5 gambar tragis berikut dikirim kenalan dari Myanmar. Myanmar, negara berada di bawah pemerintahan Junta tentera. Gambar dimuatkan dirakam pada September 2007 ketika lebih 300,000 rakyat berdemonstrasi menuntut demokrasi membabitkan sami, rakyat dewasa, remaja dan kanak-kanak.
Gambar kiri, peserta demonstrasi mati akibat dihentak kepala menggunakan senapang M16.
Menurut pengirim gambar, otak bertaburan di longkang di satu daripada gambar di bawah, milik kanak-kanak menyertai demonstrasi dianjurkan. Dia ditembak mati secara kejam askar Junta, berusia 14 tahun.
Dilaporkan ramai sami dibelasah, dibunuh dan mayat mereka kemudian dicampakkan kedalam paya bakau berhampiran Pelabuhan Yangon. Yangon, ibu negara Myanmar.
Kata pengirim, ‘kesimpulannya, Malaysia negara mempunyai pemerintah paling baik hati. Apapun, saya sangat menentang apa juga demonstrasi jalanan di Malaysia, sebab negara kita 'sangat aman', tiada tembakan didengar di malam hari, tiada mayat orang mati dibunuh dijumpai pada pagi hari'.
Gambar kiri, peserta demonstrasi mati akibat dihentak kepala menggunakan senapang M16.
Menurut pengirim gambar, otak bertaburan di longkang di satu daripada gambar di bawah, milik kanak-kanak menyertai demonstrasi dianjurkan. Dia ditembak mati secara kejam askar Junta, berusia 14 tahun.
Dilaporkan ramai sami dibelasah, dibunuh dan mayat mereka kemudian dicampakkan kedalam paya bakau berhampiran Pelabuhan Yangon. Yangon, ibu negara Myanmar.
Kata pengirim, ‘kesimpulannya, Malaysia negara mempunyai pemerintah paling baik hati. Apapun, saya sangat menentang apa juga demonstrasi jalanan di Malaysia, sebab negara kita 'sangat aman', tiada tembakan didengar di malam hari, tiada mayat orang mati dibunuh dijumpai pada pagi hari'.
Tidak hairanlah, mengapa ramai rakyat Myanmar berhijrah ke Malaysia, mencari rezeki di negara aman dan makmur ini. Jika berdemonstrasi di negara sendiri, maut diundang.
* Terima kasih kepada semua sudi menjadi followers blog ini :)
* Saksikan 360 malam ini, jam 9 malam, kisah 'Derita Ibu Tunggal'
Malaysia ni aman sebenarnya....bersyukurlah jd rakyat Malaysiakan...
BalasPadamMasalahnya ramai yang tak bersyukur malah tak tahu bagaimana untuk bersyukur....
BalasPadamKalau "Kesyukuran" lagilah tak di tahu apa dia maknanya... silap-silap dijawab Syukur tu just nama orang...
Wallahualam.
yang mendapat nikmat, memang patut bersyukur.. tapi yang dizalimi, apakah pernah kita tanyakan khabar?
BalasPadamdimanakah logik akal jika ditahan, tanpa tuduhan, tanpa dibicara, tanpa bukti, tanpa hukuman..
jika salah, apa tuduhannya? jika dituduh, di mana perbicaraannya, jika salah, apa hukumannya ?
tapi itulah yang dinamakan ISA...
Sniper, jika salah sekalipun, BUKAN hukuman bunuh. Di Myanmar tiada ISA, mahkamah tidak digunakan, cuma nyawa menjadi taruhan dalam setiap demonstrasi disertai. Ada berani?
BalasPadamSdr Sniper,
BalasPadamKalau tuan baca semula komen yang tuan tulis, saya rasa tuan telah pun menjawab sendiri soalan yang tuan kemukakan....
Tidak lagi saya terbaca di mana-mana orang yang bersyukur dengan nikmat yang diberikan kepadanya di tahan menggunakan ISA.
Insya-Allah.
Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
saya setuju dgn abg mazidul.kadang2 sebab nakkan pangkat manusia sanggup lakukan apa saja termasuk tuduh menuduh,fitnah,berdemostrasi dan seterusnya bulan ditangkap dan dibicarakan dibawah ISA,kerajaan yang niatnya untuk menjaga keamanan terus dipersalahkan...sebab utamanya???tiada syukur dalam diri...
BalasPadamSalam ziarah,
BalasPadamSampai bilakah agaknya hidup mereka terus diselubungi kekejaman, penindasan? Hidup dalam ketakutan. Sukar untuk mencari sinar kebahagiaan di mata mereka.
Sesungguhnya Allah tau apa yang terbaik untuk hamba-Nya.
Very proud to be Malaysian!
tp org malaysia tak pernah bersyukur dgn keamanan yg dinikmati... masih nampak pemerintah menzalimi mereka...
BalasPadamwelcome to Malaysia..
BalasPadamaman..
cuma dek kerana Sikap Kerajaan Malaysia,kemanusiaan yang tinggi..
warga asing mengambil kesempatan..
transit, jual orang, edar dadar dll..
kalau dizalimi kenapa tidak diambil tindakan mengikut saluran undang2 yg betul.. kenapa perlu nak berdemonstrasi???????
BalasPadamade lagi yg tak puas hati rupenyerr..adehhh..!
