Ahad, Mei 30, 2010

Streamyx, Please Don't Waste My Time

Saya menggunakan khidmat jalur lebar Celcom untuk 'mobility'. Maklumlah lokasi kerja saya tidak menentu. Kekadang di rumah, di utara, selatan, timur dan barat. Biarpun servis Celcom sebelum ini kurang memuaskan, pelbagai usaha dilakukan kakitangan syarikat terbabit bertujuan memastikan, I am always connected, so do million of their customers through out the nation.

Terima kasih.

Manakala sewaktu di rumah, saya melanggan servis Streamyx TM Net.

Rabu lalu, saya menerima panggilan daripada kakitangan syarikat terbabit. 

"Bil encik RM180," ujar kakitangan wanita menghubungi saya.

"Saya akan bayar esok, " balas saya.

Ya, bayaran telah dijelaskan, Khamis lalu, 27 Mei 2010, RM180.25.

Malangnya, sejak awal pagi Jumaat lalu, gangguan talian mula berlaku. Servis Streamyx tidak boleh digunakan, no connection. Namun saya pasti, perkhidmatan tidak diputuskan.

Bermula jam 11 pagi tadi, saya mula menghubungi '100', nombor keramat Streamyx, cuba menyelesaikan masalah timbul. Dalam tempoh 90 minit saya dan keluarga berhubung dengan 3 pegawai khidmat pelanggan Streamyx, 2 perempuan dan 1 lelaki. Mereka memberikan 'tutorial' jarak jauh, pelbagai arahan diterima dan dilaksanakan dalam tempoh purata 30 minit setiap satu panggilan.

Namun usaha terbabit ternyata gagal, panggilan pertama terputus di tengah jalan. Sebagai 'penyelesaian' terakhir, pegawai ketiga, mendakwa bernama 'Hanif' bertanya ...

"Bila encik ada di rumah?"

"Saya tak ada sepanjang weekdays, hanya Sabtu dan Ahad," balas saya.

"So, saya buat laporan dan akan hantar technician Sabtu atau Ahad"

"Hari ini (ahad)?," soal saya.

"Hari ini tak boleh, saya put up a report within 24 hours," katanya.

"Maksudnya, servis Streamyx tidak akan available dalam masa 7 hari, sampai Sabtu depan?," tanya saya.

"Encik jangan marah, saya tak kata begitu. Since encik tak ada di rumah dari Isnin sampai Jumaat, saya akan hantar technician Sabtu depan lah," katanya.

Talian kemudian 'terputus'. 

Entahlah, siapa marah, Hanif atau saya? Tetapi pastinya saya tidak meletakkan gagang telefon, kesimpulannya samada diputuskan atau kerana talian tetap Telekom tidak berkualiti.

Jika Streamyx mampu menghubungi saya, berhubung kes bil tertunggak, masakan panggilan di talian TETAP boleh terputus secara berulang sekaligus pelanggan dibiarkan tanpa dihubungi kembali?

Ya, saya boleh menelefon mereka sekali lagi. Jika sebelum ini saya bercakap dengan Limah, Bibah dan Hanif, kali ini mungkin Leha, Bedah atau Senah akan mengangkat panggilan dan sekaligus saya terpaksa menjelaskan semula perincian masalah dihadapi satu persatu dalam tempoh 30 minit lagi.

Streamyx, don't waste my time and money!

47 ulasan:

  1. hahahah and our Najib just received an award. Read below:

    http://www.mmail.com.my/content/36889-najib-deserves-itu-award

    Now, adakah ia baik untuk Malaysia? Ya, sebab memanglah Malaysia akan terima selagi fixed line dimonopoli sebuah syarikat yang kerjanya lebih baik sikit jek dari pembantu rumah Indonesia.

    And seriously, their service sucks big time. Wait until I tell you about how Celcom barred my line disebabkan - they lost my document !!! hahahaha..

    GLC memang tak pernah berkualiti kecuali tau macam mana nak cekik duit kita. Itulah hakikatnya. Lets vote for opposition on 2012 shall we so that we can remove all the GLC CEOs for good and the staff as well.

    BalasPadam
  2. Dear Hazrey, you have been complaining about Celcom. I did too. Now, Streamyx. Let's see, ada tidak orang lain lagi berhadapan masalah sama.

    Kalau ramai, apa kata kita tubuhkan 'I hate xxxxxxx' thing?

    Then baharulah CEO GLC faham berapa ramai pengguna teraniaya.

