar jap...

    pastu , rq msuk cr yg lain nk tgk brsih ke tak..

    ish ish ish...tahi bersepah2 di lantai..ksemua toilet yg ada semua tak le pakai..ada najis brkeliaran merata2 di lantai2...

    apa sudah jd????
    sume 100 x 100 kotor..

    tak tahu lah apa nak jadi...burn duit aku 30 sen!

    mmg rq tk masuk..trus kuar..trbantut niat...

    BalasPadam
  20. Manusia yang hanya mementingkan diri sendiri wajar di letakkan di dunia yang tiada hubungan dengan dengan orang lain. Biarlah, mereka nak 'buang' ape-ape pun.

    BalasPadam
  21. Sesungguhnya LELAKI dan PEREMPUAN ni 2X5 jer.. Tiada yang kurang atau lebihnya. Tak percaya??

    BalasPadam
  22. bagak: saya kurang bersetuju bila awak simpulkan mcm tu... bg saya org bandar pun ada juga yg tak pandai jaga kebersihan.. kat ofis saya pun ada kdg2 terserempak dgn org bandar yg mcm nih.. kencing bersepah.. tak flush dan sebagainya..

    BalasPadam
  23. Memang betul Bro, tandas awam kat Malaysia ni majoriti kotor yang amat.
    Memang menjijikkan especially tandas yang tak berbayar.
    Tapi ada jugak tandas berbayar yang kotor sebab terlalu ramai pengguna.
    Saya kalau pegi tempat public, saya guna tandas di shopping complex yang besar2.
    Walaupun masih ada kotoran tapi tak seteruk tandas awam tempat lain.
    Dulu masa saya rajin guna Puduraya untuk balik kampung, saya sanggup tunggu bas lagi daripada pergi tandas Puduraya.
    Dah la sesak, kotornya toksah nak kata la.
    Sekarang ni saya taktau la, harapnye ada perubahan.

    Benda camni sebenarnya bergantung pada disiplin diri masing-masing.
    Education kat sekolah ke, rumah ke, tak membantu kalau diri sindri takde disiplin lansung.
    Kadang-kadang kat rumah memang dia jaga bersih, tapi bila pegi public toilet, dia buat suka hati je buang macma-macam.
    Maybe dalam fikiran diorang, 'ini bukan tandas rumah aku'.
    Tapi fikir la sikit, orang lain pun nak guna jugak tandas awam.

    Dulu saya pegi Perth, masa nak guna public toilet diorang, bila masuk je, punya la bersih.
    Macam takde orang pernah guna.
    Sampah pun susah giler nak jumpa.
    Plastik balut coklat pun kita susah nak nampak.
    Except beberapa puntung rokok.
    Itupun beberapa je.
    Bukan nak puji orang sana, tapi kita contohi apa yang baik.

    Kesimpulannya, jagalah kebersihan walau di mana saja kita berada.

    BalasPadam
  24. mmg kalau pengkid akan masuk tandas lelaki, depa dah ingat depa 2 lelaki, x macho klu msuk tandas perempuan, kaum Nyah plak yg rambut panjang, pakai make up tu, sememangnya msuk tandas pompuan, sb depa x de rasa kat kaum hawa, depa takut klu msuk ke tandas laki kena sekodeng, x boleh nak buang air plak, nyonya yg dok jaga pintu jamban 2 pun tunjuk msuk tandas pompuan. lain lah kalau Nyah 2 x pkai make-up, muka jantan giler, mmg kena msuk tandas laki. saya pompuan normal, dan saya dah biasa kwn dgn 2-2 golongan ini, jadi saya tau lah bab2 ni.

    BalasPadam
  25. ni semua soal sikap. kadang2 mak bapak, cikgu2, warden2, dan tah sapa2 lagi dah ajar berkali2, tapi masih tak makan saman. tak kira la lelaki ke pompuan.

    memang saya cuba elakkan guna tandas awam kecuali terdesak. tandas kat R&R je yg saya konfiden nak masuk.

    lagi satu, saya pelik la. kenapa sesetengah tandas awam kat malaysia ni buat tandas takde paip air? ingat mat saleh sangat la tu!

    yg kat bawah ni off topic sikit ek en mazidul.

    saya geram tgk org yang suka buang sampah sepah2 dari kereta. 2-3 bulan lepas, ada sorang mamat ni syok je buang plastik minuman kosong atas jalanraya. dua hari lepas, namapak ada sorang makcik siap buang dua beg plastik sederhana besar ke dalam sg langat (dari dalam kereta dia jugak). mana la sungai2 kat malaysia ni tak tercemar, rupanya wujud orang2 yg takde kesedaran sivik macam diorang2 ni!

    BalasPadam
  26. en bagak, pd pendapat saya pulak, hal2 sebegini kurang kaitannya dgn org bandar atau luar bandar, educated atau uneducated.

    di tmpt kerja saya (rata2 orangnya educated la jugak...), pun masih lagi berlaku pam tandas tak bersih (najis berjoget2 lagi atas air tu, ceh!), buang tisu dlm lubang tandas, tandas bau hancing, etc etc...

    BalasPadam
  27. sekarang ni bukan saja pad yang masuk dalam lubang tandas, bayi pun ada....apa nak jadi ngan orang Malaysia nih?

    BalasPadam
  28. blh dikatakan yg buat 'sepah' tu warga CINA. believe me..dah la xcuci,main cmpak je..agak jijik jgk..

    pnh t'jadi kat toilet ofis..OMG! dia bleh ckp yg dia lupa..WTF!
    GROSS..

    BalasPadam
  29. kebersihan bermula daripada kesedaran sendiri..jika ilmu agama mengenai kebersihan diterapkan..ilmu moral berkenaan kebersihan diterapkan..insyallah boleh baik..tapi saya tengok tandas sekolah pun teruk..mcmmana nak didik anak bangsa jadi golongan pembersih??..mari samer2 kiter berfikir..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.