Ya Allah ya tuhan ku, ku bermohon kepada mu di subuh ini agar kau lindungilah nyawa kami daripada mereka berniat jahat.
Ya Allah, berikan kami kekuatan mendepani antara cabaran terbesar di dalam kerjaya kami sewaktu melaksanakan tugasan.
Usaha kami lakukan, bukti sahih hak sesaksamaan manusia sejagat wajib terus dipelihara biarpun nyawa menjadi taruhannya.
Perjuangan kami laksanakan kini tidak diketahui sesiapa, sehingga kami mampu menukar 3 titik hitam kepada 3 titik putih.
Kepada pembaca dikasihi, doakan kesejahteraan anak kecil baharu mengenal dunia, hidup terbelenggu dek sikap sebilangan manusia rakus, memperdagangkan manusia demi memburu kemewahan dunia.
Itu cerita kami, berikut cerita orang lain.
Semalam anggota polis trafik, Sarjan Roslan Bachik dilanggar penunggang motosikal memboncengkan anaknya berusia 7 tahun di Lebuhraya Damansara Puchong, Selangor.
Akibatnya, Roslan patah kaki kanan manakala penunggang dan anaknya cedera ringan.
Dilaporkan penunggang itu cuba melarikan diri, membuat pusingan-U kerana TIDAK memiliki lesen memandu.
Ambil lesen sebelum mengendalikan kenderaan bermotor di jalan raya, boleh? Agar tidak berasa bersalah dan kemudian melarikan diri dan tindakan itu hampir mengorbankan nyawa orang lain.
Bagaimana jika 'orang lain' itu, kita?
Salam Sdr MAS..
BalasPadamsemoga kalian tetap dalam lindungan Yang Maha Kuasa selagi kalian memperjuangkan yang hak dan meninggalkan yang batil. Untuk anak kecil itu.. semoga malaikat rahmat melindungimu atas izinNya.. Amin.
Salam BRO MAZ...
BalasPadamAminnnnn.. moga dimakbul segala doa.
Cuma nak tanya, anak kecil mana ni...
cepat cerita lagi.
BalasPadambiar masyarakat tahu apa yang terjadi.
kalian sangat berani.
semoga sentiasa dilindungiNya.
salam bro,
BalasPadamkesian kepada mangsa kemalangan begitu.
haih itulah orang kita..nak bawak motor, tapi tak mahu ambil lesen..
beli motor boleh, ambil lesen tak mahu..
langgar orang boleh, mengaku salah tak mahu..
nak salahkan siapa sekarang?
InsyaAllah... kami selalu mendoakan agar Bro Maz dan krew2 dilindungi demi menegakkan yang batil.
BalasPadamp/s: Ermm... pernah banyak kali tgk motor jalan ke laluan bertentangan di jalan sehala hanya kerana nak lari road block
hukumnya buang daerah ke TAWAU
BalasPadamItulah sebabnya kuarge perlu bertanggungjawab terhadap anak2..
BalasPadamKejadian remaja mati ditembak baru-baru ini, misalnya amat memalukan, malah menyedihkan.
Tetapi lebih malang lagi puncanya apabila anak remaja dibiar lepas bebas berkeliaran waktu malam. Tindakan polis yang bertindak semberono menjejaskan PDRM, dan menyebabkan masyarakat prejudis terhadap anggota keselamatan. Saya percaya majoriti polis masih rasional dan yakin PDRM mampu menjaga keselamatan negara.
Soalnya kini, peristiwa ini semakin dipolitikkan. Akhirnya kebenaran akan dibayangi kepalsuan yang dicipta untuk kepentingan pihak tertentu.
Akhir-akhir ini, sudah jadi kebiasaan ibu bapa menyalahkan guru, dan polis jika anak-anak melakukan kesilapan.. Setuju tak Bro?
Ameen...
BalasPadamDimulakan dgn niat & langkah kaki kanan, InsyaAllah semuanya di dalam keredhaanNya...
Hapuskan si DURJANA itu! SELAMATKAN jiwa2 kecil yg masih hijau & perlukan naungan kasih sayang kita.
En. Mazidul, yg x de lesen tu sila lelong kenderaan mereka & sedekahkan hasilnya ke rmh anak2 yatim/Ibu Tunggal/org2 tua. Perbelanjaan Hospital suruh mereka tanggung sampai sembuh. Kalau org yg teraniaya tu cacat, haaa.. tanggung le seumur hidup dia. Adil tak?
salam
BalasPadambtol2..stuju sgt statement last
nk bw moto @ kete tp xde lesen..ps2 mula gelabah bl nmpak polis
same case arwah adk AminulRasyid..myb bkn slh dia 100% tp hal trsebut leh jd penyumbang.
truskan usaha
tu la pasal..
BalasPadamamik lesen tu bukan susahpun..
daripada risk ur self kat jalan.
Ya, saya sudah lihat fotonya (di wad) di suatu laman web. Tumpang simpati..
BalasPadamCuma yang tak best, ada orang gunakan isu itu, sebagai meraih simpati kpd anggota polis dlm kes remaja tertembak itu.
Pada saya, siapa yang kemalangan, saya simpati. Ini kes lain wpun mungkin ramai melihat tiada beza. Macam nak dijadikan isu balas dendam pula..
Kesian sungguh...
OK bro, let us do Justice For Roslan pulak?
BalasPadamnauzubillah..jauh sumer itu
BalasPadamBro
BalasPadamKesian juga kepada mangsa kemalangan ini, Malang tidak berbau. Yang penting kita mestilah berhati hati, tidak memandu laju dan menyalakan lampu isyarat ketika membelok atau mengubah lane.