Antara 7 wasiat Raja-Raja Melayu sewaktu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 …
‘Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu’
Gambaran jelas kepentingan bahasa khususnya kepada rakyat Malaysia.
Blog tulisan Tun Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim antara ribuan blog dicatat menggunakan Bahasa Melayu. Biarpun kandungan blog berbeza tetapi bahasa mereka gunakan sama, Bahasa Melayu.
Bagaimanapun ramai juga blogger berkongsi ide mereka di blog menggunakan bahasa Sistem Pesanan Ringkas, ‘Bahasa SMS’.
Antara contoh saya kutip di blog ‘Italembut’, klik [ Italembut ], ‘x’ bermakna ‘tidak’, ‘kol’ bermakna ‘call’, ‘taw’ bermakna ‘tahu’, ’uols’ bermakna ‘you all’, ‘gittew’ bermakna ‘begitu’, ‘ko’ bermakna ‘engkau’, ‘ske’ bermakna ‘suka’ dan ‘ittew’ bermakna ‘itu’ - tima ksh Ita.
Lebih menghairankan, majoriti mereka menggunakan Bahasa SMS di blog terdiri daripada kelompok terpelajar dan profesional, antaranya GURU, pereka hiasan dalaman dan jurutera. Barangkali, mereka kurang memahami perbezaan di antara penulisan blog dan SMS. Penulisan SMS wajar pendek dan ringkas kerana ruang terhad, sekaligus membabitkan kos berbanding di blog, banyak ruang dan percuma. Biarpun bukan pakar bahasa, secara realistik, saranan saya, marilah bersama kita menggunakan Bahasa SMS semasa menulis SMS sahaja bukan di blog.
Penat benarkah jari menaip ‘tidak’ berbanding ‘x’?
Apapun, saya menyanjung golongan gemar menulis kerana majoriti mereka suka membaca dan mencerna maklumat. Jika tidak, pasti sukar memerah otak untuk menghasilkan catatan bernas menjadi bahan bacaan ramai. Jauh berbeza berbanding sebilangan blogger sekadar taksub memuatkan gambar lucah di blog mereka, ‘a picture tells a thousand words’, justeru tidak perlu menulis panjang.
Ramai tahu, bahasa melambangkan bangsa. Mereka berketurunan Melayu berbahasa Melayu, India berbahasa Tamil dan Cina antaranya berbahasa Mandarin dan Kantonis.
Pengguna bahasa SMS, bangsa SMS?
Gambaran jelas kepentingan bahasa khususnya kepada rakyat Malaysia.
Blog tulisan Tun Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim antara ribuan blog dicatat menggunakan Bahasa Melayu. Biarpun kandungan blog berbeza tetapi bahasa mereka gunakan sama, Bahasa Melayu.
Bagaimanapun ramai juga blogger berkongsi ide mereka di blog menggunakan bahasa Sistem Pesanan Ringkas, ‘Bahasa SMS’.
Antara contoh saya kutip di blog ‘Italembut’, klik [ Italembut ], ‘x’ bermakna ‘tidak’, ‘kol’ bermakna ‘call’, ‘taw’ bermakna ‘tahu’, ’uols’ bermakna ‘you all’, ‘gittew’ bermakna ‘begitu’, ‘ko’ bermakna ‘engkau’, ‘ske’ bermakna ‘suka’ dan ‘ittew’ bermakna ‘itu’ - tima ksh Ita.
Lebih menghairankan, majoriti mereka menggunakan Bahasa SMS di blog terdiri daripada kelompok terpelajar dan profesional, antaranya GURU, pereka hiasan dalaman dan jurutera. Barangkali, mereka kurang memahami perbezaan di antara penulisan blog dan SMS. Penulisan SMS wajar pendek dan ringkas kerana ruang terhad, sekaligus membabitkan kos berbanding di blog, banyak ruang dan percuma. Biarpun bukan pakar bahasa, secara realistik, saranan saya, marilah bersama kita menggunakan Bahasa SMS semasa menulis SMS sahaja bukan di blog.
