Ahad, Mei 16, 2010

Lawan Taukeh?

"Nak buat blog," katanya pada jam 8 malam semalam.

Saya tersenyum namun wajahnya kelihatan serius.

"Cerita apa?," soal saya.

"Resepi," balasnya.

"Cubalah, " ujar saya.

Ketika pulang ke rumah pada jam 4 pagi tadi, saya terperanjat. Memang benar, dia telah membuka blognya sendiri. Lengkap dengan 3 resepi, mengikut cara dan olahan tersendiri. 

Saya yakin dia 'copy paste' resepi 'Asam pedas ikan pari' dari sumber hasil layaran di internet, lihat bahasa digunakan.

Namun resepi 'Beef and soy source' dan 'Oyster egg'? Pasti hasil ide dan penulisannya sendiri. Jika tidak masakan wujud perkataan dan penggunaan bahasa seperti 'Aginomoto', 'Soy source 'aka' kicap' dan 'put a teaspoon'.

Apapun, dia bukan Chef Wan, bukan juga Chef Ismail, dia Muhamad Afif Faiq, anak sulung saya, berusia kurang 12 tahun. Blog terbabit dihasilkan sendiri tanpa merujuk dan bertanya 1 soalan pun kepada saya. Saya percaya dia bukan cuba melawan taukeh, mungkin ingin berusaha sendiri dan membuktikan kebolehan dimiliki selain keupayaan 'melayan' Facebook sebelum tidur setiap malam.

Afif tidak berhasrat mengikut jejak langkah saya menjadi wartawan. Mungkin kerana dia melihat kerjaya terbabit menyebabkan dirinya sering ditinggalkan ayah, saya. Kecenderungan minatnya lebih ke arah bidang masakan kerana  dia ingin menjadi chef.

Kepada semua pembaca, jenguklah blog 'chef' itu. Tegur cara penulisan dan bahasanya jika salah, kongsikan resepi istimewa anda bersamanya jika sudi.

Baca blog 'Chef' Afif, di sini.  

Kepada Afif, pastikan segelas Nescafe 'O' Ais tersedia di atas meja laptop ayah setiap hari, itu sudah lebih daripada mencukupi.
 
I love you 'chef'!

35 ulasan:

  1. Salam...

    Tahniah buat Chef baru ya!

    * Nanti auntie jenguk blog dia ok *

    BalasPadam
  2. ayah wartawan..
    anak chef!
    tahniah!!

    BalasPadam
  3. Segelas nescafe 'o' ais setiap hari. Pastikan kurang manis. :)

    Soy course...salah ejaan kan? Sepatutnya soy sauce.

    BalasPadam
  4. Salam Bro....

    Walaweiiiiiiiiiii
    Tahniah Chef Afif...

    Jgn lupooooo yoooo....nanti kalau Chef Afif memerlukan food tester boleh roger Gua ok...heheheheh

    BalasPadam
  5. wahh..dah ada blog..sat nak gi jenguk..hehe

    BalasPadam
  6. hebat.. semuda 12 tahun dah boleh create blog sendiri.. tak mustahil blog Afif pun ramai peminat nanti..

    syabas!!

    BalasPadam
  7. zaman ICT yang terbuka..selamat mencuba..Chef muda..

    BalasPadam
  8. Semoga Afif akan mencapai cita2nya dan menjadi chef yang tersohor. Insya Allah. :)

    BalasPadam
  9. kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi....soo cuteee

    BalasPadam
  10. Wah! Tahniah Muhamad Afif Faiq Bin Mazidul Akmal.

    Angan-angan membuahkan cita-cita, dengan usaha InsyaAllah kan mencapai kejayaan.

    BalasPadam
  11. mula2 baca igtkn isteri encik mazidul yg nk bkk blog :P

    BalasPadam
  12. hehe...mazidul anak awak dah ada pengikutnya tersendiri...mungkin dlm beberapa bulan saja akan ada sejuta pengikut....like father like son nih..

    akak pun nak follow jugak...

    BalasPadam
  13. sangat comel okeh! hehhee... gud luck chef afif!

    BalasPadam
  14. ooo..bagusnya sudah ada cita cita tertanam dlm diri..nk jd chef...dpt nanti sediakan masakan yg sedap utk ayahnya...

    BalasPadam
  15. Tahniah AFIF.. semoga impian menjadi Chef menjadi kenyataan.

    Nampak macam kita serupa BRO.. Nescafe Ais memang bestttt...!

    BalasPadam
  16. salam to mazidul...mesti you proud of your chef jr kan? bagusla kecil2 lg dh pandai buat blog sendiri...

    BalasPadam
  17. Insyaallah..will do;) ada bakat terpendam perlu diasah..mana tau sikit hari boleh jadi celebrity chef..tuah ayam nampak di kaki...;)

    BalasPadam
  18. Tahniah AFIF .... semoga berjaya menjadi Chef Blogger terkenal... PASTI BOLEH !

    BalasPadam
  19. salam mazidul..tahniah buat adik Afif..makcik yg tua ni pun tak pandai nak mula2 buat blog..syabas ..nanti makcik link kan..

    BalasPadam
  20. eh..kenape tak boleh bukak plk blog chef ni....dia pergi ke blog lain

    BalasPadam
  21. Yang, you can open it now, saya tersilap semasa menaip link terbabit.

    Sorry.

    BalasPadam
  22. wow...chef sama mcm anak datuk farid eh :)

    tahniah..!

    BalasPadam
  23. Yg mahal - ada sajak Hari Guru! *** 3 bintang!! memang nak lawan tokey - sebab blog ayahnya dapat 3 1/2 bintang je.. hahaha :)

    BalasPadam
  24. sikit hari buleh lawan ayah dia tu...tunggu...

    BalasPadam
  25. tahniah bro..yang penting anak-anak kita ada hala tuju yang baik..

    BalasPadam
  26. alahai comelnya bila budak buat blog:) nak2 bila boy lagi, tentang resepi pulak tu:).. tahniah!

    BalasPadam
  27. Bakat seorang anak yang pastinya disokong oleh ayahnya. Bakatnya pasti akan menyerlah jika sokongan penuh seperti yang ditunjukkan saudara Mazidul. Perlu dicontohi oleh ibu bapa lain agar tidak menjadi 'pembunuh' bakat anak-anak. Masa hadapannya pasti cerah.

    Tahniah..

    GREAT!

    BalasPadam
  28. bagus ada cita-cita ke arah itu; bidang Hospitaliti ini memang makin berkembang!

    samalah si Afiz anak saya yang sulung amat suka dengan bidang masakan maka itu dia memang lama kerja di KFC lantaran nak ambil kos hospitaliti itu tak lepas...

    menjadi Chef yang berjaya memang banyak menjanjikan kehidupan menarik; mana ada manusia tak suka makan, kita pula menjadi tukang masak yang tentunya mengembirakan semua orang!

    rakan saya yang menjadi Chef sentiasa merantau ke banyak negara.. kita tenguk kehidupannya melalui FB pun teruja!...

    Agar Afif akan berjaya mengejar cita-citanya!.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.