BalasPadamhalau jer gi myammar..uishhh :p
saudara adam >> 'syukur' tu kita tukar gi syukran..ataupun syukriyah bule?? ekeke :D
memang kite perlu bershukur sebab duduk dalam negara MALAYSIA. So sape2 yg x dah x de rase syukur tu baik gi negara lain. Ada satu kes, seorang rakyat malaysia berada dia ARAB SAUDI .. semasa berada di kedai makan pelajar terbabit ternampak seorang gadis arab yg sedang mengidai pakaian.. biasa la anak muda bila nampak perempuan cantik mesti tgk x lepaskan... x lama selepas itu.. gadis berkenaan mengekuarkan senapang dan diacukan kepada pemuda tersebut.. bayangkan senang nye memiliki senjata disana.. kalau kat MALAYSIA pandang la anak dara org .. paling x pun kene marah ngan ayah die.. so pikir2 kan la..
BalasPadamSoal berani perkara kedua,apa yang ditekankan disini adalah suatu akta yang bercanggah dengan hak hak kemanusian.
BalasPadamDimanakah keadilan apabila ditahan tanpa bicara?pihak keluarga pun tidak mengetahui kemana tuan punya badan dibawa pergi?barangkali kita bersetuju dalam sesetengah fakta tetapi sekiranya ianya terjadi kepada diri sendiri dapatkah anda merasainya?
Saya amat yakin sekali insan yang lahir di tanah air ini perilakunya tidak seperti di negara² sepertimana yang di paparkan.
atas sebab itu sekiranya polis memberikan kerjasama untuk berdemonstrasi sepertimana termaktub di dalam perlembagaan yang menyatakan hak kepada rakyat untuk berhimpun maka program ini dapat berjalan lancar
Malangnya apabila pihak² berkuasa diperkudakan untuk kepentingan politik maka natijahnya menjadi buruk,hatta mesej yang ingin disampaikan telah menjadi suatu isu lain demi menutupi hakikat yang sebenar
Kalau dilihat cara polis Malaysia ni, Malaysia secara perlahan menuju kearah itu..! Myanmar negara tentera yang tiada undang2, tapi Malaysia negara yang ada undang2. Malangnya ISA mengatasi segala undang2 yang ada. Bagaimana perasaan saudara jika saidara ditangkap untuk tempoh masa yg panjang dan tidak dinyatakan kenapa saudara ditangkap..? Kami bunkannya nak ISA, kami nak HUDUD.! Allahhu Akhbar..!
BalasPadamI just love your sarcasm. Hope those so-called "intellectual and wise" people who are so blinded by their political belief would see this. But ohh, they love western culture = demonstrating. But I thought western are kafir? Which is which? I reckoned they will come up with another lame excuse to justify their cause. lols. They are definitely for the benefit of lolz, lots of it.
BalasPadambersyukur lah negara kita masih aman walaupun dalamnya masih kacau bilau..
BalasPadamsekurg2nya kita tak jadi macam negara mereka ni..dihiasi dgn demo ygt tak habis2, perang, tembak menembak lumrah biasa bg mereka ni...
tapi itu lah..
kita masih tak tahu brsyukur..
cube mlakukan demo sprti negara2 lain..
kasihan..
aku sedih knapa mreka tak paham
abg mazidul..jmput ke blog saya..
BalasPadamhauhauahaua..sambung sana
Erwan, awak kata,'Malangnya apabila pihak² berkuasa diperkudakan untuk kepentingan politik maka natijahnya menjadi buruk' - Pihak berkuasa menjalankan tugas mereka. Tidak timbul soal diperkudakan.
BalasPadamLihat laporan akhbar hari ini, 5 Ogos 2009. Pelajar berusia 15 tahun diperdaya mengikut demo terbabit, itu dakwa ayahnya membuat laporan polis di Kedah.
Menurut maklumat, remaja terbabit dipelawa ke Kuala Lumpur pada 1 Ogos untuk menghadiri majlis kenduri akhirnya terheret menyertai demo jalanan.
Remaja bawah umur itu, boleh kita kata diperkudakan pihak tidak bertanggungjwab?
ada sokongan hadith yg mngatakan di kutuk perbutan demonstrasi nie..
BalasPadamapapun, kalo ada yg salah sy minta maaf
Hazrey..jom..kite support kite pnye opinion..puas aku cari..
BalasPadamnak tulis kat cni tak larat dah..g je la blog rq...jumpe jugak..
tapi aku masih mncari which part they belong to???
apapun, kalo korg yg sokong demotu ada rujukan n sources yg mnghalalkan apa yg korang buat tu..jmput2 lah share..
biar terbuka..
this thing has to be clarifiedd clearly..
plz dun talk based not on facts
tapi, ade jgk rakyat Malaysia yg x sukakan keamanan...
BalasPadamkonon nk tunjuk hebat...
Abg Mazidul,
BalasPadamTerima kasih atas jawapan balas.
Benar pihak berkuasa menjalan tugas mereka,itu tiada siapa yang boleh mempertikaikannya.tetapi arahan siapa yang mereka ikuti?apakah arahan itu benar² diatas kebenaran.
Lihat sahaja kenyatan Suhakam dalam isu ini.
Lihat sahaja suatu ketika apabila ada pihak mengatakan "kaum sekian² adalah pendatang" terang² kenyataan itu bersifat perkauman,banyak pihak yang membantah kenyataan itu waima laporan polis telah dibuat tetapi oleh sebab ianya keluar daripada pihak yang berkepentingan maka laporan hanya tinggal laporan.
Mengenai laporan itu jika benar saya sendiri akan bersama² dengan anda membantah perlakuan sedemikian
Tetapi hendaklah adil dalam menilai sesuatu fakta.