Penat benarkah jari menaip ‘tidak’ berbanding ‘x’?
Apapun, saya menyanjung golongan gemar menulis kerana majoriti mereka suka membaca dan mencerna maklumat. Jika tidak, pasti sukar memerah otak untuk menghasilkan catatan bernas menjadi bahan bacaan ramai. Jauh berbeza berbanding sebilangan blogger sekadar taksub memuatkan gambar lucah di blog mereka, ‘a picture tells a thousand words’, justeru tidak perlu menulis panjang.
Ramai tahu, bahasa melambangkan bangsa. Mereka berketurunan Melayu berbahasa Melayu, India berbahasa Tamil dan Cina antaranya berbahasa Mandarin dan Kantonis.
Pengguna bahasa SMS, bangsa SMS?
Biasa blog yang menggunakan BI saya komen
BalasPadam'yes no up down'
wajar ubah prinsip bertemakan bahasaku bahasa malaysia.
untuk semua bangsa di Malaysia.
ada juga untung baik saya berkelulusan PMR/SRP didikan sekolah melayu, entah jika mempunyai Izajah, Ijazah saya berubah??
* tidak semestinya pendapat serta tulisan saya betul dan tidak boleh ditokok tambah.
tak semua orang sama..
BalasPadamwalaupun kita masih mnggunakan bahasa biasa atau bahasa sms di blog, itu bukan bermaksud kita tak sayang bahasa melayu kita...
apatah lagi jika kte mnjadi pekerja di sektor kerajaan, bahasa melayu itu lah yg digunakan dlm urusan pejabat sehari-harian
dan aku tak kisah kalau nak mnggunakan bahasa ringkas di blog kraana bg aku ia lebih santai dan relaks..
masing2 buat blog dgn berbagai2 niat..
ada utk mncari duit, mncari glamor, brkongsi ilmu dan ada juga yg buat blog utk brkongsi cerita mereka sehari-hari...
lainlah kalo kta bua blog mcm Datuk Seri Anwar or Che Det, mmg wajar lah blog mreka guna BMT, takkan mereka nk guna bahasa sms kot..
so, masing2 punya sukalah nak wat ikut suke hati pun..
blog mereka kan???
apa kita kesah??
blog adalah hak milik peribadi dan masing2 punnya cara tersendiri dlm stiap penulisan mereka...
ksimpulannya...
BalasPadamblog aku, ikut suka aku lah
hauhauahuahauah
AreQue, usah melatah keterlaluan.
BalasPadamBukan apa, orang melatah jika pisau ada ditangan, nanti tertikam diri sendiri, tersilap langkah, mencederakan rakan di sisi.
Pendapat boleh berbeza, tidak salah. Memang cara penulisan, hak peribadi.
Apabila orang lulusan undang-undang produk Universiti Islam Antarabangsa, UIA melontarkan pandangan sebegitu, saya hanya boleh tersenyum. Siapalah kita bagi dia? Bahasa penghantar di UIA, Inggeris bukan Bahasa Melayu, betul ke?
entahlah bro, bagi saya bahasa rojak untuk menulis blog masih boleh diterima walaupun ianya juga tak sepatutnya berlaku..tetapi perkataan2 seperti itew, gitew, hapdate(update), jugaks, x (tidak) dan mcm2 rupabentuk lagi, susah nak diterima. Mmg setiap blog atau sms adalah milik individu sendiri tapi jika gejala ni makin menular...boleh lenyap Bahasa Melayu satu hari nanti!
BalasPadamhehehe...
