Selasa, Mei 18, 2010

Kes Main Bontot

Orang melarang, jangan main bontot, perbuatan itu hubungan seks di luar tabi'i, dia 'balun'  juga. Orang cakap kotor, dia cakap sedap.

Maka berceramahlah Pak Haji, lelaki gay terjebak melakukan hubungan songsang tidak diterima nabi sebagai umatnya, peduli mereka tidak. Lagipun bukan semua lelaki gay beragama Islam.

Beberapa premis bertopengkan spa dan pusat urut di Kuala Lumpur dikesan menjalankan operasi serampang 2 mata, pekerja mengurut, pada masa sama menawarkan khidmat seks sesama lelaki. 999 berjaya merakamkan kenyataan beberapa responden dan membongkar kegiatan mereka terbabit.

Melalui rakaman visual saya saksikan, dinding premis dipenuhi gambar pegun berwarna lelaki kacak, warga tempatan dan asing. Majoriti mereka dirakamkan  tanpa baju, menampilkan abdomen 'six pack' dan hanya memakai seluar dalam jarang, seksi, 'see through', bangga menayangkan 'senjata' mereka kepada pelanggan bernafsu.

"Dia macam ni bang, pelanggan datang, tengok gambar. Lepas tu pilih mana perkenan, pekerja tempat tu akan call lelaki gay ni, dia orang tinggal di apartment area sama," lapor wartawan 999.

Saya dimaklumkan sebilangan warga asing terbabit, pelajar kolej swasta antara mereka dari Iran, Thailand dan Korea, mencari 'extra income' sambil memuaskan nafsu songsang.

"Oral seks, RM50, 'body to body' massage, RM150. Kalau nak bawa dia orang balik ke rumah and have your own sweet time, RM280 per hour, pakej massage dan seks sekali," tambah wartawan sama.

"Masa dia massage awak, apa jadi?," soal saya.

"Pertama kali saya buat rakaman guna spy camera, saya kena massage berseluar dalam, meniarap. Dia pakai seluar dalam juga, duduk atas saya sambil mengeselkan 'anu' dia. Meremang bulu roma, berpeluh tetapi saya tahan saja. Masa tu saya tanya semua fasal pakej ditawarkan tempat tu. Budak kerja kat kaunter, pondan, dia bagi tahu saya rate massage. Servis 'lain' boleh bincang dengan lelaki mengurut tu, katanya"

"Takut?," tanya saya lagi.

"Mahunya tidak, takut bang! Tetapi dah kerja jadi wartawan, buat sajalah. Kali kedua dia suruh saya bogel, saya cakap urut tempat lain. Dia cuba londehkan underwear saya, saya tak bagi," katanya kelihatan tenang.

"Body to body massage tu apa?"

"Masa dia massage pakai lotion, pelanggan boleh kiss bibir dia, peluk, belai dan sentuh dia," jawab wartawan berusia 28 tahun itu.

Saya menjangka, selepas paparan ini ditayangkan 999, pada hari Khamis, 20 Mei, jam 9 malam, pasti pihak pengurusan premis terbabit akan 'tersedak' buat seketika. Itu pun barangkali hanya buat sementara waktu, selepas itu mereka akan menjalankan operasi semula seperti biasa.

Ramai mengajukan soalan, siapa memberikan maklumat berhubung kes seperti itu? Jawabannya orang ramai, penonton setia 999, kelompok sakit mata melihat kegiatan tidak bermoral dijalankan pihak mengkesampingkan nilai masyarakat timur. Melalui pengamatan saya, biarpun 999 mula bersiaran sejak 9 tahun lalu, penonton tidak jemu menghantar ribuan pesanan ringkas ke hotline 019 6330 360, menyalurkan pelbagai maklumat sekaligus memberikan peluang kepada kami terus bersiaran.

Terima kasih kepada mereka semua.

24 ulasan:

  1. isu macam ni x penah dengar lagi...
    kalau gay2 biase tu ade r...
    ni sampai wat pakej menarik lak...
    tah ade org kisah ke tak la ni..
    zaman main bontot kot ni....
    haha...

    BalasPadam
  2. teruskan.... banteras kegiatan tak bermoral ni...zaman nabi Luth dulu pun ada bala turun tuk golongan mcm ni...hishh sakit mata ...

