Isnin, Mei 24, 2010

Rumah Abad Ke-21?

Di Lahad Datu, Sabah saya terlihat ini ...


Berikut gambar saya rakamkan seterusnya.


Ya, anak kecil ini memberikan saya gaya istimewa.


... biarpun 'rumah' dihuninya tidak memiliki bilik tidur, ruang tamu, dapur, beranda dan tandas. Hanya ruang sekangkang kera di atas sampan kayu dikongsi bersama.


Termasuk mereka bertiga.


... juga gadis manis ini.


Wajarkah mereka tinggal di dalam keadaan begini di abad ke-21?


Komen?

40 ulasan:

  1. 'Segala-galanya' dilakukan di dalam ruang sempit itu.. memungkinkan bertambah parahnya masalah sosial.... :(

    BalasPadam
  2. Adehhh...memang tak wajar lah...apa tindakan selanjutnya...biarkan sahaja?...mengadu kepada pemimpin setempat?...harap mereka dibantu...

    BalasPadam
  3. kesiannya tak de ke sesiapa yng boleh membantu diorg

    BalasPadam
  4. salam...
    mcm tula khidupan sstengah masyarakat d lahad datu.. ada yg tdk mempunyai ic dan hidup dlm keadaan serba xsempurna..
    sepatutnya kerajaan tdk mmndg ringan mslh2 sbgini.. kerajaan perlulah memainkn peranan dlm menangani hal spt ini.

    BalasPadam
  5. kesian mereka ni. pada saya, tak wajarlah mereka tinggal di tempat begini sedangkan tempat mereka yang sepatutnya adalah di tempat yang boleh menjamin masa depan mereka.

    BalasPadam
  6. kesian anak² ini menjadi mangsa kemajuan yang dicanangkan...
    di mana wakil rakyat berkaitan?
    di mana janji² semasa kempen pilihanraya?
    mungkin boleh diwar-warkan agar pihak berwajib menjalankan tanggung jawab dan amanah yang dipikul...

    BalasPadam
  7. Suh Hazrey ambik untuk rancangan BERSAMAMU. Comel anak perempuan dia. Kehidupan yang penuh daif mcm ni takut juga si kecil tu jadi mangsa.

    BalasPadam
  8. dalam kemajuan masih ada yg sebegini...
    buka lah mata dan hati kita...

    BalasPadam
  9. sedihnya....bikin malu sabah lah Oiiii...apa penguatkuasa buat sana??? makan tido jer kah...

    BalasPadam
  10. alahai sedihnye...
    bersyukur di atas kurniaan Allah...

    semoga kehidupan mereka lebih baik pada masa akan datang
    aminn

    BalasPadam
  11. Sesuatu kena dilakukan bagi membantu keluarga ini; harapan saya biarlah perahu ini sekadar kediaman sementara!.

    Jangan biarkan mereka jelaga. Pasti ramai org kaya di Sabah sana yg boleh membantu.

    BalasPadam
  12. Mak aii....insaf melihat keadaan mereka....memang tak wajar la kalau masih ada lagi rumah macam ni kat zaman sekarang..

    Ada pihak tertentu tak yang menghulurkan bantuan kepada mereka?

    BalasPadam
  13. Melihat kepada keadaan,pasti timbul keinsafan,mungkin ada merasakan sudah terasa kesusahan bagi dirinya,tp ada lagi yang mengalami kesusahan yang lebih sebenarnya.bersyukurlah dengan nikmatNya.

    Bg insan ini,bantulah dia agar die dapat merasai hdup seperti insan lain.

    BalasPadam
  14. x wajar sgt.. krjaan negeri dan pihak berkuasa di sana, NGO patut tlg.. ciannyer anak2 tu.. makan apa agknyer mereka..

    BalasPadam
  15. melihat ini,tersa syukur sgt2 atas limpah rahmat yg allah beri..kecik2 rumah kita pun,bukanlah sampan yg dah usang , bukan?