BalasPadamkelakar pulak bla ada org mmndg serong lulusan UIA..selalu sgt dengar tue
mmg bahasa rasmi kami bahasa inggeris tapi adakah kami melupakan bahasa ibunda kami???
tidak ...malahan kami juga bercakap bahasa melayu jika berjumpa rakan-rakan senegara kami...siap boleh ber dialek bagai lg dgn mcm2 bahasa negeri2 di malaysia ni..kah kah kah
aku juga seorang penggemar sastera-sastera melayu dan penyokong filem-filem melayu...dan suka membaca buku-buku sejarah kita
bukan mcm org sekarang..sibuk mngagung2kan budaya barat, filem barat, artis2 pun dah pakai fesyen ala barat dan memandang sinis filem2 melayu kita yg tiada kemajuan
kononnya nak memartabatkan bahasa melayu, tapi knapa masih mngagungkan budaya luar dan mninggalkan norma-norma masyarakt melayu kita dan melupakan siapa asal-usul kita yg mndokong tinggi perjuangan agama Islam????
aku juga pernah mnghantar beberapa karya di majalah dan tulisan di media elektronik mnggunakan BMT dan masih alhamdulillah meraih hadiah dan anugerah...
tapi, bile di blog aku ingin menenangkan diri dgn cara aku...
dan aku lihat ramai bloggers2 lain pun bgitu...
ikut masing2 punye opinion dan niat mereka..
mcm blog en.mazidul..takkan nk guna bahasa sms kan kalo mnulis..of course tak sesuai....
tetapi, hairan...
bahasa sms, guna masa sms.
BalasPadambahasa melayu penuh, masa buat karangan dulu-dulu. tapi sbb da telalu bahsa sms.cara penggunaannya sgt meluas tak tebendung.
Saya sokong en mazidul..
BalasPadamIngat cerita si burung kecil yg membawa air dgn paruhnya ketika ingin memadamkan api yg membakar Nabi Ibrahim. Apabila ia diketawakan oleh burung2 yg lebih besar kerana dikatakan usahanya amat kecil....maka si burung kecil memberi pandangan bahawa Allah tidak akan bertanya ttg kejayaan dia memadamkan api tetapi akan ditanya apa usaha dia untuk memadamkan api...
Dalam menjulang kekuatan BM, eloklah kita berperanan untuk menjaga martabat bahasa....jangan menjadi perosak bahasa.
Buatlah sesuatu walau sekadar penat menaip ejaan yang betul...krn mungkin usaha yang kecil ini akan menjadi kenangan kepada generasi sesudah kita.
Sekadar pandangan peribadi...minta maaf kepada yang kurang bersetuju.
Areque, cuba maklumkan saya, bahagian 'serong' pada hemat awak?
BalasPadam'mmg bahasa rasmi kami bahasa inggeris tapi adakah kami melupakan bahasa ibunda kami???' - Ini kenyataan Areque, bukan kenyataab saya.
'mcm2 bahasa negeri2 di malaysia ni..kah kah kah'
Rasanya, TIADA 'bahasa' di negeri lain, 'loghat' ada. Kalau salah, betulkan saya :)
'tapi, bile di blog aku ingin menenangkan diri dgn cara aku...
dan aku lihat ramai bloggers2 lain pun bgitu...' - Ish! Ish! Kalau berpandukan kenyataan di atas, TIDAK salahpun kalau saya menggunakan Bahasa SMS, cuma setakat ini belum lagi.
nampaknya en.mazidul tak memahami maksud saya di sebalik ayat itu..
BalasPadamup to u..
macam en. mzidul ckp..tk salah berbeza pndpt tp itu tidak bermakna kita bermusuhan :)
..as-salamm..
BalasPadamsesiapa boleh menggunakan apa apa loghat dan bahasa di rumah sendiri.
..berbogel di rumah sendiri''
..ber SMS dengan insan yang seLoghat, tetapi sewaras serta sewajar berbahasa bila masuk rumah orang..
rumah sendiri kedai sendiri negeri sendir.., tetap tak sama cara dan gaya hidup.
menjaga HAK di rumah sendiri.. dari ketidaksopanan, info atau sokongan yang agak menyeleweng.
