Selasa, Mei 11, 2010

Peluru Tidak Bermata Dan Tidak Mengenali Pak Sibuk

Perhatikan, sudah menjadi kelaziman, jika berlaku kemalangan di jalan raya, selain daripada mangsa, polis trafik dan kumpulan penarik kereta, pasti ramai lagi orang awam memberhentikan kenderaan di lokasi berhampiran untuk meninjau kejadian.

Namun, hairannya, jika kemalangan berlaku di hadapan mata, jarang pula mereka sanggup berhenti untuk membawa mangsa masih hidup ke hospital. Mungkin bimbang, tempat duduk kereta dikotori darah.

Maksud saya, sebilangan anggota masyarakat kita memang gemar menjadi ‘Pak Sibuk’.

Jika berlaku kes bunuh dan mayat masih berada di lokasi kejadian terbuka, berduyun-duyun Pak Sibuk menghampiri sambil memanjangkan leher mereka untuk melihat mayat terkujur kaku.

“Apa jadi?”, “Siapa mati?” dan “Bila berlaku?, antara soalan kerap diajukan sesama mereka. Malah kekadang kehadiran Pak Sibuk menyukarkan kerja pihak berkuasa dan pengamal media. Diarah dengan baik, disergah dan dihalau, belum tentu Pak Sibuk akan beredar. Jika boleh mereka ingin mengambil alih tugas Pegawai Penyiasat kes.

Lebih menarik, kekadang sebilangan Pak Sibuk sanggup menggadai nyawa mereka, merelakan diri berada di lokasi kejadian jenayah. Maksud saya, ketika perlakuan jenayah sedang berlaku, ‘on going’. Tidak berganjak barang seinci sekalipun, terus berdiri, memerhati dan mengamalkan sikap ‘tunggu dan lihat’. Pak Sibuk barangkali terlupa, kejadian terbabit bukan paparan di panggung wayang, it’s real. Senjata digunakan penjenayah dan polis bukan dibeli di pasar malam. Tambahan pula, kita semua tahu peluru tidak bermata.

Mari kita teliti kes terbaharu berlaku di Kuala Selangor, Selangor.

Dilaporkan, petang semalam, lelaki tidak siuman, Abu Zahid Abdul Hamid, 48 tahun, dikatakan bekas komanda, mengamuk menggunakan pisau Rambo di Kampung Kuantan. Dia mengacukan pisau terbabit kepada penduduk kampung. Polis berada di lokasi kejadian melepaskan tembakan amaran ke udara namun Abu Zahid menerkam anggota polis terbabit, menikam betis kiri penduduk kampung, Mohd Khairi, sebelum melarikan diri.

Seperti biasa, dilaporkan kejadian ‘live’ itu disaksikan ramai penduduk kampung.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Mohd Taib Ahmad, polis cuba menyelamatkan mangsa kemudian diserang Abu Zahid lalu terpaksa melepaskan tembakan mengena jari kaki dan kepada lutut suspek. Tindakan Abu Zahid seterusnya, menerkam polis mengakibatkan dia ditembak dirusuk dan berjaya diberkas pada jam 7.30 malam.

S. Surentiran, 22 tahun kemudian dilaporkan cedera di dada kanan. Peluru berjaya dikeluarkan dan kini dia dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Ops! Siapa pula Surentiran?

Dia orang awam berada di lokasi kejadian dan terkena tembakan peluru sesat dilepaskan polis sewaktu adengan ‘live’ berlaku. Laporan berhubung kejadian itu dibuat abang mangsa di Balai Polis Kota Damansara dan memohon kes disiasat secara telus.

Timbul beberapa soalan.

Jika dia secara berkebetulan berada di lokasi kejadian, mengapa tidak beredar secepat mungkin dari ‘crime scene’ bagi mengelakkan kejadian tidak diingini menimpa diri? Mungkin tidak sempat, barangkali? Mungkin leka melihat adengan di antara penjenayah dan polis?

Setakat ini kita semua tiada maklumat lengkap untuk menjawab. Saya cuma berharap dia bukan seorang daripada Pak Sibuk.

Nota Berikut petikan akbar Sinar ... 55 Pati, 4 GRO ditahan


KOTA BHARU - Jabatan Imigresen Malaysia, Bahagian Penguatkuasa Kelantan menahan 55 pendatang asing tanpa izin (Pati) termasuk empat pegawai perhubungan pelanggan (GR0) dalam sembilan serbuan di sekitar Kota Bharu, pagi semalam.

GRO di Kota Bharu, di mana?

