Jumaat, Ogos 14, 2009

Dildo Itu Apa?

“Mama, dildo itu apa?,” spontan soal anak berusia 7 tahun.

“Haaaaaaaa?,” ibu terkejut.

Pada masa sama berasa serba salah.

Dunia tanpa sempadan membenarkan sesiapa sahaja mencapai pelbagai maklumat tanpa halangan.

Antaranya bahan lucah.

Bahan lucah berbentuk tulisan, gambar pegun dan video bukan sahaja boleh dicapai golongan dewasa malah remaja dan kanak-kanak. Justeru itu, ada pihak menyarankan maklumat lucah di internet ditapis.

Manakala pihak satu lagi berkata, jika maklumat ditapis, dunia bersempadan.

Mana SATU dunia pilihan anda?

* Kepada semua pembaca di Amerika Syarikat, Brunei, Arab Saudi, Norway, Jepun, India, Vietnam, Indonesia, Jerman, United Kingdom, Australia, New Zealand dan banyak lagi negara serta 'the silent readers', terima kasih. Jika sudi memberikan komen, sila catatkan lokasi anda berada.

* Kepada pembaca di luar negara, anda boleh menonton program '360' melalu tv3.com.my

* Korban Selesema Babi: 56 kes

33 ulasan:

  1. salam semua
    maaf kalau saya sound tak berapa pandai..tapi soalan yang sama saya tujukan pada yang baca..apa bendanya dildo tu? tak pernah dengar pun..ke saya ketinggalan zaman?

    BalasPadam
  2. Kirana, gunakan Google untuk mencari maksudnya. Andai maksud perkataan itu tidak diketahui sekalipun, TIDAK langsung menganggu gugat tujuan dan maksud entry ini ditulis :)


    Cuma,

    BalasPadam
  3. alamak..erk..speechless lepas tau..hehehe..naive jugak saya yek..:)

    BalasPadam
  4. Kalaulah internet di Malaysia kita disempadankan, saya amat pasti Saudari Kirana nakia masih lagi dalam kekaburan dengan apa itu yang dinamakan dildo....

    Mahukah kita terusan dalam kekaburan?

    BalasPadam
  5. Ni first time saya dengar perkataan dildo ni. Jadi saya wiki perkataan ni, dan keluarlah definisinya..

    Dan saya pun geleng kepala. Benda macam ni pun ada? Ish ish ish... patut la saya tak tau... sebab bila tiba masa, saya menikah, sah-sah tak perlu benda-benda macam tu.. hahahaha , dan semasa bujang pun, tak terdesak sampai ke situ!

    Pada pengguna dildo ni, nak kesian ke nak marah ke atau apa eh?

    BalasPadam
  6. setuju dengan adam dryx...

    mana bleh sempadan kan..nanti semua rakyat kita dibawah tempurung..
    jika kerajaan kita amal dasar tutup pintu seperti china dan ict secanggih mereka..xpe la jugak..

    ini x,kita masih lagi 200% bergantung dengan dunia luar..sukar nak membangun minda anak2..

    tugas ibu bapa la tuk menerang kan segala kemuskilan anak2..x perlu malu n x perlu segan..lagi malu kalau anak kita mcm saudara diatas tu..apa pon x taw...naif kan bangsa kita jika begitu..semua nye sbb ibubapa pki dasar mencegah lg baik dr merawat..memang bgs mencegah..tapi ada cara,bkn sekat semua...

    ibu bapa pula jgn la lari dr tanggungjwab..didik anak dirumah..nescaya jika taw apa itu dilido,jati diri mereka sudah kuat untuk hidup dengan tabah di era siber ni.

    BalasPadam
  7. Alhamdulllah setakat ni anak saya yg baru umur 6 dan 3 tahun x pernah tanya lagi.Dan saya pon tak tau Dildo tu apa....

    BalasPadam
  8. adam dryx ni cik gayah jugak ke???? selalu je defend glgn gayah je ni..

    *** sekadar bertanye*****

    BalasPadam
  9. walau nama penaku nyonyacyber.. tp saya sendiri pun tak pernah dgr.. first time dengar nih.. ish ish naif juga saya.. :p

    BalasPadam
  10. Konjer, saya baca bagaimana italembut 'membelasah' awak di blog dia.

    Bila kita link blog gay, gay marah. Bila kita tulis bahan berhubung kegiatan gay, dia orang marah. Maka, macam mana cara terbaik untuk memahami golongan gay?

