Bebiri, antara jenis kambing amat dikenali di negara kita dan di dunia. Selain itu ada juga jenis kambing nama jarang didengar, Jamnapari, Toggenburg, Jemasia dan Boer. Kambing terbabit mempunyai bulu pelbagai warna, coklat, putih dan hitam. Banyak kelompok usahawan Malaysia kini mengusahakan ternakan kambing baka berkualiti berskala besar dan meraih keuntungan lumayan hasil titik peluh mereka.
Tetapi kita semua harus berwaspada, sebilangan skim penternakan kambing menipu. Sindiket memancing orang ramai, kononnya menawarkan pelaburan modal projek penternakan kambing, akhirnya kambing tiada, kandang tidak wujud, wang dilaburkan lesap begitu sahaja.
Itu cuma kisah selingan.
Antara banyak jenis kambing, ‘kambing hitam’ paling malang.
Wanita beranak dua, Kartika Sari, 32 tahun berasal dari Sg. Siput, Perak mengaku meminum arak di Hotel Legend, Cherating, Pahang pada 11 Julai 2008. Dia dihadapkan ke mahkamah Syariah, 20 Ogos lalu dia dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan 6 sebatan. Kartika tidak membuat sebarang bantahan.
Terbaharu, 24 Ogos ini wanita menetap di Singapura selama 15 tahun itu diarah melaporkan diri di Penjara Wanita Kajang dan akan ditahan 7 hari untuk perlaksanaan hukuman sebat. Arahan itu dibantah ayah Kartika, Shukarnor Mutalib, 60 tahun.
“Saya mahu hukuman dijalankan di tempat terbuka agar dapat memberi pengajaran kepada orang lain supaya mengambil iktibar daripada hukuman itu. Jika hukuman itu dijalankan dalam penjara, mungkin mesej berkenaan tidak kesampaian,” kata Shukarnor.
Perbuatan meminum arak salah di sisi undang-undang Syariah dan wajib dihukum.
“Saya akan terima hukuman di dunia. Hukuman di akhirat kelak biar Allah s.w.t menentukannya,” ujar Kartika.
Melalui pemerhatian saya, ribuan umat Islam melakukan kesalahan sama. Mereka meneguk arak di premis terbuka, antaranya di bar, coffee house hotel, dan di pusat hiburan. Melayu kaki botol berasa sedikit malu, minum arak di tempat tertutup. Apapun, mereka minum arak seperti Kartika.
Saya tidak menyokong perbuatan Kartika tetapi percaya dia hanya ‘kambing hitam’.
Jika benar ingin melaksanakan hukum Syariah, saya menyarankan Jabatan Agama Negeri melakukan operasi lebih serius di ribuan premis Melayu minum arak di seluruh negara. Pejam mata sekalipun, premis mudah jumpa.
Tangkap dan hukum mereka seperti dilaksanakan terhadap Kartika, kemudian baharu kita tahu warna sebenar kambing lain.
http://pkrpasdap.blogspot.com
BalasPadamNak hidup kena menipu.
Penipu pandai cakap berbelit.
Penipu cakap macam ada pengalaman yang hebat tapi baru berusia 18 tahun, 20 tahun..belajar setakat SPM...
Kalau tak ada wang, guna credir card.
Saya pernah kena- dia telefon nak bagi hadiah melancong ke Bali ..suruh saya ambil tiket.
Bila sampai sana hanya pelaburan dan hendak wang RM30ribu pada petang itu.
Siap ada sijil perniagaan, sijil dari polis adn persatuan itu, ini untuk menipu sahaja
pada malam minggu kenapa jabatan agama islam tidak melakukan tugasan seperti mana bahagian narkotik serta AADK dan trafik,jpj serta agensi penguatkuasaan lain..