21 ulasan:

  1. Ngeri bila mendengar pelbagai insiden yang tidak diingini berlaku di Malaysia hari ini. Kadang-kadang orang yang tak bersalah menjadi mangsa.

    BalasPadam
  2. kasihan kerana terkena peluru tu,tapi itu kejadian xdisengajakan.
    so,harap2 jgn lah ada yg mengambil kesempatan pulak nak menyaman polis..pihak polis menjlnkan tnggjwb mereka..
    harap2 mcm abg mazidul kata bukan sbg "pak sibuk"..mungkin tersasar jauh aje peluru tu terbang.

    BalasPadam
  3. Salam en Akmal. Saya peminat blog you. Boleh tak tolong siasatkan kes budak2 meminta derma di daerah Nilai yang sngat berleluasa sekarang seolah-olah ada sindiket. Bila saya soal mrk kata mrk bersekolah agama dan tidk mdpt pendidikan formal. Rata2 anak yatim. Modus operandi mlm2 kat Giant Nilai dan restoran2 sekitar, malah ada yg tunggu di stesyen minyak.Kasihan mereka. TK

    BalasPadam
  4. common sense masyarakat kita masih lemah. perlu pendidikan sedari akar umbi. tgk aje la sikap sesetengah orang bila ambulans atau bomba yg sdg bergegas nak lalu...walau ada siren masih takmau bagi laluan. PELIK!

    BalasPadam
  5. salam,

    emosi betul saya bile seme nak salahkan polis...last2 gi repot kat balai polis gak pecer..

    tu namenye..gile glemer..skali kene baru nak salahkan org lain.huh...xsuke org macam tu;;

    BalasPadam
  6. Cikgu Maria, sila gunakan Google Search di blog ini, taip 'pelajar tahfiz'. Banyak info saya catatkan di beberapa tampalan sebelum ini.

    BalasPadam
  7. kurang bersetuju sangat....last month i alami sendiri...melihat jenayah berlaku depan mata di kayu ara. Penjenayah pukul mangsa dengan kayu...

    I yang buat panggilan telefon kepada pihak polis, pihak ambulans.. kalau tak ada pak sibuk..siapa nak laporkan kejadian jenayah?

    Tapi takkanlah i nak gadai nyawa utk pergi tahan penjenayah tu. I think polis sendiri pun tak agree. Malah masa saya telefon ke 999, mereka tak galakkan saya pergi dekat. BAHAYA!. Walaupun ketika itu saya ingin pergi dekat untuk bantu mangsa.

    Dan yang paling saya kecewa, masa polis sampai, saya yang beria tahan kereta polis untuk beritahu saya saksi yang melihat kejadian tu. Saya terangkan secara ringkas dan polis cuma membalas
    "owh saya dah tahu"

    tiada soalan yang lanjut dikemukakan. Jadi polis sendiri pun buat tak endah. Tiada sebarang pembelaan kepada kami sebagai 'mangsa' yang melihat kejadian yang mengerikan itu.


    Saya ras apergilah kemana2, pak sibuk pasti ada. Cuma pak sibuk yang cuma ambil jalan mudah, atau dgn hati yang bagai besi berani tapi di hancur lumat oleh sikap sambil lewa polis...

    pssssttt...lebih baik pak sibuk ni sebab tunggu ambulan dan polis sendiri hampir 45 minit.. sesuatu yang tak patut berlaku...

    BalasPadam
  8. lupe..tapi tindakan dia report balas tu macam a bit tak patut la..maybe dia cuma nak pampasan atas tembakan rambang....

    tapi kalau nak dakwa ..memang tak patut

    BalasPadam
  9. Queen, tidak salah melihat kejadian jika mengambil tindakan untuk membantu seperti awak kisahkan di sini.

    Pak Sibuk maksud saya, kehadiran mereka sekadar untuk melihat kejadian dari dekat tanpa menyumbang apa-apa.

    Ambulan tiba lewat? Itu normal. Orang ramai terkejut jika ambulan tiba awal :)

    BalasPadam
  10. hye,bro.
    nak share pengalaman eksiden kt OU thn 2007. Pagi,kul 8 hari ahad. Sy eksiden masuk monsoon drain-muat2 kenari tu dlmlongkang,terbalik.sy gegas keluar tp kwn terperosok dlm tu tak tau ape cer, sy terjelepok bile dh keluar sbb takut tgok keta dh kemik,kwn melolong dlm keta panggil sy,but i'm paralysed at tt time..punye lah takde pak sibuk sy kt dlm longkang almost 15 min. org takut nk tgok pon,tp ada 1 chinese guy jog,lalu.dia telek tanya saya..sy tak boleh cakap,lama dia PK nak tlg ke tak,tkot keta meletop kot,tp lps tu dia tlg,bru ada lain2 org dtg tlg,n cll ambulans....tp tu lah mcm bro ckp,kalo setakat pak sibuk sekadar nak tengok baik tak payah...haih..sekian.

