Jam 2 pagi tadi sewaktu pembaca mungkin sedang lena diulit mimpi, saya menyertai operasi bersama 91 pegawai dan anggota RELA Daerah Petaling menyerbu penempatan warga asing di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Lebih 100 pekerja asing diperiksa dalam operasi selama hampir 2 jam terbabit, 19 pendatang tanpa izin, PATI warga Indonesia, Vietnam, Nepal dan Bangladesh berusia di antara 18 dan 36 tahun diberkas.
Mereka semua dibawa ke Kem Tahanan Jabatan Imigresen di Kemayan, Pahang sebelum dihantar pulang ke negara asal.
Saya dimaklumkan penempatan sama diserbu berulangkali pihak polis, Jabatan Imigresen dan RELA. Bagaimanapun warga asing keras kepala terbabit terus membina koloni tanpa gentar.
“Tengok Flores ni, mesti dah ramai ‘makan’ orang di kampung dia, jenis hati kering,” ujar anggota RELA berdiri di sebelah saya.
“Makan orang?,” soal saya.
“Flores kalau banyak tatoo selalunya memang pernah bunuh orang,” jelasnya.
Saya perhatikan PATI berambut kerinting berusia 19 tahun, Erwan duduk mencangkung di hadapan saya. Pengalaman sebelum ini membuktikan suku kaum Flores tidak boleh bertembung dengan suku kaum Madura, kerap mereka berbunuhan.
“Tatoo banyak, pernah bunuh orang?,” tanya saya untuk mendapatkan kepastian.
“Tidak, ini adat Flores,” jawab Erwan ringkas.
Dari Batam, Indonesia, dia mendakwa menyusup masuk ke Malaysia melalui Johor sebelum bekerja di kawasan pembinaan di Pelangi Damanasara sejak sebulan lalu, itu dakwanya. Dia kemudian mengaku membayar lebih RM1200 kepada sindiket menguruskan kemasukan warga asing secara tidak sah ke negara ini.
Badannya berpeluh, mungkin gementar kerana ditahan kali pertama sejak memasuki negara ini.
“Kamu mandi di mana?,” soal saya.
“Di sana pak,” jawabnya.
“Mazidul tengok, kolah air dia orang lebih besar berbanding kolah di masjid, air jernih,” sampuk anggota RELA terdengar perbualan kami.
Saya kemudian merakamkan gambar paip air tanpa meter di tepi kolah. Sebarang struktur binaan seperti rumah didirikan tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan tidak layak mendapat bekalan air, peraturan itu jelas. Maksudnya, bekalan air bersih digunakan penghuni lebih 50 rumah diperbuat daripada kayu dan papan terbuang terbabit disambungkan secara haram. Mereka semua tidak perlu membayar setiap meter padu air digunakan untuk keperluan seharian.
Berikutan itu, saya meminta penerbit 360, Mohamad Raziff Zulkafli menghubungi Syarikat Bekalan Air Selangor, SYABAS untuk mengambil tindakan. Saya percaya, jika bekalan air dipotong, kehidupan koloni terbabit pasti pincang.
Sebelum ini Kerajaan Negeri Selangor memberi 20 liter padu air percuma bernilai RM11.40 kepada semua rakyatnya untuk memenuhi janji dibuat dalam Pilihanraya Umum Ke-12 lalu.
Tetapi jika warga asing khususnya di lokasi serbuan mengetahui ‘hadiah’ Kerajaan Negeri itu, mereka mungkin hanya tersenyum sinis dan berkata …
“Waduh! Tidak hairan, kami sudah lebih 5 tahun dapat air secara gratis! Hu! Hu! Hu!”
‘Gratis’, maksudnya percuma dalam Bahasa Indonesia.
SYABAS, tolong buka mata, ada orang curi air!
Tindakan susulan SYABAS bakal dipaparkan dalam episod 360, siaran 12 Ogos, jam 9 malam.
* Di Gua Musang, Kelantan, gadis berusia 15 tahun dirogol kemudian disimbah asid ayah tiri berusia 50 an.
* Semalam pensyarah UITM, Hidayat berkata, "Saya suka baca blog awak". Terima kasih :)

* Pihak SYABAS melawat kawasan terbabit petang 11 Ogos lalu mengatakan bekalan air didapati secara sambungan sah.
rasanya pati yang dok perumahan haram memang gunakan bekalan air secara haram camni.
BalasPadamrasanya bukan setakat air je, elektrik pun cara yang sama.
entry ni mengulas tentang perumahan yang haram. camne lak kes pendatang asing yang sewa rumah kat taman perumahan, pastu dapat lak subsidi air 20m3 pertama yang KDEB bagi??
waduhh.. kok enak sekali tinggal di malaysia.. ayernya gratis.. hidupnya aman... :p
BalasPadamNtah bila akan berakhirnya ceritera PATI ini, dari negara jiran kita Indonesia, Filipina, Bangladesh & ntah apa PATI dari negara lain yang masuk ke negara kita.