    Semua kelihatan tidak kena. Adakah mereka ingin kita hanya mendiamkan diri?

    Semalam Harian Metro cerita fasal lesbian dan gay berpesta pra-sambutan kemerdekaan, dia orang marah juga ke?

    BalasPadam
  11. saya rasa golongan ni dah tau apa yang dibuatnya adalah salah. sebab tu mereka tak boleh "dicuit" langsung. kalau tercuit je, sure marah.

    sebab tu orang tua keluarkan pepatah " berani kerana benar, takut kerana salah".

    kalau asyik marah je..itu "benar" ke "salah"?

    BalasPadam
  12. sejak bila kirana atau saya MATANG tentang SEX..umur lelaki dan wanita pulak tidak sama, susah juga nak sekat..

    dalam bandar atau luar bandar.

    sekat, kena sekat PORNO..

    BalasPadam
  13. salam bro, tkbleh kompromi la dgn kaum sejenis nih..nabi pun tak mengaku umat..maksud kat situ mmg terangan dah salah..so salah laa..toksah di layan..bagi saya..yg salah tetap salah...

    BalasPadam
  14. Budak-budak zaman sekarang dah lebih expert berbanding golongan dewasa itu sendiri dalam hal-hal seks ni...tak hairan la kalau mereka bertanya macam tu kat ibu bapa diorang pasal benda tu.. (^_^)

    BalasPadam
  15. Jika kita ke "Search Engine" yahoo atau google pasti ada menu "Preferences". Dalam menu tersebut ada bahagian "SafeSearch Filtering". Kita kena sesekali klik komputer anak kita & pastikan perkara ini selamat buat anak-anak bawah umur.

    Jika memang kita punyai talian internet di rumah. Seharusnya kita kenalah selalu memberi pendidikan untuk anak-anak kita agar jangan akses bahan porno atau lucah melalui internet. Berusahalah ke arah itu, kita memang kena menyedarkan anak remaja kita, dari bahan porno tadi mereka boleh terjerumus ke arah seks bebas & keruntuhan moral yang lain.

    Kita sekadar berusaha ketentuannya memang terpulang kepada Ilahi Nan Maha Esa.

    Sesekali kita kena klik "cache" dalam komputer anak-anak kita. Biar pun mereka pandai menyembunyikan keladak dalam komputer dengan menggunakan Ccleaner & lain-lain perisian. Jika kita memang mahu mengambil tahu perkembangan anak-anak kita pasti ianya dapat dikesan.

    Saya pernah tinggal bersama masyarakat kampung & kota di negera Jepun. Saya perhatikan bahan porno di negara mereka bersepahan di pasaran terutama majalah. Selalunya bahan porno ini mereka letakkan di aras lebih tinggi dari komik & majalah umum. Tak pernah pun saya melihat kanak-kanak atau remaja bawah umur membelek-belek majalah ini. Tentunya pendidik moral masyarakat mereka telah terbentuk sejak zaman kanak-kanak lagi.

    Saya punyai semua anak lelaki jadi tidak payah amat untuk bercerita masalah ini dengan mereka. Saya ajar semua bagaimana nak guna "SafeSearch Filtering" itu semua. Tak tahulah kot mereka guna sebaliknya.

    Bagaimana pun nampaknya mereka okey! sebab memang selalu juga saya klik "cache" di komputer mereka untuk kepingin nak tahu apa yang mereka akses. Nampaknya bersih dari dildo perbagai.

    BalasPadam
  16. BRO JIDUL SYE X KESAH PUN KALAU DIE NAK BELASAH KE APE YG PENTING DIE KENE IGT APE YG DIE BUAT TU SALAH..DI SISI AGAMA..HARAP DIE BERTAUBAT SEBELUM KIAMAT..MENJELMA..

    BalasPadam
  17. alamaak, ramai yang tak tahu apa itu dildo tiba2 tahu pulak... patutkah salahkan Encik Mazidul sebab memperluaskan perkataan ini? hehehe jangan sentap yaa.. tak elok untuk pertumbuhan, gurau2 tak apa kan?

    honestly, saya pun tak tahu.. tiba2 saya rasa sungguh naif..

    www.sweetdarling79.com

    BalasPadam
  18. Hazrey, Syuh! Syuh! Pergi cari gay di Johor tu, interview dia orang elok-elok, jangan mencerca dalam apa bentuk sekalipun. Kita kena memahami jiwa dan fitrah mereka.

    Tapi jangan lupa rekod jawaban kepada soalan penting: Apa kebaikan menjadi gay?

