Jumaat, Mei 07, 2010

Eksklusif! Bukan Untuk Bacaan Mereka Berusia Kurang 18 Tahun

Rakaman perbualan saya dan pelacur di Tawau, Sabah, 'Tina', 20 tahun sebelum dia dan rakannya, 'Tika', 24 tahun meminta diselamatkan pada 4 Mei lalu ini tidak akan disiarkan di televisyen. Namun saya kongsikan secara eksklusif bersama pembaca blog ini.

'M', saya dan 'T', Tina.

M: Apa antara peristiwa paling menakutkan sepanjang kamu bekerja (sebagai pelacur)?

T: Customer ‘paranoid’ punya gangguan jiwa, orang Cina. Dia habis main, dia masukin air mani dia tu ke dalam gelas. Dia paksa aku minum. Selalunya kalau ada masalah kita telefon sama boy (penghantar pelacur) tetapi handphone aku dia simpan. Dia paksa aku minum air mani tu, lumayan (banyak), aku nangis. P*k* ku dimasukin jari, dia mahu tahu berapa dalam, itu hari ke tiga aku keluar, aku menjadi trauma.

M: Kalau satu bulan berapa ramai customers?

T: Kalau ramai, satu malam kita bisa 3 kali booking. Kita harus pandai lompat. Gaya ginikan, customers kita bagi (seks) 2 kali. Kita harus bagi tahu sama customer, aku harus balik. Tetapi itu setelah boy bagi tahu, dik kamu ada customer lain.

M: Antara customer Cina, India dan Melayu, siapa kamu akan pilih?

T: Cina, tua dan banyak wang. Kalau tua dia tidak begitu kuat main, tua dia cepat keluar dan cepat tidur, dia pasti selalu bagi wang sama aku. Pernah aku ada taukeh suka sama aku, dia mahu pelihara aku, dia cakap sama mummy. Mummy minta 5 ribu tapi taukeh itu tawar 3 ribu, terus jadi tak jadi lah.

M: Bagaimana jika pelacur masih perawan?

T: Dia (ibu atau bapa ayam) jual mahal, kalau perawan itu cantik, body boleh, dia sampai 5 ribu satu kali main.

M: Aku dengar, anak kecil berumur 15 tahun dilacurkan, pastinya dia perawan lagi. Justeru, apa dilalui itu menakutkan?

T: Ya, seperti itu. Aku sahaja sudah bukan perawan, buat aku menakutkan. Bagaimana mereka belum pernah melakukan hal itu (dilacurkan).

M: Kamu sebelum ini ada boyfriend di Surabaya?

T: Ada, sejak sekolah kelas satu SMA. Aku diberi minuman (khayal) dan hilang perawan sewaktu berumur 18 tahun. Kini usianya 28 tahun.

M: Kalau begitu dia tidak menyayangi kamu?

T: Bukan bah. Orang tuanya tidak setuju, dia anak orang punya (kaya). Sampai sekarang masih call aku. Dia tahu aku kerja di restoran di Johor Bahru, Malaysia.

M: Bisakan kirimkan wang kepada keluarga?

T: Aku simpan wang tips dibagi customers dan titipkan (hantarkan) buat mereka. 2 minggu aku bekerja, aku kirim 1.5 juta rupiah (RM555). Itu lumayan membantu semua 5 adik ku masih bersekolah.

M: Keluarga kamu tahu sewaktu kamu ingin ke mari (Tawau)?

T: Sebelum berangkat mereka (ejen) kasi kita 1 juta  rupiah (RM370) untuk bagi kepada ibu bapa.

M: Dari desa kamu, Lamongan ke Surabaya berapa jam?

T: 2 jam perjalanan menggunakan mobil peribadi. Bila sampai di Bandara (lapangan terbang) Surabaya, kita dibawa terbang ke Bandara Hasanudin, Makasar, Sulawesi.

M: Berapa jam dari Surabaya?

T: 1 jam.

M: Kamu diberi makan?

T: Semua kebutuhan kita, semua kita mahu, semua kita minta mereka kasi. Di Nunukan pun begitu. Apa kita mahu, mahu makan apa sahaja mereka kasi. Baharu di Tawau kita dibagi tahu, mereka tipu semua. Kalau makan ini nanti kamu bayar hutang, mereka cakap apa kamu mahu, apa kamu inginkan, kamu cuma minta sahaja dik, nanti kamu di sana kerja, wang kamu untuk diri kamu sendiri.

M: Dari Makasar kemudian kemana?

T: Nunukan. Naik kapal laut, 3 hari 2 malam. Kami berdua (dengan Tika), itu kapal umum, bukan kapal peribadi.

M: Di Nunukan ada apa?

T: Ada rumah, tempat tinggal dekat pelabuhan.
M: Berapa lama ditampung?

T: 1 minggu, untuk siapkan Pas Lintas Batas kemudian dibawa masuk ke Tawau menggunakan speed boat, 30 minit. Ada 6 perempuan lagi bersama kami, mereka juga ingin ke sini, mereka kerja sendiri-diri.
M: Bila sampai di Tawau kamu dan Tika ditampung (tinggal) di mana?