    BalasPadam
  3. Good idea bro. Grup Celcom Sucks. Hows that? I will be the admin.

    BalasPadam
  4. That sounds good, I believe, there would be million of followers.

    Then create another one 'Streamyx sucks'

    BalasPadam
  5. Haaa... Abg Mazidul pun mcm ni ke?Ingatkan kami sahaja yang kena.

    Btw, guna broadband,P1 Wimax, Streamyx, semuanya hampa.Mengapa line internet kita semuanya lambat?

    Potong sana potong sini.Sekadar iklan sahaja.Tapi mana kata-kata mereka.

    Oleh itu, apa kata Abg Mazidul download dan dengarkanlah rakaman antara pengguna streamyx dan kakitangan streamyx ini

    http://www.multiupload.com/KUZD6IP4MJ

    BalasPadam
  6. lolsss bro, dah ada dah group streamyx sucks.. hahahaha..

    http://www.facebook.com/pages/Streamyx-Sucks/190526607564?ref=search&sid=kkQvjsomwktLPTKaQw8moA.3408980228..1

    BalasPadam
  7. bg aku la samada streamyx ke...celcom ke..maxxis ke....digi ke....p1 wimax ke.....smua nya sama...servis x bagus....korang complain tentang celcom....aku lak nak complaint tntang p1 wimax....punya la payah nak berurusan ngan customer services diaorang..karim sambung kan ke lijah....lijah sambungkan pulak kat leman...last2 kt aku gak abis...problem x settle...aku rasa la keupayaan internet kat negara kita ni memang slow...so gvmernt kena la wat sesuatu

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah..saya baru terfikir nak mengadu kat abg mazidul pasal hal ni..sbb saya antara org yg selalu teraniaya dgn perkhidmatan diorang ni..rupanya abg mazidul pon mengalaminya juga..lol

    Perkhidmatan telefonis diorang sgt2 mengecewakan..selalu letak telefon kalau rasa tak dpt selesai masalah..lepas tu kalau kita call balik org lain pulak yg bercakap..kalau pon kita ambik nama dia..kat mana kita nak mengadu? kalau kita call pon dah tentu2 dpt kat diorang ni jugak

    Ada tak sesiapa yg tahu kat mana kita nak mengadu kalau ada masalah camni?terima kasih la sgt2

    Lagi satu kalau nak mengadu pasal pemandu kereta yg kurang ajar nak langgar org lepas tu terus pecut macam tu je..kat mana kita nak ngadu?no plat kereta dapat..tapi tak tau nak ngadu kat mana..polis boleh ke?

    BalasPadam
  9. hahahaaaa hazrey buat je group kat fb, kompom aku join..!!

    BalasPadam
  10. yaaa agree with bro mazidul.time bil tertunggak tak sempat apo2 lagi dah kol,time servis stucks hampessss...

    BalasPadam
  11. 'Streamyx sucks..;

    Celcom bab potong line no satu, bab duit kita terlebih bayar setahun belum slesai lagi...

    BalasPadam
  12. Aha, Bro Mazidul dah kena...

    Saya dan isteri, purata kami telefon talian 100 dan bertengkar dengan operator nya ialah 4 kali seminggu...tak percaya?Believe it...

    Technician yang akan baiki berdasarkan report ialah swasta...di kertas job sheet mereka tertulis waktu berurusan Isnin hingga Jumaat, 8 pagi hingga 5 petang. Saya selalu hadapi gangguan Streamyx waktu malam, so operator akan kata esok saya hantar technician. Bila saya tanya kenapa tidak malam ni, dia kata tak boleh, diorang tak kerja.

    Saya pernah suarakan dengan keras dekat operator tu yang saya akan buat laporan Polis sebab kita bayar perkhidmatan Streamyx 24jam 7 hari seminggu, manakala kalau kerosakan hanya akan dibaik pulih waktu bekerja. Seandainya talian internet saya tak pulih menjelang jam 12 tengah malam, esok pagi saya akan ke Balai Polis....tak tau apa yang budak tu buat, dalam sepuluh minit talian internet kembali seperti biasa...

    Apa yang mereka tahu hanya baca skrip...encik cuba jangan pakai router, guna direct connection...saya kata saya pakai wireless sebab ada dua laptop dirumah ni...kalau saya nak pakai direct connection siapa nak tanggung kerugian saya..??Dia diam...