BalasPadamx perlu la check air kencing,x payah nyebok check lesen serta roadtax..
cume kesan anak melayu dan islam yang berhibur sambil meneguk arak..itu sahaja..
lagi ramai dari kes2 dadah rasanye..ini terbalik kat negara kita ni,kita lagi utamakan pencegahan dadah dan arak seperti dihalalkan sahaja..
kadang2 ada org berkata "xpe minum,urin test x sangkut"..yang sejelas haram dihalalkan..apa nak jadi..
jabatan agama negeri,pejabat mufti serta alim ulama..bangun..jangan tidur lagi..anda yang akan disoal dahulu dari kami kerana anda semua mempunyai jawatan serta ilmu yang tinggi...
sedangkan dalam al quran sejelas2 nya telah diterangkan bahawa arak adalah ibu sgala maksiat bukan dadah..
adakah semua orang2 didalam jabatan agama islam negeri,JAKIM serta mufti termasuk ustaz2 akan terlepas dari dipersoal hanya dengan menghukum kartika???
anda ada jawapan???
saya respek keluarga kartika kerana dengan terbuka menerima hukuman tanpa mengeksploitasi isu tersebut..semoga anda yang telahpon mendapat hukuman di dunia ini terlepas ataupon dikurangkan hukuman diakhirat nanti...
Setuju...penguatkuasaan oleh Jabatan Agama Islam Negeri terhadap pesalah syariah perlu lebih tegas dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam je...
BalasPadamYang ini Allah SWT baru nak tunjuk satu..kenape pihak penguasa tak buat sahaja pada artis - artis yang terang - terangan minum arak siap ader gambar lagi..kenapa yang itu tidak diambil tindakan..nak tunggu sampai mengaku ker macam kartika???
BalasPadambro maz..
BalasPadamnape org awam jek y di hukum atas kesalahan minum arak..
bukan ke golongan artis lebih ramai teguk air kencing syaitan di luar sana.
serbu saja parti2 sosial y dihadiri artis2,confem ade pny botol2 n tin2 arak.
sy bukan cakap kosong, tp sy slalu tgk blog y memaparkan gambar2 artis terkenal tanah air ngah pegang botol2 n tin arak.
gambar dowg tengah minum pon ade.
sedap sgt ke AIR KENCING SYAITAN 2?
rasenye cocacola lg sedap..
pelik.
Intai-intai di 7eleven pun sudah okey. Sekitar lewat malam sikit pasti ramai orang kita Melayu membelinya.
BalasPadamSaya pernah menulis bab ini bilamana anak saya pernah mengadu masalah jual beli arak ini. Itulah salah satu antara sebabnya kenapa dia berhenti berkerja di 7eleven. Tak sanggup nak jual arak kepada bangsa kita sendiri. (Nasiblah tak siap akad jual beli lagi! ?)
Pepagi pun ketika jemput anak saya, sering terlihat bersepahan botol arak di depan kaki lima 7eleven.
Seperkara lagi adakah akta perundangan negara kita melarang orang Islam menjual arak ni?. Jika ada apa langkah yang terbaik bagi pekerja di 7eleven ini? Rata-rata semua orang kita Melayu kerja di sana.
Usah sebut 7eleven sahaja, semua tahu banyak lagi "mega supermarket" menjual arak yang mana pekerja orang kita; termasuk syarikat penerbangan.
Sensitif isu ini, namun seharusnya ada pihak berani menangani apa jua berkait dengan amal maaruf nahi mungkar ini.
Kartika Sari & keluarganya menerima aib & musibah lantaran ketidak prihatinan kita dalam isu arak ini. Sebenarnya terlalu ramai lagi yang terlepas dari hukuman. Media massa yang tidak mewar-warkannya.
Zua,
BalasPadamMalaysia negara pelbagai kaum berbilang agama. Bila dah tangkap masuk lokap, kemudian di dapati salah tangkap, puas lak nak menjawab.
Dadah, hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Kamu cina ke, melayu ke, india ke, bumiputera ke mahupun warga asing...tidak terkecuali!
Salah guna dadah, boleh tangkap masuk lokap! Hukuman mati pasti..
Tapi arak nie tertumpu apabila orang melayu (Islam) sahaja meminumnya, maka dikira melakukan kesalahan.
Cuba tengok kad pengenalan kamu. Tidak ditulis apa ugama kamu di situ. Cuma boleh dibaca samada kamu dibawah umur atau tidak sahaja.
Jadi, bagaimana kamu mahu membezakan ugama yg dianuti oleh orang yang mempunyai wajah seakan melayu?
Bagaimana kamu ingin memastikan bahawa dia berugama Islam?
Kalau dia tak kisah untuk murtad, mahukah kamu turut sama bersubahat?
Semua ini terdapat dalam internet, rajin-rajinlah anda merayau mencari maklumat dan menambah pengetahuan.
ya saya pun agak pelik bila ke skartika nih diwar2kan dengan meluas, sedangkan ramai lagi penganut Islam yang minum arak malah secara terbuka tanpa segan silu.
