Sabtu, Mei 15, 2010

Sudikah Menonton Sekiranya ...


Barangkali ramai maklum 2 wanita Indonesia diperdagangkan berjaya diselamatkan kakitangan Konsul Indonesia di Tawau, Sabah dengan bantuan krew 999 pada 4 Mei lalu. Kisah mereka boleh dibaca di sini. Mereka dan anak kecil berusia 3 tahun, kini berada di Kota Kinabalu dan diberitakan bakal ke Kuala Lumpur sebelum dihantar pulang ke Surabaya, Indonesia.

Dilaporkan sebelum ini, dari Surabaya keduanya diterbangkan sindiket ke Makassar, Sulawesi Selatan dan mereka terpaksa menaiki kapal laut selama 3 hari 2 malam sebelum diseludup masuk ke Tawau kononnya untuk bekerja di restoran.

Adakah anda sudi menonton laporan khas, jika saya dan krew 999 merakamkan perjalanan mereka pulang ke kampung halaman, merekod antara faktor mendorong mereka bersetuju berhijrah ke negara kita sekaligus melakukan 'back tracking', menyingkap dan menyusuri kisah pedih jerih perjalanan mereka dari Surabaya ke Tawau sewaktu diperdaya sindiket, ibu dan bapa ayam sekampung dengan mereka berdua?

23 ulasan:

  1. Tentu sekali kakcik ingin menontonnya. Mudah2an ada yang baik untuk dijadikan teladan dan yang tidak baik untuk diperhati dan dinilaikan agar dapat dijadikan panduan dalam meneruskan kehidupan.

    BalasPadam
  2. of course bro..nak tengok apa sambungan kisah sebelum ini

    BalasPadam
  3. Salam Bro

    As mush as possible, we would really want to see the said special report

    BUT

    Above all and the mother of all is for you and the crew to ensure your safety first.

    Good luck!

    BalasPadam
  4. Bersama membanteras pemerdagangan manusia...

    BalasPadam
  5. Fuyoooo....den nak tenguk gak...tapi kojo malam plak..al maklum kojo kilang 2 shift...tenguk kat web TV3 lah erk...buleh erk...

    BalasPadam
  6. Whaa Bang....ni dah boleh buat cite wayang nie Bang...Bagus Bagus..

    BalasPadam
  7. salam..
    bang mazidul leh tak lepas ni ubah konsep cerita.. asik cerita pasal pompuan pelacur jek ni napa... isu ni mmg bahaya.. dan perlu diselesaikan.. tp ada isu besar yang perlu kita kupas dan selesaikan

    perempuan perempuan perempuan.. dh rupa tah hape2 tah..

    sori... sy mmg dh lama geli ngn topik nie

    BalasPadam
  8. Syabas tuan...usaha murni tuan dapt membuka sedikit mata kita,yang maksiat makin bertambah,menjadi2...agaknya ada dalang kebal yang menjalankan kerja2 ini...harapan saya agar tuan sihat dan kuat untuk meneruskan kerja a"amal makhruf NAhi MUNGKAR" ini...

    BalasPadam
  9. wow idea yang bagus...tu baru la org malaysia dapat tahu sendiri pengalaman mereka

    BalasPadam
  10. Wali Khair, to tell you the truth, saya tidak menulis dan membikin paparan televisyen khusus untuk awak dan mengikut citarasa awak.

    Semua hasil kerja saya untuk dibaca dan ditonton majoriti.

    Jika awak tidak gemar berhubung hasil tulisan saya, sila layari jutaan blog lain ada di alam maya.

    Saya juga tidak gemar membaca bahan berunsur politik dimuatkan di blog awak, muak. Tetapi pada masa sama saya harus ingat, itu blog awak, bukan blog saya.

    Jadi sebagai manusia mendakwa bekerja sebagai pengurus, orang terpelajar, let me share one crucial info with you, THIS IS MY BLOG, therefore, it is not meant for you to dictate me about whatever topic which I should write about.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  11. Salam,

    Saya tengok kisah ni. Sedih sgt masih dia luah perasaan tu.. di mulutnya masih tersebut nama Allah..

    Tahniah kepada mazidul dan 999. Cuma saya tak pasti apa nasib mereka selepas ni sebabnya semua sudah diberitahu dalam tv; mereka akan dihantar ke indo, jadi mungkin konco2 disana akan memburu mereka kerana dendam. Di sini pula wajahnya terpampang jelas.

    Harapnya mazidul boleh blur kan gambar mereka. Terima kasih.

    p/s: kalau boleh letaklah video temuramah tu disini.

    BalasPadam
  12. Rambut Ketak, siaran malam Khamis lalu disaksikan lebih 2.2 juta penonton.

    Ibu dan bapa ayam menipu mereka berasal dari desa sama. Justeru, wajah mereka bukan rahsia.

    Namun 2 pemerdagang orang itu telah diberkas polis dan kini ditahan di Tawau.

    BalasPadam
  13. mmm kalau boleh usahakan la jugak uploadkan video temuramah tu kat sini :) Yang dia nangis2 & ada sebut Allah tu. Saya nak tunjuk kat kawan2 yang terlalu cepat berprasangka buruk kat orang lain.

    BalasPadam
  14. Bro nak naik tongkang macam dowang gak ke? Bahaya tu.....

    BalasPadam
  15. pastilah sudi!!! untuk pengajaran juga:) Beringat sebelum terkena.

    BalasPadam
  16. Salam Mazidul....

    THIS IS MY BLOG, therefore, it is not meant for you to dictate me about whatever topic which I should write about.....

    Basically I think he has nothing positive to contribute to this discussion.

    Yes, there are women getting caught in prostitution rings, and being forced to do terrible things. And that absolutely should be stopped.

    Prostitution too must be dealt with to avoid further social upheaval.

    BalasPadam
  17. Silakan, saya sudi menontonnya. Sekurang-kurangnya kita tahu di mana pengakhiran episod bersejarah tersebut.

    Yang penting ianya kan menjadi pengajaran buat yg lain agar berhati2 dengan tawaran pekerjaan.

    Hendak membanteras sebarang gejala negatif hendaklah setiap hari, maka saya cadangkan pihak TV3 menyediakan slot prihatin - memaparkan visual/temubual bersama pelacur yg insaf/ibubapa yg dipinggirkan/anak2 gelandangan/banduan yg insaf dlln dgn kerap spt slot iklan. Moga2 setiap daripada kita yg melihat tersentuh hati & tdk akan melakukannya. Terima Kasih.

    BalasPadam
  18. Salam Mazidul,

    Bagi saya sesiapa yang tidak menyokong entri ini... lebih kepada menyokong perkara mungkar!..

    Islam itu syumul, merangkumi semua aspek seperti ekonomi, sosial, adab dan termasuklah berPOLITIK..

    Adakah mereka ini sudah tak bolih menilai mana yang baik dan tidak baik?

    BalasPadam
  19. Yg baju biru tu nampak manja dan confident sekali dalam gambar ~ sure femes lepas buat siaran nanti.

    BalasPadam
  20. saya setuju untuk ditontonkan...tapi rasa hairan dengan orang yang tak suka dengan usaha2 murni,pendedahan sebegini sangat dialu2kan supaya mereka2 yg mendaulatkan NAFSU sedar akan kehadiran abg2 wartawan...supaya sang JAHANAM tak rasa selesa dan seronok dengan tindakan mereka selama ini

    ~ANTI PEMERDAGANGAN MANUSIA~

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.