Saya tidak mahu melihat adanya lagi contoh kes seperti mana Kerajaan Negeri di utara yang dikatakan menyewa jet untuk kegunaan peribadi tetapi hakikatnya ianya disewa oleh rombongan istana.
Adillah dalam segala perkara hatta kebenaran itu berada di pihak kita.
Erwan, ada 2 kelompok manusia, A dan B, setiap satu mempunyai media di bawah kawalan, MEDIA 1 untuk A dan MEDIA II untuk B.
BalasPadamA berkata Media II tidak adil dalam membuat liputan, manakala B berkata MEDIA I, tidak adil membuat liputan.
Cuba tengok dan baca betul betul media terbabit, MEDIA I dan MEDIA II, bersama menggunakan MEDIA mereka untuk kepentingan kelompok sendiri.
Jadi, kelompok mana awak anggap memberikan liputan terbaik? Bukan ke SAMA sahaja biarpun ada media mendakwa membuat laporan berasaskan Islam, kononnyalah, hakikatnya jauh daripada itu :)
ladyBEErd,
BalasPadamApakah hujah yang anda pakai untuk menyatakan insan yang berlainan dengan anda tidak cintakan keamanan serta hendak tunjuk hebat?
*Adillah dalam segala perkara hatta kebenaran itu bukan berada di pihak kita.
Abg Mazidul,
BalasPadamKenyataan "setiap satu mempunyai media di bawah kawalan" itulah tidak jujur dalam menaqalkan fakta.saya tidak taksub mana² pihak tetapi cenderung kepada kebenaran
Mengapa media tidak jujur dalam isu ini,tidak kiralah dari media A mahupun B.apakah yang perlu di buat sekiranya anda menyalurkan fakta kepada masyarakat yang anda tahu bahawa fakta itu tidak benar tetapi atas konsep "setiap satu mempunyai media di bawah kawalan" apakah ini jujur dalam menaqalkan fakta?
Saya tidak mengatakan kepada Abg Mazidul.pendapat ini adalah umum untuk di teliti.
kalau dah nama pembangkang.. apa2 pun tetap nak bangkang... apa yg dia org nak lagi pun tak tahu lah... tak pernah bersyukur.. ingat kalau Anwar Ibrahim tu naik jadi PM dia boleh berlaku adil ker pada semua org... hanya org yg kenai dia betul2 tahu siapa dia.. jgn la korang nak ikut membuta tuli...dia tu pun manusia biasa.. mana mungkin dia tak buat salah.. pikir la sket.. terima kasih la sket pada pembangunan yg kita dah kecapi dan keamanan yg kita miliki....
BalasPadamAbu Asri, tiada dalam komen saya di atas menyatakan perkataan 'tidak jujur'. Itu perkataan awak, please take those words back and please do not put words in my mouth.
BalasPadamApa saya kata, itu dakwaan kedua kelompok. Jangan menulis berdasarkan tanggapan sendiri, tolong fahami setiap perktaan saya gunakan sebelum melontarkan komen di sini.
Bersyukurlah menjadi warga Malaysia...negara kita ni dah aman sebenarnya...kalau rasa tak suka tinggal di Malaysia, silakan berhijrah ke negara lain... :)
BalasPadaminilah yang terjadi jika kita kufur nikmat dan tidak menghargai keamanan yang ada didepan mata.
BalasPadamkata orang putih, "you won't appreciate something until it's gone!"
(bayangkan ISA dimansuh dan orang berluasa melakukan sabotaj dan subversif kepada keamanan negara dan sosial, masa itukah baru kita hendak menggigit jari??)
Wahai blogger sekalian.
BalasPadamKita hidup berpandukan Al-Quran dan Sunnah di atas setiap perbuatan. Kita berada di dalam ruang lingkup "dunia" dan Allah dgn RasulNYA membawa kebenaran kepada manusia sejagat.
Ketahuilah bahasanya ISA adalah HARAM di sisi ISLAM. Jadi jika berhujah biarlah berpandukan Al-Quran dan Sunnah.
Jika sesiapa yang mempunyai dalil tentang ISA DIBENARKAN DALAM ISLAM... maka di alukan supaya email kepada saya.
Demontrasi adalah salah satu cara menunjukkan protes terhadap sesuatu tuntutan atau teguran jika pihak pemerintah enggan mendengar atau "BO LAYAN".
Harus di ingat, demontrasi ia adalah "salah satu cara" dan bukan "satu cara" sahaja.
Apapun, yang melahirkan I.S.A. ini adalah melalui Sistem Demokrasi dan sistem kufur penjajah inilah yang di gunakan kerna hanya perlu suara majoriti di parlimen.
---------------------------
[SN174] “Kerajaan tidak cadang kaji ISA” – Itulah keputusan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
sebagaimana disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 19/10/08. Beliau berkata, “tumpuan saya ialah untuk membentangkan tiga
rang undang-undang ini (suruhanjaya pelantikan hakim, pencegahan rasuah dan aduan khas) di Parlimen dan oleh itu tolong
jangan soal saya tentang langkah untuk mengkaji ISA kerana akta hampir sama juga masih diguna pakai di Amerika Syarikat
(AS) dan Britain”, tegasnya pada sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-55 di Kuala
Lumpur pada 18 Oktober lepas. Perdana Menteri nampaknya langsung tidak mahu tunduk kepada bantahan yang ditimbulkan
dari pelbagai pihak termasuklah dari parti komponen BN sendiri untuk memansuhkan Akta zalim tersebut.