    BalasPadam
  16. tempat tinggal yg tak sempurna, tambah lagi dengan sampah sarap..
    tak wajar untuk kehidupan mereka ni..
    aduii.. kesian sangat tengok nasib dorang..
    pleaselah sesiapa yang berkenaan bantulah mereka...

    BalasPadam
  17. yuhuuu..salam sume
    sedihnya.:(..tgk ni, betapa kita harus bsyukur dgn apa yg ada pd kita n mhargainya...

    BalasPadam
  18. MasyaAllah!
    Betapa daifnya keluarga itu.
    Betapa mewah & teraturnya hidup kita.

    Pihak yg berkaitan di mana anda? Berikan mereka hak2 kemanusiaan yg sewajarnya.

    BalasPadam
  19. Bro ,

    Mereka tu bajau laut , orang bajau laut memang tinggal di perahu sejak dahulu lagi .kemungkinan juga mereka langsung tidak mempunyai kerakyatan.

    BalasPadam
  20. bila masuk bersamamu ..barulah tergedik2 ahli politik nak pergi jenguk..bagi sumbangan..hoho..kalau betul rajin turun padang..mesti diorang boleh tau mana2 rakyat yang daif..

    BalasPadam
  21. adakah kita nak tggu waktu pilahanraya kecil untuk mengubah nasib mereka?

    BalasPadam
  22. Kalau tak salah, mereka ini adalah kaum bajau laut, kumpulan nomad yang terikat dengan kepercayaan mistik bahawa mereka "tidak boleh tinggal didarat". Mereka tidak terikat dengan status kewarganegaraan, persekolahan, keagamaan atau pembangunan modal insan. Hidup yang sentiasa merentasi sempadan 3 negara.
    Apapun, jika mereka sudi menerima, mereka ini wajar dibantu...

    BalasPadam
  23. Salam Mazidul,

    Dari pengalaman saya, mereka ini kemungkinan besar sebahagian adalah warganegara Filipina yang datang berduyun-duyun ke bandar-bandar besar di Sabah. Datang dengan menaiki sampan-sampan kecil sebegini untuk mencari rezeki di bumi malaysia.

    Sebagai manusia, memang pendatang-pendatang ini seharusnya dibantu oleh oleh kerajaan Malaysia, tetapi pertolongan yang mana Mazitul lakukan kepada mangsa-mangsa perdagangan orang, iaitu menghantar mereka semula ke negara asal mereka.

    Untuk menyalahkan kerajaan negeri khasnya dan juga penduduk-penduduk Sabah umumnya, berdasarkan foto-foto ini, rasanya tidak adil. Kita di Semenanjung mungkin merasakan sesuatu yang tidak adil berlaku di sini, tetapi kebanjiran pendatang Filipina dan Indonesia ke Sabah, sebenarnya menutup rezeki masyarakat tempatan.

    Itu belum dikira lagi meningkatnya kadar jenayah terutama penyeludupan dan juga pelacuran bagi mereka mendapatkan wang pencarian sehari-hari.

    Sememangnya kita bersimpati dengan nasib mereka tetapi seharusnya kerajaan Filipina dan Indonesia yang harus menentukan rakyat mereka yang hidup bergalandangan di Malaysia dihantar semula ke negara mereka.

    Seharusnya kerajaan negeri Sabah dan pemimpin-pemimpin mereka menumpukan perhatian untuk menentukan nasib anak bumi dipelihara dari membazirkan peruntukan untuk menyara kehidupan pendatang-pendatang tanpa izin ini.

    BalasPadam
  24. Betul tu, kebanyakan yang tinggal di dalam sampan di sekitar perairan Sabah adalah dari keturunan Bajau Laut, mereka biasanya tiada kerakyatan dan bebas ke mana sahaja. Ini merupakan suatu keunikan tersendiri yang jarang ditemui di tempat-tempat lain. Jika diberi pilihan, kebanyakan dari mereka enggan tinggal di daratan. Tak percaya, silalah Abg Mazidul bertanya kepada mereka.