    Nanti kita siarkan dalam 360, the unedited version. Itu pun kalau bro manage to get a gay to be interviewed. Good luck anyway!

    Sweet, macam saya cakap, kalau awak tidak tahu maksud dildo sekalipun, tidak penting. Sebab? Entry itu bukan cerita fasal dildo sangat :)

    Bagaimanapun, kalau tahu, tidak salah, kan?

    BalasPadam
  19. sebenarnya mereka tahu kegiatan gay itu salah dari segi agama, serta tidak bermoral.namun nafsu menguasai mereka,serta didikan yang tidak cukup.diharap pekara ini dapat dikupas lagi untuk matlumat serta tidakan pihak berkuasa..En.Mazidul saya dengar ajaran sesat serta mempertikaikan al-quran turut meluas..harap kupas sekali untuk pengetahuan ramai..

    BalasPadam
  20. Bro. Hahah.. depa semalam patut datang mai untuk interview, last last, chicken out. Takpa, ada dua lagi malam ni.

    Pesanan: Hanya jauhari mengenal manikam. Their version: Hanya Johari mengenal Manikam. Got it? Go figure.

    BalasPadam
  21. gelak baca entry kali nie..banyak gak yang tak tahu apa itu dildo!!..Yonz tahu benda tue seawal usia 15 tahun lagi..semua pasal internet,terpulang pada kita..apa yang hendak dicari di dunia maya bergantung pada niat..cari yang elok dapat yang elok,begitulah sebaliknya..kalau disekat..termasuk yang elok pun kita tak dapat tengok..mcm blog bro nie pun tersekat..huhuhu...

    BalasPadam
  22. Hadkan umur bagi sesetengah bahan untuk di tonton di internet. jika masih di bawah umur, secara automatik tak boleh melayari bahan yang mengandungi unsur lucah. ( pendapat sayala)

    BalasPadam
  23. en mazidul..anak pompuan combi ckp tengok tak salah sekurang kita dah tahu teda ler nak curik-curik tengok dibelakang parent.

    anak lelaki combi pulak ckp kalau tak tengok skrg pun akan tengok juga satu hari nnt.so nama pun maklumat tanpa sempadan..apapun terpulang pada diri masing-masing.

    macamana nak kawal budak-budak skrg sbb masing-masing dah ada pen drive sendiri utk buat assignment kat sekolah.mereka akan explore bende-bende mcm gini.tak simpan kat pendrive sendiri tengok pada pendrive kawan-kawan.

    yg penting combi selalu nasihat pada dorang berulang kali..yg pompuan kena jaga maruah diri dan yg lelaki kena jaga maruah keluarga.

    BalasPadam
  24. Salam Puan Echah_syed,

    Anak-anak puan pastinya comel dan bijak. Bertuah puan.

    Saya juga yakin pastinya puan seorang ibu yang amat bijaksana ...

    Semua ini dapat saya rasakan hanya daripada melihat cara puan menulis.

    Syabas.

    p/s : Mungkin Ibu kanak2 7 tahun yang dinyatakan Tuan Mazidul boleh mendapatkan tunjukajar dari Puan Echah

    BalasPadam
  25. akhbar tabloid sekarang banyak menyandarkan kepada seks untuk melariskan jualan. Cth H***** M****. Akhbar ini layak diberi gelaran akhbar 'porno' kerana muka depan sentuiasa memaparkan bahan lucah maupun sensasi. Akhbar kedua K**** pula seolah2 ingin menjejaki akhbar di atas tapi masih pada tahap 30%. Saya sebagai bapa kadangkala terpaksa 'pull out' beberapa mukasurat untuk menghindari anak2 remaja membaca perkara2 berbau lucah dari akhbar ini. Saya kesal kerana akhbar2 ini tidak melakukan sesuatu untuk mengekang budaya keruntuhan moral ini. Ruangan "madah ber****" contohnya selalu memaparkan budaya seks dikalangan artis barat.
    mengenai internet pula, rumah saya tiada kemudahan internet percuma. hanya saya yang ada personal internet access (tujuan: surfing berfaedah ;). bagi anak2 - mereka boleh melayari internet tapi di Cybercafe dan waktu dihadkan kepada 1 jam sahaja. ASTRO: saya 'lock' channel2 muzik porno seperti MTV, V dan E!. saya rasakan channel2 ini banyak memaparkan budaya lucah artis barat dan sekiranya anak2 menonton dengan kerap boleh menjurus mereka kepada budaya seks bebas. Memang ada kajian di barat sendiri yang merumuskan remaja runtuh moral akibat terlalui banyak menonton MTV (ini kajian di US).