    Pernah sekali yang mengajar tutorial jarak jauh tu tak tahu pun ilmu pasal internet ni...dia tersilap langkah dalam mengajar saya ping session...saya tegur dan dia kata saya ikut dalam manual je encik...dia tanya encik pakai windows xp atau vista..?saya kata windows 7...dia terdiam, katanya saya belum belajar pasal windows 7...and so on...

    Kini saya serius dalam membuat laporan Polis terhadap Streamyx seandainya saya hadapi masalah serius lagi...sebab saya rasa selama ni Streamyx ingat pelanggan mereka jenis tak kisah...terima saja nasib apa pun, so let's teach them some lesson...

    BalasPadam
  13. PLEASE, COUNT ME IN..!!

    Saya taknak cakap banyak2 sebab nanti depa kenal, suara saya selalu dah kena rakam oleh Customer Service!

    BalasPadam
  14. Streamyx mmg gitu....my case plak lastly diorg tukar modem. Amik masa 3-4 hari baru boleh decide tu pun lps bapak saya mengamuk. Hahahah..

    Yg kelakarnya, technician yg dtg tu, dari Pejabat TM yg tak sampai 10 minit dari rumah.

    Bila dh pasang, ditanya "so line dah ok lah ni?"..dia jawab..."Nth lah..saya ni dtg pasang modem jer.."

    Huhuhuhu

    BalasPadam
  15. Betullah sungguh teruk perkhidmatan internet kat Malaysia ni, saya dah pakai berukband lebih kurang 3 tahun, setiap kali line problem, telefon pusat khidmat pelanggan, macam2 dia tanya, lepas tu suruh buat itu buat ini, dapatlah line bagus sikit dlm 2 3 hari je, lepas tu meragam balik, tak tau nak buat apa lagi.

    BalasPadam
  16. samalah kita bang,sy sampai langgan 2 line ,streamyx dan p1,tapi 2-2 tak leh pakai...........

    BalasPadam
  17. salam en mazidul,

    psl streamyx ni mmg saya pun pernah mengalaminya bukan sekali atau dua tapi 3kali.

    masuk kali ketiga betul2 saya angin satu badan.

    saya hantar emel komplen pd customr service and minta bil dikurangkan sbb tak buleh nak access.

    2kali saya dapat pengurangan bil sbb mslh tu bukan dtg dari saya tapi perkhidmatan mereka.

    kalau ade option lain dah lama saya beralih tapi wimax pn tak brp nk best.

    BalasPadam
  18. hahaha.. salah tajok nie.. bkn streamyx, tapi screamyx.. huhu

    kwn pnah call 100 nie dlu psal nk tnye psal setup. dia soh kwn bkak command prompt. bila dia tau kwn pkai win7, dia plak tnye balik kat kwn cmne nk bkak command prompt kat win7..huhuhu..

    and problem mlm tu xsetel pn.dia put on report. tp magik, 10 minit lpastu terus ok plak tenet.. ceh..

    BalasPadam
  19. bro,streamyx dh OK..?
    boleh saya tlg..?sy ada kenal 'org dlm'.maybe I try to bring up ur problem to them...just reply ur streamyx account number via comment to my blog.
    ni ikhlas nak tlg...

    BalasPadam
  20. Perkhidmatan Stremyks teruk..!!
    It did waste certain people's time and money..

    Gelagat Artis Melayu Islam

    BalasPadam
  21. i'm sorry badakbiru..
    cuma nak tanye..

    apekate instead of problem abg mazidul nie jek, why not just highlight to him the main problem..

    rasenye dah sampai masa utk revise balik kandungan dlm manual troubleshooting tue..

    bg pengguna yg tau, mungkin dia ade idea nak buat apa yg operator bgtau. tp klau operator pn cakap bende yg dia tak tau, kene plak dgn user yg buta komp, tau bukak IE mesti dah ade internet, mcmne?

    just my 2cent..

    BalasPadam
  22. oleh itu mari guna prpeaid broadband cam saya,bawak ke mana2 tnpa perlu sign kontrak or komitmen byr bil!
    semoga suara anda di dengar gergasi2 lapar tu,haih.bersatu teguh!

    BalasPadam
  23. hahahaaa melor & broadband orang kuningnya yang sememangnya kurang masalah..!!!!

    BalasPadam
  24. Bro

    Contoh paling senang ialah saya sendiri.

    Report: Bandwidth Line Intermittence

    Location: Level 18, Menara TM

    Logged: May 20th, 2010, via 100

    Technician datang: May 26th, 2010

    "Kenapa lambat sangat dia orang setkan appointment?"