    BalasPadam
  25. Berdasarkan pengalaman sy tinggal di Sabah dulu, mereka yg hidup dlm keadaan sebegini adalah pendatang asing. Hal ini merupakan salah satu faktor penyumbang kpd gejala sosial spt pelacuran, dan kes jenayah lain. Harap kerajaan ambil langkah yg sepatutnya sbb kadang2 menakutkan.

    BalasPadam
  26. Cian mereka... Jika Wakil Rakyat di sini meninggal dunia, pastinya anak beranak ini mendapat pembelaan yang hebat...

    BalasPadam
  27. ini adalah fenomena biasa di perairan laut sabah terutama di lahad datu dan semporna. mereka ini digelar "palaut" atau gypsi laut. Kebanyakan dari keturunan bajau laut. etnik yang unik ini tiada di tempat2 lain. kalau di semenanjung mereka ni bolehlah disamakan dengan orang asli di pedalaman, bezanya di sabah mereka tinggal di laut. Hidup mereka dah turun temurun begini, kebanyakan tiada sebarang dokumen pengenalan,sukar untuk ditentukan kewarganegaraan dan agama, tidak bersekolah,tidak boleh berbahasa melayu dielek sabah dengan baik. Mereka mendarat hanya untuk dapatkan air tawar, tepung dsb. makanan mereka very simple, sekadar tepung ubi kayu direbus.. macam kanji la gitu..ada sesetengah mereka memang tidak boleh lama-lama didarat. macam kitalah tak boleh lama-lama di atas sampan, pening bilang mereka..kasihan? memang kasihan..tapi beginilah cara hidup mereka yang mereka sendiri tidak mahu ubah. itulah maklumat yang saya dapat dari mereka sepanjang 6 tahun di sabah.

    BalasPadam
  28. Setuju, patut siar dlm Bersamamu, baru 'ramai' buka mata. Diorang nampak biasa dan menerima, tapi serius sedih dan tak sanggup nak tengok..Apa yang boleh dibantu?

    BalasPadam
  29. Ya, mereka palaut, orang Bajau Laut. Dikhabarkan kepada saya mereka tidak boleh tinggal di rumah di darat, kelak pening.

    Saya juga dimaklumkan mereka tidak mempunyai dokumen.

    "Lahir di mana?," soalan diajukan.

    "Di atas air di laut," balas mereka.

    Laut? Laut Sulu terbentang luas. Laut di perairan Filipina atau Malaysia? Itu persoalannya. Ada dakwaan mengatakan mereka juga tidak diterima sebagai warganegara FIlipina.

    Ini satu daripada masalah setakat ini belum mampu diselesaikan kerajaan negeri Sabah.

    Bantahan?

    Saya sempat menghulurkan mereka sejumlah wang (kepada anak, ternyata wajah mereka terlalu gembira.

    BalasPadam
  30. Salam, tuan.
    Mereka berada di mana2 kws pinggir laut Sabah tmasuk KK, Kudat selain d kws lad datu, twu, dll. mereka xda status kerakyatan mana2 negara pun ttp pihak polis bertoleransi dgn kehadiran mereka selagi x menimbulkan kekacauan.. Org Palau (bunyi Pala'u) ni mmg benar x leh lama2 kt daratan, nanti mabuk.biasanya mrk mdarat utk jual hasil laut spt ikan, mutiara,dll dan jg beli bekalan.Mereka x bergaul dgn org darat n jrg buat kecoh.tp baru2 ini,cermin kereta diketuk2 oleh 2 org kanak2 Palau, meminta RM2.. sy buat2 x tahu.
    Klu anak2 diorg ni dah mula mgemis,x mustahil makbapak, pakcik,makcik diorg pun dah mula menceburkan diri dlm jenayah..mudah je diorg larikan diri ke laut.

    BalasPadam
  31. Bila kerajaan tidak membantu, dikatakan macam-macam. Disalahkan agensi-agensi kerajaan dan juga kerajaan negeri.