BalasPadamSaya bekerja dekat dengan bidang perhotelan, jadi senario saya melihat mereka ini minum adalah perkara yang biasa saya nampak, terutama di hotel2.
Tak berani ker jabatan agama buat serbuan masa tu? kalo ada serbuan dibuat waktu itu, saya percaya datuk2 sure tertunduk malu bila diheret ke mahkamah...
Saudara dan saudari,
BalasPadamPernah dengar pepatah "Pukul anak, sindir menantu"?
Artis nie pun golongan sensitif juga, segelintir yang buruk terpalit semua.
Cerita Kartika ini hanya permulaan. Itu menjadikan dia "kambing hitam".. Sebagai peringatan kepada semua termasuklah golongan artis.
Kalau ada yang engkar, dan terang-terangan melakukan salahlaku seolah-olah mencabar pihak yg berwibawa, saya rasa mereka juga tidak akan terkecuali.
Kita tunggu dan lihat.
p/s: Artis minum arak, ada sesiapa membawa gambar mereka sedang minum itu ke balai polis dan membuat laporan ke?
Saya rasa kalo nak ikutkan hukum sebenar, agaknya beratus ribu org Islam kat Malaysia ni patut kena hukum sebat.
BalasPadamBro ada mention org Melayu malu nak minum arak secara terbuka, tapi saya penah je nampak org Melayu minum selamba je depan orang ramai.
Hurm...di akhir zaman ni, arak tu dah jadi macam air kosong dah.
Macam dah jadi wajib pulak untuk orang Islam minum arak.
Siap ada buat fatwa sindri yang paling tak tahan tu.
Hurm...sedih...sedih...
Pada 20 Julai lalu, Kartika Sari Dewi, 32, dihukum sebatan enam kali dan denda RM5,000 oleh mahkamah sama, selepas mengaku bersalah minum arak di sebuah hotel setahun lalu.
BalasPadamMahkamah turut memerintahkan Kartika Sari Dewi yang kini bekerja di Singapura dan memiliki taraf penduduk tetap negara tersebut menjalani hukuman penjara tiga tahun jika gagal membayar denda.
Dia dituduh di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 kerana meminum arak jenama Tiger Beer di Cherating Bay Lounge, Hotel Legend Cherating dekat sini kira-kira pukul 11.40 malam, 11 Julai tahun lalu.
Di bawah seksyen itu, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya dan boleh disebat sehingga enam kali.
-: Sebahagian artikel saya petik dari SINI
Kepada Sdr Mazidul,
Tuan,
Saya ingin bertanya kerana puas sudah saya mencari tetapi tidak berjumpa...
Pada malam 11 Julai itu, bagaimanakah Puan Kartika ditangkap?
Adakah Pejabat Agama Negeri Pahang membuat serbuan atau ada orang membuat laporan ke pejabat agama perbuatannya itu?
Saya bertanya kerana, sekiranya serbuan dibuat, Kartika telah berada di tempat yang salah, melakukan kesalahan pada waktu yang salah. Maka, sudah suratan takdirnya begitu... malang nasibnya.
Tetapi kalau ada orang membuat laporan di pejabat agama dan melaporkan kesalahan Kartika itu, lalu tindakan undang-undang diambil terhadapnya, maka orang ramai boleh mengambil tindakan yang serupa sekiranya ingin menghadapkan individu tertentu ke muka pengadilan... contohnya artis? anak VIP? selebriti? Tokoh ternama?
Saya ingin sangat tahu apa yang telah berlaku pada malam 11 Julai itu...
macamana pulak dengan judi..pegi la mana kedai judi tidak kira la ekor atau lumba kuda(ditukar kepada animasi2 lain).cuba lihat kedalam..melayu atau lebih tepat lagi muslim adalah majoriti ataupon paling kurang hampir sama ramai dengan yang bukan islam..
BalasPadamapa tindakan kerajaan terutama badan2 atau jabata2 yang berkaitan dengan hal ehwal agama..
jika polis dengan jenayahnya,trafik dengan kesalahan lalulintas serta speed trap nya,KPDNHEP dengan isu gula seludup..
apa jabatan agama buat???hanya kes khalwat sahaja???
adakah khalwat sahaja yang berdosa..judi serta arak dibolehkan???
setuju dengan fazmila dan husna. dalam internet ada banyak gambar artis minum arak.