Siapa tidak kenal ISA? Akta Keselamatan Dalam Negeri (yang lebih dikenali sebagai ISA iaitu akronim nama Bahasa Inggerisnya,
Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang berkuat kuasa di Malaysia sejak 1960 lagi. Akta
yang telah benar-benar digunakan kerajaan untuk menyelamatkan hegemoni politik mereka ini membolehkan sesiapa sahaja
ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang disyaki atau dipercayai mengancam
keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama
tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri, dan sekali gus membolehkan penahanan terus
tanpa perbicaraan.
Baca penuh di
http://www.mykhilafah.com/sautun_nahdhah/SN174_ISA_Haram_di_Sisi_Islam.pdf
Assalamualaikum wbkth...
BalasPadamSemakin gian pulak aku masuk blog Mazidul ni...ok ke bai?
Sebagai negara ISLAM kita sepatutnya mengamalkan undang-undang ISLAM.
Undang-undang buatan manusia tidaklah sesempurna Undang-undang Allah.
Kembali kepada ISLAM.Dunia hanya sementara.Akhirat tujuan kita. Namun antara keduanya harus seimbang.
Jika untuk Islam kita perlu sedia berkorban walaupun nyawa menjadi taruhan.
Biaqpila, masuklah ke blog ini, tiada siapa melarang :)
BalasPadamKekadang pandangan kita berbeza,apapun saya fikir, itu tidak menjadikan kita bermusuhan antara satu sama lain.
Salam semua,kelihatan seperti Bro Mazidul sedang menjeling ke arahku...
BalasPadamYa betul, memang ada perbezaan pandangan di antara manusia.
Contohnya di bawah ini.Sudah tentu berbeza sekali dengan Bro,
Buletin Utama kalau berita tentang PAS bergaduh dengan DAP atau DAP kutuk PAS baru depa siarkan.Tengok buletin utama semalam kes Hassan Ali
suruh Ronny letak jawatan exco masuk awal2 berita lagi.Sebab tu PAS dan DAP buat-buat bergaduh,macam kat Kedah hari tu.Time ni la depa boleh
tunjuk muka kat Tv3 yang menjadi tontonan jutaan rakyat.
Kalau berita MB Selangor pi rasmi majlis,pi melawat mangsa kebakaran,pi rasmi kilang,mana nak masuk beb.Itu berita takdak nilai estetika di mata depa.
Sebab tu,sebaik saja keputusan PRK Permatang Pauh diumumkan dulu,aku pernah ucap syabas bravo pada tv3 di blog aku kerana tolong kempen tambah undi untuk DSAI.Serangan demi serangan kepada DSAI dihidangkan saban malam,namun semuanya di reverse osmosis oleh rakyat yang lebih bijak lagi matang daripada wartawan media pemberitaan itu sendiri.Itulah nilai estetika yang ada pada rakyat dan perlu untuk kelompok wartawan sebegini berguru dari mereka.
Ucapan Bravo pada TV3 sila lihat di sini>>> http://biaqpila.blogspot.com/2008/08/tv3-memang-bravo.html
Itu menunjukkan,sebenarnya Kerajaan Malaysia memang tak perlu bagi lesen penyiaran pada pembangkang,kerana stesyen tv kawalan kerajaan sedia ada telah membantu memuakkan rakyat dengan sogokan propaganda yang mereka mainkan dan ini memberikan undi kepada pembangkang.
Biaqpila kat depa untuk terus menjalankan kerja-kerja murni membantu pembangkang demi sesuap nasi dan sesudu gula.
kehkehkeh!!!!
biaqpila.blogspot.com
Haih...bersyukur la Malaysia ni aman walaupun masih ada yg sibuk nak huru-harakan Malaysia ni.
BalasPadamTolonglah, saya sayang negara ni.
Saya tak suka ada apa-apa perkara yang merosakkan negara ni.
Hurm...sedih sangat sebab sejak dua menjak ni, asik ada demonstrasi je.
Manusia menzalimi diri sendiri.
(T_T)
The problem with the commentators here ialah, mereka tidak menulis berdasarkan fakta. Mereka hanya menggunakan fakta yang memihak kepada mereka dan hanya untuk keseronokan mereka.
BalasPadamContoh ialah apabila menggunakan statement dari Pak Lah yang dah pencen. PM Najib dah pun kata akan direview. Go back to the facts. Current facts.
Abu Asri pula berkata mengapa media tidak jujur. Well, it all boils down to the media owner. Sama jugak kita baca Harakah, kalau kita dalam kelompok yang sama, kita akan mengangguk angguk dan bersetuju. Dan bila kita baca Berita Harian, kita akan menggeleng geleng. Dan begitulah sebaliknya. Tetapi jangan sampai menimbulkan kegusaran kepada keamanan. Then, you are asking for it.
Ini lagi satu ni, biaqpila, saya agak pesimistik apabila anda melaungkan agar Malaysia mengamalkan undang undang Islam. Anda bukan satu contoh yang baik untuk melaungkan gesaan itu. Biarkan orang lain yang lebih tertib dan matang menulis sedemikian.
Memang Malaysia Betuah sesangat. hiduppun pelbagai kaum budaya etnik. buanglah jauh2 pekara macamni berlaku kat Malaysia.
BalasPadamorang yang sertai demokrasi tu tak tahu bersyukur...!!!