    BalasPadam
  26. maaf, sedikit komen tentang MHI.....kadangkala para pengacara mengupas isu2 mukadepan dari H***** M**** yang memaparkan perkara tak senonoh, saya agak kurang selesa kerana waktu itulah anak saya (berusia 11 tahun) dan ibu saya menonton bersama. Kadang2 keluar isu2 berbau lucah yang saya sendiri malu mendengar dan saya rasakan pengacara wanita pun kadang2 tersipu2 membaca nya (bayangkan Abby Fana atau Wardina membaca perihal dildo di MHI). Harap jangan paparkan / di hilightkan sangat isu2 seks di media arus perdana. Memanglah itu realiti tapi pada hemat saya, kita perlu bijak dan melakukan sedikit 'self censorship'.

    BalasPadam
  27. sy pun tak tahu dildo tu apa
    tp lepas search kat internet
    owhhh baru tahu tp agak mengejutkan jgk..

    pd pndpt sy x salah kalau info pasal ni di wujudkan.at least kita tahu apa sebenarnya mksud 'benda' itu.x adalah diperbodohkan.

    smlm semasa mghadiri mock trial UM pun perkara perihal dildo diselitkan dan ada rakan-rakan sy yg terpinga-pinga krn tdk mengetahui apa itu dildo.

    so,ada baik dan ada juga buruknya perkara ini.terpulang pd niat si pembaca.

    BalasPadam
  28. to adam >> thnx adam :)

    rasa malu pulak kena puji mcm gitu hehe.. :p

    anak-anak dah ada lappy masing-masing so dorang dah besar takan nak marah jerit-jerit kalau setakat tgk dildo/porno..betul tak??

    apapun combi selalu ckp kat dorang 'kalau syg mata tolong jgn tengok benda-benda yg tak berfaedah' itu saja.

    *ada bapak-bapak yg mmg simpan gambo porno dlm pendrive..jgn tak ngaku.so bila anak-anak terjebak jgn ler melatah..!

    BalasPadam
  29. To Puan Echah_syed,

    Sama-sama.

    Begitulah sepatutnya ibu-ibu moden mendidik anak. Tapi sayang tak ramai ibu sekarang matang dalam mendidik anak demi kebaikan keluarga...

    Malah ramai yang tidak langsung membuat persedian. Sedih saya melihat ibu bapa yang mempunyai fikiran dan berfikir seolah-olah kita masih lagi di "zaman tinggal di atas pokok dan mandi di sungai."

    Ini zaman moden yang penuh liku dan dugaan. Sebelum mempunyai anak, setiap ibubapa haruslah membuat persiapan yang rapi terutamanya dari segi mental.

    p/s : Seorang murid bertanya kepada gurunya,..

    "Cikgu! Cikgu! Sex tu apa?"

    Tersipu malu, guru meminta murid tersebut bertanya pada ibubapanya apabila pulang ke rumah nanti.

    Di rumah, si kecil itu bertanya pula pada ibunya...

    "Ibu! Ibu! Sex tu apa?"

    Jawab si ibu tanpa perlu berfikir panjang...

    "Sex tu maksudnya jantina. Lelaki atau perempuan."

    Si kecil mengangguk tanda faham dan sambung bermain dengan abang-abangnya.

    BalasPadam
  30. keterbukaan ada hadnya. dunia tanpa sempadan perlu dihadapi dengan selamat brrbekalkan keimanan yang tebal. keimanan yang rapuh inilah menyebabkan anak-anak terjerumus. Agama dipinggirkan, anak-anak semakin hanyut. inilah punca sebenarnya.

    BalasPadam
  31. kesimpulan ibu bapa la yang perlu tebalkan iman anak2..bkn letak seratus peratus pada guru..jgn salah kan dunia tanpa sempadan serta pengaruh rakan..

    tuding pada diri tanya..sepanjang membesarkan anak..berapa kali bapa imamkan anak semayang..tanya pada dir berapa kali bapak azan n anak semayang..

    cuba cari bapa yang bawak anak ke konsert jom heboh(serta mana2 konsert) tunggu dari asar smpi pagi balik..sure senang,cuba cari balik bapak yang ajak anak pi tengok tilawah al quran.susah sgt asenye..

    jangan salahkan dunia tanpa sempada,,diri kita sendiri sebenarnya mencorakkan apa yang kita ingin jadi..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.