    BalasPadam
  11. Pro dan Kontra..

    Bila bagus, pro jer semua.
    Bila ada kisah malang, Kontra mengatasi dan berleluasa..

    adakah ini budaya? Atau cara kita berfikir?

    BalasPadam
  12. masing nak tonton siaran langsung..



    GRO...kalau ada di salah satu..bandar.

    Pasir Mas, Rantau Panjang, Gua Musang atau KB..

    BalasPadam
  13. Jika kejadian jenayah sedang berlaku berlaku tembak menembak cara terbaik adalah lari dengan segera dari kejadian jika tidak sempat pun menirap lar kat mana-mana dirasakan selamat (lebih afdal jika balik rumah terus menirap atas katil tidur). Ricochet masih lagi mampu mencederakan atau membunuh.

    Risiko dijadikan tebusan pun ada jugak.Tanpa polis bermaharaja lela jenayah kat sini..

    BalasPadam
  14. betul tu
    pak sibuk yg membantu adalah dialu alukan, tp paksibuk yg menempel..menyibuknyibuk...

    BalasPadam
  15. Salam,
    Pada pandangan Aku la kan...Pak sibuk yg btol2 nak tlg xpe a. nie pak sibuk yg nak tlg tgk je...yg boleh kate tiap2 kali ade excident/bende pelik sket kat highway, 4 lane pown leh jadik jam....kalo 2 hala da 8 lane....2 pown leh jam... sok masok dalam paper bace a...smua nak sibuk nak berenti kete sdap2 je semata2 nak tgk..bkan excident je...org siram pokok pown kalo leh nk tgk jgk...xpaham aku...kalo 10bijik kete brenti...10 bijik 2 ke yg tlg?ke tlg tgk?

    BalasPadam
  16. apa apa pon pentingkan nyawa sendiri dulu.. tak guna menyibuk nak tau tp nyawa melayang

    BalasPadam
  17. uikk bro ...cepat2 buat entry ni
    "KOTA BHARU - Jabatan Imigresen Malaysia, Bahagian Penguatkuasa Kelantan menahan 55 pendatang asing tanpa izin (Pati) termasuk empat pegawai perhubungan pelanggan (GR0) dalam sembilan serbuan di sekitar Kota Bharu, pagi semalam.

    GRO di Kota Bharu, di mana?"


    Tak sabar nak baca..tp sy dapat agak kat mana .....

    BalasPadam
  18. Maaf..

    saya pernah pergi kat sebuah Pusat Serenti dan makan bersama-sama dengan warga tahanan sana. Ada sekali tu sempat berbual ngan Pembantu Perubatan yang kebetulan ada kat sana.

    Dalam bual-bual tu adalah sentuh hal kemalangan jalan raya. Dia ada pesan, sekarang ni kena berhati-hati. Jangan mudah berikan pertolongan. Maksudnya kita jangan mudah sentuh.. angkat mangsa yang berdarah ke apa ke kerana dibimbangi mangsa kemalangan tu adalah mat rempit ke.. atau mat gian ke.. dikhuati darah mangsa ada HIV dan macam-macam penyakit lain. Jika tangan kita ada luka, gurisan kecilpun jika terkena darah mangsa dikhuatiri boleh berjangkit.. so, lebih baik panggil pihak berkuasa saja.

    Sebenarnya ada timbul sedikit serba salah.. kecuali orang itu kita kenal ke atau kita yakin ia okey..

    Memang tolong menolong itu satu kewajiban tapi kena ada kewaspadaan..

    BalasPadam
  19. Kalau anggota polis yang bertugas memberi arahan berhenti untuk pemeriksaan.. berhentilah kenderaan. Kalau cubaan lari memanglah berlaku macam2.

    Kat Malaysia ni memang banyak PEMERHATI yang ingin melihat kejadian secara LIVE.. tapi lagi banyak yang hanya menyibuk tanpa memikirkan situasi untuk menyibuk.

    BalasPadam
  20. hee ye la kekadang pak sibuk ni yang buat kita sakit mata.. pastu yang siap bg komen sapa salah..padahal dia bukannya buat apa.. dulu masa sya eksiden kat kedah.. ramainye pak sibuk.... yang nolong adalah 2 3 org..yang tolong tgk, amik no agaknye kot, jadi juri adalam dlm 30 org...

    tension aja..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.