    "Kita kena layan customer dulu Encik Jurutera..."

    Best kan, kalau di HQ pun begini, kalau di luar sana....tak terkata

    BalasPadam
  25. Bro Mazidul...sy pun dah naik tension dgn Streamyx..Mentang2 TM antara yang menguasai pasaran sbg major Internet Service Provider (ISP), mereka layan customer mcm ni. Alagkan internet di rumah saya pun asyik mengalami mslh. Dan LEBIH BURUK, MANTAN PERDANA MENTERI, TUN MAHATHIR sendiri pernah mengadu masalah ini di blog beliau pada suatu ketika masa yang lalu...
    WHAT HAPPEN TO TM HA???!

    BalasPadam
  26. Saya juga nak sokong pendapat (2cent katanya) UDEAN kepada BADAKBIRU..

    cemana ler macam setengah2 user yang tahu on PC mau internet ada jer? Bila call, soalan pun nak internet sambung, bab lain tak reti nak sembang.

    so kalu operator soh buat tu buat ni, camana? (merujuk diri saya)

    Tiada yang betul2 hebat, tapi depa kena usaha perbaiki berdasarkan banyak komplen saban masa.

    Kalu perlu, report polis, memang saya pun nak buat jugak!

    BalasPadam
  27. Alid, satu hari nanti please take over TM :) Senang semua kawan.

    Azie, bayangkan 3 pegawai perkhidmatan pelanggan, membaca manual sama, bercakap berhubung perkara sama dan kemudian at the end of the day, masalah tidak selesai. Amazing but true!

    Akhyar, terbaharu, ribuan komputer diberikan kepada rakyat, khabarnya. Namun, jika perkhidmatan disediakan ISP tidak efisyen, payah juga.

    Udean, mungkin sudah tidak mampu untuk di highlight. Aduan tepu.

    Saya pasti telinga majoriti pegawai perkhidmatan pelanggan sudah bingit 'diserang' pelanggan.

    Namun, malangnya mereka BUKAN decision makers. Pihak pengurusan TM harus memperbetulkan keadaan. Menurut Hazrey, sudah wujud beberapa kumpulan Facebook 'Streamyx Sucks', masakan mereka tidak sedar lagi masalah didepani pengguna?

    Badakbiru, apa pun, terima kasih kerana berniat sudi membantu.

    BalasPadam
  28. promosi berukband niii dah melampau-lampau, bole dapat free lagi.. tp service tahap hampeh! kalau nak surf internet dari petang ke awal malam mmg memanjang jer "no Network"... sungguh ku keciwa ngan Celcom. Kalau cakap dengan customer service pon diorg just cakap, biaser ler tuh dik, time macamni peak period.. try tgh malam skit yerr... perlukah aku bersengkang mata.. menciii

    BalasPadam
  29. hishh sama la masalah p1 ni... deme ni betul2 tak tau masalah customer agaknya kot... kekadang line ok kekadang line sengal...

    lagi satu astro..sakitnye hati kalau nak call customer services dia..dh la kna bayar pastu transfer sana transfer sini nk call nk dptkan operator punyala lama..bil jalan.......hishhhhh hidup ni kalau tak kna duit tak sah..duk dlm gua aja la..

    BalasPadam
  30. Nilah masalahnya internet rumah dimonopoli.

    Mintak la kompeni engkau war2kan masalah ni. Buatlah surver dalam berita ka.

    Tanyalah pelanggan Streamyx. 99.9% x puas hati

    BalasPadam
  31. setuju dengan en. mazidul..
    saya pernah menghadapi masalah yang sama semasa sesi tutorial, ayat yg saya rasa tak sesuai diucapkan oleh customer service ialah: cik paham tak apa yang saya cakap?" sebagai customer service yang berhemah, sepatutnya dia kena cakap, " Cik jelas dengan penerangan saya?".. bukan semua yang telefon faham istilah2 IT yang digunakan semasa tutorial. Setelah beberapa kali panggilan terputus, seperti yang en. mazidul alami, barulah mereka hantar technician untuk baiki kabel mereka di kawasan rumah saya. makluman " panggilan ini akan dirakam untuk tujuan penilaian pegawai kami" seolah-olah tiada maknanya.. pihak TM sepatutnya memantau lebih dalam hal ini.. bayar mahal2 tapi service macam hampeh.