T: Di tempat mummy. Aku tak tahu jalan apa tu. Tetapi aku pernah lihat jalan Kelapa, Jalan Dominic. Kita tak pernah keluar sendiri. Kita selalu ada boy jemput, hantar.

M: Sekarang jaga kamu, siapa? Orang Indonesia juga?

T: Jaga kita itu mummy, usianya kurang lebih 40 an dan 3 boys, orang Indon. Kami ngak pernah jalan sendiri, boy jalan cari booking, kalau ada booking, boy telefon, kita standby, kita dijemput dan dihantar ke hotel dan baharu kita dipulangkan.

M: Pas Lintas Batas itu untuk 30 hari. Selepas itu?

T: Dicop lagi oleh mummy, ke Nunukan untuk cop.

M: Semasa kamu tinggal di desa, pernah dengar orang cerita kisah derita cewek terdahulu dilacurkan?

T: Pernah.

M: Kalau ada orang mahu bawa kamu keluar dari sini, adalah kamu mahu keluar?

T: Aku mahu kalau mereka benar-benar mahu bawa aku keluar tapi kalau mereka bawa keluar, mahu jual aku balik, aku ngak mahu. Pernah ada customer, dia orang Tarakan, dia mahu tolong aku, dia cakap, dia mahu aku lari dari Mummy. Tapi aku fikir lagi, aku ngak kenal sama itu orang.

M: Mummy janji dalam tempoh 2 tahun, kamu akan mendapat pulangan (gaji disimpan mummy). Tapi kalau kamu larikan diri sekarang kamu akan kehilangan itu semua. Kamu sanggup untuk pulang ke desa dengan tangan kosong?

T: Tak apa, pentingnya aku bisa pulang.

7 jam selepas perbualan di atas dirakamkan, Tina dan Tika kami serahkan kepada Konsul Indonesia di Tawau. Pegawai mereka, Konsul Muda Indonesia, Asrarudin Salam dan Liasion officer Polisi Indonesia, Komisaris Polisi Sumaryono saya hubungi menjemput kedua mangsa perdagangan orang di bilik 1014 Hotel Promenade, Tawau.

26 ulasan:

  1. Aduh Pak Mazidul, loya nyer tekak baca part suruh minum air mani tu. Rasa nak muntah jer ... kesian nyer dia ..

    BalasPadam
  2. time sy baca psl air mani tu..trus rasa mcm sy dpt rasakan betapa seksanya situasi perempuan tersebut..cian dia..hrp2 hidup dia kembali baik selepas ini..=)

    BalasPadam
  3. kerajaan kena buat undang2 yang lebih tegas untuk golongan bapak2 dan mak2 ayam ni..penguatkuasaan begitu longgar kat banyak kawasan kat malaysia ni sedangkan benda ni berlaku begitu jelas..mungkin kerajaan patut umum untuk lancarkan perang terhadap isu pelacuran ni ,macam kerajaan umum untuk banteras ah long habis2an dulu..aku tak der la kesian dan kesah sngat dngan girl yang rela nak melacurkan diri tu tapi kesian dngan girl yg tak rela dan senang sngat kena tipu

    BalasPadam
  4. Pelacuran.
    Selagi ada permintaan selagi itulah akan ada indudstri pelacuran.
    Permintaan yang pelik-pelik seperti minum air mani dalam gelas,cucuk puki itu mungkin pengaruh bahan lucah dari barat dan lain2.
    Mungkin juga orang itu sudah hilang nafsu dengan cara normal jadi dia cari cara yang menjelikkan ini untuk memuaskan nafsu.

    BalasPadam
  5. salam...
    terkhusyuk lak baca entry ni...aper pun...mira baru jer pas check in kat hotel tu jumaat lepas krn ada event telekom kat sana...tak tau lak kat situ ramai pelacur..patut la terserempak dgn mazidul akmal kat pasar filipin ritu masa ngah shopping...heee

    BalasPadam
  6. saiko.. huhu... kekadang lelaki carik pelacur sbb nk buat seks secara luar biasa kot... mcm cerita dlm CSI tu.. erk!

    BalasPadam
  7. Cerita pelacuran semuanya meloyakan. Sebab itu diberi gelaran Bisnes Air Lendir...

    pendedahan yang hebat.

    BalasPadam
  8. Bro

    Memang tragis kisah ni. Apapun betul tak tekateki saya tu, satu jawapan mengungkap semua kan????

    BalasPadam
  9. Lalu apa kurasa??

    Loya? Ngeri? Benci? Simpati? Dan berbagai-bagai lagi yang bersimpang siur dalam pemikiran....

    BalasPadam
  10. kesian nye lahai...2 3 kali saya baca jawapan die yg 1st tu..kejam giler memang meloyakan..adeh tak dapat ku bayang kan..P*** d masukkan jari tu lagi tak bleh blah adeh seksa gak erk jadi pelacur :(

    BalasPadam
  11. Pelacuran ..
    ada terpaksa .
    Ada yg rela .