* selingan :( terbaca Penulis dan Pensyarah, educa,,terpelajar, berwibawa?? dengan membenarkan komen menyokong pelayar bila ...sebut;
'' menghapuskan RASUAH sehingga tiada satu sen pun ..''.
kenapa malu nak menegur??
sokong membawa rebah..hak kita menjaga BLOG kita dari info yang emosi dan melampau secara logik perbandingan akal menegur demi fakta logik..* selingan Iklan.
harap di sini tiada yang termakan cili..
setiap orang ada cara masing-masing dalam menulis blog,sesetengah daripada mereka berfikiran,mereka menulis dengan cara santai,tapi saya faham disini sedara Mazidul cuba mengetengah dan cuba memberi peringatan supaya berblog secara profesional dan menggunakan bahasa yang betul,memang niat yang baik,tahniah.Bahasa Melayu memang indah.
BalasPadamSesungguhnya..
BalasPadamKadang-kala saya terlupa juga untuk menulis atau menaip menggunakan Bahsa Melayu penuh yang tidak dirojakkan terutamanya apabila berada dalam keadaan kelam-kabut.
Namun, jika saya ingat akan tingginya martabat bahasa seperti mana pentingnya mengingati solat, maka saya akan sentiasa menyokong penggunaan Bahasa Melayu penuh dalam apa medium sekalipun kecuali sms (ambil kira faktor caj).
Assalaamu'alaikum, Wa'alaikumussalam, InsyaALLAH dan yang seangkatan dengannya tetap saya taip penuh dalam sms.
* Syukur kepadaNYA kerana mengurniakan jawatan guru Bahasa Melayu di sekolah Rendah kepada ayah saya suatu ketika dulu.
bagi saya.. ikut keadaan dan situasi dimana kita berada.. tak kan dirumah mertua nak ckp bahasa mcm bercakap dgn kawan-kawan.. begitu juga di alam maya ini.. bila di blog kita sendiri.. itu boleh kalau kita nak bercakap ikut mood sendiri.. tapi bila dilaman blog yg kita lawati.. sebaiknya kita gunakan bahasa yg mudah dan sesuai utk diterima oleh semua peringkat yg membaca.. dan pd saya pula.. kalau di blog kawan-kawan rapat mungkin gaya ulasan lain sedikit.. kalau di blog tumpuan ramai seperti blog Tun Mahathir, blog saudara Mazidul seharusnya saya menggunakan bahasa yang lebih sopan..
BalasPadamTiada yang profesional di dalam berbahasa, waimma apa bahasa sekalipun. Tidak ada singkatan atau pintasan kecuali generasi muda SMS. Bahasa adalah standard. Cuma kita yang cuba memudahkan dengan pelbagai alasan untuk menyenangkan hati kita sendiri sebenarnya.
BalasPadamApa salahnya kalau berbahasa terus dan tidak perlu terikut-ikut dengan bahasa pintasan. Aku masuk ke segenap blog, terutama blog berbahasa Inggeris dan Romania,Perancis dan Itali. Malangnya, blog-blog berbahasa Melayu sangat jauh standard dengan bahasa yang bolehlah dianggap lelucon, dengan kreativiti melampau pada penggunaan aksara dan perkataan.
Jangan bagi alasan untuk menenangkan hati sendiri pada kesalahan menggunakan perkataan-perkataan ringkas kerana kemusnahan bahasa juga disumbangkan dengan perkara sekecil ini.
Maaf, aku sudah merantau ke banyak tempat sama ada dengan badan, mahupun secara siber. Alhamdulillah, Allah Taala berikan kebolehan memahami dan menulis dalam bahasa asing. Cuma apabila aku berada di kalangan orang Melayu, aku akan menulis dalam bahasa Melayu dan berperkataan Melayu penuh, bukannya bahasa Melayu yang bersulamkan Inggeris atau perkataan ringkas yang cuba melindungi identiti Bahasa Melayu sendiri.
combi dah terasa ni..hehe :p
BalasPadamsaja je nak 'sms' sbb nak kejo masa ler en mazidul.tp aii tetap sokong BM :D
jgn marah nnt kena juai..hiks !
salam semua...
