Ahad, Mei 09, 2010

Under Fire Bang! Bang!

Belumpun selesai siasatan kes Amirulrasyid Amzah, 15 tahun, mati ditembak polis peronda di Shah Alam, Selangor pada 26 April lalu, Mohd Azizi Aziz, 17 tahun pula ditembak anggota pasukan sama di Tampin, Negeri Sembilan kerana didakwa enggan memberhentikan motosikal ditunggangnya setelah diarahkan peronda polis.

Tidak disangkal, kejadian terbabit akan menjadi 'case of interest', kes menarik perhatian segenap lapisan rakyat negara ini sekaligus meletakkan Pasukan Polis Diraja Malaysia, 'under fire'.

Harapan saya, usah kerana 'nyamuk' seekor, kelambu dibakar. Bimbang tanpa kelambu, spesis nyamuk lebih berbisa bakal menggigit dan mengorbankan nyawa kita semua.
 

15 ulasan:

  1. Salam bro,

    ini satu yang saya pelik di Malaysia. Tiap kali satu perkara berlaku pasti berulang untuk satu tempoh masa. Macam trend pula.

    lately semua nak cerita tentang polis tembak..sampaikan kes yang sudah bertahun pun nak diungkit seolah-olah hendak ambil peluang. Nak saman berjuta-juta pula.

    tapi semuanya lupa, apa root cause yang menyebabkan semua ini. Tambahan lagi, bila politik sudah masuk campur, habislah semua kebenaran.

    BalasPadam
  2. detik ketika dalam kerja satu kes.

    peristiwa selepas kes adalah penting mencari penasihat, anggapp sesuatu yang dah tersilap. Kembali kepada penasihat Islamik. Bila buat silap ngaku.Kerja kerja juga Profesional pro juga. Beragama Islam agama juga.Berfikir selepas emosi sejuk.Sidang akhbar selepas sejuk. Jika menipu lambat laun orang awam akan tau juga.Jadi moralnya elok jangan menipu. Orang awam menipu sebab mereka tak tertakluk integriti akautabiliti, nak menipu elok jadi orang awam.

    Jika berjumpa penasihat yang asyik membenarkan kemenangan tak mahu kalah, akan timbul unit "pembela diri/pasukan' yang serong ke arah PENIPUAN.

    "dengan ini saya buat salah dan silap' hukumlah saya, bagi wang ehsan dan lain-lain. jika beri wang royalti nampak sangat tak bersalah.

    BalasPadam
  3. Tiba waktunya, kelambu juga perlu diubahsuai, dibuang, ditampal, DITUKAR atau dibakar sahaja apabila ternyata kepungannya tidak lagi boleh menghalang nyamuk dari menggigit seluruh tubuh!

    BalasPadam
  4. malaysia skrg dah jadi tempat jenayah pendatang haram....kalau polis tak jalankan kerja...ramai rakyat malaysia akan mati bkn kerana polis...penduduk malaysia mesti faham cuma penjenayah sahaja yang lari dari polis...ikut lah undang2

    BalasPadam
  5. Kalau kelambu dah buruk, tukar je dengan kelambu baru...
    Hehehe..

    BalasPadam
  6. kalau polis mogok sapa nak jaga keamanan.


    *Perkasa ada cerita ker..China mogok gula tada..baru tau..

    BalasPadam
  7. Aku menyokong penuh polis!!Jika seseorang itu ditembak disebabkan percubaan melarikan diri,tidak mengendahkan arahan supaya berhentikan kenderaan walau sudah berkali-kali diberi arahan. Perlu diingatkan kenderaan yang digunakan ketika melarikan diri adalah senjata yang mampu membunuh di jalan raya atau kawasan berlaku kejar mengejar.

    jika tidak melakukan kesalahan buat apa nak takut. Berdua-duan di dalam kereta untuk berbincang hal perkahwinan dalam masa tempoh bertunang lepas tuh melarikan diri pula. Polis pun tak tahu mereka buat salah apa.Melainkan ditahan dan disoal siasat.

    Tetapi yang penting semasa itu yang perlu dilihat adalah kenderaan yang dipandu semasa melarikan diri adalah senjata yang mampu mencederakan dan membunuh orang awam yang lain.

    Lagi pun kes jenayah sekarang banyak. Aku tak salahkan polis.Tapi persoalanya sekarang mampukah orang awam membuka mata dan mudah-mudahan isu ini tak dipolitikan.

    Pesanan aku pada rakan-rakan sekalian jika polis mengarahkan anda berhenti jangan cuba melarikan diri. Jangan kerana kesalahan yang cuma perlu bayar saman anda perlu bayar dengan nyawa.

    BalasPadam
  8. Kak cik,

    Kelambu Mak saya masih berlubang, satu lubang jer, belum berganti.

    bukan mahal sangat pun tak sampai RM30.00 , tapi dek penyakit MALAS..

    selamat hari ibu..

    BalasPadam
  9. Kalu saya kata saya semakin benci Polis, ada yang marah dgn saya? Marah tak?

    BalasPadam
  10. Bro

    Kadang kadang 'kelambu' harus di tukar, bukan sebab berlubang atau banyak lubang, tapi mungkin sebab dah terlalu buruk, bau masam dan busuk dan sebagainya.

    Ha ha ha

    P/S Kelambu pesen baru sekarang, tali ditengah satu je, tali kat bucu tu market kurang sebab banyak nak kena paku diding.

    BalasPadam
  11. aku da ckp skg bkn zaman bkelambu...bakar je kelambu sume...buat kusut je...

    BalasPadam
  12. kalau berenti selamat juga ke? kalau ikut berita di malaymail aritu (MALAY MAIL pada hari Rabu bertarikh 5hb May 2010, muka surat 5, top right Hand corner. ), dua orang amoi berenti setelah di tahan polis, di paksa untuk membuka pakaian (cari senjata atau bom yg tersimpan agaknya),dan sorang lagi dipaksa menunjukkan 'kakinya yg cantik'. Di pendek kan cerita, dua amoi tu di pow lagi RM20 sebelum di lepaskan..

    ni Malaymail yg report ye,bukan saya yg report.

    Serba salah jugak ni, kalau tak berenti di tembak,kalau berenti kang kena buat mcm ni pulak..

    Polis Raja Di Malysia

    BalasPadam
  13. Polis dah jadik Trigger-happy.
    sebelum jadik polis, patut ada ujian mental bakal2 polis ni... certain org akan rasa 'powerful' klu smpan pistol. tggu peluang je tmbak org...
    ada sorang pakcik sy menyimpan senapang patah dan pistol, ada permit perlindungan dr binatang buas sbb dia peneroka. klu ada perbalahan, dia ada kebiasaan cekak pinggang smbil selak bajunya agar org nmpak pistol kt tali pinggang..nak tunggu masa yg sesuai je tmbak org.smua org gerun kt dia ni.

    BalasPadam
  14. berita akan datang... jenayah mat rempit berleluasa... jenayah samun rompak berleluasa.. jenayah rogol berleluasa..;.

    sebabnyaaaaa

    polis dh takut nak jalankan tugas... nak tembak kang kna hadap mahkamah kalau salah tembak...

    cuba kaji balik berita2 yang lepas.. polis dirempuh mat rempit.. polis di tembak penjenayah.... nak wat cmner nasib polis kan... takde pun orang nak tuntut keadilan.....

    p/s: saya anti MAT REMPIT... benciiiiiiiiiii

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.