BalasPadamtapi ada benarnya kata2 adam, ada ke antara kita yang buat report polis??
kalau guna kata2 "pukul anak sindir menantu lak", adakah pihak yang disindir tu akan sedar macam tu je??
kat sekolah anak combi mengajo ni bebudak dtg sekolah pun mcm separuh sedar sbb mabuk.tapi apakan daya sbb perkara ini mcm air lalu jer teda sape pun yg ambek kisah.
BalasPadamso wat to do..!
*sekurang nye kes kartika ini membuka mata muslim kat m'sia ni supaya malu pada diri sendiri kalau TAK PERNAH rasa nak malu pada tuhan.
malu ke..??
Adam, saya percaya dia ditangkap di premis hotel oleh kakitangan Jabatan Agama.
BalasPadamDia didakwa dan mengaku salah, lalu hukuman dijatuhkan.
Hemat saya, orang ramai boleh membuat aduan, contohnya, si A minum arak. Namun kakitangan Jabatan Agama bertanggungjawab memastikan ada saksi melihat A minum arak beserta botol atau gelas arak berhampirannya. Jika tuduhan dibuat di mahkamah, A akan berhak menjawab, bersalah atau tidak? Jika dia membuat pengakuan bersalah seperti Kartika, hukuman dijatuhkan, Jika sebaliknya, A akan dibicarakan.
Apapun, jika seseorang bergambar dengan botol atau gelas arak di tangan, itu bukan bukti jelas dia meminum arak. Betul?
Membuat laporan mudah, tuduhan belum tentu boleh dibuat dek pihak berkuasa, pendakwaan mungkin gagal dilaksanakan. Tersilap langkah pengadu boleh disaman atas tuduhan fitnah.
Tuan-tuan dan puan-puan,
BalasPadamSaya tak tahulah jika cadangan saya adalah yang terbaik tetapi ini adalah suatu usaha yang boleh dilakukan...
Sekiranya kita melihat seseorang Muslimin/muslimah (pastikan kesahihan ugamanya) membuat salahlaku seperti minum arak, berjudi, berzina dan seumpamanya,.. kita boleh membuat laporan di Pejabat Agama setempat.
Dapatkan dan catitkan maklumat lanjut seperti masa, tempat, tarikh dan alamat/kawasan kejadian berlaku.
Hanya apabila ada laporan dari orang awam, baru tindakan boleh diambil. Alasannya ialah "mengganggu ketenteraman awam".
Secara peribadi, saya hanya membuat laporan sekiranya perbuatan itu melibatkan pelajar sekolah yang masih memakai pakaian seragam.
Di tempat tinggal saya ini, ada satuport bebudak sekolah memonteng,.. mereka berkumpul beramai-ramai diatas motor sambil menghidu gam terang-terangan.
Setelah saya membuat laporan di balai polis terdekat, tidak lagi kelihatan pelajar-pelajar ponteng sekolah diport tersebut. Mungkin pihak polis telah membuat rondaan di situ dan mereka telah berpindah ke tempat lain...
Wallahualam.
Kalau selain dari pelajar sekolah,.. hmmmm...
(Sendiri mahu ingatlah, dah besar panjang boleh berfikir sendiri yang mana baik dan yang mana buruk.)
p/s: Bila saya tengok cermin, bertanya pada diri "What I have have done to change the world and make it better place?"
(Sdr Mazidul, saya postkan komen ini terlebih dahulu...Ulasan Tuan, saya respon di bawah)
Sdr Mazidul, ribuan terima kasih saya ucapkan.. terjawab persoalan saya...
BalasPadamNampaknya Kartika memang bernasib malang kerana melakukan kesalahan pada masa dan tempat yang tidak memihak padanya.
Saya tak tahu sejumlah mana peruntukkan kewangan yang disalurkan kepada Jabatan Agama.
Tanpa duit dan ongkos amat jarang seseorang itu dedikasi terhadap kerjanya.
Faktor tenaga kerja juga mungkin satu kekangan di Jabatan Agama. Wallahualam.. saya amat tak pasti.
Tapi saya amat berharap Kes Kartika ini akan menjadi permulaan tindakan tegas pihak berwibawa dalam membendung salahlaku di kalangan umat Islam agar tidak berleluasa.