BalasPadamwww.sweetdarling79.com
Kata pengirim, ‘kesimpulannya, Malaysia negara mempunyai pemerintah paling baik hati. Apapun, saya sangat menentang apa juga demonstrasi jalanan di Malaysia, sebab negara kita 'sangat aman', tiada tembakan didengar di malam hari, tiada mayat orang mati dibunuh dijumpai pada pagi hari".
BalasPadamSaya tak pastilah sama ada ayat di atas merupakan ayat jujur atau perli. Tp kalau betullah apa yg dikata, Syukur Alhamdulillah..
Tp saya rasa hari2 dok dengar kes org kena bunuh, jd pembunuh dan sbgnya kat berita... Tak pun dlm 360...
Berita gembira untuk Rakyat Malaysia :
Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) melahirkan rasa kecewa tentang proses meleraikan peserta himpunan Anti-ISA yang diadakan pada 1 Ogos lalu di Kuala Lumpur.
Menurut kenyataan akhbar yang dihantar kepada Siasah, Suhakam berkata, polis telah menggunakan gas pemedih mata dan air berkimia yang boleh memudaratkan sesiapa yang terkena bahan itu.
“Suhakam tetap berpendirian bahawa rakyat mempunyai hak untuk berhimpun secara aman,” tegas kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Di akhir kenyataan itu, Suhakam sekali lagi mengulangi kenyataannya iaitu ISA perlu dihapuskan dan ditukar dengan undang-undang baru yang lebih komprehensif yang menyeimbangi antara keselamatan negara dan hak asasi manusia.
Selalunya orang-orang yang pernah ke luar negara, melawati atau mendiami negara-negara macam Myammar, Laos, Vietnam, Kemboja.. boleh tengok sendiri kesan dari peperangan, kekejaman pemerintah dsb. Dan orang-orang macam nilah yang selalunya akan menghormati dan menghargai apa yang dinikmati di negara sendiri - Malaysia.
BalasPadamP/S: Saya syorkan orang-orang yang menyertai demonstrasi jalanan ni, yang suka "menyuarakan" rasa hati melalui cara ganas macam ni, pergi ke Phnom Penh, lawat muzium Tuol Sleng dan Killing Field, supaya mereka belajar dan tahu makna "pemerintah zalim/kejam".
Bersyukur hidup di Malaysia.
BalasPadamTengok gambar yang terdapat tu, memang seriau betul. Tengok otak tu, lagilah.. huhu..
BalasPadamBukan setakat nak hidup @ duduk di negara macam ni, nak pergi melancong sekejap pun dah tak berani. Inikan pulak nak duduk bertahun-tahun. Huh..
BalasPadamRamai yang menulis disini menyokong acara demonstrasi hari tu supaya hidup berpandukan cara Islam, mengikut sunnah dan hadith, berdasarkan al-Quran bagai.
BalasPadamTumpang tanya,...
Yang berdemonstrasi hari tu, SEMUAnya sempat solat ke?
Saya bertanya bukan apa, kerana kalau tak silap saya, sewaktu azan Zohor dan Asar dilaungkan, masih ada yang bertempik di jalanan berdemonstrasi.
Bukankah wajib menyegerakan solat apabila masuk waktu?
Maaf di atas kekeliruan saya tapi itulah yang saya lihat tempoh hari. Tertanya saya sendiri, di mana letaknya keislaman mereka yang berdemonstrasi,...
pada solatnya kah?
atau,
pada demonstrasi mereka kah?
p/s : Kalau mereka berhimpun beramai-ramai melakukan solat hajat memohon agar ISA dimansuhkan bukankah itu merupakan lebih mulia (berbanding acara berarak beramai-ramai ke Istana Negara tu)?
Membuktikan kepada bangsa lain bahawasanya Islam itu sejahtera sama seperti pengertiannya?
*Teringat solat hajat di Kelantan, dilakukan beramai-ramai ketika penindasan berlaku di bumi Palestin tempoh hari.
Itu pun demonstrasi juga, tak perlu nak merusuh dan berarak bagai.
Kita hanya perlu bermohon pada-Nya yang Maha Esa andainya teraniaya.
Bukankah itu merujuk kepada Sunnah, tertulis dalam al-Quran dan semua hadith?
Pada-Nya kita berserah kerana-Nya yang lebih Maha Mengetahui.
Setuju?
Untuk Sdr. Jebat:
BalasPadamAnda mengatakan hidup kita berlandaskan al Quran dan As-Sunnah...
Baiklah, penangkapan tanpa dibicarakan dan dihukum tanpa bukti menyalahi nas-nas Qatie sama ada dari segi naqliyyah mahupun aqliyyah...
Anda cabar sesiapa menghantarkan email kepada saudara tentang kebolehgunaan ISA di dalam masyarakat bersandarkan nas-nas naqliyyah...
Cuba saudara pamerkan pula nas-nas dan dalil-dalil saudara tentang bolehnya atau keharusan demonstrasi di dalam sebuah negara yang pemimpinnya beragama Islam (sama ada kelihatan beragama Islam, atau sememangnya beragama Islam berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w bahawa 'selagi pemimpin itu bersolat')...
Agama adalah 'nasihat'... jangan hanya bersesuaian dengan nafsu dan akal kita, maka baru kita terima... kalau bersalahan, kita terus campak ke tepi... jangan ambil sekerat-sekerat, kalau benar-benar cintakan Allah Taala dan Rasulullah s.a.w...
Silakan....
Izinkan saya mencoretkan beberapa hadis dan petikan dari Kalam Allah bagi rujukan saya dan juga blogger sekalian.