BalasPadamape2 hal, aku sokong 100% jika kita dapat menggunakan bahasa yang sebetulnya dan bukan bahasa yang ringkas or "sms"
Echah (Combi), entry ini ditulis bukan bertujuan untuk membuat sesiapa terasa, saya tuliskan secara am untuk bacaaan semua tanpa mengira latar belakang pembaca.
BalasPadamBegini, stail mahupun cara penulisan blog memang hak peribadi, saya akur tetapi JIKA pemilik blog, guru, pasti berlainan kesannya jika blog terbabit dibaca dek anak murid.
Penggunaan bahasa 'baru', ala SMS pada hemat saya tidak begitu bersesuaian dijadikan bahan bacaan anak kecil atau remaja masih bertatih mempelajari Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan mereka. Inikan pula jika dibuka dan dibaca anak sendiri.
Bagaimana, andai bahan dalam blog guru dijadikan rujukan dek anak murid? Maklumlah, blog golongan berilmu, pedagogi, selalunya mempunyai maklumat ingin disampaikan. Sayapun banyak kali membaca blog milik guru :)
Bukan apa, saya cuma bimbang, jika guru kencing berdiri, anak murid pula kemudian kencing berlari, itu sahaja. Jika kenyataan saya itu tidak boleh diterima, maaf.
Biarpun mula menjadi wartawan sejak 14 tahun lalu, saya masih belajar kaedah terbaik untuk menulis, agar maksud sebenar tulisan saya 'sampai' dengan penggunaan bahasa betul.
Apapun, saya amat pelik sewaktu pertama kali terbaca perkataan 'ittew'. Apa sebenarnya? Jika anak saya bertanya, "Ayah, ittew tu apa?"
Saya akan menjawab," Ittew tu 'itu'". Tetapi jika dia bertanya kembali,"Ada dalam kamus ke perkataan itu?". Mesti saya akan pening untuk memberikan jawaban.
Apapun, saya tidak bermaksud memaksa pembaca blog ini agar tidak menggunakan Bahasa SMS dalam penulisan blog, itu HANYA satu SARANAN. Pemikiran majoriti pembaca mungkin lebih bijak dan rasional berbanding saya.
Bagaimanapun, fikirkanlah, mungkin subjek saya sarankan itu boleh diambilkira. Jika tidak, nyahkan sahaja daripada pemikiran.
:)
BalasPadamPegang satu saja. Apa kita buat semua mencerminkan diri, bangsa dan agama. Maknanya kita represent komuniti juga bukan sekadar kita(tanpa agama, tanpa bangsa).
Saya rasa terpulang pada masing-masing dalam memikul tanggungjawab itu.
p/s: sekadar pendapat berbeza, rasanya bahasa SMS mahu atau tidak mungkin sikit-sikit bakal menjadi satu bentuk bahasa baru, dan Melayu harus memasukkan dalam kandungan kamus. Kamus inggeris sudah memasukkan ASAP,BTW,GTG,LOL (sekadar contoh)dalam kamusnya.
Marrisa :) I have read part of your blog. I like taking pictures too.
BalasPadamkadang2 puas memikir plak apa maksud bahasa sms tu.. tersgt ringkas.. sampai jadi tak faham..
BalasPadam** teringat seorang kawan yg menerima sms dari isterinya berbunyi bengini "call sy jap".. terus dia pun call seorang lagi rakan sekerja yg namanya Sya.. hehehhe gara2 salah faham..
semasa menonton tv, especially rancangan yang ada kolum sms dibahagian bawah atau tepi skrin tv tu,kalau sempat saya baca gak SMS yang ada kat situ.
