Saya anggarkan usianya kurang 20 tahun. Tujuannya murni, bekerja untuk menyara diri dan mungkin keluarga. Biarpun kerjayanya tidak menjamin keselesaan, pokoknya dia berusaha meraih pendapatan berbanding mereka menganggur akibat terlalu memilih kerja. Terfikir, mencium bau busuk sampah setiap hari bukan kerja menggembirakan. Namun, tanpa pekerja seperti remaja ini, sampah di rumah tidak dapat dilupuskan secara sempurna.
Apapun saya pasti, duduk di belakang lori bergerak seperti gambar dirakamkan di Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor ini, bukan 'standard operation procedure' dituntut majikannya. Dia berada dalam keadaan berisiko tinggi. Remaja ini mungkin tidak menyedari bahaya menantinya jika lori dipandu ditimpa kemalangan dan terpaksa di brek secara tiba-tiba.
Maklumlah, kata orang tua, malang tidak berbau. Apa sahaja boleh berlaku di jalanaraya.
Saya berulang kali melihat otak manusia bertaburan di atas jalan akibat kemalangan. Simpati terhadap si mati saya pernah mengutip organ itu dan mengumpulkannya di dalam plastik. Jika tidak dikutip, cebisan otak akan dilanggar kenderaan lalu lalang.
Apapun, saya harap remaja ini selamat sampai ke rumah dan tidak akan mengulangi perbuatan sama.

kerja yg suci walaupun bergelumang dgn kekotoran.. selalu nampak pekerja2 pembersihan ini kurang mementingkan keselamatan mereka..
BalasPadamKita perlu 'respect' dan hormat juga pekerja seperti ini. setuju dengan kata-kata Bro. Kalau tiada pekerja macam ni, siapa yang akan mengutip sampah yang kita buang.
BalasPadamBiasa jumpa pekerja yang naik lori sampah macam ni. Mungkin hendak cepat turun bila sampai ke tempat untuk memungut sampah. Apapun, keselamatan perlu di utamakan juga.
BalasPadamTahniah kepada semua pekerja yang sudi memilih bidang pekerjaan mengutip sampah. Tanpa anda dunia sekeliling kita akan menjadi busuk, kotor. Anda semua memang orang yang cekal.
BalasPadamSaya selalu nampak pekerja buat macam ni dalam kawasan perumahan saja, supaya senang mereka turun dari lori untuk mengutip sampah, dan lori tersebut bergerak sangat perlahan atau berhenti terus apabila dilaung.
BalasPadamTak pernah lagi saya nampak pekerja2 tersebut buat macam ni di jalan utama luar kawasan perumahan.
selalu terserempak dengan pekerja2 kebersihan yang boleh dikatakan sebaya dengan saya dan bertenggek di belakang lori sampah... risau juga dibuatnye kalau-kalau terjatuh... harap majikan mereka perlu mengambil berat keselamatan mereka... nyawa pekerja anda juga lebih penting.
BalasPadamdah biasa en mazidul..alah bisa tegal biasa :)
BalasPadamkerja yang suci. Terima Kasih.
BalasPadamAgaknya bila mereka terjumpa RM250juta, mereka sapu tak?
adik ipar sya juga bekerja begitu... mcm2 yg dijumpanya... sgt stuju, bahaya mmg menanti...
BalasPadam