BalasPadam"Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat. "(Al-Hujurat(49):10)
Setiap dari kita di dalam Islam adalah bersaudara. Berbeza pendapat adalah perkara biasa tetapi jgnlah cuba menjatuhkan saudara-saudara kita sendiri. Janganlah memutuskan ikatan silatulrahim di antara kita hanya kerna berbeza pendapat ataupun tidak sehaluan dengan kita.
Allah SWT berfirman:
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. "(Al-Hujurat(49):11)
Sesungguhnya, Allah memerintahkan kita memberi peringatan kepada mereka yang lupa akan tangungjawab kita sebagai manusia.
"Maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan. "(Al-Ghasyiyah(88):21)
dan di akhir kata
Rasulullah S.A.W bersabda :
“tidak akan masuk syurga bagi orang-orang yang memutuskan silatulrahim”
(Hadis Hasan Soheh riwayat Imam Al-Tirmizi)
Jadi, jika kita sesama Islam berbeza pendapat, maka hormatilah pendapat beliau (pendapat haruslah bersandakan pada dalil) kerna sesungguhnya manusia itu unik dari segi pemikirannya.
Dan ingatlah............
Apa yang di bahaskan haruslah berpandukan Al-Quran dan Sunnah.
Jangan sesekali bertakliq buta terhadap sesuatu tanpa rujukan.
InsyaAllah kita tidak akan sesat dari perjalanan kita menuju alam kekal.
Biaqpila..minta maaF..
BalasPadamnegara kita bukan negara IsLam ..
negara kita hanya ramai orang Islam..
dan dlm FC ada mnyebutkan dlm art 3..Islam adalah agama rasmi negara..
dan dlm sejarah..tersebut dlm 'white paper' yg mngatakan 'it is not intended that malaysia is too be declared as an Islamic country but merely religion of Federation..."
dan itupun lbih kpada ceremonial purposes..
sila semak..
cube semak sejarah bagaimana terbentuknya Perlembagaan Persekutuan dan bagaimana susahnya Islam nak dibentuk ktika kita mnuntut kmerdekaan duLu..
Negara kita hanya akan Islam apabila Kita mngaplikasikan hukum hudud, qisas dan ta'zir...
tapi..setakat ini, cukupkah syarat ini???
jadi, NEGARA IsLAM kah kita???
sayangkan???
jika pmimpin kita sndri mnolak hukum ni dr diaplikasikan, smpai bile kte akan trus jd negara sekular yg ramaaaai org Islam???
dan samapi sekarang, aku masih tidak faham..knapa mreka mnolak hudud..dan masih nk ikut common Law walopun dah dh sedekad abad kit mrdeka..
tak mampu nak buat law sndri kah atau takut negara kita dijajah semuLa???
secara ringkasnya biaqpila..
BalasPadamUNDANG2 ISLAM di tolak kerana mmg negara kita tak prnah dianggap Islam dlm perlembagaan persekutuan itu..
Nak salahkan siapa???
Perjuangan datok nenek moyang dlm mnuntut perjuangan dulu mnuntut mreka trpksa mngenepikan maruah bngsa demi harga sebuah kmrdekaan..
itupun, mujur mreka mnuntut juga hak Isalm tu dimasukkan juga dlm kite punye prlembagaan..
kalau tidak, kita tak mungkin dpt status Islam langsung..
brtrima kasih lah kte pd seorang hakim Pakistan krana dia lah, Isalam sbg agama rasmi dlm FC diperuntukkan..
hanya dia yg mmbela nasib Isalam waktu itu krana yg lain2, seme mat2 sallleh punye LORD rEID terkutuk
selamat datang pembangkang heee..
BalasPadamselama ini, dikuasai oleh pencadang...dan penyokong entry..kita sama-sama berfikir..bertukar idea dan pendapat..
kalau ada/boleh sertakan hadith untuk menguatkan HUJAH..asalkan tidak lari AKIDAH..
+++ yang penting lepas ni siapa yang kena saman..
negara Malaysia mmg negara yg paling aman di dunia, pun begitu rmi gak org nak berhijrah keluar dari sini...
BalasPadamSalam,
BalasPadammakin gian aku layan kat blog ni,tak tau pasai apa.
Kepada Hazrey, aku memang tidak sematang hang jika dinilai dengan gaya tulisan aku.Aku cuma ingin mengingatkan diri aku sendiri dan juga saudara-saudara Islam aku supaya kembali kepada Islam.Itu tanggungjawab aku sebagai seorang Islam.Samada hang pesimistik atau begitu mistik dengan aku, aku tak dak hal.Samada layak atau tidak aku melaungkan perkara itu hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Kepada ADam Dryx kalau nak tengok gambar orang bersolat masa demo sila ke sini:
http://biaqpila.blogspot.com/2009/08/galeri-gambar-demo-isa.html
Kepada areQue thanks kerana memahami aku...
Untuk pengetahuan semua, gambar-gambar yang dipaparkan di atas tu ada juga kat Malaysia ni.Lupakah anda pada peristiwa Memali?
Nak tengok sila ke:
http://images.google.com.my/images?hl=ms&q=memali&um=1&ie=UTF-8&ei=WZ95SvfiM5Ts6AOQh8SWBQ&sa=X&oi=image_result_group&ct=title&resnum=4
atau pi google search image Memali...
Aku kenal benar dengan Allahyarham Ibrahim Libya.Aku pernah pi dengar dia mengajar agama masa kecik dulu.
Kepada Bro Mazidul, 360 semalam nampak smart...kena pulak dengan kisah ibu tunggal...hehehe..