Saya setuju dengan kenyataan Abg Mazidul:
BalasPadam"Saya tidak menyokong perbuatan Kartika tetapi percaya dia hanya ‘kambing hitam’."
Hukuman telah dijatuhkan. Agak sukar untuk memperbetulkan keadaan. Biarlah ia menjadi pengajaran buat semua.
salama saudara adam...
BalasPadamsaya x sure la saudara adam ada ic malaysia atau tidak ataupon saudara adam x pernah tengok pon ic atau kpt kami...
di bawah gambar kami memang ada tertulis agama kami..islam ke apa ker..
so senang la nak identified sapa yang islam atau sapa yang bukan..xde masalah pon kat situ..
kerajaan bleh gubal undang2 khas untuk muslim melalui enakmen syariah berkaitan larangan terhadapa arak..
seperti khalwat en adam tengok ye,tangkap muslim sahaja..jabatan agama islam x tangkap semua kaum..jadi konsep sama boleh dilakukan dalam kes arak ni..xde masalah saya rasa..
x timbul soal yang agama lain sebab agama lain menghalalkan barangkali..
yang penting sekarang ni penguatkuasaan undang2 oleh pihak berkuasa..itu sahaja..
saudara mazidul leh dapatkan reaksi orang2 atas x berkenaan ini...
takkan la kes gay je yang dosa lam islam..arak adalah ibu segala maksia,saudara mazidul kena faham itu...
susah juga nak komen bab HUKUM anutan agama, sensitif..melibatkan diri keluarga, RELA, ikhlas dan pemerintah.
BalasPadamMalaysia oh Malaysia. Saya Bangsa MALAYSIA! .
BalasPadamZua,
BalasPadamSaya terlepas pandang, terima kasih kerana menunjukkan.
:)
bila saya tulis artikel tentang isu virgin, agama, cinta..macam2 komen saya dapat.
BalasPadamada yang marah kerana terlalu terbuka. for me, bila kenyataan..tak perlu disorokkan.
Malaysia ni, nama saya negara Islam..tapi, pergi ke Bukit Bintang..saya pun confused kadang2. dekat mana Islamnya.
Saya bukan mereka yang too islamic. im not. kurang itu ini, tapi bila masuk bab minum arak tu.. agak sensitif sket.huhuhu
Penguatkuasaan biar menyeluruh.. jgn sorang jer kena hukum sedangkan bersepah lagi yg tanpa segan silu meneguk dikhalayak.. bukan bersetuju dgn kartika.. tetapi bg saya yg lain2 pun wajib dihukum sekiranya terang2 bersalah.. saya harap ini adalah permulaan dan akan ada lagi tangkapan selepas ini terhadap mereka yg bersalah..
BalasPadamsokong dengan cadangan 100% Bro tu..
BalasPadamKalaulah semua kaki-kaki yang meneguk arak ni di kenakan dengan tindakan sama seperti Kartika.. Sama-sama kita fikirkan.
BalasPadamMungkin ada rasionalnya kenapa ayah Kartika ingin hukuman yang di kenakan ke atas Kartika di lakukan di tempat terbuka.
BalasPadamHukuman di dunia akan di laksanakan, HUKUMAN 'di sana' hanya ALLAH yang tentukan.. NAUZUBILLAH..
BalasPadamDear Uncle Mazidul,
BalasPadamTolong tulis pasal selamatkan warisan sejarah Terengganu, Kedai Payang.
Sila lawat blog Ali;
http://ahmadalikarim.wordpress.com/2009/08/15/unescoplease-save-a-heritage-historical-building/
Terima kasih.
en mazidul..tadi tgk "kisah gay terlampau " dlm program saudara 360 :)
BalasPadamnak tanya pasal " berenang-berenang " tu ape ekk heheh..
berenang dlm kolam mandi tau ler teman ^_~
sy tgk pusat2 karaoke kat sekitar Ipoh, msh rmi dipenuhi oleh org melayu yg x sedarkan diri, tapi pelik x pernah di ambil tindakan oleh Jabatan Islam... sama jua di pusat ToTo, dan nombor ekor, setiap hari rabu pasti rmi org melayu menyerbu... x pulak diserbu dek pihak berkuasa
BalasPadamAzAz: di selangor juga sama... masuk sahaja ker lounge di Kelab Darul Ehsan.. totally org Islam yg meneguk air setan... yg menjual pun islam yg meneguk pun islam..