BalasPadam360 elok juga sesekali menyungkil apakah ada PATI dari Tanah Besar China yang datang secara terhormat, atau senyap-senyap; selain gadisnya yang ramai ditangkap di pusat hiburan menggunakan visa pelawat.
Bukannya bersangka buruk atau anti kebangsaan; tetapi bilamana kita kaji sejarah Tanah Melayu, bagaikan tidak munasabah golongan kaum China ini begitu ramai yang hampir pasti satu ketika nanti mengatasi jumlah kita orang Melayu.
Sdr Mazidul pasti tersenyum yang sy & Sdr juga jika kita kaji asal kejadian kita bukan org asli di negara ini. Kita lahir sahaja di sini, moyang atau keturunan kita pasti ramai di seberang sana.
Tetapi kita serumpun & majoriti kita beragama Islam.
Secara peribadi sy amat takut & gentar jika PATI yang bukan seagama satu ketika nanti akan lupa bumi ini sebenarnya milik siapa. Kita tidak dapat menutup sejarah tetapi itulah pergolakan yang sering bergolak di jiwa kita. Ianya pernah melukakan hati sesama kita & kesannya amat parah & terus berbekam sampai bila-bila.
Jika tak mahu diusik isu sensitif ini; Sudah tiba masanya kita mengkaji dasar "Taraf Penduduk Tetap" di negara kita, apakah wajar lagi kita terima 10 tahun itu telah membolehkan seseorang itu mendapat taraf warganegara yang membolehkan mereka membeli harta tanah di bumi Tanah Melayu yang makin kecil ini.
Adat kaum Dayak iban di sarawak juga bertattoo. tapi setiap corak tattoo ada maksud sendiri. Pernah terjadi di Kalimantan suatu ketika dahulu dimana Kaum Dayak (sub-dayak) perang melawan Kaum Madura di kalimantan . Dan adat Ngayau" digunakan. Orang Madura memang celaka.
BalasPadamproud to be Sarawakian .
uik...dapat air free tu...sape yang tak hepi kan?? tapi kalau dah duduk secara haram tu memang patut la kena tahan...
BalasPadamsaya rasa kalau diorang dihantar pulang ke negara asal sekalipun, pasti PATI ni akan datang balik... maklum la negara kitakan lubuk rezeki..
bro...kat area tmpt sy tinggal pun ramai PATI...bleh tak bro masuk...sbb tkde ape2 tindakan dari RELA kg pun yg buat rondaan atau tangkapan...PATI makin ramai dan berleluasa....boleh ye bro...
BalasPadamRisau pulak bila baca kisah berbunuh2an ni, harap2 tak affect orang2 kita....
BalasPadambagus mayat bapak tiri tu antar gi zoo kasi makan sibelang..napsu lebih buruk dari binatang..!
BalasPadamIndon baju oren tu gay, itu pasal dia senyum semacam tengok Mazidul. Sebelah dia tu couple dia.
BalasPadamAbg mazidul, saya merupakan salah seorang penjawat awam yang ditugaskan di Kota Kinabalu Sabah. Saya lihat disini rakyat filipina seperti terlalu ramai dan mudah untuk masuk ke Sabah. Ada sesetengahnya sudah pun memiliki kad pengenalan dan saya tidak pasti adakah kad pengenalan itu palsu atau tidak. Saya berharap abg mazidul dapat membongkarkan situasi di sini agar pihak yang berwajib menjalankan tugas mereka. Setiap kali acara atau apa-apa aktiviti yang dilakukan di sini, pastinya akan dipenuhi oleh PATI ini tidak kira lah sebagai pengunjung atau penjual di kaki lima. Mereka semakin berani mengganggu rakyat tempatan kerana bilangan mereka yang semakin ramai. Harap abg Mazidul dapat merungkaikan masalah ini. Mungkinkah rasuah terlalu berleluasa disini.
BalasPadam.budaya import, akan menular jika penguatkuasaan kurang..
BalasPadamair percuma..
agaknya apa jawapan pihak syabas.
terlepas pandang...
Pukul 2 masih awal bro..belum tidur lagi bai...kurang-kurang 4 pagi baru nak cari tilam...
BalasPadampengalaman saya di labuan juga ramai gadis2 filipina yg sedia berkhidmat di kelab malam sana.. mereka lepas bebas tanpa langsung ada rasa takut..
BalasPadamTau diorang hargai kemewahan dgn kemakmuran negara kita..kita ja yg duk buat huru hara..cheit busuk punya orang..
BalasPadamnegara makmur... rakyat sendiri jer tak menghargai..
BalasPadamsuka tgk gambar tu bro.. derang perasan muka nak masuk majalah hiburan agaknya.. tersengeh2 jek..
BalasPadamWah, tengok si flores yang bertatu tu.. betul ke dia ni biasa bunuh orang? Kalau benar seperti yang di kata, buat apa kita simpan di negara kita. Hantar sahaja dia pulang ke negara asalnya.
BalasPadam