Jumaat, Mei 14, 2010

Menceroboh Atau Negeri Diceroboh Penyeludup?

Ramai orang melanggar peraturan dan undang-undang samada remaja, dewasa ataupun tua.

Di tandas sekolah sebilangan remaja menghisap rokok, di jalan raya, pemandu dewasa melanggar lampu isyarat merah, di premis menawarkan perjudian internet online, golongan tua mempertaruhkan wang pencen mereka.

Hakikatnya, selagi tidak diberkas pihak berkuasa dan disabitkan kesalahan, mereka tidak bersalah. Perokok remaja tidak dirotan di khalayak, pemandu tidak perlu membayar saman polis trafik dan pemain judi tua tidak diheret ke balai polis untuk dirakam kenyataan.

Bezanya, sebilangan melakukan kesalahan secara tertutup, sebahagian lagi gah melakukannya secara terbuka dan jelas disaksikan setiap mereka bermata termasuk penguatkuasa undang-undang. Sikap dianggap kurang ajar, memandang remah penguatkuasa sekaligus menghina perundangan negara.

Malam tadi 999 menyiarkan paparan berhubung penjualan rokok tanpa dibayar cukai dan tiruan di Kota Kinabalu dan Tawau, Sabah secara berleluasa dan terbuka. Rokok diseludup dari Indonesia dan Filipina. Awal tengahari tadi saya difahamkan kenalan di Kota Kinabalu, semua penjual rokok berketurunan FIlipina terbabit tidak lagi kelihatan mundar-mandir di lokasi sebelumnya. Manakala kenderaan penguatkuasa Majlis Bandaraya Kota Kinabalu dilaporkan mengawasi 'kawasan panas' penjualan rokok hari ini.

Namun sumber di Tawau mengatakan, kegiatan menjual rokok seludup dan tiruan masih berterusan.

Sebagai pengamal media, kami telah menjalankan tanggungjawab dipikul biarpun kekadang mampu mengancam keselamatan diri. Kepada masyarakat khususnya di Kota Kinabalu dan Tawau masih tidak berpuas hati dengan kehadiran penjual rokok terbabit tanpa status kewarganegaraan jelas, bersama kita lihat tindakan pihak Kastam Diraja Malaysia dan pihak berkuasa tempatan dalam menangani masalah sama.

Berita terbaharu saya terima, ada pihak berkuasa dikatakan membuat laporan polis kononnya krew 999 menceroboh pejabat mereka di Kota Kinabalu. Walhal semasa berkunjung ke pejabat terbabit, saya sendiri ke kaunter dan disambut mesra kakitangan pejabat. Setelah menyatakan hasrat kunjungan kami, wartawan dan jurukamera bertugas dibawa menemui antara 'bos' mereka. Saya menunggu di luar sebelum dimaklumkan 'bos nombor satu', tiada di pejabat.

Adakah hanya kerana krew saya membawa kamera ke bilik 'bos' terbabit dan cuba mendapatkan penjelasan, mereka didakwa menceroboh?

Jika laporan polis benar dibuat, adakah perlu kami berkecil hati?

Tidak sama sekali. Kami tetap mengamalkan sikap berani kerana benar, InsyaAllah dan terus melaksanakan tugasan secara telus. Cuma kekadang dalam membuat liputan, cubit paha kiri, paha kanan pula terasa sakitnya?

6 ulasan:

  1. Berhadapan tidak sanggup berterus terang, mengapa bila berpaling lain cerita?? Itulah manusia. Teruskan bersabar Sdr. :)

    BalasPadam
  2. Sebelum tuduhan dibuat, wajar faham dulu apa tuduhan itu.

    Penceroboh itu apa maknanya sebelum nak tuduh gitu? Ada kekasaran? Ada pecah bengkak bengkil?

    sabar je lah...

    BalasPadam
  3. Wahh..nampak sangat diorang ni jenis bodoh sombong..nak tegur pun tak boleh.Dalam ramai-ramai pendatang tanpa izin yang sah-sah menceroboh, bro jugak yang kena..
    Takpe..pekung diorang dah terbuka.amanah bro pun dah terlaksana.

    BalasPadam
  4. salam perkenalan dan salam ziarah...

    Sabarlah dlam perjuangan, ini semua cabaran. Dan menjadi satu latihan untuk memantapkan lagi kekuatan rohani dan jasmani kita.

    Selamat berjuang! :)

    BalasPadam
  5. Setiap usaha murni bro MAZ akan dinilai untuk saham akhirat...insyallah

    BalasPadam
  6. Ada ketika sesuatu organisasi itu terpaksa menuding ke pihak lain bilamana ada pihak yang pertikaikan tindakan mereka...

    Biarlah mereka bermain wayang; bangsawan dirancang sering tersasar dari skripnya!

    Yang penting kita plot yang benar!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.