    BalasPadam
  32. Salam,
    Sama ada guna broadband ataupun talian telefon, bahagian aduan pelanggan mereka sangat tidak efisen. saya pernah kata "kat mana pencawang terdekat dengan bangi?", si merdu bersuara manja bahagian khidmat pelanggan tu tanya semula "kenapa?". Saya jawab balik "Kalau petang nanti line telefon saya belum juga ok, pencawang tu akan saya tumbangkan". setengah jam kemudian line telefon saya dah ok. Secara logik, memanglah saya tak akan mampu pergi gergaji atau robohkan pencawang tu, tetapi kalau masalah mudah sahaja tak boleh atasi dan ambil masa berminggu dengan dalih sana sini, apa guna kita masih gunakan perkhidmatan mereka.

    Saya tak ada broadband sebab rakan2 bermasalah dengan brand yang mereka ambil. Untungnya, saya boleh online "menumpang" line secret recipe kalau benar2 terdesak. selebihnya saya gunakan di pejabat yang mempunyai kelajuan LAN yang tinggi.

    BalasPadam
  33. TM - Tunggu Mati...
    saya baru langgan pakej 4MB.. lbih kurang rm380 sebulan.. bila buat sppedtest, tak pernahnya dapat 2MB download.. paling kuat 1.7MB...
    TM TM TM .. Tunggu Mampus !

    BalasPadam
  34. biasa la bro...mana ada dalam dunia yg sempurna..

    BalasPadam
  35. Pendek kata benda yg digunakan ramai orang dan related dengan customer service kebiasaannya memang mengecewakan.

    Saya pernah call streamyx sebanyak 28 kali namun tak berangkat, rupanya sengaja tak diangkat yg akhirnya saya dapat tahu satu malaysia takde line streamyx. At least gunalah perkihidmatan suara komputer maklumkan hal ni kepada org awam. Teruk betul.

    ASTRO... lagi menyakitkan hati. Vic pernah menjerit sekuat2 hati kat pegawai khidmat pelanggan dia yg tak paham bahasa. Tak berbaloi gak kerana jeritan yang menggegarkan dinding rumah tu dapat juga menonton FIFA tahun lepas. Ada ke patut potong astro masa tengah siaran bola piala dunia - atas alasan... lum bayar bil padahal dah dibayar kat pejabat pos. Sakit tul hati. Semenjak tu tak pernah bayar astro melalui pejabat pos.

    BalasPadam
  36. aku pakai broadband ajer..so far, mmg mengecewakan..bayar utk pakej 3g tp line mcm dialup 1515 dolu-dolu..dlm sebulan ada la 3-4 kali je yg best dan laju..hari-hari lain mmg beruk punya band..

    BalasPadam
  37. pakai jer broband,...nak..cucok..tak nak ..bukak...kualiti TMnet diragui...dan ternyata benar..bila kita melanggan...INDAH KHABAR DARI RUPA>>>!!!

    BalasPadam
  38. Dato Sri Utama Dr Rais Yatim Perlu buat sesuatu.Semua perkhidmatan jalur lebar sama saja samaada perkhidmatan ataupun layanan pelanggan hampeh....

    BalasPadam
  39. Saya juga pernah melaui pengalaman yg sama. Keputusannya, jadi pengguna yg bijak. Stop the service & gunakan perkhidmatan telco yg lain.

    BalasPadam
  40. Bro..

    saya pon ada juga kena mcm ni...
    bukan stakat internet jer.. malah astro...

    saya ingat lagi tahun lepas, astro call saya yang isu bil tertunggak..
    [walaupun tarikh akhir belum sampai lagi. saya ckp laa y saya akan bayar kemudian dan bagi sedikit tempoh.

    dia pulak sebok nk cerita pasal details mcm last payment amount bla2 y sudah lapuk dan dah dibayar... macam serabut jer, dah laa masa tuu kita sibuk dgn tugasan kerja..

    bro nak tahu, dia gesa saya pergi bayar bil tersebut sambil cadangkan bayar di CDM public bank o stesen minyak petronas... pada hari yang sama sebelum jam 5 ptg. terdesak sangatkah kalau nak elakkan dikenakan caj "reconnection" RM20.. panas saya dibuatnya.. sungguh serabut perut dan kepala.

    saya berkata kenapa bergitu teruk perkhidmatan kamu sehinggakan mengugut saya? dia pun meninggikan suara sambil mengulang amaran tentang reconnetion fee tuuu.. selamba saya cakap, dah kalau nak potong, potong je laa.. apa nak buat.. saya tak de masa nk pegi bayar skg..

    huhu.. saya rasa dia geram.
    seronok juga bergaduh lepas geram dengan diorg.. 3 hari selepas tarikh akhir itu siaran astro masih diterima.. dan saya pun buat bayaran guna online banking...

    apa yang saya boleh katakan, perkhidmatan benda2 mcm ni diorg mmg suka buang masa kita nk melayan kerenah mereka, bukannya sebaliknya.