Salam sdr Biaqpila,
BalasPadamTerima kasih pada link tersebut. Dihargai.
Namun, sila teliti gambar ini yang saya ambil dari blog saudara itu...
Sila lihat di penghujung Saf dan dibelakang saf di bawah pokok
Solat berjemaah amat digalakkan, tapi mengapa ada yang tidak turut serta berjemaah ketika itu?
Dalam komen saya, saya menulis SEMUA (menggunakan huruf besar dan ditebalkan perkataannya). Harap faham apa yang saya tanyakan.
Kemusykilan saya ialah, mengapa perlu berarak sehingga ke Istana Negara?
Mengapa tidak anjurkan sahaja solat berjemaah beramai-ramai di Masjid Negara bagi menunjukkan tanda protes terhadap ISA ...?
Itu juga dinamakan demonstrasi (Ada yang cadangkan Stadium. Tapi saya kurang bersetuju sekiranya melibatkan solat.)
Mengapa mesti berlaku kekecohan?
Yang kat hujung tu baru sampai tengah bukak kasut nak join solat la tu. Nampak tak? Mamat tu akan join pada rakaat ke 2. Takdak masalah kan...jangan terlalu memikirkan tentang amalan org lain.
BalasPadamTentang kemusykilan awak tu, jwp nya: Kalau dah nak hantar memorandum mestilah kena hantar ke Istana.Takkan nak berarak ke Zoo pulak?
Mohon maaf tuan blog.
BalasPadamMungkin dah lari tajuk sikit dari tajuk asal. Tetapi sekadar maklumat kepada semua. InsyaAllah.
---------------------------
Kepada ADam Dryx
Dalam ramai-ramai yang berhimpum, ada yang datang dari Utara dan Selatan Tanahair. Mereka bermusafir dan mereka boleh mengerjakan Solat Jamak. Jd tak timbul masalah bila mereka berada di situ jika kita memahami Islam. Jangan bersangka buruk pada seseorang.
Bagi saya, soalan itu tidak sepatutnya timbul jika seseorang memahami Islam kerna Islam itu mudah tetapi jangan permudahkan Islam.
---------------------------
Kepada Biaqpila
Malaysia bukan negara Islam. Sesebuah negara hanya boleh di katakan negara Islam apabila "seluruhnya" Islam.
Allah SWT berfirman.
"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. "(Al-Baqarah(2):208).
Allah memerintahkan kita masuk "seluruh"nya Islam kedalam diri iaitu zahir dan batin termasuklah sistem pemerintahan negara.
Malaysia sekarang ini menggunakan sistem Lord Reid iaitu demokrasi dan sistem ini bukan sistem Islam tetapi sistem kufur ciptaan barat yang memisahkan agama dan dunia. Maka Malaysia bukan sebuah Negara Islam tetapi negara sekular.
Wassalam
Aduan terhadap polis gagal sekat demo
BalasPadamJimadie Shah Othman
Ogos 5, 09
11:17am
kemaskini 6.55pm Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) hari ini membuat laporan terhadap polis dan menteri malam negeri berhubung kegagalan mencegah demonstrasi anti-ISA, Sabtu lalu.
Laporan pengerusinya Mohd Khairul Azam Abdul Aziz dibuat di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi pada 2 petang ini.
Dalam aduan terhadap polis, beliau mendakwa mendakwa pihak berwajib itu gagal mencegah perhimpunan dengan menangkap dalangnya lebih awal menggunakan kuasa yang diperuntukkan bawah Seksyen 103, Kanun Tatacara Jenayah.
Peruntukan tersebut membolehkan polis membuat tangkapan awal bagi mencegah perhimpunan itu berlaku walaupun tanpa waran.
Pengamal undang-undang itu juga mendakwa, kegagalan polis membuat tangkapan awal menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada peniaga dan orang awam sekitar ibu negara, termasuk dirinya sendiri.
"Kegagalan polis bertindak tersebut telah menyebabkan kerugian reputasi saya sebagai bapa untuk memenuhi janji terhadap anak saya untuk membawanya bersiar-siar dan membeli-belah di kompleks SOGO, kerana keadaan amatlah tidak selamat pada hari itu," katanya dalam media selepas lebih dua jam membuat aduan polis.
Mohd Khairul Azam ditemani lima penyokongnya yang diperkenalkan sebagai “pesilat” kepada media.
Turut hadir, Timbalan Pengerusi II Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) Rahimuddin Md Harun.
NGO ini bersama GGMM bergabung untuk berhimpun menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan ISA, Sabtu lalu.
Dalam aduan terhadap Datuk Seri Hishammudin Hussein, GGMM pula mendakwa menteri itu “kemungkinan melampaui kuasanya” dan “kemungkinan menyalahgunakan kuasanya” dengan membuat kenyataan seolah-olah mengarahkan polis “melakukan atau tidak melakukan sesuatu”.
Sehari sebelum demonstrasi isu ISA, Hishammudin dilaporkan memberi amaran kepada penganjurnya Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Pewaris agar tidak meneruskan perhimpunan mereka dan juga mengarahkan polis untuk bertindak tegas terhadap mereka.
Mohd Khairul Azam mendakwa, tindakan menteri itu bercanggah peruntukan undang-undang yang menetapkan “hanya pegawai polis boleh memberi arahan kepada anggota polis”.
"Saya mohon pihak polis menyiasat sama ada telah berlaku campur tangan tidak wajar oleh menteri (dalam pasukan polis) bagi menjalankan tugas mereka menangani demonstrasi 1 Ogos lalu, atau menteri berkenaan sekadar tersasul," katanya.