BalasPadamKalau tak mau jadi "double standard" harus juga diambil tindakan kepada semua orang Islam (bukan orang Melayu sahaja) yang melakukan perkara yang sama, tidak mengira kedudukan, pangkat, status, dan sebagainya. Dan bukan setakat di hotel saja, tapi di mana-mana premis yang menjual arak!
BalasPadamP/S: Kena tengok dan bandingkan undang-undang di setiap negeri samada jika sabit kesalahan, hukumannya adalah sama atau tidak..
Saya cadangkan haram sahaja umat islam masuk ke kelab (club) untuk mencegah daripda orang islam meminum arak. Mungkin org akan kata tak masuk kelab ramai juga minum arak...tapi sekurang2 nya boleh mencegah daripada bertambah ramai anak muda terlibat gejala sosial dan minuman arak.
BalasPadamDan saya baca kata2 saudara mazidul bergambar dan memegang gelas mengandungi arak tak terbukti minum arak....
Tapi salah tu...! haram tetap haram dimana dalam alQuran ada menyebut orang meminum,membawa,membeli, menjual, pun haram (baca tafsir al-quran- ada huraiannya)
Salhan4748, kata awak "Dan saya baca kata2 saudara mazidul bergambar dan memegang gelas mengandungi arak tak terbukti minum arak...."
BalasPadamAyat itu HANYA berhubung tindakan mahkamah Syariah di negara kita, setakat ini. Pernah ke awak terbaca, terdengar atau terlihat berita rakyat Malaysia beragama Islam, bergambar dan memegang botol arak didakwa di mahkamah?
Kalau ada, tolong kongsikan dengan saya.
Kalau hukum berhubung arak di dalam Al-Quran, InsyaAllah, itu saya pun tahu, bukan saya jahil sangat.
keberaniannya dihargai, MALU juga..
BalasPadammidahan menjadi ikutan. Pandai buat pandai tanggung.
Masalahnya.
BalasPadamorg kita tahu haram, tetapi tetap juga lakukannya.
contoh jelas DADAH.
mengapa org melayu juga yg menopoli.
adakah mereka tidak tahu hukumnya HARAM. tapi malangnya ada antara org kita muda-mudi berpendapat dia BANGGA bila meneguk arak(na'uzubillah).
dimana silapnya?
adakah kerana kerajaan tidak mengawal atau kita yg tahu tidak cuba mengawal adik2/anak2 kita dari terus terjerumus.
SAYA BERTERIMAKASIH PADA SAUDARA MAZIDUL. apabila memperketengahkansesuatu isu. mudah2an ada insan yg sudi mengambil iktibar/pengajaran.
saudara mazidul..
BalasPadamapa kata saudara buat topik arak ni..banyak dilaporkan port2 minum arak di tepi2 pantai terutama di langkawi yang menjadi tumpuan muda mudi islam..
adakah langkawi bebas cukai maka kita bebas meneguk air kencing setan itu???
apakah jabatan agama islam kedah tidak cukup kakitangan ke di san sehingga nampak seperti tiada langsung penguatkuasaan..
apabila timbul kes kartika,banyak orang akan berkata,bersepah dok minum kat kl,kat langkawi...xkan dia sorang je muslim???
renung2 lah..
sdr mazidul
BalasPadamas the saying goes prevention is better than cure. educating the muslims is more effective than law enforcement tapi saya agree undang2syariah perlu dan relevant.
teringat saya semasa di cherating tiga tahun lalu. my family went to have dinner kat muslim owned restaurant. waktu menanti makanan saya nampak beer being served to a group of europeans. saya tanya owner kenapa serve beer at halal establishment. dia cakap 'oh ini bukan untuk orang islam'. lantas i cancel order dan beredar.
allow me to share s'pore muslims' challenges. atas sebab 'uniquely s'pore' pelajaran asas ugama di tiadakan lagi di sekolah2. kita juga tiada enforcement syariah. jadi parentslah yang harus punya ilmu sikit.
terimakasih saya pada sdr dan tv3 yang telah membangkitkan minat saya pada media melayu. dah berkurun rasanya tak tonton malay programmes yang tak bermutu di suria channel.
salam