    BUANG MASA ADALAH NILAI TAMBAH BAGI MEREKA...

    bro saya suka media tempatan yang menyediakan rancangan seperti 999, 360 dan aduan rakyat y menyelongkar
    segala kaitan antara org awam dengan pihak2 tertentu.. barulah mereka sedar realitinya rakyat dan pelanggan mereka sedang menilai dan perhatikan mereka.. bukannya kami xde pilihan, cuma keberkesanan tuu lebih baik.. harapkan customer feedback pun mcm xder gunanya..
    itupun buang masa dan saya takkan guna sesuatu benda mahupun perhidmatan baru tanpa ada jaminan kukuh.. mcm astro byond...


    nota kaki: maaf terpesong topik

    BalasPadam
  41. Baca blog Hazrey, dia mengamuk dengan Celcom.

    Bro, bomoh orang asli ada.

    BalasPadam
  42. Dulu saya pakai Maxis.. bengang sbb dia bg esage 3 gb je sebulan.. baru 10 hari dah susah nak bukak web sbb usage abis.. skrg pakai w1max.. agak laju jugak puashati sbb usage 20 gb sebulan.. monthly pun murah RM100 je berbanding Maxis RM148 sebulan.. bezanya wimax ni tgk coverage jugak.. kalau area rumah ada coverage ok la.. luar kawasan mmg hampeh.. tapi kadang2 tu ada gak gangguan.. biasa la tu bro.. sabo je laa..

    BalasPadam
  43. streamyx?? hahha.. pernah sekali ada masalah dgn sambungan di opis saya... saya call... cakap kat dia semua yg dia suruh buat saya dah buat..tapi stilll x boleh gak... last sekali dia suruh saya uninstall driver network card... saya ckp kat dia kami kat opis ni ada lebih dr 20 pc... nak kene reinstall balik semua ker??? dia kata YA.... saya terus letak telepon.

    BalasPadam
  44. Bros..

    ok la tu at least ada internet walau slow.. saya punya area dah 3 tahun kabel kena curi..nak pakai mobile broadband...hampehs, no coverage.

    org curi kabel lagi takut kat org kg berbanding polis.. iya la.. kantoi curi kabel..jail sebulan or denda 300, 400.

    BalasPadam
  45. Apo ni jang..sapo-sapo yang tak bersyukur ngan streamyx tu.ekau cubola bukakla syarikat broadband korang sendiri..eden nak tengok macam mano speed korang.. den orhang petamo yang datang daftar kek opis korang..copek jang..copek

    BalasPadam
  46. Caari, den maleh melayan orang mencatatkan komen hampeh macam apo ekau buek yo ...

    Buzz off!

    BalasPadam
  47. to: azran adam

    sy stuju ckp anda... kalau la diberi peluang utk kami ejen frontliners, sudah semestinya kami memilih utk follow-up case sendiri dgn menelefon kembali customer yg bermasalah seperti yg dilakukan oleh Contact Centre Maxis. Malangnya, satu kes setiap kali kol kes akan dirujuk kepada agent2 yg berlainan... ini yg menyebabkan masalah. Kalau TM nak buat rombakan, biarlah hire orang yg betul2 bersungguh dalam kerjanya n frontliners dibenarkan utk buat panggilan kepada pelanggan2 masing2. Pelanggan pun xmarah, hati kami pun senang bila dapat tau sendiri yg masalah customer dah selesai...

    To: Retired Metal Master of Metal Militia

    bagi kebanyakan customer:

    TM = Tunggu Mati
    TM = Tunggu Mampus

    bagi agen 100:

    TM = Tahan Maki
    TM = Tahan Marah

    ~~haha jgn marah yer... kami agen yg baik2 slalu tolong customer pn tertekan jugak...bukannye kami agen ni xda masalah, walaupun kami staff, kami pn hadapi masalah yang sama... ada masalah internet, kami x bley buat report sendiri..kena gak kol 100... really funny isn't it??

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.