    BalasPadam
  12. Sampai part nak jual 'benda' tu pun mereka masih mencari pasaran Malaysia.

    Tetapi segelintir rakan-rakan mereka di sana masih tunjuk lagak dan kurang ajar dengan rakyat Malaysia.

    Patutnya cerita ini dibaca juga oleh rakyat Indonesia yang lain.

    AnakMerdeka.

    BalasPadam
  13. Pengajaran: Perkara ini berlaku kerana tiadanya rasa tanggungjawab (tdak peduli,pejamkan mata,tak mau ambil tahu) semua pihak lalu membiarkannya bercambah dari bengkak menjadi bisul dan seterusnya barah berakar umbi lalu tidak dapat/sukar dibendung lagi.Seharusnya dibenteras dari mula lagi supaya tidak sampai BERMAHARAJALELA..anyway SELAMAT HARI IBU untuk semua wanita cekal dan tabah tapi bukan untuk IBU AYAM....itu BINATANG..!!

    BalasPadam
  14. memang sumer pelacur gini ke? nak kata kesian, takleh manghalalkan cara dia tu..erm...

    BalasPadam
  15. Tina dan Tika ,kalau dah berjaya keluar dari sarang ibu ayam, janganlah pula nak cuba masuk ke sarang buaya pula ,bukan apa banyak juga kes orang2 macam anda yang tak serik2 sebabnya dalam hati kadang2 dah terpasang niat dan dipengaruhi cerita kawan2 yg kononnya dtg malysia je dapat hidup senang lenang..

    BalasPadam
  16. kesiannya...
    kenapalah dia kena lalui hidup mcm ni
    untuk kita yang tak lalui menda2 mcm ni bersyukur sangat2....

    BalasPadam
  17. Saya cuma tertarik dengan ayat " Kami ke rumah mummy juga dibawa menggunakan mobil polisi air berpangkat besar"

    Bro..., yang tersurat dan tersirat bunyinya... boleh cerita sikit.

    BalasPadam
  18. Entahlah. Satu side rasa bagus sbb ini satu info. satu side rasa tak perlu kot perbualan yang terlalu terperinci diberi. Saya anak dara yang tak tahu ada perlakuan sebegitu berlaku. *say me too naive at 26 yrs old, yes i am.

    Saya risau laman ini jadi rujukan anak-anak remaja memandangkan incik mazidul ramai menjadi idola/tempat rujuk kes jenayah.

    Tak mustahil perlakuan begitu mendorong org lain untuk meniru.

    BalasPadam
  19. kesiannya.... eii... tak dapat nak bayangkan... geli!!!!
    Tapi kan bro... tanya la semua pelacur yang ada kat Malaysia ni terutama pelacur Malaysia - masing2 ada 1001 alasan kenapa melacur dan rata2nya takde yang nak mengaku melacur kerana mmg sendiri gatal - nak hidup senang jalan mudah. Semuanya cerita sedih2... tapi hakikatnya... niat tak menghalalkan cara.

    BalasPadam
  20. sbb tu mazidul kat atak keluar TV

    sebab ini

    1 minggu, untuk siapkan Pas Lintas Batas kemudian dibawa masuk ke Tawau menggunakan speed boat, 30 minit. Ada 6 perempuan lagi bersama kami, mereka juga ingin ke sini, mereka kerja sendiri-diri. Sebelum tiba di Tawau, kami dibawa ke tempat polis air Malaysia. Kami ke rumah mummy juga dibawa menggunakan mobil polisi air berpangkat besar.

    sebab polis yang bawak mereka masuk.. agen di malaysia

    BalasPadam
  21. Sdr telah selamatkan dua orang perempuan dari terus dibe;enggu kerja maksiat. tapi apakah mereka berdua tidak akan datang semula mengulangi kerja itu lagi? memandangkan begitu mudah mereka melintasi batas sempadan negara kita, saya kurang yakin mereka tidak akan datang semula.

    BalasPadam
  22. harap2 mereka tidak akan kembali ke jalan hitam itu lagi

    BalasPadam
  23. kesihanya....mr.M bnyak lg tmpt kat tawau 2 yg aktif..penguatkuasa pun bnyk tahu n turut langgan...hehehe.
    rumah tumpangan mereka di atas kedai joo long(kedai kek)2 pun masi ada aq nmpak masa kerja kat bndar klau nak nmpak mereka turun dr atas p lah sana jam 8.30. semua org jawa.

    BalasPadam
  24. Di negara mereka juga mereka diperlakukan begitu>Ditipu kemudian dijual kpd mummy yg mengusahakan khidmat perlacuran.Ada juga yg secara paksarela demi penghidupan.Ambil wang dulu dan kemudian ikat kontrak selama dua ke tiga tahun sehingga habis hutang dan mereka kemudian dilepaskan utk hidup sendiri.Ada yg meneruskan perkerjaan itu secara freelance tapi ada ramai yg pulang semula ke kampung halaman memulakan hidup baru.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.