    Bila kerajaan membantu mereka yang 'tiada kewarganegaraan" ini, akan dituduh pula menyusukan anak monyet di hutan, anak sendiri mati kebuluran".


    Dahulu, Kerajaan Pusat cuba membantu Palaut ini dengan menawarkan dan menerima mereka ini menjadi warganegara Malaysia. Ketika Tun Mahathir menjadi PM, memang beliau telah cuba menyelesaikan masalah ini dengan memberi taraf warganegara Malaysia kepada Palaut, tetapi usaha ini disalahertikan oleh parti pembangkang, kononnya ini dilakukan demi untuk mengukuhkan sokongan BN terutamanya UMNO yang baru ditubuhkan di Sabah. Ketika itu Anwar Ibrahim sendiri yang dipertanggungjawabkan untuk menentukan untuk membantu Palaut dengan dijadikan mereka sebagai warganegara malaysia dan diberi bantuan asas.

    Tetapi sepertimana kawan-kawan yang pernah berada di Sabah atau penduduk Sabah sendiri, tingkahlaku Palaut ini amat dicurigai. Seringkali jenayah kecil dilakukan oleh remaja Palaut ketika mereka singgah ke tanah daratan dan mereka juga dianggap mempunyai hubungan dengan lanun-lanun di laut Sabah. Itu sebabnya kerajaan sentiasa memantau pergerakan mereka dengan adanya kehadiran ATM dengan operasi Ops Pasir sejak kejadian penculikan berlaku di kepulauan Sabah.

    Tidak perlu menunding jari menyalahi mana-mana agensi kerajaan kerana sebenarnya masalah masyarakat Palaut bukan sesuatu yang mudah dirungkaikan. Seperti kata Ariez, rasa kasihan itu ada bila melihatkan kehidupan mereka, tetapi mereka tetap mereka, sukar untuk meninggalkan hidup mereka di laut. Dan untuk pengetahuan semua, Palaut yang sudah diberi kewarganegaraan sendiri menolak pemberian tanah oleh kerajaan negeri untuk membina rumah. Mereka masih ada yang tinggal di dalam bot atau membina rumah air di tepi pantai.

    Untuk memahami keadaan sebenar, silalah ke Sabah, saksikan sendiri dan fahamilah kehidupan serba ringkas mereka. Atau saksikan dokumentari di TV bagi memahami mereka. Difahamkan, mereka bukannya menangkap ikan semata-mata untuk mendapat tangkapan yang banyak, tetapi hanya cukup untuk menyarai kehidupan ringkas mereka. Laut adalah segalanya untuk mereka. Bukannya harta benda seperti yang dikejar oleh kebanyakan kita.

    Terimakasih Mazidul kerana memberi peluang untuk memberi gambaran sebenar lebih-lebih lagi kepada kawan-kawan dari Semenanjung yang mungkin kurang mengerti keadaan sebenar.

    BalasPadam
  32. Dan saya mau menambah, dari foto-foto yang Mazidul ambil itu, ternyata perahu mereka berada di gigi laut. Saya percayai ibubapa kanak-kanak itu naik ke darat untuk berjualan dan mendapatkan bekalan makanan.

    Apabila sudah mendapat apa yang mereka cari di kedai-kedai di daratan, mereka akan menunggu air laut pasang dan kemudian terus beredar ke laut semula. Jika laut bergelora, mereka akan berteduh di pulau-pulau yang terdapat di perairan Sabah dan Filipina.

    Pengalaman saya bergerak dari satu pulau ke satu pulau di perairan Sabah dan memerhati masyarakat palaut memang mengajar saya tentang kehidupan. Hidup mereka yang serba ringkas dan tanpa kemewahan amat saya kagumi.

    Sudah sampai di Sabah, Mazidul jangan lupa untuk menerokai pulau-pulau di Sabah dan menyaksikan masyarakat Palaut dan Bajau Laut. Mungkin itu bakal jadi kenangan yang tidak mungkin Mazidul lupakan.