Kepada saudara AbnormalSuam dan juga kepada semua secara umumnya.
BalasPadamDemontrasi terbahagi kepada 2.
1. Demontrasi Liar (Muzahharah)
2. Demontrasi Aman (Masyirah)
Mungkin saudara boleh rujuk link di bawah ini.
http://www.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=21:islam-membenarkan-umat-berdemonstrasi&catid=1:terkini&Itemid=2
Di sini juga saya ingin menasihatkan diri saya dan juga pembaca sekalian supaya kita tidak memilih bulu di dalam mencari ilmu Allah SWT. Jika anda penyokong parti politik A maka semua yg di keluarkan oleh parti politik B tidak boleh di guna. Begitulah sebaliknya.
Jika anda berprinsip begini maka ummat Islam akan lebih mundur dan berpecah dan berpecah dan berpecah. Apa yang penting di sini adalah, jika mana-mana parti yang mengeluarkan sesuatu pandangan/nasihat/teguran baik parti A mahupun B, dan ia mempunyai dalil maka kita perlu menerimanya seikhlas hati.
Kerana kita hidup berpandukan Al-Quran dan Sunnah.
Kepada AbnormalSuam
BalasPadam"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. "(An-Nisa(4):59)
Jika di teliti, Allah memerintahkan kita taat kepada ulil amri iaitu khalifah. Tetapi sekarang Islam tidak mempunyai khalifah. Yang ada hanya perdana menteri atau presiden.
Tentang khalifah mungkin boleh di ceritakan di lain masa.
Harus kita faham bahawa setiap manusia tidak "maksum" kecuali Rasulluh SAW. Maka tidak mustahil ulama, mufti, ustaz, ustazah, cikgu dan diri kita sendiri melakukan kesalahan kerana kita manusia. Begitu juga pemerintah. Di Malaysia, siapa yang berani menasihat PM??? Tak payah banyak laa... suruh bini pakai tudung cukup.
Kita di perintahkan oleh Allah supaya memperingati.
Allah juga memerintahkan ummatNya supaya kembali kepada Al-Quran dan Sunnah jika ada perbedaan berlaku.
Allah juga memerintahkan kita memberi peringatan.
"fazakkir innama antamuzakkir"
Ingatlah, ini bukan suruhan manusia tetapi perintah Allah SWT supaya kita memberi peringatan kepada mereka yang lalai.
Maaf jika anda masih kurang jelas. Mungkin anda boleh rujuk kepada mana-mana guru agama kerna pertanyaan saudara perlukan penjelasan yang panjang. Rasanya tempat di sini kurang sesuai. Penjesalan yang pendek itu kira ok laa...
Di akhir kata...
Islam bukan saja menasihat tetapi adalah cara hidup (the way of life).
"Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. "(al-Maidah(5):3)
Bro Maz
BalasPadamUntuk saudara 'nazihas'
'Mayat ditemui di pagi hari' ialah mereka pejuang pejuang 'demokrasi' yang mati akibat 'Kerajaan' mereka sendiri, bukan kerana penjenayah di Malaysia.
Ayat tersebut adalah ayat jujur dari orang jauh, yang sentiasa memerhatikan negara sendiri dari jauh setelah bertahun tahun merantau menuntut ilmu dan bekerja di perantauan.
Tiada unsur politik, samada pembangkang atau pemerintah.
Seorang rakyat akan mengkagumi negaranya sendiri jika sudah berbelas tahun atau berpuluh tahun di negara orang.
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.
Sahabat sahabat sekelian
Doakan saya cepat kembali ke tanah air...
Huwaa.....
Nak balik....
Tempat aku kerja ni tak best langsung...bau sireh...
Kat sini tak ada satay, sup ekor, LRT, kopitiam, restorant 24 jam (lepas pukul 10 kena tahan lapar...semua kedai dah tutup), tak de Cineplex...bla bla bla
Nak balik sangat ni...
alidyangon... selamat kembali ke malaysia.. saya doakan awak cepat balik.. heheh org yg tak pernah tinggal diluar malaysia mmg tak mensyukuri apa yg ada kat malaysia.. sbb tu dia org nak merasa buat demonstrasi semua tu.. nak rasa keadaan huru hara mcm kat negara luar...
BalasPadamHakikat
BalasPadamDi mana bumi dipijak di sana langit dijunjung. Bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor bergelimang tahi. Samalah Kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi.
Kenapa kita tidak!
Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak. Ular biar mati, tanah jangan lekuk, buluh jangan pukah. Berdengking si tua memekik, mustahil akan menggigit jema.
Harus diingat!.
Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas. Jerat tiada lupa akan balam, tetapi balam lupa akan jerat. Pelanduk melupakan jerat, tetapi jerat tidak melupakan pelanduk. Sebab mulut leher terjerat. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa.
Kita sebenarnya!!
Bagai inai dengan kuku.
Bagai kuku dengan isi.
Maka itu aku selalu impikan aku mahukan Kemerdekaan cara aku yang masih mengekalkan bumi kupijak ini bernama TANAH MELAYU.
-:Bukan Melayu nan bergerladangan kini :siapa itu:(?):-
orang Malaysia ramai yg belum sedar ttg keamanan yg kita kecapi... masih ramai yg tidak kenal erti kesyukuran hidup di Malaysia... keamanan yg dirasai malah dipertikaikan... apa nak jadi..?
BalasPadam