BalasPadamkadang2 perkataan yang digunakan memang susah saya nak faham.
saya sendiri memang banyak menggunakan singkatan2 dalam sms dan blog saya. contoh: utk=untuk
blk=balik, dkt=dekat.
tapi saya pelik bila singkatan yang diguna mengandungi huruf2 yang takde dalam perkataan asal. contoh: ittew=itu, dye=dia.
saya tertanya2 apa pertimbangan orang yang menggunakan singkatan tu. pertimbangan yang saya maksudkan disini ialah alasan.
saya menggunakan singkatan untuk menjimatkan masa menaip tapi dalam masa yang sama, saya harap orang yang membaca akan faham singkatan tersebut.
tapi kalau "ittew"? huruf yang digunakan bertambah. jadi ianya telah menambahkan masa menaip. hanya bunyi je yang seakan2. tapi berbelit gak lidah nak sebut.nak kata sebutan tu lebih glamor atau lebih manja bunyinya...ntahla. saya pun tak tau.
apa yang dihairankan. bahasa berubah dan berkembang. ramai yang tidak tahu kini cuma tinggal beberapa patah perkataan sahaja yang berasal dari bahasa melayu asal.
BalasPadamselainnya kita cuma meminjam dari fonem-fonem sanskrit, arab, inggeris, jawa dan sebagainya.
sejak dulu, penulisan bahasa berubah mengikut zaman. bermula dari bahasa kuno, bahasa klasik, hinggalah kepada bahasa moden.
jelas bahasa melayu telah melalui beberapa tempoh perubahan. dan akan terus berubah mengikut perkembangan zaman.
pendapat saya, selagi pertuturan dijaga, maka bahasa itu akan selamat. bahasa pertuturan berbeza dengan bahasa penulisan.
'x' hanyalah sebagai penyampai mesej. selagi kita faham mesej yang cuba disampaikan adalah 'tidak', itu tidak menjadi permasalahan. kerana kita faham mesejnya 'tidak'. jadi bila telah disebar luas, tidak mungkin ada yang menyebut 'x' sebagai ex.
Salam, saya menyokong tentang penggunaan Bahasa melayu yang betul di blog boleh menggalakkan dan mengembangkan Bahsa Malayu itu sendiri. Mungkin ramai yang akan kata "apa kesannya kalau setakat blog", namun hakikatnya, kesan itu amat berpengaruh.
BalasPadamBlog boleh mengasah bakar seseorang menulis, berbahasa, bercerita, berkomunikasi dengan orang lain dan pamerkan budaya kita. Sebagaimana blog itu dihasilkan, maka sebegitulah "nilai" pada penulisnya.
bagaimana perlu kita yakini yang seseorang itu mencintai bahasanya, andai dia sendiri yang merosakkan bahasanya itu sendiri? Bagaimana dia boleh katakan dia cintai negaranya, andai dia sendiri yang "menjualnya" kepada musuh?
Memang blog sendiri adalah tanggungjawab sendiri untuk tentukan bagaimana arahnya. Terpulang juga kepada diri sendiri mewarnai dan membentuknya, dan pada masa yang sama menggambarkan siapa penulisnya.
Andai pendapat ini bertentangan dengan pendapat pembaca lain, anggap sahaja ianya sekadar pendapat peribadi saya sahaja, tiada kena mengena dengan mana-mana organisasi, individu atau parti politik.
Saya katakan saya cintai Bahasa Melayu, salah satu caranya saya aplikasikan melalui blog berbahasa Melayu saya. Moga-moga bukan sekadar pembaca yang faham Bahasa Melayu di Malaysia yang membacanya, namun saya amat berharap agar pembaca Melayu di Indonesia, Brunei, Alam Melayu, malah di Belanda dan Beijing yang ramai penutur berbahasa Melayu turut membacanya juga.
Terima kasih kepada sdr Mazidul yang ketengahkan isu ini dalam blog kesukaan ramai ini. Moga-mo, nanti akan lebih ramai pengguna blog akan menulis dalam Bahasa Melayu yang indah. Kalaupun tidak bermadah seloka, berpantun gurindam, sekurang-kurangnya menggunakan struktur Bahasa Melayu yang sempurna dan betul.