    BalasPadam
  33. teringat rumah rakit di Tambatan Diraja Kota Bharu..

    BalasPadam
  34. terdahulu saya ucapkan syabas pada saudara mazidul.....komen ini saya khaskan pada blogger MIss Nick... adakah saudara@saudari dapat memastikan bahawa bangsa laut@bajau yang mana kebanyakan kehidupan mereka ini serba daif adalah penyumbang kepada jenayah dan pelacuran ? ..... Kamu telah tersalah pandangan pada masyarakat bajau laut ini. Untuk pengeahuan awak saya adalah bajau laut tulin. Oleh sebab itu saya andaikan awak belum memahami siapakah bajau laut@bajau darat. Setahu dan sepanjang pengalaman saya jenayah pelacuran dan jenayah besar yang banyak berlaku khasnya di Sabah adalah di sumbangkan oleh suku-suku bangsa lain sama ada dari indonesia,filipina atau orang tempatan itu sendiri. justeru secara peribadi, saya nasihatkan pada saudari Miss Nick janganlah membuat andaian melulu atau serong berkaitan suku bangsa ini(Bajau). Bangsa ini walaupun mereka serba daif mereka masih hidup harmoni,aman damai dan yang paling penting mereka amat kurang terlibat dalam jenayah apatah lagi jenayah pelacuran.

    BalasPadam
  35. 1bajau 1lautan itu identiti sebenarnya bangsa ini. bangsa ini berjuta-juta tahun dahulu kehidupan mereka tidak dadat dipisahkan dari lautan. Bangsa ini adalah bangsa pelayar yang paling ulung di nusantara ketika dahulu kala lagi. Hanya satu-satunya bangsa ini menguasai lautan dan kepulauan-kepulauan khasnya di nusantara. Oleh sebab itu pada hari ini disebabkan sesebuah negara pada dasarnya mestilah ada tanah daratan dan dipisahkan dengan lautan. maka terbahagilah tanah daratan kepada berbagai-bagai negara bangsa . Negara indonesia,Malaysia,Filipina,Kemboja,Singapura,Thailan, dan lain-lain negara yang mana ia dikelilingi oleh lautan nusantara. Akhirnya bajau(LAUT), menjadi pelarian dinegara(Daratan). Sedangkan pada ketika dahulu seluruh lautan dinusantara khasnya amnya seluruh lauatan dunia adalah kepunyaan mereka. Alhamdulillah rupa-rupanya bangsa yang daif ini sebenarnya adalah bangsa asli nusantara. Inilah sebenarnya bangsa asli yang dipanggil bangsa MALA(dalam bahasa bajau A'AH MALAK). Bangsa mala inilah meng hasilkan keturunan bangsa melayu di rantau nusantara. Akhirnya mengapakah bangsa lautan ini tidak mempunyai identiti mengikut negara yang ada tanah daratan. Jawabannya adalah kerana mereka mempunyai negara lautan seluas lautan yang ada didunia ini.

    BalasPadam
  36. Saya setuju dengan nadzallilhoo, bajau laut adalah suku yang jarang menimbulkan masalah kepada masyarakat sabah, tidak pernah saya dengar bajau laut ini naik ke darat untuk merompak, menyamun apalagi melacur diri untuk mengumpul kekayaan. kehidupan bajau laut ini amat sederhana, mereka bukan seperti kita yang berlumba-lumba mencari kekayaan dan mengumpul sebanyak mungkin harta... . mereka yang sering membuat onar, melacur, merompak, menyamun adalah bangsa lain terutama pendatang tanpa izin dari filipina dan indonesia yang datang ke sabah semata-mata untuk mencari kekayaan walau dengan apa cara sekalipun.

    BalasPadam
  37. MP dapat kawin ngan artis, rakyat telan air liur jer....
    tahniah

    BalasPadam
  38. setuju dengan nadzallilhoo.

    Jika datang ke Sabah, kena bijak membezakan rakyat malaysia dan bukan.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.