    BalasPadam
  3. Ish...saya kesian dengan wartawan tu bang. nanti kang nafsu dia tersongsang pulak. hish!

    BalasPadam
  4. mereka risau mana tau banjir ke runtuh ker jika mereka duduk atau berjiran dengan lokasi, perniagaan tersebut.

    BB>>dan sekitarnya.

    BalasPadam
  5. teruk gle zmn skang.. mcm2 hal.. mntah ijau dibuatnyer..

    BalasPadam
  6. meremang bulu roma saya dengar,.betoi2 songsang,.

    BalasPadam
  7. nauzubillah....ramai lelaki handsome yg gay..apa sudaaa jadik?huhu

    BalasPadam
  8. Nak post balik komen yang ditulis kat FB:-

    Patutnya orang2 macam ni dimakan dek bumi atau ditenggelamkan banjir dahsyat macam kaum Luth. Ok tak?

    BalasPadam
  9. Ngeri dan seram pulak nak berkunjung ke 'Pusat Urut Tradisional'. Memanglah orang macam kakcik ni (tua, gemuk dan sama sekali tiada daya tarikan) tidak akan di'apa2kan'.. tapi takut kalau terdengar 'bunyi2an' di bilik sebelah!

    BalasPadam
  10. Memang tidak dapat disangkal lagi, orang awam dan wartawan, public dan media, satu jalinan yang sangat utuh, saling perlu memerlukan.

    Keep it up BRO!

    BalasPadam
  11. Ya Allah! gambar tu..cepat2 saya scroll ke bawah...kang org ofis nampak kang, kata apa plak..:P

    tp, mmg tabik la kt wartawan tu..berani giler...kena tahan seriau lak tu..huhu

    BalasPadam
  12. masih ada lagi segelintir manusia zaman sekarang ni.
    pihak berkenaan harus ambil tindakan supaya kes ini tidak berlarutan.

    BalasPadam
  13. Aduyai...tengok montot tu sampai terbelah takut lak. Tak sanggup rasanya nak nengok tapi apakan daya nak baca lak n3 ni. Nauzubillah...apa nak jadi dengan umat islam dan nilai budaya kita sekarang. Dosa pahala tidak lagi dihiraukan...kesopanan dan kesusilaan jauh sekali la...Semoga Allah SWT menjauhkan kita dan keturunan-keturunan kita dari terjebak dalam perkara-perkara keji sebegini....Amin..

    BalasPadam
  14. Sudah tentu ada orang yang suka khidmat sebegitu. Sebab itulah ada penawaran.

    Porn star at work

    BalasPadam
  15. ini la jadinya bila diri berkiblatkan nafsu dan keseronokan....hilang segala peraturan agama dan adat budaya...

    dah la golongan lelaki sikit sekarang ni...ada plak yg jadi gay...apa nk jadi la!!!

    BalasPadam
  16. Takut saya nak fikirkan apakah Malaysia akan jadi liberal kalau Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri?

    Hooliganism of DAP supporters

    BalasPadam
  17. Umat Nabi Luth yg gerladangan ini semuanya telah terbenam di bumi. Masalahnya syaitan yg sama teruasan menggoda manusia zaman kini yg asyik terleka & tak nampak perbuatan itu dosa.

    Mereka rasa syok belaka sedangkan natijahnya nanti semua kita hancur ditimpa bala jika tidak dikekang nafsu songsang ini.

    Teruskan usaha murni 999!.

    BalasPadam
  18. orang yang tak ada didikan agama yang sempurna mcmnilah kot jdnya. tak pernahlah tu dgr kisah kaum nabi luth. tak pun, pernah dgr tapi buat buat pekak. Dulu Allah bg balasan time time perkara itu terjadi jugak, skrg Allah bagi masa untuk hamba-hambanya bertaubat tapi still buta jugak golongan ni.

    apa dpt, buat aktiviti songsang ni. nak buat dosa pun biarlah dosa yg bila orang dgr, tak pelik bunyinya. paling tidak org tak geli dgr kan. bkn nak kata zina tu bagus, mmg lah jauh sekali. dosa besar tu. tp zina tu lbh ok lah rsnya sbb yg melakukan lelaki dan perempuan. lumrah alam. ini tidak zina lelaki dan lelaki. tak fhm aku! haihh.

    999 tangkap je orang2 yg tak reti bhs semua ni.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.